Wednesday, February 6, 2013
Akhirnya Hadi Berjaya Dikambinghitam
Roslan Bian - Kasihan tengok Datuk Seri Abdul Hadi Awang terkial-kial nak lepaskan diri daripada kemelut kalimah Allah.Mutakhir ini Presiden PAS itu betul-betul tersepit antara menghormati sekutu dalam pembangkang iaitu DAP dan PKR atau patuh kepada Majlis Syura Ulama.
Maklumlah Anwar dan Karpal tetap mahu Hadi berpegang ketetapan PAS pada 8 Januari tetapi dalam masa sama keputusan mesyuarat Majlis Syura pada 13 Januari berpendapat sebaliknya.
Apabila Karpal Singh ‘mengaum’ mahu Hadi kekal dengan pendirian Pakatan Rakyat dan mengenepikan keputusan Majlis Syura, Hadi fikir Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat akan membelanya.
Namun, Nik Aziz hanya mampu cakap ‘ itu dia (Karpal) punya pasal’.
Menteri Besar Kelantan itu menyatakan Karpal tidak tahu pasal keputusan Majlis Syura kerana Pengerusi DAP itu bukan orang PAS.
Bagi Nik Aziz dan kebanyakkan pemimpin PAS, mereka anggap isu kalimah Allah sudah selesai.
Kumpulan Anwarinas yang sebelum ini sokong keputusan Hadi pada 8 Januari lalu pun sudah menikus.
Mana mereka berani lawan keputusan Majlis Syura sekarang ini kerana silap haribulan nama boleh ‘padam’ daripada senarai calon PRU 13.
Sekarang isu itu sudah jadi Hadi ‘punya pasal’.
Beliau kena selesai sendiri. Itulah pendirian terbaru Majlis Syura yang mahu Hadi membincangkan perkara itu dalam pakatan pembangkang.
Menurut Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh, apa lagi isu berbangkit pasal Kalimah Allah dan pendirian PAS dalam PR kena tanya Hadi.
“Keputusan Majlis Syura adalah keputusan muktamad yang selari dengan sikap umat Islam,” tegas beliau.
Ini betul-betul buat Hadi macam lagu ‘ikan di laut, asam di darat- dalam air badan berpeluh’ .
Dalam usaha melepaskan dirinya yang semakin tersepit, pada Sabtu Hadi menyalahkan UMNO dan pada Ahad, beliau mengalih senapangnya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Katanya, isu mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible sepatutnya diperjelaskan oleh KDN dan bukannya oleh parti tersebut.
Katanya, KDN merupakan pihak yang bertanggungjawab memberikan lesen mencetak kitab itu.
“Sepatutnya soalan ini dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri, kerana hak membenarkan kalimah Allah dalam Bible ini hak Kementerian Dalam Negeri.
“Yang menentukan untuk dicetak dan seumpamanya bukannya kami, kami (belum) memerintah lagi (di peringkat persekutuan),” kata Hadi pada sidang media di Shah Alam, pagi Ahad.
Hadi berkata, PAS hanya “diheret” ke dalam polemik tersebut, sedangkan kuasa untuk menentukan penggunaannya berada bawah bidang kuasa KDN.
Memang betul pada 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa sebuah penerbitan Kristian berhak menggunakan kalimah Allah.
Tetapi KDN telah merayu keputusan itu dan setakat ini tidak ada tarikh perbicaraan ditetapkan.
Kesimpulannya Hadi tidak payah menunding jari pada orang lain.
Beliau kena berani tanggung kesan perakuannya pada 8 Januari lalu.
Lagipun, sudah ada pemimpin dan ahli-ahli PAS Terengganu mahu PAS Pusat menyatakan pendirian dalam isu itu.
Eloklah Hadi renung-renung kedudukannya sekarang dan di manakah pemimpin PAS geng Anwarinas yang menyokongnya sebelum ini.
Siapa lagi nak mempertahankan beliau? Jika dulu ada Nasharudin Mat Isa sebagai timbalannya, kini ahli parlimen Bachok itu hanya ahli biasa selepas Menteri Besar Kelantan yang kini popular dengan ‘itu dia punya pasal’ memecatnya daripada keahlian Majlis Syura.
Harap Hadi tidak menerima nasib sama seperti ustaz Nasha. -5/2/2013-OLEH ROSLAN BIAN
Hadi..Hadi!…Karpal yang mengamuk kenapa UMNO pulak kena tembak…
Gara-gara onar tidak sudah-sudah DAP khususnya Karpal Singh dalam isu Kalimah Allah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya menikus.
Sepatahpun Presiden PAS itu tidak sentuh rasa geram dan kesal Pengerusi DAP itu ekoran kenyataan beliau bahawa isu kalimah Allah sudah selesai selepas DAP mendengar penjelasan PAS berhubung keputusan Majlis Syura Ulama.
Sebaliknya satu dunia sudah dengar bagaimana Karpal Singh mengaum kata belum beres.
Kalau nak kira malu memang malu PAS kena sergah dengan otai DAP itu dalam isu yang begini penting.
Seperti orang yang gabra berdepan dengan perkembangan terbaru ini …kini Hadi menghala muncung senapang kepada UMNO menuduh isu kalimah Allah yang menjadi pertikaian mutakhir ini adalah mainan politik UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke-13..
“Ini kerja UMNO. Mengaku Islam… bawa isu kalimah Allah musim pilihan raya. Nak pancing undi guna kalimah Allah,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Himpunan Perdana Ummah bersama PAS di sebuah hotel dekat ibu negara, Ahad.
Jelas Hadi, keputusan dibuat Majlis Syura PAS berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sudah cukup jelas, namun ia dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu termasuk sesetengah media
sehingga ia menimbulkan kebimbangan rakyat.
“Allah tak boleh diterjemahkan. Dalam masa sama Allah digunakan bukan Islam ditempat dia, itu hak kamu. Salah gunakan, itu tak boleh.
“Ia ada beza dan kita kena faham. Majlis Syura Ulama buat keputusan perkataan Allah tidak boleh diterjemah. Perkataan Allah tak boleh salah guna. Kalau kamu nak (kalimah) Allah dalam bangsa kamu, itu hak
kamu. Dipotong-potong kenyataan ini dan dilaga-lagakan,” tegasnya.
Alahai Hadi kenapa kena ding dong macam ni.
Kalau cakap macam tu, maknanya Hadi masih kekal dengan ketetapan yang dibuat PAS bersama DAP dan PKR dalam mesyuarat majlis pimpinan pekatan pembangkang pada 8 Januari lalu.
Sedangkan Majlis Syura Ulama yang mesyuarat pada 13 Januari memutuskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam dan tidak boleh digunakan oleh orang lain.
Ini bermakna kalimah itu juga tidak boleh diterjemahkan dalam Bible Bahasa Melayu.
Mungkin sebab itulah Hadi tidak menjawab kecaman Karpal terhadapnya kerana pendiriannya masih sama seperti dituntut Karpal dan DAP.
Pasti ramai pemimpin PAS termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mungkin masih berpendirian sama seperti Hadi walaupun mengaku akur keputusan Majlis Syura Ulama.
Justeru itu, wajar sangat Hadi minta disegerakan mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat supaya beliau dapat ulangi pendirian PAS yang pernah dibuat pada 8 Januari lalu.
Kenapa beliau nak kambing hitamkan UMNO dalam isu ini?
Tidak perlulah Hadi rasa takut untuk mengakui hakikat bahawa PAS memang perlu sokongan DAP dan sebab itu PAS perlu akur kehendak Karpal dan DAP.
Cukuplah isu Amanat Hadi ‘disenyapkan’ begitu sahaja, Jangan pula, isu Kalimah Allah ini Hadi nak berdolak dalih juga.
Biarlah PAS dan PR dengan persetujuan penggunaaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam yang dibuat sebelum ini.
Tak kisahlah kalau Karpal nak perlekeh Majlis Syura Ulama kerana bukan Hadi yang patut jawab tetapi Nik Aziz.
Siapa tahu Nik Aziz kalau nanti Nik Aziz juga mahu tuduh ini juga permainan UMNO.
Kini dikacamata ramai orang nampak sangat PAS yang mempolitikkan isu kalimah Allah untuk politik kerana takut undi penyokong dan ahli DAP terlepas dalam PRU 13.
Namun, elok juga diingatkan kepada Hadi dan Nik Aziz, jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran sudahlah.
PRU 13: Anwar Tertekan Takut Pencabarnya Seorang Ulama
Aku dapat berita terkini yang menyatakan Anwar Ibrahim kini dalam keadaan yang tertekan.... dimana kedudukan untuk mempertahankan kerusi di Permatang Pauh agak mencabar.....
Dalam diam-diam Anwar sudah pasti lebih tahu awal berita pemecatan Ust.Nasarudin dari Majlis Syura Pas dan pemecatan itu juga merupakan suara datangnya dari dia sendiri. Golongan Anwarinas di dalam kelompok Pas sudah lama dihidu beberapa pemimpin PAS namun kekuatan kelompok upahan Anwar ini sudah terlalu kuat untuk dirungkaikan.
Beberapa kepimpinan ulama Pas yang tidak sekutu dan sehaluan dengan pendirian Anwar seorang demi seorang di pecat atau dilucutkan jawatan dari Pas. Beberapa tokoh yang dipecat pernah bersuara bahawa PAS kini tidak lagi mempercayai kepimpinan ulama untuk membawa parti lagi dan mereka yang dikuasai sepenuhnya puak Anwarinas lebih menyukai politik serta kuasa semata-mata tanpa lagi menoleh matlamat asal perjuangan Pas.
Berita bahawa salah seorang pemimpin ulama Pas yang di pecat oleh parti Pas akan sedia bertanding melawannya semasa piliharaya nanti juga membuat Anwar tertekan. Anwar sangat takut sekiranya calon yang bakal mencabarnya didalam kubu kuatnya sendiri di Permatang Pauh adalah seorang ulama tambahan lagi bekas pemimpin Pas yang sangat berpengaruh.
Adakah Anwar seorang yang suka berdiam diri di dalam hal seumpama ini? sudah pasti Anwar TERTEKAN bilamana keadaan dirinya yang bergelut dengan masalah moralisme akan dicabar seorang ulama yang baik budi pekertinya seperti Ust Nasarudin.
Anwar akan berusaha menghalang ulama bertanding melawannya…itu kelemahan Anwar!
-PasPisPus
Anwar Pembohong - Menipu Pendidikan Percuma..
Ingat pesanan aku... Kalau tak menipu bukan Anwar namanya!
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim memberi alasan Selangor tidak melaksanakan pendidikan percuma kerana ia adalah tanggungjawab kerajaan pusat biarpun Selangor mencatat lebihan RM2.5 bilion tahun lepas.
Menurut Anwar, pendidikan percuma mampu dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan kerana dakwanya, hasil kelapa sawit dan petroleum negara menghampiri RM150 bilion setahun. Bagaimanapun beliau sedia maklum kerajaan persekutuan mengalami defisit.
Anwar yang juga penasihat ekonomi Selangor berkata demikian dalam ucapannya "Pendidikan Percuma di Malaysia Suatu Realiti" di Konvensyen Antarabangsa Pendidikan anjuran Unisel dan kerajaan negeri di sini.
Kerajaan Selangor mempunyai dua universiti iaitu Universiti Selangor (Unisel) yang mempunyai kampus di sini dan Bestari Jaya manakala Kolej Universiti Islam Selangor di Bangi.
Sementara itu, ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa satu acara Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kulim pada 2 Februari lepas dicemari dengan tarian menjolok mata, beliau berkata, jika berlaku perkara yang kurang sopan, parti itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.
Ditanya apakah bentuk tindakan yang bakal dikenakan, beliau berkata:" Tak tahu lagi apa tindakan, tapi kalau ronggeng sikit-sikit nak ambil tindakan apa bendanya?"
PRU 13 : Amboi.... Azwan Ali Akan Bertanding Atas Tiket PKR
Amboi.... Amboi... Amboi... Tinggi benar angan-angan mamat mulut puaka sorang ni kann.. Ada hati pulak nak lawan Najib di Pekan sebagai calon Bebas pada PRU13 nanti.. Kah Kah Kah!
Mak cadangkan daripada Azwan Nok bertanding sebagai calon bebas, lebih baik Azwan Nok bertanding diatas tiket PKR... Sekurang-kurangnya Azmin Ali boleh usualkan kepada Anwar bagi membantu kempen Azwan Nok nanti.. Maklum la Anwarkan terkenal dengan 'minatnya' terhadap lelaki lembut nii...
Uisshhh 'mak' la pulak... retis betul aku hari ni hahahaha! Tak payah la bermak-mak bila sembang pasal puak lembut ni.... Kalau perangai ok tak pe la...
Memang cantik sekiranya Azwan Nok bertanding diatas tiket PKR bertambah banyak puak LGBT dalam Pakatan Haram... Hancusss....!
P/S: Memandangkan sekarang ni ramai artis masuk PAS, tak teringin ke Nik Aziz bawa masuk Azwan Nok jadi penceramah PAS?
Penyakit Gila Nizar Semakin Parah...
Semakin meroyan nampaknya Datuk Seri Nizar Jamaluddin apabila meramalkan pembangkang dapat 145 kerusi Parlimen berbanding hanya 77 untuk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Macamlah BN kokak sangat dan hanya dapat kerusi sebanyak itu dan terlepas Putrajaya.
Ramalan bekas Menteri Besar Perak itu sekaligus menunjukkan pakatan PKR,DAP dan PAS semakin kecut perut dan terpaksa reka apa juga cerita nak sedapkan hati sendiri kerana sudah tahu mereka akan putih mata pada PRU nanti.
Nizar macam bercakap pada batu apabila menyenaraikan kebarangkalian keputusan PRU13 di dalam Twitternya tiga hari lalu apabila menyenaraikan hampir kesemua negeri di Semenjung akan dikuasai oleh
pembangkang kecuali Johor, Perlis, Pahang, Melaka dan hanya kerusi Parlimen Putrajaya kekal milik BN di Wilayah Persekutuan..
Bagi kawasan Malaysia Timur, Sarawak akan menjadi milik Pakatan dengan jumlah kerusi dimenangi sebanyak 16 berbanding 15 milik BN manakala Sabah kekal diterajui BN dengan perbezaan satu kerusi daripada 25 kerusi yang dipertandingkan selain Labuan.
Dalam kenyataan di Twitternya, Nizar menjelaskan kebarangkalian kemenangan itu dikaitkan dengan beberapa faktor seperti keangkuhan dan ketuannan Melayu yang dipercayai merujuk kepada UMNO dan BN.
“Apabila kemarahan rakyat terhadapnya telah memuncak maka kejatuhannya tidak dapat dipertahankan lagi. Buatlah apa sekalipun,” katanya.
Kasihan timbalan pesuruhjaya PAS Perak itu kerana imejnya semakin merosot selepas ‘kecundang’ dalam penipuan berhubung tuntutan wang pampasan RM207 bilion milik waris buruh paksa landasan keretapi Siam-Burma.
Tembelang Nizar yang mendakwa kerajaan Jepun sudah membayar pampasan itu ‘kantoi’ malah negara Matahari Terbit itu menafikannya.
Malu sungguh Nizar bila surat atau memo Kementerian Kewangan yang dijaja ke hulu ke hilir berkaitan pembayaran itu adalah palsu.
Sebab itu, untuk tutup malu besarnya, Nizar sengaja tweet kata pembangkang boleh menang 145 kerusi parlimen untuk control malu.
Mungkin Nizar buat-buat lupa atau tak tahu sebenarnya ada beberapa pemimpin besar PKR dan PAS sejak dulu lagi hanya berani sebut angka 70 kerusi pakatan pembangkang boleh menang.
Itu angka tahun lalu ketika belum banyak ‘kerosakkan dan kepincangan’ dalam DAP dan PAS yang diuar-uar dapat lebih banyak kerusi berbanding PKR.
Kalau sekarang angka itu mungkin berubah. Silap-silap mungkin kurang dan kalau bertambah mungkin tak sampai 80 kerusi parlimen yang boleh dimenangi pembangkang.
Inilah buat Nizar terus meroyan dan buat jangkaan dapat 145 kerusi sedangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri tak pernah cakap pembangkang boleh capai majoriti dua pertiga.
Tidak mengapalah kalau Nizar nak syok sendiri kerana selama ini beliau pun masih anggap dirinya masih Menteri Besar Perak.
-Agendadaily
388 Keluar PAS, PKR Sertai UMNO
BESUT – Parti pembangkang terus dirundung malang tatkala Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) semakin hampir apabila berbondong-bondong ahli mereka membuat keputusan untuk keluar dari parti itu bagi menyertai UMNO.
Terbaru seramai 388 ahli PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat keputusan keluar parti bagi menyertai dan membantu UMNO memenangi PRU13 apabila melihat PAS telah menyimpang dari perjuangan sebenar.
Mereka membuat pengumuman menyertai UMNO pada Perhimpunan Program Selamat Tinggal Pembangkang (STP) anjuran UMNO Bahagian Besut di Kampung Pengkalan Nyireh di sini semalam.
Kehadiran mereka dalam UMNO disambut meriah oleh Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh dan turut diraikan oleh 2,000 penduduk yang menyokong kepimpinan UMNO selama ini.
Seramai 250 daripada ahli PAS dan PKR terbabit dari kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Putera, DUN Kuala Besut (83), 34 orang dari DUN Jerteh (34) dan DUN Hulu Besut seramai 21 orang.
Salah seorang ahli pembangkang yang menyerahkan borang keahlian UMNO, Ibrahim Mamat, 56, berkata, beliau sudah 20 tahun bersama PAS dan rela meninggalkan parti itu kerana PAS terpesong jauh daripada perjuangan asal.
DVD Lucah Dijual Berhampiran Masjid P.Pinang
Semenjak "Khalifah" Lim Guan Eng memerintah, semakin banyak gejala buruk menimpa negeri tersebut, yang amat menyedihkan kes jenayah dan maksiat semakin menjadi-jadi di negeri tersebut...
Adakah Guan Eng mahu jadikan Pulau Pinang sebagai negeri bebas seks?
GEORGETOWN - Beberapa pengguna Lebuh Acheh di sini tidak berpuas hati gara-gara adanya cakera padat digital (DVD) lucah dijual secara terbuka di situ.
Pereka grafik, Saifudin Ali berkata, tindakan peniaga berkenaan dianggap kurang sopan dan tidak bermoral kerana masjid terletak kira-kira 200 meter sahaja.
“Bagi saya dan kawan-kawan ini adalah sesuatu yang tidak patut kerana lokasi mereka berniaga pun di hadapan Muzium Kesenian Islam Pulau Pinang, agak kurang sopan.
“Daripada yang kami lihat jika tidak silap, peniaganya orang Melayu, jadi saya berharap supaya ada tindakan daripada pihak yang bertanggungjawab,” katanya kepada Sinar Harian.
Terdahulu, akhbar ini melaporkan pada 22 Januari lalu mengenai lokasi yang sama.
Dalam laporan berkenaan, penduduk di sekitar Lebuh Acheh memohon Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memantau sebuah pasar misteri yang terletak di situ.
Hal ini kerana ada penduduk yang mendakwa lokasi berkenaan dijadikan sebagai tempat kepada individu yang tidak bertanggungjawab untuk membuat tilikan atau ramalan kepada umat Islam.
Perkara tersebut sememangnya berlaku memandangkan ada antara penduduk yang terserempak dengan ‘bomoh’ berkenaan.
Pengadu yang hanya mahu dikenali dengan nama Mat berkata, dia sendiri hairan bagaimana sebuah tempat perniagaan menjadi tumpuan orang ramai ketika pertama kali datang ke lokasi pasar tidak berlesen itu.
Menurutnya, rupa-rupanya seorang lelaki mengaku dirinya bomoh sedang membuat ‘tilikan’ dan bacaan doa.
Difahamkan pasar berkenaan diadakan pada setiap petang Ahad dan dipenuhi dengan pelbagai barangan yang agak mencurigakan.
Pissstttt mamat tu jual DVD lucah Anwar Ibrahim kot hehe...
Nasharudin: DAP Cabar Dasar Pas... Anwar Campur Tangan Urusan Dalaman Pas
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, DAP sudah jelas mencabuli dasar hormat-menghormati yang dijalin melalui 'tahaluf siyasi' apabila ia secara terang mencabar beberapa asas dan dasar perjuangan Pas.
Tahaluf siyasi bermaksud kerjasama badan Islam dengan pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam dalam perjuangannya, bagi mencapai matlamat sama.
Beliau berpendapat tindakan itu adalah satu sikap yang tidak menghormati semangat kesepakatan antara parti yang sekaligus menandakan mereka tidak ikhlas dalam bertahaluf dengan Pas.
"Tahaluf siyasi yang disepakati oleh Pas pada peringkat awal tertubuhnya pakatan pembangkang bersetuju untuk menghormati dasar parti masing-masing," katanya dalam lintas langsung eksklusif melalui BH Online bertajuk 'Mengupas Kemelut Dalaman Pas' hari ini.
"Tetapi kelihatan mutakhir ini, dasar hormat-menghormati ini sudah tercabar dengan DAP secara khususnya secara terang mencabar beberapa asas dan dasar perjuangan Pas," katanya.
Menjawab pertanyaan faktor yang menyebabkan Pas telah keluar dari landasan perjuangannya, Nasharudin berkata, mungkin keadaan itu berlaku kerana tuntutan politik semasa yang kelihatan begitu mendesak bagi Pas meraikan tuntutan berkenaan.
"Akibatnya, kelihatan beberapa pendirian dan dasar Pas terpaksa diolah mengikut kehendak itu yang mengakibatkan persepsi yang timbul adalah Pas lari daripada landasan perjuangannya," katanya yang sedang menerima rawatan fisioterapi sakit belakang dan berkaitan saraf di sebuah pusat perubatan swasta, di sini.
Ditanya sama ada majoriti undi orang Islam akan berubah kepada Pas apabila parti itu bersendirian, beliau berkata, kekuatan Pas terletak kepada agenda perjuangan Islamnya yang menjadi sebab penubuhan Pas.
"Jadi, saya melihat kalau sekiranya Pas itu bersendiri, Pas akan lebih bebas untuk melaksanakan agenda terbabit," katanya sambil menambah sudah ada banyak suara yang merasakan Pas akan lebih terserlah jika bersendirian.
Berhubung laporan mengenai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang seolah-olah marah kepada beliau, Nasharudin berkata, memang ada timbul tanda tanya pada dirinya tentang sikap Mursyidul Am itu terhadap beliau.
"Sejak daripada isu kerajaan perpaduan yang timbul satu ketika dulu, sehinggalah hari ini. Saya tidak tahu apa puncanya, namun saya masih menghormati beliau sebagai pimpinan tertinggi parti," katanya sambil memberitahu sehingga saat ini masih belum menerima sebarang hitam putih mengenai pemecatan beliau.
Ditanya sama ada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pernah campur tangan dalam urusan dalaman Pas, beliau berkata, mungkin ada, dan itu tidak sepatutnya berlaku.
Mengenai pandangan beliau terhadap Anwar dan perjuangan yang dibawa olehnya, beliau berkata, berbangkit beberapa isu berkaitan Anwar yang menimbulkan keraguan.
"Saya berpandangan sebagai ahli Pas, sudah tentu kepimpinan tertinggi parti saya sebagai calon terbaik untuk memimpin," katanya.
Mengenai gambar beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah Ogos lepas, Nasharudin berkata, beliau menyertai banyak rombongan rasmi sebagai anggota Parlimen ke luar negara, termasuk secara kebetulan bersama perdana menteri.
Katanya, menyertai rombongan ke luar negara adalah tugas sebagai Ahli Parlimen untuk mewakili negara ke beberapa persidangan dan program.
"Saya pernah keluar negara dengan menteri, dengan speaker Parlimen dengan anggota Parlimen dan secara kebetulan, mutakhir ini dengan perdana menteri," katanya.
Kehadiran Nasharudin yang dilihat bersama Najib semasa pertemuan dengan beberapa ulama selepas sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menimbulkan pelbagai tanggapan pihak tertentu dalam Pas berhubung pendirian beliau.
Ditanya sama ada akan menerima pelawaan Umno untuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang sekiranya Pas memecat beliau, Nasharudin berkata, beliau tidak pernah dan belum pernah menerima sebarang pelawaan daripada Umno
untuk menjadi calon PRU13.
Sementara itu, Nasharudin berpendapat isu kalimah ALLAH yang dimainkan oleh pimpinan DAP adalah sekadar untuk meraih undi daripada mereka yang beragama Kristian.
"Pada pandangan saya, yang mereka mahukan sekadar meraih undi daripada rakan-rakan kita yang beragama Kristian. Karpal Singh yang kuat bersuara pun pada hemat saya, bukan beragama Kristian. Jadi, apa perlunya Karpal Singh bersuara dalam isu ini sedangkan dia sendiri tidak beriman dengan Kristian," katanya.
Beliau berkata, isu kalimah ALLAH harus dipertahankan daripada digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat Islam.
"Bagi saya, ia adalah isu akidah yang menjadi tanggungjawab kita semua," katanya yang mahu keputusan Majlis Syura Ulama ditaati dengan sepenuhnya oleh semua anggota dan pemimpin Pas.
-Bernama
Labels:
Anwar Ibrahim,
Berita harian,
DAP,
Karpal Singh,
Nasharudin,
Nik Aziz,
PAS,
PKR
Pengundi Muda Pilih BN Bikin Anwar Ibrahim Gelabah Tahap Gaban
Jika pembangkang sering mendabik dada bahawa mereka mendapat sokongan padu pengundi muda terutama daripada golongan mahasiswa, mungkin fantasi ini perlu dilihat semula berdasarkan realiti semasa dan fakta.
Fantasi dan impian adalah sesuatu yang enak dinikmati hanya sewaktu berada dalam alam mimpi sahaja!
Beberapa kajian menunjukkan Barisan Nasional akan kembali dipilih sebagai Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak dan Datuk Seri Najib Tun Razak akan tetap menerajui pentadbiran negara sebagai Perdana Menteri.
Terkini kajian berkaitan pandangan politik mahasiswa di tiga universiti awam meletakkan Datuk Seri Najib lebih popular berbanding Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim serta pemimpin Pakatan Rakyat lain.
Kajian yang dilakukan oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES) ke atas 3,015 responden antara 9 hingga 12 Disember tahun lalu, mendapati 67.4 peratus siswa menyokong Perdana Menteri berbanding 52.2 peratus kepada Anwar.
Presiden Pas Abdul Hadi Awang pula mendapat 33.1 peratus, manakala Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang tercorot dengan hanya 15 peratus.
Kajian tersebut membabitkan pelajar dari Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.
Jika hasil bancian dipecahkan pula antara negeri di bawah BN dan Pakatan Rakyat, nyata sekali Datuk Seri Najib amat popular sekali di kalangan siswa Kelantan dengan 60.8 peratus, diikuti Pulau Pinang (55 peratus), Kedah (68.3 peratus), Selangor (54 peratus), Sabah (54 peratus) dan Sarawak (61.6 peratus).
Angka yang diperolehi memberi bayangan jelas kemungkinan besar BN akan menawan semula Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah sementara Sabah serta Sarawak tetap berdiri teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri.
Maka unjuran pembangkang bahawa mereka akan berarak ke Putrajaya nampaknya hanya satu mainan fatamorgana yang menipu diri mereka sendiri.
Mahasiswa memilih Datuk Seri Najib disebabkan beliau menepati ciri-ciri seorang pemimpin yang berjaya seperti mana yang digariskan di kajian tersebut.
Ini termasuk kualiti kemampuan mentadbir negara, keadilan dan kesaksamaan, bersih dan bebas dari sebarang isu, menepati janji, kebolehupayaan dan mendampingi rakyat.
Perbezaan sifat-sifat ini antara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang adalah seperti langit dan bumi.
Melihat kepada karektor dan peribadi kedua individu ini pun sudah cukup menyakinkan rakyat siapa sebenarnya pilihan mereka.
Datuk Seri Najib adalah seorang yang bersifat lemah lembut sama seperti ayahanda beliau, Allahyarham Tun Abdul Razak Datuk Hussein.
Sesiapa sahaja yang pernah bekerja atau bersama Perdana Menteri akan mendapati watak keperibadian beliau yang amat mudah bergaul dengan semua lapisan masyarakat - dari golongan bangsawan hinggalah kumpulan marhaen.
Dengan lirik wajah yang sentiasa tersenyum dan merendah diri, Datuk Seri Najib adalah idola di hati rakyat.
Bagaimana pula dengan Anwar? Sesiapa juga yang pernah berdamping atau berkerja dengan beliau akan mendapati dua watak yang berbeza antara kehidupan peribadi dan politik.
Di luar dan di depan rakyat, Anwar menonjolkan sifat-sifat Islamik dan warak berlatarbelakangkan sejarahnya sebagai bekas Presiden ABIM.
Ceramah-ceramahnya juga tidak kering dengan selitan ayat-ayat suci Al-Quran dan petikan mutiara hadis.
Beliau juga gemar dilihat sebagai intelektual Islam berfikiran liberal yang memetik kata-kata enak pujangga dari karya-karya agung penulis Barat.
Namun disisi peribadinya, lain pula ceritanya.
Anwar adalah seorang yang bengis, pemarah, suka mengherdik apatah lagi seorang yang pendendam.
Lihat bagaimana beliau melayan wartawan dari media arus perdana yang mengajukan soalan-soalan panas dan reaksi Anwar terhadapnya.
Petugas media seringkali dilabel malah dimaki hamun sebagai anjing BN, alat UMNO, budak suruhan kerajaan dan sebagainya - hamburan kata-kata kesat penuh dengan kehinaan yang tidak akan keluar daripada mulut seorang pemimpin yang berjiwa besar dan berakhlak mulia.
Peribadi Anwar juga sering dikaitkan dengan pelbagai skandal seks jijik daripada yang melibat pelacur Cina hinggalah kepada lelaki jambu!
Sebab itulah mahasiswa dari kalangan kalangan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat seperti Kelantan dan Pulau Pinang memilih Datuk Seri Najib kerana mereka sedar dan mampu membuat analisis siapa Perdana Menteri dan siapa pula Ketua Pembangkang.
Dalam erti kata yang lain pengundi muda sudahpun membuat pilihan mereka antara yang mana satu permata manikam dan yang mana satu kaca murahan.
Nik Aziz Akan Lafazkan Cerai Talak 3 Selepas Melihat Gambar Terbaru Ust Nasharuddin Di BH
Inilah kerja puak PAS... hari ni kawin esok cerai, lepastu kawin balik... bila dah tak nak pakai... cerai balik!
Terdahulu Nik Aziz kata, "Soal surat sampai ke tidak, ia nombor dua. Yang penting ijab dan kabul sudah berlaku. Lafaz cerai pun sudah. Walaupun surat cerai tidak sampai, daripada segi hukum dan adatnya cerai tetap berlaku dan sah".
Lepas tu Hadi rujuk Nasha... Kenyataan Hadi, "Nasha masih ahli. Orang bercerai pun, bercerai talak satu, talak dua, talak tiga.
"Itu terpulang kepada penilaian kita. Tak berhak kita dedahkan kepada orang penilaian kita sendiri. Bahkan dalam sejarah Pas bukan kali pertama kita pecat".
Mungkin selepas Nik Aziz melihat gaya terbaru Ust Nasha ini, sudah pasti Ust Nasha akan terima lafaz cerai talak tiga pulak da.....
Gambar- AHLI Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa menjawab soalan yang dikemukakan pembaca BH Online menerusi program lintas langsung di salah satu pusat perubatan swasta Kuala Lumpur. - Foto BH Online.
Lawak betul politik PAS ni KAH KAH KAH!
Tuesday, February 5, 2013
Isu PSY: Guan Eng Memang Saja Cari Pasal
Politik-politik juga... tapi tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng cuba provok orang ramai supaya datang ke Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang minggu depan dengan baju Bersih macam nak cari gaduh saja.
Boleh faham memang Guan Eng cemburu habis apabila dengar BN Pulau Pinang mahu bawa penyanyi k-pop terkenal Korea Selatan Psy sebagai penyeri acara tersebut.
Ini kerana memang boleh jangka orang muda terutamanya kaum Tionghua akan datang beramai-ramai, sebab la ni memang musim demam 'Oppa Gangnam Style'.
Sebab itu dari segi logiknya, Guan Eng tahu, beliau tidak boleh halang orang ramai hendak datang, sebab itu dia cuba provok dengan minta orang ramai pakai warna kuning melambangkan Bersih, merah untuk Pulau Pinang dan hijau untuk alam sekitar.
Nampak sangat hati dengki pemimpin DAP ini.
Guan Eng dipetik berkata "Pulau Pinang mendahului sekali lagi dengan kedatangan Psy ke Malaysia. Kita boleh kata bahawa kali pertama Psy datang ke Malaysia, beliau datang ke Pulau Pinang,".
Dengan nada menyindir Guan Eng menjemput orang ramai ke majlis tersebut kerana "makan-minum serta hiburan percuma,".
Sebelum ini, BN Pulau Pinang menjangkakan kehadiran lebih 60 ribu penonton di padang sekolah Han Chiang tempat di mana majlis tersebut diadakan pada 11 Febuari nanti.
Lebih menarik lagi, pemilihan lokasi tersebut iaitu padang sekolah Han Chiang yang menjadi simbolik kepada kemenangan DAP pada Pilihan Raya 2008 lalu.
Padang sekolah Han Chiang adalah tempat perhimpunan terbesar DAP dan sekutunya semasa kempen Pilihan Raya 2008.
Strategis BN dipercayai menggunakan pakai pepatah lama Cina "di mana kamu jatuh, di situ kamu bangun semula" ketika membuat keputusan untuk mengadakan Sambutan Tahun Baru Cina di padang sekolah persendirian Cina tersebut.
DAP sebelum ini menciplak musik 'Oppa Gangnam Style' untuk buat video komedi memburukkan Malaysia. Video tersebut ditayangkan sebahagiannya ketika Kongres Nasional DAP Disember lalu.
-Agendadaily
80 Ahli PAS Marang Minta Masuk UMNO
Tertarik dengan program transformasi dan program membantu rakyat yang digarap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sekumpulan penyokong tegar PAS dari Kampung Jerong Seberang dan Kampung Bukit Cempedak di Marang tekad menyertai Umno.
Ramli Abdullah, 53, mewakili 80 bekas penyokong PAS itu, berkata mereka menyertai Umno kerana tertarik dengan program transformasi yang dirancang kerajaan bagi membantu rakyat terutama golongan miskin serta penduduk kampung.
Katanya program transformasi yang diwujudkan kerajaan benar-benar bertujuan membantu semua golongan terutama rakyat berpendapatan rendah selain memberi tumpuan kepada kemajuan negara.
"Kami selama lebih 30 tahun menjadi pengikut PAS, tidak ada apa-apa pembangunan yang disediakan di kampung kami, malah keadaan kami semakin terpencil dan terasing," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said pada majlis Selamat Tinggal PAS, BN Di Hatiku, di kediamannya, Seri Iman, di sini hari ini.
Pada majlis itu, 80 pengikut dan penyokong setia PAS dari kedua-dua kampung berkenaan berikrar memberi sokongan penuh kepada Umno serta menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.
Sementara itu seorang lagi bekas penyokong PAS Mohd Zulfadli Zakaria, 28, dari Kampung Bukit Cempedak, berkata beliau sedih kerana selama menjadi pengikut setia PAS, tiada apa yang disumbangkan parti pembangkang itu bagi kemajuan kampungnya.
"Mereka (PAS) tidak menghirau langsung penduduk Kampung Bukit Cempedak. Remaja dan belia di kampung kami terumbang-ambing tidak ada bimbingan, tidak ada program yang dirangka bagi kemajuan kami.
"Kami berharap setelah menyertai Umno, kami akan menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung bagi kemajuan kampung kami setanding dengan kampung lain," katanya yang mewakili orang muda kampung berkenaan.
Ketika berucap pada majlis itu, Ahmad berkata sehingga ini kerajaan telah membina 300 unit rumah mampu milik di Bukit Gasing dan 500 unit lagi di Bukit Payong dalam daerah Marang.
"Jika Barisan Nasional memenangi empat kerusi DUN serta Parlimen Marang, kerajaan akan membina 1,000 unit lagi rumah selain sebuah Sekolah Agama Imtiaz yang menelan belanja antara RM50 juta ke RM60 juta di daerah itu," katanya.
Parlimen Marang dan dua DUN di bawahnya iaitu Rhu Rendang dan Bukit Payong dikuasai PAS manakala DUN Alor Limbat serta Pengkalan Berangan pula dipegang BN.
PRU-13: Aisyah Akan Di Korbankan Sebagai Calon PAS Di Negeri Sembilan
PAS tahu di Negeri Sembilan mereka tidak akan menang kerusi yang akan dipertandingkan melainkan mereka hanya dapat Paroi pada PRU12 yang lalu. Paroi akan ditawan kembali oleh BN pada PRU13 ini kerana ADUN Paroi Sdr Taufek hanya menghabiskan boreh(beras) saja semenjak di lantik sebagai ADUN Paroi.
PAS tidak sanggup mengorbankan calon-calon hebat mereka di Seremban dan mereka akan mempertaruhkan nama nama yang tidak kukuh di dalam PAS menjadi calon cantas bertanding untuk menerima kekalahan. Jika menang itu adalah perkara yang luar biasa.
Khabar terbaru yang diterima adalah penyanyi kemek Aisyah akan menjadi calon PAS di salah sebuh kerusi DUN di Negeri Sembilan, Aishah akan menjadi kambing hitam kepada PAS untuk dikorbankan pada PRU13 ini. Jika kalahpun PAS tidak berapa malu kerana calon tidak memberangsangkan.
-Cili Api Blogger
Panas! Pas Terengganu Minta Pas Pusat Jangan Jadi Boneka Pakatan Haram
Seperti yang aku katakan di posting sebelum ini tiada gunanya akar umbi bersedia mempertahankan maruah agama islam jika pemimpin PAS adalah boneka kepada DAP dalam Pakatan Haram!
Kepimpinan tertinggi parti PAS seolah-olah tidak mengambil berat dengan situasi semasa apabila mereka hanya berdiam diri dan membenarkan rakan sekutunya iaitu DAP mempertikai Islam dan ajarannya.
Sekiranya DAP dan PKR masih tidak memahami perjuangan PAS maka adalah wajar untuk parti itu meninggalkan Pakatan Haram.
Bernama - Demi maruah agama Islam, penyokong Pas Kuala Terengganu mahu pemimpin mereka di peringkat pusat menyatakan pendirian tegas berhubung isu penggunaan kalimah Allah yang masih dibangkitkan DAP.
Sekumpulan 20 orang yang mendakwa mewakili para penyokong Pas Kuala Terengganu mengadakan demonstrasi aman di hadapan Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai di sini sebagai menuntut pendirian itu.
Mereka membawa sepanduk dan melaungkan AllahhuAkbar serta mendesak pemimpin Pas supaya tidak tunduk terhadap desakan pengerusi DAP Karpal Singh dan setiausaha agungnya Lim Guan Eng yang mereka anggap sewenang-wenangnya memperkotak-katik isu kalimah Allah demi tujuan politik.
Wakil kumpulan berkenaan, Zamri Yaacob, 42 tahun, turut mendesak supaya kepimpinan Pas menyatakan apa hukum dalam Islam jika anggota PAS membantu DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Kami sebagai anggota Pas meminta kepimpinan Pas tegas dengan pendirian dan sebaiknya keluarlah dari Pakatan Rakyat (PR) kerana ia merosakkan bangsa Melayu dan kesucian Islam," katanya kepada pemberita.
Subscribe to:
Posts (Atom)