Sunday, April 22, 2012
Ambiga Tak Layak Pimpin BERSIH 3.0 - Nasharudin
Nasharudin Mat Isa hari ini berkata Dato' Ambiga Sreenevasan tidak layak pimpin BERSIH 3.0 sebaliknya Pemimpin PAS lah yang sepatutnya menjadi barisan hadapan BERSIH 3.0.
Nasha turut berkata LGBT merupakan ancaman kepada masyarakat...
Demi masa depan dan akidah generasi muda, isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak boleh dipolitikkan sebaliknya semua pihak perlu berganding bahu untuk menanganinya, kata Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari Nasharudin Mat Isa.
"Ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan kerana ia melangkaui politik dan kita jangan hanya kejar pembangunan sehingga kita terikut dengan budaya negatif Barat," kata Nasharudin.
Bekas timbalan presiden PAS itu becakap kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada "Wacana Kemungkaran LGBT: LGBT Mengundang Bala Allah SWT" di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata golongan itu bagaikan satu wabak yang akan menjadi kanser dan menjadi satu penyakit parah di dalam masyarakat dengan ancaman dahsyat yang membawa kesan negatif serta boleh merosakkan fabrik sosial.
Katanya semua pihak perlu berganding bahu memastikan generasi muda bebas daripada gejala LGBT kerana mereka merupakan bakal pemimpin serta pewaris untuk mengemudi negara ini dengan akhlak yang baik serta terpuji.
Nasharudin berkata wacana seumpama itu merupakan satu gerakan bagi menyedarkan rakyat serta memastikan mereka tidak terjebak serta menyokong golongan ini.
Ahli Jawatankuasa Biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Mahamad Naser Disa turut berkongsi pendapat sama dengan Nasharudin agar isu LGBT, yang jelas melanggar prinsis asas agama, tidak dipolitikkan kerana ia boleh menyekat usaha untuk membela agama Islam.
"Islam adalah agama rasmi negara, saya tidak kisah sebarang kecenderungan politik, jika ada parti yang menyokong Alhamdulillah tetapi saya tidak mengaitkan diri saya dengan politik," katanya.
Mahamad Naser turut menyelar pihak yang cuba mempertahankan golongan LGBT serta memberi sokongan kepada golongan itu memperjuangkan hak bagi mendapatkan tuntutan yang mereka inginkan.
Ia seolah-olah mempopularkan golongan ini bila ada pihak yang mempertahankan mereka sedangkan golongan ini ternyata sekali pelaku orientasi seks yang dilarang di dalam undang-undang dan mencabar ketentuan Tuhan, katanya.
Wacana sehari ini dihadiri kira-kira 100 peserta daripada segenap lapisan masyarakat anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia bertujuan menyedarkan peserta tentang perlunya menolak golongan ini yang bagaikan virus berbahaya di dalam masyarakat.
Labels:
Ambiga,
Nasharudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Tahniah ..nasharudin..anda berani bersuara ..tidak seperti pemimpin Pas lain..terkunci mulut oleh DAP DAN PKR..Mereka takut PEMIMPIN2 PKR dan DAP
Alhamdulillah.. suara macam nilah yang patut disokong dalam PAS.
Malangnya mereka telah terpedaya dgn individu seperti Mat Sabu dan Mahfuz dgn membelakangkan golongan berlatarbelakangkan ugama sehingga terpedaya dgn muslihat DSAI yang sebelumnya pernah digelar Al Juburi oleh Mat Sabu.
Nasha berani pertikai Ambiga? Jap lg Anwar suruh PAS pecat kang!!
PENDUDUK KERINCHI MASIH MENANTI PERMOHONAN MAAF NURUL IZZAH. Baca di sini...
http://apakecoh2.blogspot.com/
Post a Comment