Saturday, January 12, 2013

Letupan Bom Di Hadapan KLCC #KL112 #HKR112


Dilaporkan berlaku letupan kecil di bahu jalan berhadapan bangunan KLCC sekitar jam 9:30 pagi tadi.

Wartawan Antarapos yang berada di tempat kejadian mendapati letupan tersebut berasal dari sebuah beg plastik yang telah ditinggalkan di tepi jalan.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)



Unit Pemusnah Bahan Letupan PDRM telah dikejarkan ke tempat kejadian bersama-sama dengan peralatan pemusnah bom untuk memastikan tiada saki-baki bahan letupan yang boleh mengancam keselamatan awam.

Setakat ini polis masih dalam usaha menyiasat punca kejadian.

Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran pembangkang yang bakal berlangsung di Stadium Merdeka pada jam 2 petang ini merupakan cubaan untuk menanam prasangka buruk terhadap kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Parti Pakatan Rakyat bersama-sama pertubuhan bukan kerajaan pro pembangkang akan berarak dari lapan lokasi di ibu negara menuju ke Stadium Merdeka.

Mereka menuntut kerajaan menunaikan janji-janji yang didakwa belum dilaksanakan bersabit isu pilihan raya bersih dan adil, kilang Lynas dan tuntutan royalti minyak di negeri-negeri pengeluar.

Polis memberi kebenaran berhimpun berdasarkan Akta Perhimpunan Aman yang telah diluluskan kerajaan pada 2011.

-Antarapos

No comments: