Tuesday, July 26, 2011
Karnival Kerjaya Pemuda BN Di Sabah Tawar 7,000 Jawatan Kosong
Sebanyak 7,000 jawatan kosong akan ditawarkan oleh 150 syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan negeri (SGLC) sepanjang tiga hari berlangsungnya Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) di Pusat Perdagangan Likas yang bermula 29 Julai ini.
Pengerusi Pemuda BN Sabah, Awang Kadin Tang berkata penganjuran karnival kerjaya terbesar itu merupakan usaha baharu pergerakan Pemuda BN Sabah untuk membantu golongan muda mendapatkan pekerjaan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dijangka melancarkan karnival Pemuda BN peringkat negeri itu yang turut dihadiri oleh para pemimpin parti komponen BN negeri, katanya pada media di Bangunan UMNO dekat sini hari ini.
Awang Kadin berkata jawatan kosong yang ditawarkan meliputi pelbagai jenis bidang kerja termasuk perladangan dan industri minyak yang merangkumi jawatan daripada peringkat rendah hingga ke eksekutif di merata-rata tempat di seluruh negara.
“Saya yakin, berdasarkan sambutan yang menggalakkan terhadap program karnival di negeri-negeri lain di Semenanjung, karnival kerjaya Pemuda BN di Sabah turut mendapat sambutan yang baik,” katanya.
Antara syarikat besar yang menyertai karnival kerjaya yang dibuka dari 10 pagi hingga 8 malam itu katanya ialah Petronas, Tan Chong Group, Labuan Shipyard, Sawit Kinabalu, Bernas, Lembaga Tabung Haji dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Sehubungan itu, Awang Kadin berharap golongan muda khususnya yang belum mendapat pekerjaan dapat datang beramai-ramai dan membawa bersama dokumen penting termasuk sijil kelayakan asal untuk memudahkan pendaftaran dalam sesi temuduga terbuka.
Katanya Pemuda BN juga telah berunding dengan pengusaha bas yang berpangkalan di terminal bas Wawasan Plaza di pusat bandaraya Kota Kinabalu untuk mengadakan perkhidmatan pengangkutan bas yang berulang-alik ke Pusat Perdagangan Likas sepanjang karnival berkenaan berlangsung.
Facebook PM, Najib Diserang Pengkhianat!
Monday, July 25, 2011
Sambutan Anwar Ibrahim Di Tanjong Tokong Suram, 20 Kehadiran
Hanya 20 orang sahaja penduduk tempatan yang hadir pada petang itu manakala selebihnya orang luar... Purata kesumuanya tak sampai 100 orang pun yang hadir bagi merasmikan ranting yang kian patah itu.
Info: Mat Kilau Penang
Syurga Arak Di Petaling Jaya - Nik Nazmi Buat Apa?
Apa yang dikesali, tiada pula sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa seolah-olah tidak tahu atau terlepas pandang mengenai perkara ini walaupun kegiatan haram itu rancak berlaku.
Sebatang lorong gelap yang disangka tidak dilalui orang ramai, rupa-rupanya adalah ‘syurga’ bagi kaki botol membeli arak murah berkonsepkan pandu lalu.
Setiap malam, pihak terbabit bebas menjual minuman keras kepada orang awam termasuk Melayu dan remaja bawah umur dengan harga semurah RM10 untuk tiga tin arak, berbanding harga biasa RM7 setin
Lokasi kedai yang terletak di Sunway Mentari, Petaling Jaya itu mengubah operasinya pada malam hari ke bahagian belakang kedai bagi membolehkannya menjual arak berlabel BFE (Brewed For Export).
Tidak mampu memberikan sebarang kesan terhadap PKR dan rakyat Selangor
Ahli Dewan Undangan Selangor PKR, Seri Setia Ini buat apa? Tak sedar apa yang berlaku dikawasannya... Jika PR tak mampu hendak mentabir Negeri Selangor biar Kerajaan Pusat Barisan Nasional sahaja yang ambil alih....
Anwar Ibrahim Dan Mat Sabu Ke Sungai Buloh
Gambar 80 Orang Mati Di Tembak Di Norway, Adakah Bersih 3.0 Akan Jadi Seperti Ini Juga?
Foto yang diambil oleh wartawan meja jenayah, Vergard M.Aas dari Norway ini menunjukkan mayat-mayat bergelimpangan di Pulau Utoya berdekatan Norway, Sabtu. Ia dirakamkan sejam selepas pihak keselamatan melaporkan seorang lelaki berpakaian seragam polis menembak mati pemuda-pemudi yang menghadiri satu kem di situ. Polis turut berkata, sebelum itu, suspek tersebut meledakkan bom di Oslo, Norway. – Foto AP
Seorang lelaki yang cedera diberi rawatan di Oslo, Norway, Sabtu. Letupan bom tersebut merosakkan beberapa bangunan kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri, Jens Stoltenberg. Letupan itu juga menyebabkan lain-lain bangunan terbakar. – Foto REUTERS
TQ AAKJ.com
Berita baca disini: 87 Terbunuh Dalam Tembakan Rambang Dan Serangan Bom Di Norway
Pemuda Terus Membantu Rakyat: BNYJF Di Melaka Tawar 8,500 Peluang Pekerjaan
Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menyasarkan lebih 20,000 pencari kerja Pameran kerjaya BN Youth Job Fair 2011 (BNYJF) peringkat negeri Melaka yang menawarkan 8,500 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang.
“Setakat hari ini sudah 12,000 orang mengunjungi program ini,” katanya selepas majlis perasmian pameran itu oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di MITC, Sabtu 23 July.
BNYJF juga akan diadakan di Sabah selama tiga hari bermula 29 Julai ini diikuti Kuala Lumpur Oktober ini manakala di Perak dan Terengganu tarikh belum ditetapkan.
Chegu Bard Ke Siam
Malahan karier politik Chegu Bard sudah lama berkubur di Negeri Sembilan.... Tewas berturut-turut setiap kali dicalonkan untuk bertanding di Pilihan Raya Umum, namun masih menagih simpati dari rakyat untuk bernafas semula...
Bard perlu sedar bahawa rakyat di Parlimen Rembau menolak Bard mentah-mentah, malah jijik dengan fitnah yang sering dijajanya... Jangan ingat boleh tipu orang kampung bard, sekarang zaman IT, mak cik kat kat kampung pun dah ada facebook...
Selain dari itu, Chegu bard juga tidak disenanggi oleh Ahli PKR dan pernah digesa untuk meninggalkan Parti tersebut. Baca disini... Sana tolak sini tendang, cara terbaik untuk bard jadi top semula, reka cerita "Lord Liar of The Rings" semua kes tutup, lupa kisah silam brad yang pernah menjadi pengkhianat dalam Parti...
Kini blogger pembangkang gelar bard "Super hero lord of the Ring..." tp masih gagal tawan hati rakyat.. Dam loser...
Bersih 2.0: Ambiga Ingkar Titah Yang Dipertuan Agong
1 - Jangan berhimpun.
2- Jika hendak berhimpun hendaklah dilakukan di dalam stadium, dan mestilah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak Polis.
3 - Jangan gunakan Stadium Merdeka.
Benarkah 3 perkara ini dititahkan oleh DYMM Yang di Pertuan Agong kepada kamu wahai Ambiga?
Patutlah sampai sekarang Ambiga tidak membuat kenyataan mengenai apa yang disampaikan oleh Tuanku Yang di Pertuan Agong kepada beliau. Rupanya ada perkara yang disorok dari pengetahuan rakyat Malaysia.
Kalau perkara ini benar, nampaknya Ambiga telah bertindak ingkar dengan titah Tuanku dalam masa yang sama Ambiga juga telah menipu semua penyokong BERSIH. Baca lagi disini...
Ini pula cadangan aku: ISAkan Ambiga Dengan Kadar Segera!
Khalid Selangor Gagap Ku Ku... Tiada Rumah Kos Rendah Untuk Rakyat Selangor
Contoh kerajaan prihatin bantu golongan muda, hasil dari Makmal Pemuda Barisan Nasional (BN). Nilaikanlah yang mana baik untuk masa hadapan anda...
Tiada Lagi Keraguan: Kerajaan Setuju SPR Laksana Sistem Biometrik
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bersetuju beri peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk wujudkan sistem biometrik bagi tentukan pengundi sah pada pilihan raya.
Menurut Perdana Menteri, ia adalah salah satu usaha untuk pastikan pilihan raya di negara ini telus dan adil.
“Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat atasi dakwaan wujudnya pengundi hantu,” katanya.
Berikutan kenyataan beliau, sistem biometrik dijangka digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Bagaimanapun, ia bergantung kepada keputusan SPR.
Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata BN komited kepada pilihan raya bersih serta adil dan tidak perlukan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk pastikan tindakan itu.
“Kalau nak buat penambahbaikan buat yang terbaik (guna biometrik bagi memastikan pilihan raya adil dan bersih) walaupun negara-negara maju pun tak buat,” katanya.
Beliau berkata, tidak perlu untuk adakan perhimpunan kerana kerajaan akan sentiasa membaiki sistem pilihan raya dari semasa ke semasa.
“Kita (BN) ada masa dapat undi banyak, ada masa sikit, tapi majoriti masih di tangan kita. Kalau boleh jamin kita menang, tak adalah menteri kalah dan ada negeri kalah,” katanya.
Menurutnya, selepas PRU 2008, pembangkang tidak bangkitkan mengenai pilihan raya tidak adil, tetapi sejak dua tahun lalu apabila BN banyak menang pilihan raya kecil, timbul cerita pilihan raya di negara ini tidak betul.
Najib berkata, pembangkang, apabila kalah, jangan anggap pilihan raya tidak adil.
“Di Kelantan, dari 2004 hingga 2008, pada pertengahan penggal Dewan Undangan Negeri (DUN), Kerajaan Negeri hanya berdiri atas majoriti satu DUN (kawasan Kemuning) dan DUN itu hanya menang dua undi. Kalau boleh manipulasi, tak susah cari tiga undi.
“Bagaimanapun, kita tak ganggu-gugat Kerajaan Negeri dan tak buat demonstrasi. Kita hormati suara rakyat dan prinsip demokrasi. Jadi janganlah gembar-gemburkan kita boleh manipulasi keputusan pilihan raya. Kalau boleh manipulasi, Kerajaan Pas Kelantan dah tumbang, tetapi apa yang berlaku Kelantan 21 tahun Pas pegang,” katanya.
Perdana Menteri berkata, Malaysia adalah negara contoh kepada banyak negara dan kerana itu, rakyat tidak sepatutnya merasa terpesong dan gusar sekiranya ada pihak yang cuba membangkitkan pelbagai isu seolah-olah berlaku kepincangan dalam pentadbiran di negara ini.
“Mereka menyerang institusi kita seperti kehakiman, polis dan institusi lain. Hakikatnya kita tak mungkin dianggap negara contoh jika tidak ditadbir dengan tekun dan adil,” katanya.
Dakwat Kekal vs Biometrik Mana Pilihan Anda? baca disini...
Sunday, July 24, 2011
Impak Maksima Papa Gomo VS Tun Faisal
Perang cyber diantara Papa Gomo dan Tun Faisal nampaknya semakin menjadi-jadi selepas kedua-dua blogger ini berbalas tembakan sesama sendiri melalui sesawang blog mereka. Kedua-duanya blogger Umno pro-kerajaan, kalau aku tak masuk campur... binasa maya cyber ni dek mereka bedua.
Apa yang aku nampak hebat, mantap dan meletop! sehingga memberi impak maksima yang tiada batasannya, blogger-blogger pro-pembangkang juga turut mengikuti perkembangan perang cyber Papa Gomo vs Tun Faisal. Dia orang siap buat live update tu bro....
Ini membuktikan blogger pro-umno popular, glamer dan dikenali ramai.. Berbeza dengan blogger pro-pembangkang hanya sekadar pencacai kelas bawahan.. Aku tak tahan nak gelak jugak. Kah kah kah!
Topeng Perak, Milo Suam, Ameno World dll anda hanya sekadar blogger pencacai kelas bawahan yang tidak pernah dikenali oleh orang ramai.... siapa dia orang ni, aku nak tolong promosi blog diaorang biar orang ramai baca blog ahlul-ahlul ni dan menilai kedangkalan puak pembangang ni... jangan lupa bagi komen untuk menyedarkan mereka sekali hahaha... Wajib tu!
Aku panggil diaorang ni ahlul pembangang, sebab kesian dengan bloggers Pakatan Pembangang ini cuba menegakkan yang basah dan yang bengkok.
(Yang basah tu Mat Sabu, yang bengkok tu Anwar Ibrahim... "Pakatan Pembangang" aku ciplak ayat KJ.. promosi chief jugak bro...)
Bloggers pro-umno kini mempunyai pengaruh yang ramai dan menduduki rangking terbaik di Malaysia... berbanding bloggers Pembangang dan Pemimpin Pembangang Pas dan PKR.. DAP tak masuk book langsung...
Sebagai contoh, Jangan tak tahu.. Ada juga orang tak kenal siapa Chegu Bard? Sabtu, 23 July Chegu Bard turun ceramah di Taman Rantau, Negeri Sembilan beliau turun sebagai seorang politikus bacul dalam PKR tapi sayangnya kehadiran amat memalukan... klik disini..
Aku tergelak bila dengar ada makcik berbisik "sapo dio ni, artis mano? Tak ponah nampak dalam tv pon." Begitulah al-kisahnya cerita Chegu bard...
Dari segi kekuatan bloggers pro-umno! Masing masing berani dan tak takut nak berselindung, yang salah ditegur, biasalah sedangkan lidah lagi tergigit.. inikan pula panglima cyber barisan hadapan, bersedia untuk gempur siapa sahaja, tak macam blogger pakatan pembangang anguk-anguk, geleng-gelang serupa macam Presiden PAS Haji Hadi... DAP jentik sikit terus tunduk je... Tunduk lah sampai lebam!
Bloggers pro-umno Pejuang sejati, berani mati..."You kill me, I kill you!" Blogger pembangkang ada ke macam ni??? tak de, kecut... semua dah kena liwat dengan Anwar kot!
Sebagai contoh lagi tengok video Chegu Bard dan blogger Edyesdotcom lari ikut pintu kecemasan. klik disini
Bagi gua tak de hal lu orang nak berperang sesama sendiri, Lu orang ada hak untuk mempertahankan diri masing-masing. Lu pikirrrr laaa sendiri......
Media Baru Bakal Dikuasai Sepenuhnya, Kerajaan Perlu Mantapkan Bloggers Pro-Umno
Tahniah... Anwar Ibrahim Terima Menantu Jambu
Majlis keraian akan dibuat pada bulan Disember nanti.
Jambu juga anak menantu Anwar ni.. Aku nasihatkan Nurul Ilham supaya jaga suaminya baik-baik... Sebab Papa jahat! Jangan jadi mangsa seterusnya sudahla... Hahaha.. Jahatnya kamu!
Kenapa PAS Jumud Menolak Perpaduan Bersama UMNO
Walhal kemelut di Kelantan pada waktu itu adalah akibat sengketa dua kumpulan terbesar di dalam PAS iaitu antara kumpulan penyokong Datuk Asri, Presiden PAS dengan kumpulan yang menyokong Datuk Mohamad Nasir, Menteri Besar Kelantan pada waktu itu. Punca perebutan itu ialah, serakah kuasa!
Kekecohan yang timbul serta keadaan kucar-kacir akibat 20,000 orang Kelantan keluar berarak di jalan raya, memaksa kerajaan pusat terpaksa meletakkan Kelantan dalam keadaan darurat dan pentadbiran Kelantan diambilalih oleh MAGERAN, sekaligus menyebabkan PAS dan kumpulan serpihan PAS yang dikenali sebagai BERJASA hilang kuasa.
PAS menerusi Datuk Asri menentang Akta Darurat yang mengakibatkan PAS dikeluarkan dari Barisan Nasional pada Disember 1977.
Sebelum kejadian tersebut, PAS turut menimbulkan beberapa masalah lain, termasuklah menggunakan FELDA dan para peneroka FELDA sebagai tempat mereka untuk menambah pengaruh.
PAS menerusi Nik Abdul Aziz tidak pernah menceritakan tentang kekacauan yang dicetuskan oleh para pemimpin dan pengikut PAS sendiri yang menyebabkan PAS kehilangan tempat di dalam Barisan Nasional dan kehilangan Kelantan akhirnya kepada UMNO.
Yang PAS akan selalu ceritakan ialah bagaimana UMNO menikam mereka dari belakang.
Semangat para pengikut PAS pasti akan naik apabila cerita tentang UMNO semakin kalah diceritakan. Sebarang cubaan untuk merapatkan PAS dengan UMNO pasti akan menunjukkan PAS sudah mati akal untuk terus hidup dalam survival politik negara.
Maka selagi Nik Abdul Aziz masih hidup, bermaksud, selagi itulah PAS tidak akan bersenggama dengan UMNO walaupun secara makrifat. Sebabnya, Nik Abdul Aziz akan malu besar jikalau PAS kembali ke dalam Barisan Nasional setelah dia sendiri terlibat dalam kekacauan di Kota Bharu dan perebutan jawatan Menteri Besar Kelantan pada tahun 1977.
-Info : http://apakata.blogspot.com
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone