Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts

Tuesday, July 3, 2012

Video Skandal Khalid Ibrahim Tersebar


Nampaknya niat untuk terus bunuh membunuh sesama sendiri semakin rancak! Dan pertembungan antara kem Khalid Ibrahim dan Azmin Ali kini bertambah hangat dan panas.

Pendedahan video ini mencetuskan lagi pertelingkahan antara kem Azmin dan Khalid Ibrahim.


Wednesday, May 30, 2012

Isu Air: Khalid Ibrahim Gagal Lagi!


RAMAI yang ketawa tidak ingat dunia bila membaca cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang bercadang untuk mengalirkan air dari Tasik Kenyir, Terengganu ke Selangor bagi mengatasi krisis air yang dijangka melanda negeri tersebut pada 2014.

Kononnya mengikut Khalid, paip air baru itu nanti akan dibina mengikut paip gas sedia ada di Banjaran Titiwangsa yang menghubungkan Terengganu dan Selangor bagi tujuan tersebut.

Tapi si pandir ini telah dimaklumkan atau tidak bahawa air dan gas tidak mempunyai berat yang sama, dengan air adalah jauh lebih berat dari gas. Uji kaji mudah, cuba tuangkan air berkabonat ke dalam gelas, apa yang ‘meletus-meletus’ di atas, dan apa yang tertinggal dibawah? Sudah tentulah gas yang akan meletus-letus di atas dan air yang akan tinggal dibawa.

Justeru untuk merealisasikan cadangan Khalid itu maka akan menjadi satu kerja pulak lagi untuk membina sistem pam air tekanan tinggi yang mampu menolak air dari Tasik Kenyir melalui Banjaran Titiwangsa untuk menyalurkan air ke Selangor.

Berapa kos dan tenaga manusia yang diperlukan, itu satu perkara yang Khalid tidak terfikir hingga sekarang. Sudah tentu pam ini tidak boleh gagal atau rakyat Selangor akan dilanda ‘kemarau air terawat’, waima dimusim hujan.

Kenapa Khalid memilih jalan susah sedangkan jalan mudah sudah ada, itu sedikit mengelirukan.

Yang perlu dilakukan Khalid sekarang ialah meneruskan projek penyaliran air dari Sungai Pahang ke Selangor (Loji Langat 2) seperti yang telah dimulakan kerajaan BN terdahulu, itu saja. Projek itu pun sudah separuh jalan dan hampir siap kalau bukan kerana pelbagai masalah dan tekanan yang diberikan kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim sehingga menyebabkan projek tersebut terhenti.

Ini menunjukkan tahap kepimpinan Khalid yang sebenarnya. Berlawanan dengan pendapat ramai penyokong Pakatan Rakyat, Khalid terbukti tidak sebijak mana dan hanya layak menguruskan estet, bukan sebuah negeri yang ada banyak masalahnya sendiri.

Memang kalau dilihat kebelakang, sejak 4 tahun lepas Khalid mengutarakan banyak cadangan, tapi dalam banyak-banyak cadangan itu, hampir tidak ada satu pun yang dilaksanakan hingga kini. Ambil contoh cadangan menggunakan air lombong sebagai sumber alternative bekalan air di Selangor. Setakat hari ini, sudah berapa banyak lombong yang dikenal pasti mampu menjadi sumber alternatif air seperti yang dicadangkan Khalid?

Satu hal yang lain, sudahkah Khalid menjumpai jalan terbaik merawat air lombong yang dicemari dengan sisa logam berat (heavy metal contamination) yang biasa dikaitkan dengan kegiatan perlombongan seperti Boron dan sebagainya bagi membolehkan air tersebut selamat diminum?

Adalah sebab kenapa tidak ada negeri-negeri di Malaysia yang menggunakan air lombong sebagai sumber minuman, kerana ia tidak selamat.

Yang sebetulnya bukan air lombong sahaja yang tidak selamat di Selangor, air sungai di Selangor juga dikenalpasti sudah tidak boleh dirawat untuk dijadikan air minuman kerana teruk tercemar oleh sisa industri yang tidak terkawal di negeri tersebut sejak Pakatan Rakyat mengambil alih.

Pendek kata, ada banyak masalah berkaitan dengan air ini di Selangor kalau nak dikisahkan. Kalau dibiarkan tanpa tindakan segera, rakyat Selangor hanya tinggal 2 pilihan – tukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan BN semula atau menghadapi risiko penyakit yang disebabkan oleh minum air dari sumber tercemar.

Sunday, May 27, 2012

Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor 2012... Kerusi Lagi Banyak Dari Belia


MALU BESAR...itu kata-kata yang paling afdal untuk memulakan kisah ini.Nawaitunya nampak macam nak 'lawan tetap lawan' dengan Himpunan Jutaan Belia yang sedang berlangsung dengan meriah dan jayanya di Putrajaya.

Majlisnya, Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor 2012.Tarikhnya Sabtu.Lokasinya Komplek Belia dan Sukan Selangor Seksyen 7 Shah Alam.

Himpunan sehari ini dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor menerusi pejabat Exco Belia.

Kalangan wartawan yang ditugaskan membuat liputan himpunan itu terpinga-pinga melihat keadaan dan suasananya.

Lengang dan sepi dari pagi hingga ke petang.


Mengikut jadual sepatutnnya Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Selangor akan beri ucaptama dan tetamu kehormat lain adalah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Namun tunggu punya tunggu, tidak ada siapapun hadir.

Sebab apa... mudah saja, tak dapat sambutan LANGSUNG. Suasananya paling memalukan bagi sesiapa saja yang berada di situ.

Ini jauh beza dengan kemeriahan di Himpunan Jutaan Belia diPutrajaya, yang berlangsung dari 23 hingga 27 Mei. Ada lebih 500 program, 22 pentas dan ratusan acara, dengan kehadiran belia dari seluruh negara.

Tinjauan Agendadaily di Komplek Belia dan Sukan Shah Alam jam 3.00 petang dapati yang ada hanya petugas sahaja.

Program forum yang melibatkan 'ikon belia PR' aktivis mahasiswa ,Adam Adli tidak ada pengunjung kecuali petugas dan unit amal yang duduk tidak sampai 20 orang.


Ratusan kerusi kosong, bukan dalam dewan sahaja, di luar dewan.

Suasana lebih menyayat hati kepada peniaga-peniaga, tak ada orang datang.

Dalam erti kata lain, rugi besar.

Difahamkan pada sebelah pagi, program yang seharusnya bermula pada awal pagi, terpaksa ditunda kerana KETIADAAN PESERTA.

Jumlah yang hadir jam 10:24 pagi, tidak sampai pun 100 orang. Walaupun Pesuruhjaya PAS, Dr. Rani Osman dan Exco Adat Resam Melayu, Dr. Ahmad Yunus bin Hairi telah sampai awal dan mundar-mandir melihat jumlah peserta yang berapa kerat sahaja.

Walaupun majlis dijadualkan seawal jam 9:00 pagi, namum sehingga 10:24 pagi, majlis tetap tidak bermula.


Kalau dilihat kepada persediaan, memang gempak habis,ada empat kaunter pendaftaran mengikut kategori iaitu NGO, Orang Awam,Mahasiswa dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT), telah disediakan.

Manakala jika bilangan kerusi-kerusi yang diatur, diambil kira,sepatutnya kehadiran peserta adalah paling kurang 1,000 orang . 50 meja akan untuk 500 orang dan 2 skrin putih besar turut disediakan.

Berdasarkan aturcara, Anwar hadir pada majlis tersebut pada pukul 9:00 pagi.

Pada ketika Exco PAS Selangor Dr. Yunus Hairi berucap jam 10:15 pagi, Anwar Ibrahim masih belum nampak kelibat dan batang hidungnya. Kehadiran pula tidak sampai 100 orang.

Penganjur turut menayangkan video debat PTPTN antara Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli pada 23 Mei 2012 lalu.

Tayangan terpaksa dibuat sementara menunggu kehadiran lebih ramai hadirin.

Lebih malangnya, pada ketika itulah lebih kurang 40 orang belia dari Kedah bertindak keluar dari dewan kerana mendakwa tertipu dengan program berkenaan.

Mereka telah dijanjikan untuk dibawa ke Program Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, sebaliknya mereka dibawa ke Program Himpunan dan Konvensyen Belia Negeri Selangor 2012.

Exco PKR Selangor Yaakob Sapari, yang mewakili Menteri Besar Selangor ketika berucap akhirnya mengesahkan Anwar tidak dapat hadir kerana terlibat dengan program lain kononnya.

Keseluruhan program berkenaan tidak mendapat sambutan ekoran kehadiran yang sangat tidak memuaskan iaitu tidak sampai 150 orang.



Walaupun penganjur membuat hebahan awal dengan memasang kain-kain rentang dan membuat penyebaran SMS kepada seramai 33,000 orang belia di Selangor, namun usaha tersebut masih gagal menarik kehadiran golongan belia ke majlis berkenaan.

Terdengar ada kalangan yang hadir berbisik ini satu pengajaran kepada kerajaan Selangor pimpinan PKR, jangan nak dakwa 'RAKYAT' sentiasa menyokong mereka.

Kalau bandingkan antara ehadiran di Shah Alam dan Putrajaya, bos-bos pembangkang di Selangor jenuh kena cari lubang cacing untuk sorok muka. -Helmi Hanafi/Agendadaily

Friday, May 18, 2012

10 NGO Kecam MB Selangor Kerana Menipu Rakyat!


Sebanyak 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengecam tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang cuba menafikan hak rakyat di Selangor daripada menikmati bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu.

Wakil NGO berkenaan, Saarah Ali Bashah berkata, tindakan Abdul Khalid yang enggan melunaskan tunggakan air percuma kepada rakyat yang tidak menikmati kemudahan itu sejak ia dimulakan empat tahun lalu, menunjukkan sikap sebenar kerajaan negeri yang tidak bertanggungjawab.

''Kita kesal dengan sikap dan pendirian Menteri Besar. Kalau sebelum ini kerajaan negeri mengatakan pentadbiran mereka adil dan berkebajikan, kenapa dalam soal itu mereka mengetepikan perkara tersebut.

''Perlu diingat bahawa majoriti yang tidak menikmati bekalan air percuma itu terdiri daripada rakyat yang tinggal di kediaman pangsapuri dan flat yang sebilangan besarnya adalah berpendapatan rendah.

''Kenapa kerajaan menafikan hak mereka untuk mendapat air percuma. Sepatutnya kerajaan negeri menjelaskan tunggakan air percuma yang sepatutnya mereka dapat sejak dasar itu dimulakan pada Jun 2008," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid semalam, bahawa kerajaan negeri tidak akan melayan desakan pelbagai NGO dan rakyat di negeri ini agar diberikan tunggakan air percuma sebanyak 20 meter padu yang tidak dapat dinikmati sejak empat tahun lalu.

Menurut Abdul Khalid, kerajaan negeri tidak akan membayar tunggakan pemberian air percuma kepada penduduk yang masih kekal mengunakan meter pukal.

Abdul Khalid membuat kenyataan itu susulan desakan 10 NGO dikenali sebagai 'NGO Air Selangor 20.0 MP' yang mengancam untuk mengadakan demonstrasi aman sekiranya kerajaan negeri enggan melunaskan tunggakan bekalan air percuma kepada rakyat yang tidak menikmati kemudahan itu.

Antara NGO terlibat ialah Kelab Perpaduan Ehsan Selangor, Badan Prihatin Rakyat Selangor dan Kelab Penyokong Barisan Nasional.

Sementara itu, Presiden Badan Prihatin Rakyat Selangor, U. Kamlanathan memberitahu, pihaknya akan tetap meneruskan demonstrasi tersebut bagi mendesak kerajaan negeri menjelaskan tunggakan sebanyak RM547.20 kepada setiap isi rumah yang tidak dapat menikmati bekalan air percuma sejak 2008.

Katanya, demonstrasi itu dijangka dilakukan dalam tempoh terdekat selepas pihaknya selesai mengadakan perbincangan dengan kesemua pihak di bawah 'NGO Air Selangor 20.0 MP'.

''Kerajaan negeri sebelum ini pernah mengumumkan pertambahan rizab negeri sebanyak RM1.9 bilion, kenapa tidak gunakannya untuk memastikan seluruh rakyat di negeri ini menerima bekalan air percuma. Jangan hanya pandai berjanji," ujarnya.

Wednesday, May 9, 2012

MB Berstatus Ahli Umno: PKR Dicabar Desak Khalid Ibrahim Letak Jawatan

Ahli UMNO rupanya MB Selangor ni.
Boleh jadi perwakilanlah tahun depan

IC: 461214-10-5273
No Ahli UMNO: 01791393
Cawangan: Pasir Tuntong
Bahagian: Kuala Selangor.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar agar mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor dan keahliannya daripada parti itu kerana masih berstatus ahli UMNO.

Setiausaha Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, berdasarkan sebuah laman blog, sahabat-gunung.com, Abdul Khalid yang bernombor kad pengenalan 461214-10-5273 adalah ahli UMNO yang memegang nombor keahlian 01791393 bagi cawangan Pasir Tuntong yang terletak di bawah UMNO Bahagian Kuala Selangor.

‘‘Justeru, kita cabar PKR supaya mendesak Abdul Khalid meletak jawatannya termasuk keahlian dalam parti pembangkang itu.

‘‘Jika sebelum ini PKR mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan atas tuduhan kononnya mereka ahli UMNO, kenapa mereka tidak mempersoalkan kedudukan Abdul Khalid dengan parti pemerintah itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya kesal dengan sikap pemimpin pembangkang yang dikatakan sering menyebarkan fitnah khususnya kepada generasi muda untuk mencapai agenda politik mereka.

Katanya, tidak cukup dengan dakyah yang cuba diserap dalam perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini, pembangkang juga turut melakukan serangan terhadap SPR yang mengaitkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dengan UMNO.

‘‘Apa yang mereka (pembangkang) lakukan itu adalah sangat tidak bertanggungjawab. Kita lihatlah hari ini bagaimana Bersih 3.0 dicemari dengan insiden keganasan yang telah menyusahkan pelbagai pihak.

‘‘Begitu juga dengan tuduhan mereka kononnya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR adalah ahli UMNO sebenarnya terbukti adalah fitnah semata-mata," jelasnya.

Ini kerana berdasarkan laporan media, tuduhan mereka terhadap Abdul Aziz dan Wan Ahmad itu disahkan tidak benar sama sekali.

Monday, May 7, 2012

Lampiran Bukti Khalid Ibrahim Gadai Tanah Yayasan Selangor Kepada Pusat Kebudayaan Cina





Baca pendedahan RPK dalam Malaysia Today, di sini. Antara yang bakal mengemparkan di dalam artikel beliau:

"So, Malaysia Chronicle a.k.a. Suara Tian Chua, do we continue? What more shall we talk about? Shall we talk about how Desi YL Chong was rejected by Malaysiakini and Free Malaysia Today before he joined Malaysia Chronicle to become a member of Tian Chua’s team? Shall we talk about how Wong Choon Mei was sacked from Malaysiakini for misconduct before she joined Malaysia Chronicle to become a member of Tian Chua’s team?

Yes, what more shall be talk about?

Shall we talk about that Malay girl, the daughter of an opposition leader, who Tian Chua made pregnant and later had to have an abortion to get rid of the unwanted baby? I do not want to mention her name so as not to shame the girl or her father. Dr Syed Husin Ali knows about this matter so he is aware of what I am talking about. So let’s leave it at that, at least for the meantime, unless Tian Chua or Malaysia Chronicle a.k.a Suara Tian Chua wants to take this to the next level."

-CTS

Thursday, April 12, 2012

Dicekup! Selangor Maju Dengan Tukang Urut...


Seramai 13 wanita warga asing termasuk remaja bawah umur yang menjadi pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam dua serbuan di sebuah pub dan pusat refleksologi di Bandar Mahkota, Cheras, kelmarin.

Serbuan Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor yang diketuai Asisten Superintendan Adzli Abu Shah itu dijalankan jam 10.45 malam.

Beliau berkata, dalam serbuan di pub, pihaknya menahan lapan GRO warga Vietnam berusia 17 hingga 30 tahun, yang sedang sibuk melayan lima pelanggan mereka.

“Pemeriksaan mendapati empat daripada wanita itu menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk memasuki negara, dua dikesan tiada dokumen pengenalan diri dan dua lagi hanya mempunyai slip daftar kemasukan.

“Semakan menunjukkan premis terbabit beroperasi sejak lima tahun lalu, selain lesen juga sudah tamat tempoh,” katanya.

Adzli berkata, siasatan menunjukkan tiada khidmat seks ditawarkan di premis itu, namun polis percaya semua GRO terbabit ada menawarkan perkhidmatan itu di luar premis, tanpa pengetahuan pengurus pub bagi mencari duit lebih.

Menurutnya, seorang penjaga premis lelaki berusia 22 tahun turut ditahan dalam operasi itu kelmarin.

Dalam operasi berasingan di pusat refleksologi pula, Adzli berkata, lima tukang urut terdiri daripada tiga wanita Thailand dan dua warga Laos dicekup.

Beliau berkata, semua wanita berusia antara 24 hingga 44 tahun itu sedang asyik mengurut lima pelanggan mereka, manakala tiga lagi pelanggan lain sedang menunggu giliran untuk diurut.

“Siasatan awal dapati semua tukang urut tidak memiliki permit kerja itu, kerap keluar masuk negara menggunakan pas lawatan sosial.

“Kita tahan seorang lelaki tempa­tan berusia 30 tahun yang juga merupakan penjaga premis,” katanya.

Adzli berkata, semua yang ditahan termasuk lima pelanggan di pusat ref­leksologi dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kajang untuk tindakan lanjut dan siasatan dibuat mengikut kesalahan menggaji pekerja tanpa permit.

Monday, April 9, 2012

Pakatan Rakyat Selangor Kucar Kacir, Tunggu Masa Untuk Jahanam!


Keadaan pentadbiran negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang dikuasai PKR semakin berkecamuk dan kelam kabut.

Menteri Besar dan Penasihat Ekonomi sedang bertelagah kerana bercanggah pendapat.

Abdul Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim sering bergaduh besar dalam bilik mesyuarat mahu pun pertemuan empat mata.

Malah insiden maki hamun dan jerit menjerit dan tumbuk meja apabila mereka berdua bermesyuarat sudah menjadi perkara lumrah dan diketahui umum.

Asas perselisihan faham ialah kerana Menteri Besar tidak mahu mengikut telunjuk Anwar dan mahu mentadbir negeri ikut cara ala korporat yang dipelajarinya semasa menerajui Kumpulan Guthrie dan PNB.

Malah ramai daripada kroni-kroninya yang sudah bersara diambil bekerja dan ditempatkan di jawatan-jawatan besar dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Malah dengar khabar 'ex-girlfriend' Khalid pun diambil bekerja dipejabat Menteri Besar walaupun sudah lanjut usia (ini satu lagi cerita menarik!).

Khalid tidak mahu mendengar cakap Anwar yang meminta beliau menyalurkan dana untuk membantu aktiviti parti.

Kerajaan lain dan parti lain kata Khalid, tetapi mahu tidak mahu dia terpaksa juga beri peruntukan, umpamanya bagi penubuhan Pikom, satu kumpulan dianggotai aktivis parti yang ditugaskan menyebarkan maklumat mengenai program serta dasar Pakatan Rakyat.

Pikom dikawal oleh Azmin Ali selaku Pengerusi PKR Selangor dan semua petugas kumpulan itu adalah daripada lantikannya.

Berjuta ringgit peruntukan kerajaan negeri telah disalurkan namun Pikom gagal berfungsi seperti diharapkan.

Menteri Besar amat marah kepada Azmin apabila mendapat tahu Timbalan Presiden PKR itu menyalahguna dana Pikom untuk tujuan kempennya sesama pemilihan parti dua tahun lalu.

Maklumat dalaman seperti ini membuktikan sikap hipokrit dan talam dua muka pemimpin-pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat.

Apabila berceramah kepada rakyat terutamanya kepada masyarakat kampung dan luar bandar, merekalah jaguh melawan rasuah, penyalahgunaan kuasa, telus dan adil, tetapi hakikat adalah sebaliknya.

Masing-masing sibuk mengumpul harta dan mengaut kekayaan sebanyak mungkin.

Setelah Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Nazak mengumumkan kejayaan besar program transformasinya, GTP, Pakatan Rakyat Selangor mula gusar dan bimbang.

Ini kerana Barisan Nasional telah membuktikan bahawa ia terus mampu membela rakyat dan membawa kemajuan ekonomi kepada negara berbanding pembangkang yang hanya pandai bercakap dan menabur janji.

Bermula dari Menteri Besar, Exco, wakil rakyat, ahli majlis termasuk juga pegawai-pegawai di pejabat Menteri Besar dan SUK, semuanya sedang sibuk 'buat duit'.

Mereka tahu nyawa politik mereka hanya tinggal beberapa hari lagi.

Sebab itu suasana sana politik Pakatan Rakyat Selangor kini sudah lesu dan tidak bermaya.

Unit media dan komunikasi yang ditubuhkan di bawah sebuah anak syarikat bernama CCSB yang mengendalikan TV Selangor dan menerbitkan akhbar mingguan Selangorkini sudah pun tinggal nyawa ikan dan operasi hampir lumpur.

Ini bermakna jutaan ringgit dana awam telah dibazirkan begitu sahaja dan malah dengar khabar banyak yang masuk ke dalam poket pemimpin PKR dan pihak pengurusan!

Mereka tidak lagi berminat untuk membela nasib rakyat mahu pun membangunkan negeri, malah tidak lagi berdaya untuk mempertahankan benteng politik dalam menghadapi kekuatan BN.

Seperti seorang yang sedang nazak, Pakatan Rakyat Selangor hanya menunggu masa sahaja tamatnya hayat politik mereka menjelang PRU ke-13.

Friday, March 30, 2012

Khalid Ibrahim Memalukan Orang Melayu PKR!


MB Selangor melawat rakyatnya dan bersila diatas tikar dalam keadaan berkasut. Adakah itu menepati ciri-ciri adat melayu ?

Gambar diatas menunjukan Khalid Ibrahim dalam keadaan berkasut bertemu mangsa banjir di Hulu Langat dua minggu lepas.

Mana suara-suara yang lima tahun lepas yang menjerit penyapu bukan adat melayu ?

Monday, March 19, 2012

Isu Air: Khalid Ibrahim Khianati Rakyat Selangor


Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor semalam mengadakan perjumpaan dengan dua operator air antarabangsa - Suez Environment yang berpangkalan di Perancis dan Wessex Water dari United Kingdom. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk mendapatkan pandangan pengurusan air yang cekap sebagai persediaan Kerajaan Negeri mengambilalih industri air.

Jika ini bukan bukti mentaliti dijajah yang masih membelenggu fikiran pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR), maka ia adalah bukti bahawa PR mempunyai agenda tersembunyi dan dengan sengaja menolak mentah-mentah penyelesaian yang boleh dicapai yang ditawarkan oleh kerajaan pusat tetapi meminta ‘nasihat’ pakar asing bagi mengatasi masalah ini.

Pakar asing tersebut dikatakan bersedia berkongsi kepakaran dalam pengurusan air bagi memastikan model kerajaan Negeri bukan saja cekap dan berkesan malah boleh dibekalkan pada tarif yang munasabah.

Logiknya, tidak mungkin mereka tidak ‘bersedia’ untuk apa saja jika ia bermakna membawa keuntungan kepada syarikat mereka.

Tindakan Khalid ini bukan sahaja menimbulkan kesangsian di kalangan rakyat Selangor tetapi ia juga dilihat sebagai pengkhianatan terhadap negara kerana beliau secara terang-terangan menggambarkan kepada pakar luar tersebut bahawa kerajaan pusat bersikap tidak telus dan syarikat pengurusan air yang ada di negara ini tidak mahir belaka.

Malah beliau dengan ‘khianatnya’ berkata “kes di Selangor bukan soal apa yang anda boleh lakukan tetapi siapa yang anda kenal."

Pakar-pakar tempatan telah membentangkan masalah air yang bakal melanda Selangor jauh lebih awal sebelum ini. Lanjutan dari itu, kerajaan pusat telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk menangani masalah ini.

Untuk tujuan itu, fasa awal projek air bernilai RM8.65 bilion itu telah diluluskan oleh kerajaan Selangor semasa di bawah perintah Barisan Nasional, tetapi fasa berikutnya terhenti selepas Pakatan Rakyat menguasai Selangor dalam pilihan raya umum 2008.

Kerajaan negeri Selangor menawarkan sebanyak RM5.7 bilion untuk membeli kesemua syer-syer bukan milik kerajaan negeri dalam SYABAS, Puncak Niaga, SPLASH dan ABBAS dan berjanji untuk menurunkan tarif air sebanyak 24%. Logiknya bagaimana kerajaan negeri mahu menurunkan tarif sebanyak 24% sedangkan untuk membeli keseluruhan aset ini sahaja kerajaan negeri perlu membuat pinjaman sebanyak RM5.7 bilion?

Kerajaan negeri Selangor juga telah mengadakan perbincangan dengan syarikat dari Timur Tengah sebagai pilihan untuk menguruskan air Selangor dan syarikat tersebut bersedia menawarkan sehingga RM20 bilion bagi mengambil alih pengurusan air di lembah Klang. Tetapi, ini pasti bermakna tariff air akan meningkat dengan drastik sekali. Tidak mungkin kerajaan negeri dapat membekalkan air dengan murah setelah menghabiskan RM20 billion untuk tujuan itu?

Kerajaan Persekutuan telah membayar pampasan bagi pengambilan tanah untuk menampung penyaluran air mentah dari Pahang dan semua syarat permohonan telah dipenuhi. Untuk itu, kerajaan Persekutuan memerlukan kebenaran kerajaan Selangor untuk memulakan kerja-kerja pembinaan melalui empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Ampang, Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang.

Kerajaan Pusat juga telah beberapa kali membuat rundingan dengan kerajaan Selangor mengenai isu berkenaan termasuk mengenai pelan pengambilan tanah untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 untuk Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor tetapi masih tidak dipersetujui oleh kerajaan negeri Selangor.

Khianatnya kerajaan negeri Selangor ini sehingga mereka sanggup mengarahkan semua Majlis Perbandaran dan Pejabat Tanah supaya menghalang sebarang kerja-kerja pembinaan laluan paip penyaluran air dari negeri Pahang dilakukan.

Kerana ingin mengaut keuntungan licik, sama ada melalui perlantikan pakar asing atau apa saja, Khalid sanggup membiarkan rakyat Selangor menderita sedangkan beliau tahu yang bekalan air akan terus susut sehingga 13.4% jika penyelesaian tidak dilakukan dengan segera iaitu menyiapkan projek kerajaan pusat tersebut sebelum Jun 2014.

Justeru, tidak ada cara lain untuk rakyat Selangor menyelamatkan diri dari terus dikhianati oleh Menteri Besar sendiri. Caranya ialah mengembalikan Selangor ini kepada kerajaan pusat melalui pilihanraya nanti.

Mungkin ada yang menganggap artikel ini sebagai bahan kempen pilihanraya namun, sama ada ia bahan kempen atau tidak, ia hanya membawa fakta kebenaran semata-mata. Sesungguhnya nasib rakyat Selangor berada di tangan sendiri.

Friday, February 17, 2012

Isu Pasir - Perbicaraan Rakyat Untuk Cari Kebenaran - Noh Omar



Jawapan balas Dato' Sri Noh Omar terhadap cabaran MB Selangor supaya Dato' Sri Noh Omar memberi keterangan kepada Transperancy International dalam isu penyelewengan perlombongan pasir di Selangor.

Tuesday, January 31, 2012

Kepala Babi Di Temui Di Masjid Rawang ! Khalid Apa Cerita Ni...


Semakin hari semakin kurang hajar!Satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, awal pagi ini.

Kepala kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama.

Pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. Setelah mengambil bahan bukti dan menyiasat di kawasan sekitar kira-kira dua jam, mereka kemudiannya meninggalkan masjid itu.

Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu, MB Selangor Khalid Ibrahim dan ADUN Rawang Gan Pei Nei! Apa cerita semua ni? jangan lah nak bermain wayang depan rakyat pulak!

Friday, December 30, 2011

Selangor Dulu Maju Sekarang Kotor


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata BN akan memastikan Selangor terus maju dengan pembangunan jika kembali menawan negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

“Selangor dulu maju tetapi sekarang kotor,” katanya semasa berucap selepas melawat ruang-ruang pameran di Karnival Sayangi Selangor di i-City, Seksyen 7, di sini yang bermula hari ini hingga malam tahun baru pada Sabtu ini.

Beliau berkata Selangor menjadi kotor selepas keputusan kerajaan negeri menamatkan kontrak pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Alam Flora Sdn Bhd dan melantik kontraktor-kontraktornya sendiri.

Katanya BN menyedari mengenai kelemahan itu dan akan memperbaikinya jika diberi peluang menerajui kembali Selangor.

Mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa peruntukan RM2.7 bilion untuk Selangor tahun ini daripada kerajaan Persekutuan adalah wang rakyat dan bukannya wang BN, beliau berkata keadaan itu juga sama dengan kerajaan negeri di mana ia adalah wang rakyat dan bukannya wang Pakatan Rakyat.

Beliau berkata program “Jom Shopping” kerajaan negeri yang memberikan kupon RM100 kepada warga emas di negeri ini untuk membeli-belah belum lagi mencapai sasaran 100,000 orang sebaliknya kira-kira 20,000 orang sahaja.

Ini berbeza dengan BN yang telah menyelesaikan bantuan awal persekolahan bernilai RM100 seorang dan dijangka memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 bagi setiap isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan pada bulan hadapan, katanya.

Sumber: Sahabat Gunung

Saturday, December 3, 2011

Banjir : Buaya Khalid Ibrahim Terlepas Di Pekan Kajang


Hujan lebat beberapa jam petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kajang dilanda banjir.

Paling terjejas teruk pekan Kajang yang dinaiki air sekaligus merosakkan barangan di dalam beberapa buah kedai.

Selain itu beberapa kenderaan juga turut terkandas ekoran air yang naik secara mendadak.

Dan turut menjadi perhatian seekor buaya berenang-renang di pekan Kajang... Buaya tersebut mempunyai saiznya lagi besar dari kereta kancil...

Mungkin buaya tersebut, binatang peliharaan Menteri Besar Selangor yang terlepas sewaktu banjir besar melanda di Kajang semalam.

Kalau dulu masa BN memerentah negeri Selangor ni tak pernah pula dengar kes buaya sesat di pekan Kajang ni... tapi sejak Pakatan pembangkang PKR mentabir Selangor, macam-macam jadinya...

Rumah maksiat dan percambahan rumah-rumah urut di Selangor semakin bertambah dari sehari ke sehari dan bukan sahaja pusat-pusat urut bertambah, malah pusat-pusat judi haram juga menjadi permasalahan utama kepada penduduk dan macam-macam lagi...

Mungkin banjir besar di Kajang semalam bala dari Tuhan agaknya..

Tunggu apa lagi Khalid? Jangan bagi malu kerajaan Selangor!.. pergi la tangkap buaya saka tu... Lepas tu sumbatkan dalam penjara sungai buluh hahaha!

Wednesday, November 23, 2011

Kerajaan Selangor Mahu Roboh Surau!


Surau An-Nur Shahiroh, bakal di robohkan untuk buat tempat parking.

Penduduk rumah pangsa kos rendah Indah Court di Jalan PJS 11/7a, membuat bantahan kerana mereka tidak bersetuju dengan tindakan pemaju membina surau ganti di tingkat empat, bangunan tempat letak kereta yang akan dibina di bekas tapak surau terbabit.

Surau yang dibina penduduk dengan kos RM93,000 itu akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembinaan tiga blok kondominium 30 tingkat dan 10 unit rumah kedai serta pejabat di kawasan berhampiran.

Penaung surau, Datuk Shaiful Nizam Abdullah, berkata tindakan itu tidak wajar kerana ia dibina hasil wang yang dikeluarkan oleh penduduk sendiri selain sudah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) sekitar 1997.

“Saya tidak faham mengapa pemaju dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) begitu mudah hendak merobohkan surau yang kami bina dengan duit sendiri.

“Lebih menghairankan, jika hendak menaik taraf Indah Court, mengapa pula surau ini dirobohkan?
“Kami bina surau ini bukan secara haram tetapi selepas kelulusan MPPJ. Lagipun, tidak sesuai jika surau dibina di atas lot parkir kerana ia menyusahkan penduduk untuk beribadah dan membuat kenduri.

“Begitu juga jika berlaku kematian, pasti sukar untuk mengurus jenazah,” katanya selepas bersemuka dengan pemaju dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Hannah Yeoh Tseow Suan di kawasan berkenaan.

Inilah nasib orang melayu apabila DAP berkuasa! MB Selangor hanya boneka DAP!

Bubar Dun... Khalid Ibrahim Pening Rupanya!


Keputusan kerajaan PKR Selangor enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika parlimen dibubarkan sebelum Jun 2012 bagi membolehkan pilihanraya umum ke 13, jelas bertentangan keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, “ keputusan awal majlis berkenaan adalah ‘kalau bubar, bubar serentak, kalau tidak, tidaklah,”

Maksudnya, pembangkang akan membubarkan DUN yang dikuasai mereka secara serentak jika dipersetujui majlis selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen.

“Kalau bubar, semua negeri (dikuasai pembangkang) bubar. Itu keputusan awal Majlis Presiden. Kalau kita setuju, kita bubar serentak, kalau tidak, maka tidaklah,” katanya kepada Agendadaily ketika ditemui di lobi Parlimen Selasa.

Beliau diminta mengulas kenyataan Khalid bahawa DUN Selangor tidak akan dibubarkan jika Parlimen dibubarkan awal sebelum Jun tahun depan.

Saifuddin berkata, keputusan atau membubarkan DUN serentak akan ditentukan Majlis Presiden yang diwakili PKR,DAP dan PAS.

Justru itu katanya, beliau tidak tahu menahu kenapa Khalid membuat keputusan enggan membubarkan DUN Selangor dengan syarat-syarat tersebut.

Menjawab kemungkinan hanya akan diadakan pilihan raya peringkat Parlimen sahaja, Saifuddin berkata, itu adalah prerogatif Perdana Menteri.

Ditanya, sama ada pembangkang setuju atau tidak dengan kemungkinan itu, Saifuddin sambil seloroh berkata, “Bila berlaku (pilihan raya parlimen sahaja), kita bincanglah,”.

Bagaimanapun, cadangan kerajaan PKR Selangor itu dilihat PAS sebagai tindakan yang boleh memberi kesan negatif kepada pembangkang.

Ahli Jawatankuasa PAS, Nasaruddin Mat Isa berkata, jika DUN Selangor mengadakan pilihan raya negeri berasingan selepas Parlimen dibubarkan, Barisan Nasional boleh memberi tumpuan khusus untuk menawan semula Selangor.

“Jika pilihan raya hanya diperingkat negeri, seluruh jentera BN akan tumpu pada negeri. Ini menyulitkan pakatan dalam satu segi,” katanya.

Menurut Nasaruddin, beliau berpandangan adalah lebih baik Selangor turut mengadakan pilihan raya serentak dengan parlimen dan negeri-negeri lain.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berpendapat, jika Najib umumkan hanya pilihan raya peringkat Parlimen sahaja, ia satu langkah bijak jika BN tumpu ambil alih negeri dikuasai pembangkang.

“Buatlah berasingan. Untung apa. Saya setuju, untungkan BN,” katanya.

Selain itu katanya, BN ada alasan untuk balun pembangkang kerana mahu bazirkan wang dengan buat pilihan raya negeri berasingan dengan parlimen.

Sementara itu, MCA mencabar kerajaan negeri PKR-DAP-PAS untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemudanya Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, pembangkang sebenarnya tidak bersedia menghadapi BN dan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum.

"Adakah anda semua bersedia menghadapi Barisan Nasional pada pilihan raya negeri? Keengganan anda berbuat demikian menunjukkan anda sama ada tidak bersedia untuk menghadapi BN dan anda telah gagal memenuhi janji-janji pilihan raya.

"Dengan demikian, anda tahu bahawa anda tidak dapat bertanding dalam pilihan raya serentak," kata beliau dalam kenyataan, semalam.

Katanya jika kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor sesungguhnya bersedia menghadapi calon BN dan Bebas dalam pilihan raya, mereka tidak payah mempolitikkan untuk menangguhkan pilihan raya negeri sebagai taktik terhadap lawannya.

"Penangguhan akan membazirkan wang pembayar cukai dan menyebabkan kesulitan penyediaan logistik," kata Wee sambil menambah bahawa ia akan juga mengambil masa dengan penyediaan logistik oleh Suruhanjaya Pilihan, anggota keselamatan dan parti politik dan calon.

Selain itu, parti-parti politik dan calon akan menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk berkempen di mana sumber-sumber itu lebih baik digunakan untuk membantu rakyat.

"Bagi mereka yang bekerja, belajar atau tinggal di luar negeri atau negara, mereka terpaksa pulang dua kali untuk mengundi di kawasan pilihan raya mereka.

"Dengan itu, jika kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor tidak hiraukan wang pembayar cukai, sekurang-kurangnya pertimbangkan individu yang terpaksa datang dari jauh dua kali yang melibatkan kos pengangkutan tambahan hanya untuk pergi mengundi," kata Wee.

Ambil kira sebab dan alasan di atas, Khalid kena fikir semula keputusannya enggan bubar DUN Selangor kecuali beliau mahu tunjuk kuasanya lebih dari Datuk Seri Anwar Ibrahim atau majlis presiden PR.-Agendadaily

Saturday, November 19, 2011

Khalid Ibrahim Akui PKR Selangor Memang Hancor! Habok Pun Tarak!


Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim tidak perlu menunggu sehingga 2013 untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri jika kerajaan pimpinan beliau benar-benar mantap.

Sebagai Menteri Besar yang menganggap dirinya menerima sokongan kuat semua ahli Exco, Abdul Khalid sepatutnya tidak gentar untuk memberi mandat kepada rakyat bagi memilih kerajaan negeri yang baharu.

Keengganan Menteri Besar membubarkan DUN membuktikan pakatan pembangkang masih belum sepakat untuk memilih calon bertanding dan ini membuktikan mereka memerlukan masa menyelesaikan masalah yang kritikal dalam pakatan itu.

Terdahulu Khalid memberitahu, DUN Selangor tidak akan dibubarkan sekali pun kerajaan Pusat bertindak membubarkan Parlimen pada Januari tahun depan untuk menjalankan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Kerajaan negeri hanya akan membubarkan DUN selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan pada tahun depan.


Rakyat Selangor sudah muak dengan permainan politik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang hanya pandai menabur janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12, tetapi tidak berkemampuan untuk memenuhinya setelah diberi kuasa oleh rakyat.


Sudah pasti dalam situasi sekarang sudah pasti kerajaan negeri tidak berani terlibat dengan pilihan raya kerana mereka tidak sanggup lagi mengeluarkan manifesto baharu kerana yang lama masih banyak tertunggak!


PKR hanya pandai berjanji tapi tak pandai nak tunaikan. 
PKR Selangor Memang Hancor! Habuk Pun TARAK!

Monday, November 14, 2011

Gaji Kakitangan Awam Selangor Antara Dua Darjat.... Siapa Yang Palam Lebih?


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mohd Isa Kassim hari ini sekali kali melahirkan rasa kecewa kepada Speaker DUN Selangor kerana tidak mementingkan kebebasan bersuara apabila speaker menghalangnya untuk mendapatkan penjelasan serta bertanyakan soalan tambahan berhubung persoalan gaji minima sebagaimana yang diumumkan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pembentangan Bajet 2012 Selangor pada 9 November lalu.

“Gaji minima yang dibuat oleh kerajaan negeri melalui Bajet 2012 merupakan satu diskriminasi terhadap penjawat awam dalam negeri Selangor, kakitangan awam di bawah kerajaan negeri sendiri yang saya dimaklumkan berjumlah hamper 19,000 orang.

Kenapa nak buat gaji minima kepada GLC, syarikat-syarikat yang terpilih pula tu seperti PKNS. Kita tahu PKNS merupakan sebuah GLC yang reputasinya yang cukup bagus dan ia juga mempunyai asset, sebab itu dia ada skim pelaburan, ada pemberian dividen dan sebagainya. Saya yakin di PKNS ada kakitangan yang gajinya dibawah RM1500,” ujarnya kepada pemberita di Lobi DUN Selangor.

Tambahnya, kita kena lihat mengapa PKNS dipilih? Kita lihat prestasi di PKNS bukan sahaja kakitangannya menerima gaji yang tinggi tetapi juga memberikan bonus yang cukup tinggi kepada kakitangannya.

Sepatutnya GLC ini tidak perlulah kerajaan negeri nak ambil tahu untuk menetapkan gaji minima mereka. GLC ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965, yang mana sudah tentulah skim perkhidmatannya adalah berbeza daripada skim perkidmatan awam negeri.

Malah GLC juga dilihat secara operasinya adalah mencari keuntungan yang membolehkan mereka membayar gaji dan bonus kakitangan secara puratanya melepasi RM1,500 sebulan. Namun, kakitangan awam negeri gaji mereka adalah rendah.

“Sekiranya kerajaan negeri benar-benar memikirkan kebajikan kakitangan awam Selangor, mereka sepatutnya melaksanakan dasar gaji minima itu kepada golongan tersebut bukannya hanya kepada kakitangan GLC semata-mata.

Maka saya lihat ini satu bentuk diskriminasi yang diamalkan oleh kerajaan negeri kepada kakatangan awam Selangor yang dianggarkan seramai 19,000 orang.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Isa turut mempertikaikan kerajaan negeri menerusi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sebelum ini menyatakan kerajaan negeri berjaya meningkatkan pendapatan dan hasil kerajaan negeri dalam pembentangan Bajet Selangor 2012 baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya hasil dan pendapatan itu dilihat tidak pula disalurkan untuk manfaat kepada seluruh kakitangan awam negeri.

"Kalau kerajaan negeri mengatakan ada pertambahan pendapatan, kenapa tidak berikan dan laksanakan gaji minimum kepada kakitangan awam Selangor," soalnya lagi. -Sahabat Gunung

Friday, November 11, 2011

Gaji GM PKNS Lebih Besar Dari MB?


Pelantikan Othman Omar sebagai Pengurus Besar PKNS adalah meragukan dan tidak beretika dengan gaji serta elaun yang tidak munasabah, dakwa Satim Diman.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman mempertikaikan pembayaran gaji dan bonus Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang berjumlah RM1.4 juta dalam tempoh dua tahun yang disifatkan melampau dan tidak masuk akal.

Pembayaran bonus tersebut dilihat tidak wajar kerana ia seolah-olah menunjukkan pengurusan kewangan yang tidak terkawal berbanding dengan prestasi PKNS yang dikatakan tidak begitu memberangsangkan sebelum ini.

“Berdasarkan perangkaan yang diperolehi pada tahun 2009, Pengurus Besar PKNS menerima gaji dan bonus yang keseluruhannya berjumlah RM640,000 manakala pada tahun 2010 menerima gaji dan bonus sebanyak RM760,000. Jadi yang angka gaji dan bonus yang tercatat diterima oleh Pengurus Besar PKNS ini ialah sebanyak RM1.4 juta.

“Apakah ini menunjukkan satu pengurusan kewangan yang berhemah yang sebenarnya ditunjukan oleh kerajaan negeri. Maka sebab itulah barangkali jawatan Pengurus Besar ini amat istimewa. Jumlah ini juga adalah jauh lebih besar daripada gaji yang diterima oleh Perdana Menteri mahupun Menteri Besar sendiri,” katanya selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.


Tambahnya, selain bayaran gaji dan bonus yang tidak masuk akal, kerajaan negeri melalui PKNS juga gagal melaksanakan agenda sosial rakyat dengan mengadakan lebih banyak projek perumahan kos rendah dan sederhana di negeri ini meskipun dilihat sering kali mengaitkan dasar pentadbiran mereka dengan konsep kebajikan.

Sebaliknya, PKNS lebih banyak menumpukan kepada projek-projek mewah dan untuk mencapai keuntungan seperti projek Datum Jelatek di Pusat Bandar Keramat yang didakwa mungkin untuk membolehkan bayaran bonus yang tinggi kepada kakitangan dan Pengurus Besar PKNS.

“Kalau dahulu ketika pentadbiran BN, kita ada juga jalankan projek kos rendah dan sederhana untuk rakyat yang selaras dengan objektif PKNS untuk mewujudkan keseimbangan sosial. Tetapi kerajaan negeri sekarang ini tidak ada perkara itu buat,” ujarnya.

Terdahulu, Mohamad Satim ketika memberikan ucapan membahaskan Bajet Selangor 2012 turut mempertikaikan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Bajet Selangor 2009 menyatakan kerajaan negeri tidak lagi memberikan memberikan projek-projek hartanah secara usahasama dan pengswastaan.

Malah katanya, kerajaan negeri turut mengarahkan PKNS supaya menghentikan projek-projek pengswastaan serta merta. -MediaUMNO