Monday, October 8, 2012

Apa Kelulusan Anwar Semasa Di UM?


Ramai yang bertanya apakah kelulusan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menuntut di Fakulti Sastera dan Sains Sosial (Pengajian Melayu) Universiti Malaya (UM) pada tahun 1967 hingga 1971.

Pertanyaan itu dianggap wajar kerana kebanyakan penulis dan wikipedia hanya menumpukan kepada kegiatan Anwar di Persatuan Bahasa Melayu UM (PBMUM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Angkatan Belia Islam Belia Malaysia (ABIM) tetapi tidak ada rekod tentang pencapaian akademik Anwar semasa di UM.

J. Victor Morais dalam bukunya bertajuk “Anwar Ibrahim Cekal dan Tabah” yang diterbitkan pada tahun 1984 turut menyingkap persoalan ini, namun jawapannya juga masih samar-samar.

Morais menemui dua orang sahabat baik Anwar, 2K, Kamaruddin Mohamed Noor, (ketika itu Naib Presiden ABIM) dan Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agung ABIM).

“Apabila ditanya tentang kejayaan Anwar dalam bidang akademiknya, khususnya di Universiti Malaya, Encik Kamaruddin (Mohamed Noor) berkata Anwar adalah pemegang ijazah dengan kepujian tetapi (Encik Kamaruddin menambah kata) Anwar mungkin dapat berbuat lebih baik lagi jika beliau (Anwar) tidak begitu bergiat dalam masalah sosio-ekonomik,”tulisnya.

Sebagai perbandingan, Morais menceritakan secara terperinci kelulusan Kamaruddin Jaafar.

“Beliau (Kamaruddin Jaafar) memegang ijazah (Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Sains Politik, Universiti Malaya sebelum memasuki Universiti Kent di Coutenbury, England).

“Kemudian beliau memasuki School of Oriental dan African Studies, Universiti London, di mana beliau beroleh Sarjana dalam Sains Politik.

“Ketika beliau balik dari England dalam tahun 1977, beliau menjadi pensyarah di Jabatan Sains Politik di Universiti Kebangsaan Bangi,” tulisnya lagi.

Pada tahun 1971, tulis Morais, Anwar bersama lima orang rakannya, Kamaruddin Mohamed Noor (KM), Ismail Mina Ahmad, Osman Bakar (Perak), Mohd Zaki Abdul Rahman dan Ahmad Fakri Abdullah telah menubuhkan sekolah swasta yang diberi nama Yayasan Anda Akademik di No A1-2, Bangunan UDA, Jalan pantai Baru, Kuala Lumpur.

Setelah Anwar menyertai UMNO pada tahun 1982, jawatan Pengarah Yayasan Anda Akademik diserahkan kepada sahabat baiknya, KM.

Hari ini, Yayasan Anda Akademik hanya tinggal pada nama sahaja.

Sumber: AIDC

2 comments:

Anonymous said...

Makbul Jiddan jer kot macam juak-juak PAS di timur tengah tuu...alasan aktif berpolitik walhal orang suruh belajar bukan politik..lepas belajar politik lerr.... Dok carik juga tahap kelulusan Anwar nie...cakap Ijazah Pengajian Melayu jer... lulus ker tak tak tahu...? apa tahap kelulusan dia pun tak tahu...

Anonymous said...

Agaknya kawan AI ni dah nyanyuk. Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM tak ada menawarkan pengkususan bidang Sains Politik. Mungkin kawan AI ni nak menutup malu AI yang sebenarnya berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Pengajian Melayu) dengan mendapat Ijazah Am sahaja.