Friday, January 11, 2013

Pemimpin Pas Bercanggah!!


DAP berjaya memecah belah umat Islam apabila PAS menggadaikan kalimah Allah kepada orang kristian.

Utusan: Pendirian tegas golongan ulama dalam Pas iaitu hanya orang Islam sahaja berhak menggunakan kalimah Allah jelas bercanggah dengan keputusan terbaru kepimpinan parti itu.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)


Ketika Pas bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain selepas mesyuarat tertinggi kepimpinan tiga parti itu kelmarin, golongan ulama di dalam Pas atas dasar ilmu yang dimiliki telah menunjukkan pendirian jitu mereka dalam isu tersebut.

Malah pendirian mereka ini begitu konsisten sejak dahulu lagi, walaupun terdapat beberapa pemimpin di dalam Pas, termasuk Presidennya, Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Mohamad Sabu secara terang-terangan membenarkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130111/po_01/Pemimpin-Pas-bercanggah#ixzz2Hdqe1Ezy

No comments: