Thursday, October 11, 2012

Pemuda PAS Kecam Buku Yang Dilancar Anwar


Pemuda PAS berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan pandangan bekas anggota Parlimen India Mubasyar Jawid Akbar dalam bukunya Tinderbox: The Past and the Future of Pakistan yang dilancarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Ketuanya Nasrudin Hassan (kiri) berkata, Mubasyar berpandangan bahawa Islam hanya untuk menjalin persaudaraan dan bukan menubuhkan negara - idea yang didakwa berpaksi fahaman "Islam Liberal".

"Jelas dalam PAS, kita menolak fahaman sedemikian justeru ia lebih berpaksi kepada doktrin fahaman Islam liberal," katanya.

"Dan masyarakat umum tahu bahawa PAS sebuah parti yang berpandukan Islam. Islam penyelesaian yang terbaik bagi semua masalah ummah termasuk menyelesaikan permasalahan negara."

Dalam kenyataannya hari ini, Nasruddin juga berkata, dewan itu memberikan sokongan penuh kepada Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berhubung perkara sama dengan menyifatkan Islam sebagai cara hidup yang lengkap.-MK

Nota kaki: Ini bukan blog PAS hehe... Tapi aku suka bila orang PAS buka mata dan melihat siapa diri Anwar Ibrahim yang sebenarnya.

No comments: