Saturday, April 28, 2012
Bersih 3.0: Dataran Merdeka Berjaya Dikawal!
Meskipun Dataran Merdeka, yang menjadi tumpuan ekoran rancangan perhimpunan Bersih 3.0 yang hendak diadakan petang ini, dikawal ketat oleh polis dan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Sejumlah orang ramai, yang dipercayai mereka yang hendak menyertai perhimpunan itu turut kelihatan berada di kawasan berhampiran Dataran Merdeka.
Dataran Merdeka telah diisytiharkan sebagai kawasan tidak boleh dimasuki oleh penganjur Bersih 3.0 dan orang ramai, mulai tengah malam tadi sehingga 1 Mei ini.
Perkembangan semasa:
5 pagi: Tidak lebih 200 penyokong Bersih telah berada di sekitar Dataran, berhampiran bangunan DBKL. Kebanyakan mereka sedang tidur di kaki lima.
Puluhan pegawai polis berada di dalam kawasan dataran yang telah ditutup.
5.15 hingga 6.15 pagi - Tiada banyak perkara berlaku. Hanya polis yang sekali sekala memantau kawasan menaiki motosikal dan kereta. Laungan azan Subuh dan bunyi jam menandakan masuk jam 6 pagi, memecah kesunyian.
6.15 pagi - kira-kira 60 pegawai polis mula berkumpul di jalan depan Bangunan DBKL. Dua bas polis dan tiga trak polis membawa ratusan pegawai tiba di sekitar dataran
6.30 pagi - ratusan polis (mungkin hampir seribu) mula masuk dataran.
7.40 am: Kira-kira dua ribu pegawai polis telah berada di dalam Dataran Merdeka.
Labels:
Bersih 3.0
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
polis lagi ramai dari pendemo kot??? baik pergi pesta buku brooo...cari buku bagaimana caranya hidup dalam bersyukur...
memang sial dia orang ni sume/aku nak pi tar hari ni pun tak dapat..moga2 ada yg mampus baru padan muka..
Dari mula hingga kini aku tak tau hala tuju PR nie, ku tanya ahli PKR jawabnya kerajaan tak betul, ku tanya ahli Pas jawapannya sama juga bila ku tanya siapa yg betul jawabnya kau apa tau. Takkan aku nak jadi org ikutan tanpa aku tau apa puncanya.....
Post a Comment