Wednesday, February 6, 2013

Penyakit Gila Nizar Semakin Parah...


Semakin meroyan nampaknya Datuk Seri Nizar Jamaluddin apabila meramalkan pembangkang dapat 145 kerusi Parlimen berbanding hanya 77 untuk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Macamlah BN kokak sangat dan hanya dapat kerusi sebanyak itu dan terlepas Putrajaya.

Ramalan bekas Menteri Besar Perak itu sekaligus menunjukkan pakatan PKR,DAP dan PAS semakin kecut perut dan terpaksa reka apa juga cerita nak sedapkan hati sendiri kerana sudah tahu mereka akan putih mata pada PRU nanti.

Nizar macam bercakap pada batu apabila menyenaraikan kebarangkalian keputusan PRU13 di dalam Twitternya tiga hari lalu apabila menyenaraikan hampir kesemua negeri di Semenjung akan dikuasai oleh
pembangkang kecuali Johor, Perlis, Pahang, Melaka dan hanya kerusi Parlimen Putrajaya kekal milik BN di Wilayah Persekutuan..

Bagi kawasan Malaysia Timur, Sarawak akan menjadi milik Pakatan dengan jumlah kerusi dimenangi sebanyak 16 berbanding 15 milik BN manakala Sabah kekal diterajui BN dengan perbezaan satu kerusi daripada 25 kerusi yang dipertandingkan selain Labuan.

Dalam kenyataan di Twitternya, Nizar menjelaskan kebarangkalian kemenangan itu dikaitkan dengan beberapa faktor seperti keangkuhan dan ketuannan Melayu yang dipercayai merujuk kepada UMNO dan BN.

“Apabila kemarahan rakyat terhadapnya telah memuncak maka kejatuhannya tidak dapat dipertahankan lagi. Buatlah apa sekalipun,” katanya.


Kasihan timbalan pesuruhjaya PAS Perak itu kerana imejnya semakin merosot selepas ‘kecundang’ dalam penipuan berhubung tuntutan wang pampasan RM207 bilion milik waris buruh paksa landasan keretapi Siam-Burma.

Tembelang Nizar yang mendakwa kerajaan Jepun sudah membayar pampasan itu ‘kantoi’ malah negara Matahari Terbit itu menafikannya.

Malu sungguh Nizar bila surat atau memo Kementerian Kewangan yang dijaja ke hulu ke hilir berkaitan pembayaran itu adalah palsu.

Sebab itu, untuk tutup malu besarnya, Nizar sengaja tweet kata pembangkang boleh menang 145 kerusi parlimen untuk control malu.

Mungkin Nizar buat-buat lupa atau tak tahu sebenarnya ada beberapa pemimpin besar PKR dan PAS sejak dulu lagi hanya berani sebut angka 70 kerusi pakatan pembangkang boleh menang.

Itu angka tahun lalu ketika belum banyak ‘kerosakkan dan kepincangan’ dalam DAP dan PAS yang diuar-uar dapat lebih banyak kerusi berbanding PKR.

Kalau sekarang angka itu mungkin berubah. Silap-silap mungkin kurang dan kalau bertambah mungkin tak sampai 80 kerusi parlimen yang boleh dimenangi pembangkang.

Inilah buat Nizar terus meroyan dan buat jangkaan dapat 145 kerusi sedangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri tak pernah cakap pembangkang boleh capai majoriti dua pertiga.

Tidak mengapalah kalau Nizar nak syok sendiri kerana selama ini beliau pun masih anggap dirinya masih Menteri Besar Perak.

-Agendadaily

No comments: