Monday, January 2, 2012
Pakatan Rakyat Rancang Situasi Keganasan Riot London Berlaku Di Malaysia
London-Tottenham: Bermula dengan perhimpunan aman kemudian bertukar menjadi satu rusuhan yang ganas, berlaku dalam keadaan marah pada malam Sabtu berpunca selepas seorang pemuda telah ditembak mati oleh polis.
Dua buah kereta peronda, bangunan dan bas dua tingkat dibakar sebagai protes bertempur dengan pegawai-pegawai di hadapan Balai Polis Tottenham, di mana orang telah berkumpul untuk menuntut "keadilan" untuk kematian 29 tahun dibunuh secara berbalas tembakan.
Taktik seakan sama digunakan oleh Pakatan Pembangkang dalam usaha mencetuskan reformasi jalanan yang bakal membawa rusuhan di Kuala Lumpur...
Kumpulan pelajar pro pembangkang ini memang sudah dilatih untuk mengambil gambar dan video setelah mereka memprovokasi polis.
Pakatan pembangkang menggunakan siswa sebagai alat untuk menagih simpati dan menaikkan kemarahan rakyat terhadap pihak polis.
Dimana dalam situasi ini pihak polis menjadi mangsa modus operandi Pakatan Rakyat... perkara ini bukan sekali dua mereka cipta malah sudah banyak kali... tetapi gagal. Namun adakah percubaan kali ini akan membuahkan hasil....
Motif utama mereka ialah sebagai protes bertempur dengan pihak polis, sekaligus mencipta demontrasi yang ganas untuk mengulingkan kerajaan melalui protes jalanan secara besar-besaran.
Kumpulan pelajar di beri taklimat oleh Anwar Ibrahim terlebih dahulu sebelum berlakunya insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim.
Susulan dari kejadian berlaku UPSI kemarin terus di api-apikan sehingga mengundang kritikan keras pelbagai pihak, termasuk pembangkang, kumpulan mahasiswa, peguam dan NGO.
Media dan blogger pro-pembangkang diberi arahan sebagai senjata untuk menyampaikan berita palsu kepada rakyat... memutar belitkan fakta sebenar untuk memburukkan pihak polis, seterusnya merosakkan nama baik kerajaan.
Berita awal yang diterima dari media pembangkang siswa bernama Safwan "nazak" kena belasah polis dan selanjutnya Safwan mengalami patah tulang rusuk... Namun X-ray hospital mengesahkan tiada tulang rusuk yang patah.
Kemudian di gemparkan pula dengan insiden berdarah... media pro-pembangkang memainkan isu seorang siswa berdarah di cederakan oleh polis... -Provokasi "darah mahasiswa ada nilainya" dan sebagainya.. wal hal berita yang sebenarnya pelajar tersebut mengalami kecederaan kerana telangar cermin klinik berhampiran.
Provokasi yang di lakukan oleh Nurul Izzah - Tindakan ganas polis terhadap mahasiswa bukti kerakusan BN gunakan pihak berkuasa...
Nurul Izzah Anwar berkata tindakan “luar batasan dan keterlaluan” polis terhadap aktivis mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuktikan kerakusan pentadbiran Najib menggunakan polis untuk mengekang hak dan kebebasan bersuara rakyat Malaysia.
Ini kerana selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini menegaskan ia juga bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman yang diwujudkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Tetapi amat malang kerana tindakan luar batasan dan keterlaluan pihak polis dan FRU dengan melakukan tangkapan terhadap mahasiswa dan akibat rempuhan polis, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Muhammad Safwan Anang mengalami kecederaan,” kata Nurul Izzah (gambar) dalam satu kenyataan. Laporan TMI
Namun sehingga hari ini puak pembangkang masih belum dapat membuktikan keganasan dan kezaliman yang di lakukan oleh pihak polis...
Tiada video atau gambar keganasan yang dilakukan oleh pihak polis... yang ada hanyalah lakonan yang tidak menjadi dari aktivis-aktivis Anwar Ibrahim...
Mujur lah... tiada kehilangan nyawa berlaku semasa rusuhan pelajar di UPSI, kalau tak, sudah tentu huru hara Malaysia di buatnya.
Tidak mustahil perkara seperti ini akan berlaku menjelang hari jatuh hukuman perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim 9 Jan 2012...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
dapat info anwar x sampai2 di klia... dia dh lari ke bro?
senang saja nak selesaikan isu siswa ni, Najib Razak perlu letak jawatan!
Diharap pihak polis dn ATM bergabung dlm membenteras perhimpunan yg akan diwar war kan pd 9 januari ni..belasah je perusuh yg berdegil ni,buat mcm polis kt negara luar,x perlu beri muka..polis kite terlalu berlembut,tu yg keldai2 suruhan ni smakin berani!!!
Hanya segelintir mahasiswa yang merelakan diri mereka menjadi proksi kepada individu tertentu berjuang atas nama "mahasiswa" sedangkan sebenarnya menjadi catur permainan demi survival individu tertentu.Semoga rakyat Malaysia lebih luas pandanganya.
Post a Comment