Thursday, January 5, 2012
Nurul Izzah Hina Institusi Kehakiman Negara
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini menghina institusi kehakiman yang menyifatkan kes mahkamah yang dihadapi papanya Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan institusi kehakiman di negara ini sebagai ‘tempang’.
Nurul Izzah mendakwa sistem keadilan didukung Suruhanjaya Diraja, namun beberapa kes yang dilaporkan membabitkan individu tertentu tidak di ambil tindakan.
“Sebaliknya apa yang berlaku, wujud individu yang menyusun pelantikan hakim-hakim. Oleh itu, harus ada reformasi terhadap sistem kehakiman bagi mempastikan keadilan dapat ditegakkan,” kata beliau yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.
Tegas Nurul, “dakwaan ke atas beliau (Anwar) diguna berkali-kali. Ternyata institusi kehakiman sekarang tempang. Kes Lingam tidak disiasat, individu yang mencampuri urusan kehakiman dan melantik hakim-hakim tidak didakwa.
“Maka kita nak lihat reformasi (terhadap sistem kehakiman) supaya keadilan dapat dilaksana. Sebagai contoh kes Aminur Rashid dan Ahmad Sarbaini Mohamad,” katanya ketika menjawab soalan berhubung kes bapanya.
Pada 9 Januari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat penghakiman berhubung kes tuduhan liwat membabitkan Anwar dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Kes tersebut berlangsung hampir dua tahun ekoran Anwar didakwa meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.
Ketika ditanya mengenai calon bagi menggantikan Anwar sekiranya beliau didapati bersalah, Nurul beranggapan parti mempunyai ramai individu yang layak.
“Semuanya adalah individu yang dikenali dan layak. Semua mesti jelas dengan tugas masing-masing,” katanya ringkas.
Sumber berita : FMT
Labels:
Nurul Izzah,
PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Izzah sudah terdesak! cuba menghasut rakyat supaya benci kepada Institusi kehakiman... Izzah buat semua ini sebab nk bebaskan papanya... malu lah!
bukan stakat izzah sj tdesak, smua pencacai anwar dah tdesak
I wonder macamaner dsai explain kat anak and isteri dia why he did what he did, why he was here and there and caught on video and 2 kali kes meliwat yang mmg takda explaination from him. Kalau disabit kesalahan, dia kata Institusi kehakiman corrupted. Kalau menanng, dia kata justice has been served and he deserve to be free. I hope god will show the truth dan selamatkan org yg sokong membabi buta.
Post a Comment