Monday, March 18, 2013

Sebab Jumpa PM, PKR Batal Hasrat Calonkan Dr Asri Pada PRU 13


Tokoh agama terkenal Datuk Dr Asri Zainul Abidin, yang diura-urakan bertanding atas tiket PKR, kemungkinan besar tidak jadi dicalonkan oleh parti tersebut.

Sumber-sumber PKR memberitahu, penyebab utama Dr Asri ditolak ialah kerana pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dua minggu lepas.

Dr Asri sendiri malam tadi mendedahkan dalam mesej di akaun Twitternya tentang pertemuan dengan perdana menteri.

Bagaimanapun butiran perbincangan di pertemuan kedua-duanya tidak dinyatakan dengan jelas sama ada berkaitan pencalonan dalam pilihan raya umum atau hal-hal lain.

"Dua minggu lepas, YAB PM jemput saya ke pejabat beliau sendirian. Saya beri pandangan-pandangan saya dan beliau dengar dengan teliti. Saya hargai sikap itu," kata Dr Asri dalam twitnya.

Menurut sumber PKR lagi, parti itu tidak selesa dengan sikap Dr Asri yang berhubung dengan Najib sewaktu rundingan kerusi dengan parti itu sedang berjalan.

Difahamkan surat-menyurat pertemuan Dr Asri dengan perdana menteri pernah ditunjukkan kepada beberapa pemimpin PKR.

Namun, Dr Asri sendiri mempunyai sejarah hubungan dengan beberapa tokoh politik BN dan Pakatan Rakyat sejak bertahun-tahun lalu lagi.

Muncul melalui kegiatan PAS zaman mahasiswanya, beliau dilantik mufti Perlis sewaktu Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai menteri besar sebelum digugurkan selepas pilihan raya 2008.

Kemana arah DR Asri selepas ini? Mungkinkah beliau akan bersama UMNO?

4 comments:

Anonymous said...

Typical pengkangkang ~ jmpa otg tu xblh, jmpa org ni xblh tp kalimah Allah blh plak jual? Lgbt blh plak?
Apekebende ko ni jangggg?

Anonymous said...

Biasalah tu..ygboleh dia saorang je apa dia nak buat takpa..bila dah tersepit baru nak tuduh orang tu orang ini apakajadah punya ketua

Anonymous said...

Di harap Dr Asri dan Dr Juanda tidak masuk ke dalam TONG Najis UMNO. Sekali masuk akan hanyir selama-lamanya....

Anonymous said...

MASUKKLAH KAMU KE DALAM GOLONGAN ALIM ULAMAK. MEREKALAH CAHAYA PENYULUH KEGELAPAN.