Friday, January 6, 2012

901: Bom Petrol Sebagai Provokasi


Penganjur Kempen Bebaskan Anwar 901 didakwa mempunyai agenda untuk mewujudkan suasana huru-hara pada hari berkenaan termasuk menggunakan bom petrol sebagai provokasi.

Malah menurut sumber, penganjur setakat ini telah membuat perancangan rapi termasuk mengarahkan setiap cawangan menghantar 500 ahli.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat dipercayai antara pakatan pembangkang malam tadi, walaupun pada mulanya terdapat bantahan di kalangan pemimpin.

"Ada yang tidak bersetuju untuk memperjuangkan agenda peribadi Anwar Ibrahim namun mereka akhirnya akur.

"Penganjur berjaya mempengaruhi wakil pemimpin parti lain bahawa kempen tersebut bertujuan memperjuangkan hak rakyat dan bukannya demi keputusan kes liwat Ketua Pembangkang itu.

"Berikutan itu, pemimpin daripada parti-parti berkenaan bersetuju untuk mengerahkan ahli mereka berkumpul di beberapa lokasi bermula malam Ahad ini.

"Antara lokasi dikenal pasti di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Stesen Bas Jalan Duta, Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru dan Dewan Orang Ramai Kampung Pandan."

Tambah sumber itu, perhimpunan haram tersebut akan dimulakan di lokasi berkenaan dengan ceramah politik oleh pemimpin masing-masing sebelum perhimpunan keesokannya.

Jelasnya, sebagai persediaan melakukan perhimpunan haram itu, penganjur kempen juga mengarahkan peserta untuk memakai baju T berwarna hitam dengan tulisan putih tertera perkataan 'Bebaskan Anwar 901'.

Katanya, peserta juga akan memakai lilitan kepala berwarna putih dan bakal diletakkan di barisan hadapan dipercayai untuk mewujudkan provokasi ketika berdepan pihak berkuasa.

Difahamkan, polis sedang mengesan pihak-pihak yang bertanggungjawab mencetak baju, lilitan kepala dan kain rentang.

Sumber memberitahu, setakat ini, sebanyak 50,000 kain rentang telah diedarkan di seluruh negara untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat.

Menurutnya, pihak berkuasa juga sedang mengesan jika terdapat peserta yang dibekalkan senjata sebagai persediaan untuk mewujudkan suasana huru-hara.

"Berkemungkinan besar, peserta perhimpunan haram akan diarah bertindak agresif ketika berhadapan pihak berkuasa.

"Malah mereka juga diberitahu untuk bersedia jika berpeluang meneruskan demonstrasi seperti negara asing sebagai usaha menjatuhkan kerajaan," ujarnya.

Sumber: Utusan

3 comments:

Anonymous said...

Mungkinkah Malaysia selepas Mesir dan Libya????

Anonymous said...

Semoga rakyat bijak menilai dan tidak mudah terikut dengan gerakkan sebegini.

Anonymous said...

Kelompok jahiliah & laknatullah ini boleh merancang dgn begitu gahnya menyalak sana sini, namun allah s.w.t lg amat mengetahui dan yg akan menntukan nasib golongan sidurjana & pengikut tegarnya sblum & slps 9 januari ini..negara kita masih mmpunyai ramai lg wali2 & golongn alim yg pastinya berdoa semoga golongan yg tdk diakui umatnya ini dihancurkan dan dimusnahkan dari muka bumi ini supaya negara terus aman...