Monday, January 23, 2012

Khairy Cabar DAP ! Jangan Cakap Kosong, Buktikan Ramai Ahli Melayu


Pemuda Barisan Nasional (BN) mencabar DAP supaya membuktikan senarai nama dan jumlah ahli jika benar parti itu kini menjadi parti berbilang kaum termasuk medium pilihan kalangan orang Melayu.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, DAP perlu telus membuktikan mereka tidak `bercakap kosong’ dengan mengemukakan kesemua nama ahlinya yang berbangsa Melayu bukan hanya bersandarkan tiga nama yang menyertai DAP baru-baru ini.

“Tunjuk keahlian di semua peringkat negeri, bahagian dan cawangan adakah ramai orang Melayu menyertai mereka.

"Jangan hanya pandai bercakap dan beritahu semua orang DAP parti berbilang kaum walhal berbeza sebaliknya,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar lawatan turun padang beliau di bahagian DUN Bunting dekat sini, hari ini.



Hadir sama, Ketua Pemuda BN Perak, Khairul Azwan Harun. Pada majlis itu juga turut disampaikan bantuan perumahan, makanan dan sumbangan Yayasan Bina Upaya (YBU) kepada lebih 30 penerima.

Mengulas lanjut, Khairy yakin prestasi BN kini berada di landasan yang baik malah sokongan padu pengundi muda sejak akhir-akhir ini semakin meningkat.

Pihaknya juga yakin golongan muda akan terus bersama BN khususnya untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

“Dalam Umno, sehingga ke hari ini jumlah keahlian yang mendaftar sebagai Pemuda Umno telah mencecah 100,000 orang.

“Dalam masa tiga tahun ini banyak program yang merapatkan golongan muda kepada BN tanpa berunsurkan politik tetapi memberi fokus kepada kerjaya, pendidikan serta kebajikan dan hasilnya amat baik sekali,” katanya.

Khairy turut percaya, majoriti daripada mereka yang mengundi BN pada pilihan raya umum lalu akan meneruskan sokongan kepada parti kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

3 comments:

Anonymous said...

WAHAI BUDAK MENTAH,TAK USAHLAH DUK CAKAP MERAPU.LAGI BANYAK HANG CAKAP LAGI ORANG MELUAT,KERANA HANGLAH PAKLAH JATUH TERSUNGKUR.KERANA HANG JUGALAH BN BAKAL TERKUBUR.POORAH MANA ADA SOKONGAN ORANG MUDA MENINGKAT.TOK SAH SYOK SENDIRI LA.

Anonymous said...

ZAMAN PAK LAH MENANTU DIA NI PELESIT BESAR TAPI SEKARANG ADA 3 PELESIT DUK HINGGAP KAT NAJIB.PELESIT PERTAMA ROSMAH.PELESIT KEDUA IBRAHIM KATAK.PELESIT KETIGA KHAIRY.SEMUA PELESIT INILAH BAKAL MENJAHANAMKAN NAJIB DAN BN.

Anonymous said...

pembangkang dh tak ada isu.. asyik main isu lapok.. cuba la pikir yg baru sikit