Friday, January 11, 2013

#KL112 Live Dari Padang Kelab Sultan Sulaiman - Setengah Juta Kehadiran



Hampir setengah juta yang hadir... hah! mimpi laa... yang sebenarnya lebih kurang 5 ribu je yang hadir. Setiap penceramah berucap dalam 5 minit kemudian diselang selikan dengan persembahan sajak. Orang ramai yang hadir sebab nak tengok hiburan artis je beb..

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Video Kenderaan JPJ Dibakar Orang Ramai!




Kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak.

'Malaysian Malaysia' Gagal! DAP Tetap Parti Perkauman!



Imej Dap yang selama hampir lima dekad ditonjolkan sebagai sebuah parti yang berbilang kaum berlandaskan konsep 'Malaysian Malaysia'.

Dap adalah serpihan kepada parti pemerintah di Singapura iaitu Pap dan mempunyai prinsip perjuangan yang sama yang memberi hak sama rata kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama atau budaya.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)


#KL112 Perhimpunan Untuk Dapat Dana – Bekas Timbalan Ketua Penerangan AMK


Bekas Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (PKR) Syamsul Hidayat Mohd Sharif yang pernah menjadi anggota jawatankuasa perhimpunan haram BERSIH 1 pada 2007 berkata beliau tidak menolak kemungkinan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan esok bertujuan untuk membawa masuk dana bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Perpecahan PAS : Ulama Kena Main Dengan Anwarinas



Sebahagian ahli Majlis Syura PAS nyata terkejut dengan kenyataan media pakatan pembangkang yang dibacakan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Rabu yang antara lain membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana mendahului keputusan Majlis Syura PAS.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Pemimpin Pas Bercanggah!!


DAP berjaya memecah belah umat Islam apabila PAS menggadaikan kalimah Allah kepada orang kristian.

Utusan: Pendirian tegas golongan ulama dalam Pas iaitu hanya orang Islam sahaja berhak menggunakan kalimah Allah jelas bercanggah dengan keputusan terbaru kepimpinan parti itu.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Tanggungjawab Kerajaan Negeri Selesai Krisis Air - Sohaimi


Menjadikan Syabas sebagai kambing hitam adalah taktik Kerajaan Selangor untuk menepis dan mengelak daripada dipertangungjawabkan di atas krisis air yang sedang berlaku sekarang ini.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, krisis air sudah lama dijangkakan oleh pakar-pakar air dalam negara yang telah melakukan ‘water demand study’ semenjak tahun 80-an dan 90-an lagi dan mengesyorkan beberapa langkah yang perlu kerajaan ambil bagi mengelakkan krisis ini daripada berlaku di Lembah Klang .

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

#KL112 SAMM Rancang Mulakan Provokasi Awal Di Kg Baru!


Perhimpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) yang yang mensasarkan kehadiran sejuta rakyat yang bakal diadakan oleh Pakatan Pembangkang pada 12hb Januari ini di Stadium Merdeka merupakan satu pembohongan besar terhadap rakyat di negara ini.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

#KL112 : 'Jangan Letak Pasir Dalam Periuk Nasi Kami' - Pemandu Teksi


MOHD. Syahrir Abdul Aziz (kiri) menunjukkan laporan polis bagi membantah Himpunan Shamsidar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.

'Jangan letak pasir dalam periuk nasi kami'.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

#KL112 : Lokasi Yang Tidak Lojik


Pelik memang pelik apabila pembangkang yang riuh pukul canang konon satu juta orang akan hadir perhimpunan mereka Sabtu ini memilih Stadium Merdeka.

Lojik akal akan berkata kalau betul angka itu sudah semestinya Stadium Bukit Jalil lebih sesuai berbanding Stadium Merdeka yang hanya mampu memuatkan 30,000 orang.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Thursday, January 10, 2013

Isu Kalimah Allah: Pemimpin PAS Bertelagah, Bukan Masalah Saya - Lim Guan Eng


Kebelakangan ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dikhabarkan kerap tersenyum dan kelihatan gah bangga tak terkata bila mana pegawai atau rakan-rakan pemimpin parti berborak cerita mengenai isu kalimah Allah s.w.t.

Daripada wajah keruh mencuka gara-gara serabut memikirkan tentangan dalaman berikutan pemilihan jawatan CEC tempohari yang tiba-tiba menjadi pertunjukan magik ala David Corperfield, terus sahaja terukir senyum dibibirnya.

Memang layaklah untuk Guan Eng tersenyum bangga, hatta kalau Guan Eng sambil tidur malam tiba-tiba mengigau bertepuk tangan dengan air liur basi meleleh pun, tak usahlah ada yang terasa pelik bin ajaib.

Bukankah dek kerana keberaniannya semasa menyampaikan ucapan Kristmas akhir tahun 2012 itulah anak lelaki kesayangan Penasihat DAP itu telah membuktikan kepimpinannya mempunyai keupayaan untuk kekal menjadi abang besar kepada balaci setianya, iaitu PAS.

Dalam ucapan Kristmas itu, Guan Eng tanpa berselindung mengulangi tuntutan supaya kalimah Allah s.w.t dibenarkan untuk kegunaan Bible versi Bahasa Melayu bagi menggantikan perkataan God yang selama ini sering diguna pakai dalam Bible Bahasa Inggeris.

Lebih manis lagi bagi Guan Eng dan DAP, dek kerana isu kalimah Allah s.w.t itulah juga menyebabkan kepimpinan PAS terpaksa bertelagah sesama sendiri. Pertentangan terbuka ini menyebabkan ramai ahli dan penyokong PAS keliru dan termanggu sendirian.

Mereka resah mana satu puak yang mahu didukung dan disokong dengan penuh wala dan mana satu yang wajib menjadi prioritinya - pilihan yang dikira sukar bagi mereka, antara mendahulukan kebenaran agama ataupun mengutamakan kepentingan politik kepartian.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din, Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Harun Taib serta tidak ketinggalan ialah Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali tegas dengan pandangan kalimah suci Allah s.w.t hanya milik Islam.

Pandangan mereka benar kerana sekalipun di beberapa sudut bumi ini ada wilayah yang penduduknya beragama Kristian menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan Jesus, namun hakikatnya Allah s.w.t Yang Maha Esa sama sekali tidak boleh disamatarafkan dengan konsep ketuhanan triniti dalam Kristian.

Dalam Kristian penganutnya beriktikad yakin adanya Tuhan Jesus, Tuhan Bapa dan Roh Kudus. Sedangkan, Allah s.w.t hanya satu, Dia yang berkuasa mencipta manusia dan alam semesta, akan tetapi bila dibiarkan kalimah Allah tergadai kepada agama lain khususnya Kristian, bermakna ia seperti meredhakan perbuatan menyekutukan Allah s.w.t.

Manakala dipihak yang satu lagi yang lebih liberal dan menguasai tampuk kepimpinan dan dasar PAS pula tetap dengan pendirian songsang mereka mahukan kalimah Allah s.w.t dibiarkan tergadai kesuciannya demi keutamaan mengejar undi masyarakat Kristian.

Pemimpin PAS yang termasuk dalam golongan liberal yang terkenal dengan gelaran Anwarinas, Erdorgan dan Parasit ini diketuai oleh Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala penggerak aktifnya ialah Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang didukung oleh majoriti pemimpin PAS di peringkat Pusat dan Negeri.

Selepas lebih kurang seminggu bertelagah sambil bersandiwara, akhirnya keputusan yang dicapai selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR seperti dijangkakan ramai, kemenangan memihak kepada puak liberal. Muktamad sudah untuk kali kedua yang dasar PAS bersama PR kini ialah untuk menjayakan proses menggadaikan kesucian kalimah Allah s.w.t dan akidah ummah.

Maka terus tersengihlah Guan Eng sambil bertepuk tangan dengan senang hatinya kerana hasil usahanya, DAP dan Gereja Kristian semakin melebarkan pengaruh dalam PR termasuklah meneruskan tradisi membalacikan PAS untuk entah ke berapa puluh kalinya.

Simbolik untuk meraikan kejayaan itu pula membawa kepada acara kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat atau lebih tepat lagi Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah di Stadium Merdeka hujung minggu nanti. Tika itu Guan Eng akan lagi kerap bertepuk tangan bersama pimpinan DAP dan PKR yang lain.

Tiada lagi masalah untuk DAP meneruskan agenda mengacau bilau kesucian agama Islam serta akidah penganutnya kerana selagi sebahagian besar kepimpinan PAS Pusat dalam genggaman puak liberal Anwarinas, selagi itulah DAP kekal sebagai abang besar kepada PAS.

Tinggal lagi sekarang, DAP bersama PR serta dengan gandingan mantap dari pimpinan PAS hanya perlu fokus untuk memenangi PRU 13 bagi merealisasikan kalimah Allah s.w.t benar-benar termaktub dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Kalimah Allah: PKR Jahat Dalang Perangkap PAS!


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tentunya sedang tersenyum lebar tika ini, memandangkan tuntutannya supaya kalimah Allah s.w.t digunapakai dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu akhirnya sekali lagi dipersetujui oleh PAS sekaligus kini menjadi polisi muktamad PR.

Kira-kira dua minggu lepas segelintir pemimpin PAS yang berlatarbelakang agama terdiri daripada Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Dewan Ulama PAS, Haron Taib telah tampil penuh yakin dan tegas membantah tuntutan tersebut.

Kedua-dua senada bahawa kalimah suci Allah s.w.t hanya terhad kepada agama Islam dan umatnya serta tidak sepatutnya diseleweng kesuciannya, sebaliknya perkataan Tuhan lebih sepadan bagi menggantikan kata nama 'God' untuk kegunaan dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Pandangan mereka betul kerana Allah s.w.t adalah Tuhan Yang Maha Esa, yakni satu-satunya yang wajib disembah dan tidak layak dipersekutukan apatah lagi untuk disamatarafkan dengan konsep ketuhanan dalam agama Kristian yang bersifat trinity - Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.

Amat benar Allah s.w.t adalah Tuhan kepada seluruh manusia, pencipta langit dan bumi serta segala isi kandungannya, itu iktikad kepercayaan umat Islam. Namun Allah s.w.t bukannya Jesus, bukan juga Tuhan Bapa dan bukan juga Roh Kudus sebagaimana difahami oleh penganut Kristian.

Dalam hal ini, pemimpin Kristian dalam DAP, PKR atau mana-mana penganut Kristian di Malaysia tidak berhak untuk meletakkan kedudukan dan kebesaran Allah s.w.t setaraf dengan konsep ketuhanan triniti kepercayaan mereka.

Namun begitu, seperti mana semua kita telah maklum, pandangan kedua-dua pemimpin PAS itu akhirnya tidak pun memberi nilai tambah yang mampu mempengaruhi pendirian bersama PR.

Dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR yang terkini telahpun di ambil keputusan muktamad untuk memperakui kalimah Allah s.w.t sewajarnya dibenarkan penggunaannya dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut ternyata gagal mempertahankan kesucian kalimah Allah s.w.t dan maruah agama Islam. Satu kesinambungan bukti yang menonjolkan betapa lemahnya PAS dalam menghadapi pengaruh DAP serta PKR dalam gabungan parti tidak berdaftar itu.

Dasar PAS sekarang ternampak jelas lebih mengutamakan polisi liberalisme dan pluralisme yang dianuti PR semata-mata untuk memenangi undi masyarakat Kristian yang sebahagian besarnya tegar menyokong DAP dan PKR.

Persoalan sekarang kenapa dan mengapa PAS sebegitu lemah sehinggakan tergamak tunduk mengikut segala tuntutan DAP serta begitu kelu bila berdepan dengan kemahuan penganut agama lain?

Jawapan kepada persoalan itu tidak sukar untuk dikupas. Sebahagian puncanya bersangkut paut dengan pengaruh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang kuat mencengkam PAS ditambah lagi dengan kewujudan ramai pimpinan generasi baru PAS yang serba liberal bertuhankan ideologi Anwarinas.

Dengan penguasaan total oleh golongan Anwarinas dalam kepimpinan PAS menjadikan parti itu bertindak seakan sayap kanan untuk PKR bagi mencapai agenda peribadi Anwar yang begitu kemaruk mahu mengejar puncak kuasa yang lama diidam-idamkan.

Rata-rata pemimpin pro Anwarinas percaya percaturan politik Anwar dalam isu ini pastinya bakal memberi pulangan besar dalam bentuk sokongan pengundi bukan Islam kepada PR khususnya melibatkan penganut agama Kristian, serentak dengan itu diyakini berupaya membuka laluan kuasa ke Putrajaya.

Suka atau tidak, para penyokong tradisi PAS mahupun mereka yang bersimpati dengan perjuangan parti berlabel Islam itu harus, sudah tiada peluang untuk PAS kembali ke landasan asalnya selagi PAS terus terperangkap dalam keindahan angan-angan yang dipropagandakan oleh Anwar dan PKR.

Video Rungutan Rakyat Terhadap #KL112




Rakyat sudah bosan dengan gimik yang dilakukan oleh Pakatan Haram! Semakin hari samakin Haram Jadah! Tak Abis-abis nak menyusahkan orang ramai!

Apex Terima Hadiah Kahwin Dinar Emas Dari Jutawan PAS, Nik Aziz!


Masyuuukkkkk!!! Inilah buktinya Nik Aziz yang dikatakan sederhana sebenarnya hidup dalam kemewahan. Apadahal setakat nak bagi hadiah wang dinar emas kat Apex tu... Harta kekayaan kayu balak pun makan tak abis....

Penjaga gol Kebangsaan dan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex berkata beliau gembira menerima kunjungan Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat pada majlis bertandang yang diadakan 5 Januari 2013, beliau berasa terharu apabila pemimpin Kelantan ini memberikan hadiah istimewa buatnya.

Malah, Apex menganggap hadiah berupa wang dinar emas itu sebagai sesuatu yang sukar diterima orang lain. Apatah lagi bila hadiah tersebut diterimanya sendiri dari tangan Nik Aziz.

Rakyat Kelantan sekarang ini harus berbangga dengan adanya pemimpin seperti Nik Aziz... Kalau buat majlis kahwin, jemput Nik Aziz... boleh dapat dinar emas....

Di manakah janji Nik Aziz untuk berjimat cermat sedangkan beliau sendiri membazir duit rakyat?


Tetapi apakan daya, kerajaan Pas Kelantan di bawah pimpinan Nik Aziz hanya cantik pada kulit tetapi hakikatnya busuk dan bernanah di dalam yang hanya diketahui oleh pemimpin Pas negeri itu!

Duit tabung memali dikebas oleh puak PAS juga... patut la boleh tabur dinar emas?