Saturday, December 3, 2011

Pemuda Beri Amaran Kepada Azmin Ali, Rampas Semula Kerusi Parlimen Gombak! #PAUMNO

Azmin Ali

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin berkata semua ahli Pemuda harus mengambil iniasitif rentetan daripada ucapan dasar ketua Pergerakan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Katanya, apa yang ditekan oleh Khairy Jamaludin bahawa Pemuda di setiap negeri harus memberikan tumpuan terhadap gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

“Apa yang saya lihat, ucapan pembahasan wakil setiap negeri juga banyak menjurus kepada pilihan raya. Kesimpulannya, jentera Pemuda diseluruh negeri telah bersedia, bersemangat untuk bekerja demi memastikan kejayaan BN yang ditunjangi oleh UMNO.

“Pemuda akan terus mempertahankan Putrajaya dalam apa keadaan sekalipun. Inilah antara ikrar yang telah kita terjemahkan dalam Persidangan Pemuda UMNO. Semangat yang menebal dalam diri semua ahli Pemuda bagi menghadapi PRU yang akan datang, akan diterjemahkan melalui gerak kerja di setiap peti undi. Inilah antara modul kita,” ujarnya yang juga merupakan Penyelaras Parlimen Gombak.

Bercakap mengenai kesediaan bahagian Gombak bagi menghadapi PRU 13, beliau menjelaskan kepada UMNO-Online, Pemuda akan memberikan saingan sengit kepada parti pembangkang. hasil kajian yang telah dilakukan mendapati masyarakat Gombak telah mula memberikan sokongan kepada UMNO dan BN.

“Rakyat pada tahun 2008 telah membuat pemilihan yang salah. Dalam perjumpaan saya dengan masyarakat Gombak terutama yang berada di atas pagar termasuklah mereka yang sebelum ini menyokong pembangkang, mereka ini telahpun keluar parti dan menyertai UMNO. Dalam konteks ini di peringkat golongan muda, saya amat berkeyakinan, kecenderungan mereka untuk menyokong BN amat positif. Inilah saya fikir antara signal paling baik yang diberikan oleh orang muda di parlimen Gombak.

“Saya yakin, PRU akan datang, kita akan mampu merampas kembali kerusi parlimen ini. Melalui strategi dan gerak kerja yang telah diatur, sudah pasti Gombak akan kembali menjadi milik BN,” ujarnya.

Sayonara Min... PKR is DEAD!

Friday, December 2, 2011

Video Dan Gambar Banjir Melanda Kajang Selangor!



Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di sekitar daerah ini sejak pukul 2 petang mengakibatkan banjir kilat melanda pusat bandar Kajang dan beberapa kawasan di sekitar daerah ini, petang tadi.

Selain pusat bandar Kajang yang dilanda banjir kilat apabila paras air naik setinggi 0.3 meter, banyak kenderaan terperangkap dan ditenggelami air sejak banjir melanda kira-kira pukul 3 petang.



Beberapa premis perniagaan antaranya Plaza Metro Kajang dan Bank Hong Leong cawangan Kajang, turut dinaiki air setinggi 0.2, manakala kawasan lain yang terlibat adalah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, pasar Besar Kajang dan Jalan Jelok.

Selain itu, Sungai Kantan dan Jalan Semenyih, Kajang berhampiran Klinik Kajang dan Jalan Kelapa.

Di Sungai Kantan, banjir turut melanda beberapa kawasan perumahan di situ sehingga menyebabkan seramai sembilan penduduk termasuk tiga warga emas terpaksa dipindahkan setelah terperangkap di rumah masing-masing.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Ariff Mohamed Kassim berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian banjir itu kira-kira pukul 3.51 petang.




Menurut sumber.. Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim tidak dapat dihubinggi pada waktu ini.. di percayai sedang tidur nyenyak dirumahnya.... Khalid oh Khalid! Jahanam Selangor kau kerjakan!!

Bajet Kita Bersama Formula Kemenangan BN Di Perak


Bajet yang berjumlah RM915.26 juta secara tidak langsung membuktikan kebolehan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir menerajui Perak selepas BN merampas tampuk pemerintahan daripada kerajaan 'boneka' Nizar Jamaluddin. Dari jumlah tersebut sebanyak RM321 juta diperuntukkan untuk program pembangunan di negeri berkenaan.

DEWAN Undangan Negeri (DUN) dimaklumkan Bajet Negeri Perak 2012 berjumlah RM915.26 јυtа yang dibentangkan tempohari, аdаlаh bajet tertinggi dalam sejarah negeri іtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Hulu, Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali, berkata peruntukan pembangunan berjumlah RM321 јυtа јυgа mencatat sejarah, ѕеkаlі gus membuktikan kemampuan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menerajui negeri, walaupun agak bаrυ memegang jawatan іtυ.

“Bajet 2009 (dibentangkan pakatan pembangkang ketika memerintah Perak) hanya memperuntukkan RM711.84 јυtа dеngаn peruntukan pembangunan RM175.84 јυtа.

“MB (Zambry) bаrυ memegang jawatan іtυ раdа Februari 2009, tеtарі berjaya meningkatkan peruntukan bajet, maka ѕауа ucapkan tahniah раdа Kerajaan Perak dаn ѕауа ѕесаrа peribadi berbangga раdа Zambry dаn mahu mengatakan, ѕауа berbangga dеngаn аndа (Zambry),” katanya

Tajol Rosli berkata, bajet bersejarah yang dibentangkan semalam аdаlаh yang terbaik dаn beliau kagum terhadapnya.

Beliau ѕесаrа sinis berkata, “Semalam ѕауа dengar sebelah ѕаnа (pembangkang) kata іnі bajet pilihan raya, jadi jika betul, ѕауа nak ucap tahniah kеrаnа іnі menunjukkan bajet rakyat.

“Belum pernah dі sebelah ѕаnа kata bajet pilihan raya dalam DUN, (biasanya) іnі disebut dі Parlimen saja, tеtарі bila mеrеkа sebut dalam DUN, ѕауа nak ucap tahniah ѕеkаlі lаgі,” katanya.

Nampak sangat pembangkang kehabisan modal untuk menghentam bajet yang dibentangkan oleh kerajaan negeri Perak.



Bajet ini akan menjadi formula kemenangan Dr Zambry, dalam temubual yang dibuat semalam, Dr Zambry tampak begitu yakin dengan apa yang dirancangnya.

Ada satu soalan cepu emas yang diajukan kepada Dr Zambry semalam, "Apakah Dr Zambry yakin BN akan menang di Perak?"

Sambil tersenyum beliau menjawab,

"Insyallah rakyat Perak akan menilai yang mana kerajaan yang mampu menjaga rakyat. Kalau kita ikhlas Insyallah"..(BN akan berjaya)..

Jawapan paling selamat, nampak dari riak mukanya yang cool itu. Mc rasanya beliau yakin dengan apa yang beliau lakukan.

Video Ucapan Penggulungan Ketua Pemuda, KJ #PAUMNO



Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggariskan tujuh langkah yang perlu dilakukan pergerakan itu bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau berkata, satu daripadanya ialah Pemuda perlu mewujudkan perpaduan yang ampuh di peringkat bahagian dengan memujuk ahli-ahli yang merajuk supaya kembali menyokong Umno kerana setiap undi adalah berharga.

Katanya, mereka juga perlu bekerjasama dengan Pemuda daripada parti komponen di bahagian masing-masing dalam menyusun strategi yang mencakupi seluruh kawasan termasuk kampung baru Cina dan estet-estet.

"Kita panggil badan bukan kerajaan, belia, persatuan-persatuan seperti pemandu teksi dan pastikan mereka jelas dengan dasar dan hala tuju BN," katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Pemuda Umno 2011 kemarin.

Selain itu, Khairy berkata, Pemuda perlu mengemaskan jentera kerana mereka kini diiktiraf sebagai hulubalang oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bukannya pemain sampingan.

Pemuda juga diminta mengenal pasti pengundi-pengundi muda dengan berhubung dan berjumpa serta mewujudkan rangkaian hubungan melalui e-mel dan laman sosial.

"Kita kena sebarkan maklumat BN di kedai-kedai kopi, Facebook dan Twitter, jangan takut kalau orang mengata BN... kita bagi penerangan, jangan lari," katanya.

Akhir sekali katanya, Pemuda mesti sentiasa berada dengan pengundi-pengundi muda dan memastikan mereka bersama BN sehingga hari pengundian.

"Seperti dalam permainan bola sepak, kita mesti lawan hingga wisel terakhir, jangan mendahului pada 80 minit tetapi tewas akhirnya," katanya.

Dalam pada itu, Khairy mengingatkan anggota Umno khususnya Pemuda agar tidak merajuk dan merasa sedih sekiranya tidak terpilih sebagai "calon boleh menang."

Beliau berkata, golongan tersebut perlu menyemat rasa sayang kepada parti dan perjuangan parti berbanding jawatan dan kedudukan.

"Tengok saya sendiri, selama tiga tahun jadi Ketua Pemuda, walaupun tidak dapat apa (jawatan dalam Kabinet) tidak pernah wujud istilah merajuk atau sedih kerana sayangkan parti dan perjuangan ini".

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai formula tersendiri dalam memilih calon boleh menang yang berdasarkan maklum balas rakyat akar umbi dan bukan hanya daripada agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), cawangan khas polis dan perisikan tentera serta Kemas, katanya.

Bagaimanapun Khairy berkata: "Saya sudah ada senarai pendek nama (calon Pemuda), kita akan kemukakan kepada presiden."

Video URL: http://youtu.be/zGU0LWUjHUI

Puteri UMNO Tolak Politik Old Skool ! #PAUMNO


Puteri Umno hari ini mencadangkan supaya peremajaan dan penjenamaan semula parti dilakukan dengan menilai semula program UMNO agar ia bersesuaian dengan citarasa golongan muda.

Wakil Puteri UMNO, Wan Salwati Abdullah berkata usaha itu perlu kerana golongan muda boleh memberi nafas baru kepada UMNO untuk memastikan ia terus hidup subur bagi meneruskan perjuangannya.

"Untuk memenangi hati generasi muda, UMNO perlu menyusun langkah lebih berkesan, setiap program hendaklah berdasarkan citarasa mereka supaya terus bersama dan menyertai kita,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 hari ini.



Wan Salwati berkata, pemikiran kalut, kuno atau cepat melatah perlu dihapuskan dan sikap keterbukaan yang bukan dibuat-buat perlu ditonjolkan supaya golongan muda tidak rasa terpinggir.

Katanya zaman menghimpunkan puluhan ribu hadirin di padang untuk menyambut ketibaan pemimpin sudah berakhir kerana sekarang adalah zaman menghargai pemimpin yang boleh berjabat salam, berbincang serta menjawab Twitter dan Facebook.

"Zaman sekarang adalah zaman menyanjung pemimpin yang dilabelkan cool apabila meluangkan masa bermain futsal dengan generasi muda dan bukan lagi zaman untuk terus mengherdik, mencaci dan hanya tahu melihat kesilapan golongan muda,”

"Kalau Perdana Menteri yang sibuk dengan tugas boleh meluangkan masa bersama menonton perlawanan bola sepak, kenapa tidak kaedah sama direalisasikan semua pemimpin di peringkat negeri, bahagian atau cawangan,” katanya.

ABANG... ABANG... ABANG JINGGO SOKONG! Mana-mana pemimpin yang rasa dirinya masih ditakuk Old Skool tu paham-paham je la....

Pembangkang Semakin Kehilangan Sokongan Rakyat #PAUMNO

Semakin panas perbahasan hari ini, dimana Perwakilan UMNO turut membidas pembangkang yang disifatkan mereka sentiasa mencari jalan memperlekehkan usaha kerajaan Barisan Nasional serta memfitnah pemimpin UMNO.

Pembangkang menipu rakyat kononnya mereka mewakili suara masyarakat, sedangkan segala yang dibangkit adalah luahan kelompok mereka sendiri! Kata wakil Melaka, Datuk Hasnoor Sidang Husin.

"Mereka mendesak pemansuhan Akta ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) beralaskan slogan demokrasi dan kebebasan bersuara, namun bila kerajaan umumkan bakal memansuhkan akta ini, tak ada pun kenyataan menyokong dan berterima kasih kepada Perdana Menteri," katanya.

Ketua Penerangan UMNO Bukit Katil tersebut membahas usul ucapan dasar presiden.

Katanya lagi, pembangkang akan terus menabur fitnah untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap UMNO dan pemimpinnya.

Misi Tawan Selangor ! Jangan Tikam Belakang Macam Anwar! #PAUMNO




Antara pembahas hari ini, ialah perwakilan dari Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz.

Beliau memulakan perbahasan dengan membidas kerajaan negeri Selangor yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa terbabit dengan pelbagai salah-laku dan penyelewengan.


“Penjualan aset-aset PKNS dan Yayasan Selangor dipergadai. Dalam manifesto PRU12, mereka berjanji sediakan premis yang cukup dan latih usahawan.

“Sewa premis di bangunan PKNS dinaikkan 300 peratus. Menipu rakyat turunkan cukai pintu kediaman. Penyangak tidak berhenti di situ saja, sekarang nak ambil alih padang awam di Kelana Jaya,” katanya.

Menurut Johan lagi, kerajaan Pakatan di Selangor tidaklah sehebat mana dan Umno Selangor telah bermuhasabah setelah kekalahan pedih semasa pilihan raya umum 2008 yang lalu. Dakwanya, mereka kini sudah nampak jalan untuk rampas kembali negeri ini.

“Kami di Selangor amat rasa pedih akibat kalah pada PRU12. Kami cemburu dengan negeri-negeri yang menang, rasa tersiksa di bawah pembangkang. Kami sudah bermuhasabah dan sudah nampak jalan untuk rampas kembali negeri ini.

“Pembangkang tak hebat pun. DAP yang rasis, PKR dengan masalah peribadi pemimpin dan PAS yang tidak tetap pendirian. Pembangkang boleh perlekeh Sultan," katanya.


Menurut beliau lagi... Pusat-pusat maksiat tumbuh “macam cendawan tumbuh musim hujan” di bandar-bandar utama seluruh Selangor.

“Selangor lubuk maksiat. Lesen hiburan dulu 400 sekarang 4,000 lebih. (Ini belum lagi jumlah) rumah urut, pusat video game.

“(Rakyat) miskin bandar dan luar bandar masih ketara. Saya nak cadangkan jika benar nak kembalikan Selangor dan negeri-negeri yang tewas, kerajaan perlu dan wajib melipatgandakan peruntukan,” katanya.

Menurut Johan, bagi merampas semula Selangor, ahli Umno dan juga komponen BN tidak harus menikam belakang manakala kerjaan pusat perlu meningkatkan peruntukan kepada negeri itu.

“Kalau nak menang jangan tikam belakang, jangan main belakang. Saya pastikan rakan-rakan negeri Selangor berpendirian yang sama. Selangor tak main belakang, yang pasti kami tikam dan main depan, bukan belakang,” katanya sambil disambut gelak ketawa perwakilan.

Anwar Sorang je yang suka tikam belakang hahaha!

Terlalu Banyak Siar Fitnah Rating Harakah Daily Jatuh Merudum


Puak PAS kini sedang mengkaji, untuk mencari apa puncanya rating laman web mereka jatuh merundum.... Hahaha... tepuk dada tanya selera bro...

Fitnah yang disebarkan kini sudah tak laku... sakarang zaman celik IT bukan macam dulu lagi... Rakyat bijak menilai yang mana baik dan yang mana buruk!

Salah satu daripadanya lagi laman web tersebut dilihat terlalu ghairah menyebarkan maklumat yang boleh memecahbelahkan masyarakat... sapa nak baca bro?

Lagi... aku rasa terlalu banyak iklan ubat kuat dalam Harakah Daily tu kot... orang nak baca artikel terkini bukan cari ubat kuat! hahaha..

Baca juga di sini...

PAS is DEAD!

Thursday, December 1, 2011

Penceramah PAS Angkat Nik Aziz Sebagai Nabi...


Angkat Nik Aziz sebagai nabi???

Apa sudah jadi??? PAS = Parti Ajaran Sesat!!

Sabda Nabi SAW yang bermaksud... "Sesungguhnya tiada Nabi lagi selepasku.., yang ada selepas ini adalah Khalifah-Khalifah ".


 

Gobala Mabuk... Dan Karpal Diarah Keluar Dewan Rakyat


Ahli Parlimen Bebas kawasan Padang Serai N Gobalakrishnan hari ini diarah keluar dewan kerana menimbulkan kekecohan semasa Dewan Rakyat membincangkan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC).

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengarahkan Gobalakrishnan berbuat demikian selepas beliau enggan mematuhi arahan untuk tidak mencelah giliran Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) membahaskan laporan itu.

Walaupun diarah beberapa kali untuk duduk, Gobalakrishnan tetap berdegil dan mendesak Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, supaya memberikan laluan kepadanya.

Namun Anwar tidak mempedulikan permintaan itu dan menyebut "pendidikan rendah, masuk dewan jangan minum" yang menimbulkan kemarahan ahli parlimen Bebas itu.

Tindakan Gobalakrishnan yang bangun dan menghalang kelancaran sesi perbahasan memaksa Wan Junaidi meminta Bentara Parlimen untuk menarik wakil rakyat itu keluar.

"Yang Berhormat (Gobalakrishnan)...duduk, saya bersikap gentleman dalam hal ini..., kalau Yang Berhormat tidak hormati arahan saya (untuk keluar dewan) bagaimana saya hendak hormat," kata Wan Junaidi.

Gobalakrishnan bagaimanapun mempertahankan tindakannya sambil berkata: "Dia (Anwar) tuduh saya mabuk, saya tidak kata orang black metalik, saya tidak hina sesiapa."

Gobalakrishnan ketika ditemui di luar dewan mencabar Anwar berdebat dengannya secara terbuka mengenai beberapa isu.

"Jika benar Yang Berhormat Permatang Pauh selama ini mendakwa beliau kononnya berjuang untuk rakyat, maka saya cabar beliau untuk berdebat secara terbuka," katanya.

Karpal diarah keluar dewan

Sementara itu sikap ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh yang mencabar keputusan timbalan speaker Dr Wan Junaidi mengundang padah apabila beliau diperintahkan meninggalkan dewan hari ini.

Perintah itu berikutan keengganan Karpal menarik balik gelaran 'pendatang' yang ditujukan terhadap Gobalakrishnan.

Gobalakrishnan yang agak tersinggung dengan gelaran itu, meminta supaya Wan Junaidi merujuk anggota parlimen Gelugor itu kepada peraturan mesyuarat 36(6) dan meminta Karpal menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada beliau.

"Perkataan 'pendatang' jangan diguna kepada ahli-ahli Yang Berhormat. Sama ada ahli itu layak atau tidak duduk di dewan ini, perkataan itu seharusnya tidak digunakan. Biarlah dewan ini yang membuat keputusan. Sila Yang Berhormat... tarik balik," kata Wan Junaidi kepada pengerusi DAP itu.

Bagaimanapun, Karpal enggan menarik balik dan berkeras dengan gelaran 'pendatang' itu kerana sikap Gobalakrishnan yang mencelah ketika sesi perbahasan.

"Apa yang saya cakap tadi, saya tidak akan tarik balik. Dan saya tidak ada masalah untuk keluar," katanya.

Atas sikap itu, Wan Junaidi mengarahkan Karpal untuk meninggalkan Dewan selepas selesai sesi penggulungan laporan awal Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

- Bernama

Pemuda UMNO Mahu Pemilihan Calon Pilihan Raya Bersih Daripada Sindrom Guna Kabel... #PAUMNO


Pemuda UMNO mahu pemilihan calon pilihan raya umum akan datang bersih daripada sindrom ‘guna kabel’, ‘harap simpati’, ‘peras ugut’ dan ‘golden handshake’ sebagai ganjaran bagi menghargai mereka yang kononnya telah berjasa.

Penolong Setiausaha pergerakan itu, Datuk Megat Firdouz Megat Junid berkata, Pemuda UMNO akur dengan calon yang dipilih oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak namun calon-calon itu mestilah bebas daripada sindrom berkenaan.

"Pemuda akan akur dengan calon tak kira tua, muda, baru atau lama, yang dipilih oleh Presiden tetapi kita harap semuanya bersih,” katanya ketika berucap menyokong usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini, hari ini.

Beliau berkata, Pemuda UMNO tidak mahu Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya disebabkan pemilihan calon yang salah dan berharap senarai calon boleh menang dimaklumkan awal supaya ‘tidak ada yang terluka sehingga berlaku perbuatan sabotaj’.

Megat Firdouz juga mencadangkan supaya individu yang melakukan sabotaj kerana tidak terpilih sebagai calon, dikenakan tindakan keras.

"Pemuda cadang mana-mana pemimpin yang sabo, yang mengamalkan (pendekatan) Si Kitol, mereka tidak dimasukkan dalam senari calon selama dua penggal dan jika mereka ada jawatan dalam parti, dilucutkan jawatan serta merta. Kami tak rela Si Kitol jadi pemimpin akar umbi,” katanya sambil menjelaskan perkara berhubung unsur sabotaj itu turut disebut oleh Najib semasa majlis Taklimat Presiden pada Selasa.

-Bernama

Karpal Diperentah Keluar Dewan!


Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP, Karpal Singh hari ini diperentahkan keluar dewan kerana memanggil YB Padang Serai sebagai "Binatang" dan engan menarik balik walaupun diminta oleh Speker.

MP Pakatan Pembangkang ni dah la kurang hajar, ego pulak tu... dah nyanyuk agaknya... kena tukar MP baru lah...

Sumber melalui twitter YB KJ... selanjutnya selepas ini...

Ucapan Dasar Presiden Liputi Semua Aspek - Ketua Sayap UMNO #PAUMNO


Ucapan dasar presiden yang disampaikan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis meliputi semua aspek penting berkenaan keperluan Umno yang mesti difahami dan diterjemahkan pemimpin dan anggota parti, kata ketua-ketua sayap Umno.

Masing-masing menganggap ucapan Presiden Umno itu sebagai pembakar semangat mereka dalam melaksanakan transformasi parti yang mengambil kira persekitaran baru.

Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin berkata walaupun banyak menyentuh sejarah dan jasa pejuang parti terdahulu, Najib turut menggariskan wawasan dan harapan kepada generasi muda.

"Beliau (Najib) sendiri sebut bahawa sekarang kita tidak boleh hanya beritahu orang muda mengenai jasa lama, walaupun penting untuk kita mengingatkan mengenai jasa Umno, tetapi kalau hanya menghidangkan mereka dengan jasa lama, dan tidak ada apa-apa hala tuju yang berwawasan untuk generasi baru ini mereka tidak akan bersama kita (Umno)," katanya di sini pada Khamis.

Katanya Najib juga menyelitkan kepentingan Umno menguasai media baru dan media sosial yang sebelum ini tidak diketengahkan.

Selain itu, kata Khairy presiden parti juga memberi gambaran tidak ada protokol untuk melontarkan idea demi kepentingan parti.

"Selagi idea yang diberikan itu bagus dan bernas, presiden memberi gambaran bahawa ia akan diterima tanpa mengambil kira idea itu datang dari orang lama, pemimpin besar atau generasi muda," katanya.

Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata ciri-ciri 'orang Umno' antaranya taat, setia, mempunyai kasih sayang, berkhidmat dan berjuang yang dikatakan Najib menepati ciri-ciri Wanita Umno.

"Presiden tanya siapa orang Umno, apa ciri-ciri orang Umno itu, kami nampak ciri-ciri ini ada dalam hati dan naluri kami. Wanita akan membawa kekuatan kepada Umno untuk kemenangan pada pilihan raya umum ke-13," katanya.

Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berkata ucapan presiden itu merupakan pembakar semangat untuk anggota pergerakan itu melaksanakan tugas mereka bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

"Sudah tentu apabila kita menghadapi senario yang sukar, kita akan buat persediaan yang luar biasa dan dengan semangat yang disuntik oleh Presiden tadi barisan kepimpinan Puteri mampu memberikan yang terbaik untuk menghadapi pilihan raya," katanya.

-Bernama

Sekitar Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Umno 2011 Part 2 #PAUMNO
























Perhimpunan agung kali ini, yang berlangsung selama lima hari, melibatkan 5,447 perwakilan.