Saturday, November 17, 2012

Perwakilan Dewan Ulama Mahu Hadi Jadi PM, Bukan Anwar!

Perbahasan perwakilan sempena Muktamar ke-58 PAS hari ini menyaksikan wakil daripada Dewan Ulama memberikan kejutan apabila mengemukakan cadangan memilih Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perdana menteri ke-7, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang, sedangkan PR sebelum ini telah sepakat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon mereka.

Perwakilan Dewan Ulama, Hairun Nizam mencadang agar Abdul Hadi dilantik sebagai PM.

Hairun Nizam, dalam perbahasannya berkata Abdul Hadi adalah calon paling layak untuk menjadi perdana menteri, dan selaku ahli PAS tidak sepatutnya mereka berkempen untuk orang lain menjadi pemimpin.

"Saya ingin bertanya kepada perwakilan, siapa orang yang paling terbaik untuk memimpin kerajaan Malaysia kalau bukan Tuan Guru Presiden?" katanya dan disambut teriakan "Takbir!" daripada perwakilan yang hadir.

"... bukan sebagai alasan untuk menaik-naikkan beliau, tapi beliau yang paling layak untuk menjadi perdana menteri akan datang ... dan kita sebagai anak didik kepada parti Islam tidak sepatutnya kita pula yang berkempen agar orang lain menjadi pemimpin," katanya.

Ketika ceramah Himpunan Merdeka Rakyat malam tadi di Stadium Sultan Mohamad IV, Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah menyatakan PR sepakat untuk melantik ketua pembangkang itu sebagai perdana menteri untuk menggantikan Datuk Seri Najib Razak sekiranya PR memerintah negara ini.

"Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh bukan keenam," katanya secara terbuka.

Lim berkata, pendirian itu dibuat untuk menyelamatkan negara daripada amalan rasuah yang semakin berleluasa.

Januari lalu, PR pernah menyatakan pendirian bahawa Anwar akan dilantik Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi PRU13 kerana beliau dianggap "paling bersih", dan tiada calon yang lebih layak di dalam PR untuk memegang jawatan eksekutif tertinggi negara itu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, juga pernah berkata, tiada pemimpin PKR, DAP dan PAS yang lebih layak daripada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri ketujuh sekiranya pakatan mereka menang PRU akan datang.

Hairun turut berkata, untuk membentuk negara Islam, pemimpin yang tertinggi dalam mentadbir negara adalah orang yang paling arif berkenaan hukum Allah dan Islam.

"Apabila negara yang menjadi makmum kepada Allah, tunduk dan patuh kepada Allah, maka sepatutnya yang menjadi kepala tertinggi dalam negara tersebut ialah orang yang paling mengetahui hukum hakam Allah," kata Hairun dalam ucapan perbahasannya.

"Ia supaya kerajaan yang didasari dengan Islam ini akan terus ke hadapan tanpa disusuli dengan perkara-perkara yang mengundang penyalah gunaan kuasa atau bercanggah dengan hukum Allah."-TMI

Piiiisstttt: Ada telo ke?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

Anonymous said...

aik baru sedar ka, tak kan tak tahu pas dah lama :-
(1) bersahabat dengan isblis ...
(2) berjuang mahu menlantik peliwat menjadi pemimpin negara ...
(3) membela penzina ... dengan berkata penzina itu tidak bersalah berzina dengan bini orang kerana penzina itu adalah ahli sekutunya ... mana ada kata nak bela islam ... bela pelaku dosa besar ada la ...
(4) membela orang yang mahu membenarkan bangsa melayu yang merupakan umat islam murtad kerana orang tersebut adalah sekutunya
(5) mengamalkan dasar asobiyah yang amat kuat di mana orang sendiri akan dipertahankan walaupun melakukan kemungkaran (rujuk contoh no 3 dan 4) mana ada berjuang untuk islam ... islam tu sekadar topeng je ...
(6) membenarkan fitnah dan dusta kerana fitnah dan dusta itu disebarkan oleh orangnya - contoh membenarkan fitnah haji hadi yang berkata umno melepaskan air semasa prk di Tenang. mana ada ciri-ciri islam ... isle ada la ...
(7) mengamalkan fitnah sebagai amalan harian, contoh menuduh tun m menonton vidio lucah dengan anaknya, menuduh nwar berahi meliwat tanpa 4 saksi (rujuk kes mat sabu tuduh nwar berahi dalam kes liwat 1) dan mencabar supaya nwar berahi menyaman orang yang menuduhnya, malangnya nwar berahi tidak menyaman orang itu sampai sekarang. dan menganggap nwar berahi bersalah cukup dengan cabaran itu tidak dijawap. sedangkan islam melarang fitnah ...
(8) mempertahankan peliwat tegar kerana peliwat tersebut kini menjadi sahabatnya, contoh kes liwat 2 di mana kutbah jumaat dan ceramah menjadi medan mempertahankan peliwat, walaupun peliwat tersebut tidak mampu menjejakan kaki di hadapan kabah dan enggan bersumpah ... satu perlakuan yang mempamirkan kedayusan yang amat ... hem inilah akibat Allah menutup pintu hati mereka ...
(9) ... sebenarnya banyak lagi tak larat aku nak tulis ... kamu fikirkanlah sendiri ... dan boleh tulis dalam reply ... amacam din ... ada betoika ...

Anonymous said...

Hahaha... Pencacai PAS/PKR dah meroyan...!!