Tahukah anda dari 32 orang pemimpin pengasas PKR yang asalnya Parti Keadilan pada tahun 1999 seramai 28 orang sudah meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kini yang ada keliling beliau sekarang majoritinya muka-muka baru yang tidak tahu langsung atau tidak pedulikan 'al kisahnya'.
Kalau OK mengapa 28 dari 32 cabut tinggal 4 sahaja orang lama.Itu sendiri-sendiri mahu fikir.
Rabu 28 orang ini secara rasmi bergabung tenaga dibawah sebuah kelab yang dinamakan TIBAI.Ia ringkasan kepada Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim.
Kelab ini diketuai oleh bekas Naib Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan yang vokal ,Zahid Md Arip.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur mengumumkan penubuhan TIBAI,Zahid berkata ia akan jadi force baru padu dan kuat yang akan bergerak secara bersama untuk menentang dan menyedarkan rakyat siapa Anwar sebenar.
TIBAI akan dilancarkan secara rasmi oleh Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, KualaLumpur pada 22 April ini, jam 8 malam.
Majlis pelancaran itu akan diserikan dengan ceramah oleh Ustaz Ismail Mina Ahmad, Datuk Seri Zaharin Yasin,Wee Chee Keong, Senator Datuk Nallakaruppan, Anuar Shaari, Ummi Hafilda, Ruslan Kassim dan Ng Lum Lum.
Zahid yang menyebut jawatannya ketua kelab itu sebagai 'Musyridul Am TIBAI' menggangap penubuhan kelab itu belum terlambat.
Katanya mereka semua sebagai bekas pengasas PKR merasa ia perlu dalam usaha memintas tindak Anwar dari terus memperdayakan rakyat negara ini
"Sudah sampai masanya rakyat disedarkan siapa Anwar sebenarnya dan betapa terdesaknya dia sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya.
“Barisan inilah (bekas pemimpin PKR) yang beri kuasa dan kekuatan kepada Anwar pada peringkat awal penubuhan PKR dulu dan barisan yang sama inilah yang akan menggegar dan serang Anwar.
“Kita ada 28 orang pengasas Keadilan yang dulu berusaha sendiri mencari duit. Walaupun duit Anwar dan Datin Seri Wan Azizah berjuta-juta Ringgit, kami telah berkorban pakai duit sendiri.
“Kali ini pun kami guna duit sendiri. Tak ada sokongan sesiapa. Modal kami ialah pengalaman yang sarat dengan Anwar. Sesetengah daripada kami amat rapat dengannya. Kita tahu perangai Anwar.
“Waktu dulu kami jumpa rakyat siang malam ajak mereka tinggalkan UMNO dan BN untuk menyokong PKR. Tetapi hari ini kita rapatkan barisan untuk turun padang seperti dahulu perjelaskan kepada rakyat AnwarI brahim orang yang tidak boleh diberi kepercayaan memimpin negara,” kata Zahid lagi.
Beliau berkata Anwar begitu terdesak sehingga sanggup memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
“Semasa difitnah Anwar, Najib telah bersumpah di masjid di Permatang Pauh. Anwar sendiri tak pernah mengambil langkah untuk bersihkan dirinya di mana-mana masjid.
“Apa pasal Anwar tak berani buat yang sama, bersumpah di Pekan? Kalau tak mahu bersumpah di masjid, dia boleh buat di surau, balairaya atau hentian bas. Saya yakin penubuhan TIBAI kena pada masa dan tempatnya ketika kita di ambang pilihanraya,” tegasnya.
Ditanya mengapa beliau menamakan jawatan beliau ketua sebagai "Musyridul Am",Zahid menjelaskan apa hebatnya nama jawatan berkenaan dalam PAS kerana parti itu menutup mata terhadap perilaku Anwar seperti dakwaan terlibat dalam skandal video seks dan nawaitu politiknya.
Menurut Zahid beliau menamakan barisan ahli jawatankuasanya sebagai 'ahli Majlis Syura' seperti juga yang digunakan oleh PAS.
Beliau memberitahu selepas pelancaran rasmi itu, TIBAI akan turun padang bertemu rakyat dengan memberi tumpuan kepada negeri-negeri yang dirampas oleh PKR pada PRU yang lalu, seperti Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak dan Pulau Pinang.
Sementara itu,seorang lagi bekas pengasas PKR Ng Lum Yong menggangap mainan politik Anwar begitu dahsyat dan boleh mengancam negara.
"Bayangkan daripada 32 pemimpin yang membantumengasaskan parti Keadilan, 28 daripada mereka telah meninggalkan parti itu. Mesti ada sesuatu yang tak kena,” kata Ng Lum Yong, bekas pengasas PKR.
“Ketika mula ditubuhkan, ada 32 orang pemimpin diperingkat pusat. Pada hari ini 28 sudah tinggalkan PKR. Saya gembira TIBAId itubuhkan kerana menjelang Pilihanraya Umum (PRU) ke-13, kita berasa bertanggungjawab mengumpul semua bekas ketua dari peringkat cawangan di seluruh negara untuk membuat sesuatu terhadap individu bernama Anwar Ibrahim.
“Tak kira Melayu, Cina, India, Kadazan dan masyarakat kaum apapun, Anwar memang merbahaya. Kita yang bina PKR sampai dia (Anwar) berkuasa di beberapa negeri. Kini kita bertanggungjawab beritahu rakyat perangai Anwar,” kata Ng lagi.
-Agendadaily