Wednesday, March 20, 2013

8 Suspek Rakyat Filipina Didakwa Lancar Perang Terhadap Yang di-Pertuan Agong


Lahad Datu - Lapan lelaki suspek pengganas dari selatan Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di sini atas tuduhan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kesemua lelaki itu yang berusia lingkungan 17 hinggga 66 tahun, didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana melancarkan keganasan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup, dan Seksyen 121 kanun yang sama kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amelati Parnell, yang bersidang sebagai Majistret.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar dan Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Polisi), Datuk Nordin Ahmad, kedua-duanya daripada Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

Mohd. Dusuki memberitahu pemberita, kes itu diperintahkan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.

Katanya, kesemua mereka disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Yang turut hadir, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Kawasan sekitar ibu pejabat polis tersebut dikawal ketat oleh anggota keselamatan bersenjata.

-Bernama

4 comments:

Anonymous said...

BILA MASA TAH DIA ORANG LANCAR PERANG TERHADAP AGUNG......PANDAI-PANDAI JA KAU ORANG NI NAK BURUKKAN DIA ORANG. TAK DA SANGKUT PAUT LANGSUNG DGN AGUNG. DIA ORANG NAK AMBIL TANAH DIA ORANG JA.

YG KAU ORANG SAPU HARTA YG DI PAJAK PADA KAU ORANG TU TAK SEDAR KA? LEBIH LANUN DPD LANUN.

Anonymous said...

kalian sesama muslim berperang, siapa yang paling diuntungkan dalam case ini? ingat dajal akan membuat kehancuran dan keributan ditempat dia singgah? siapa dajal itu sekarang? cuba renungkan?

Anonymous said...

kami org sabah tak kan biarkan sulu ambil negeri kami!! negeri sabah hak orang sabah bukan hak sulu.. hal ini tak payah la nak d politikkan!!

Anonymous said...

CARA PENGAMBILAN SABAH OLEH TANAH MELAYU ADALAH DGN CARA YG HINA....MENIPU.