Sunday, March 3, 2013

Perisikan Sahkan Pertemuan Anwar-Nur Misuari


Perisikan tentera Malaysia mengesahkan terdapat pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari beberapa bulan sebelum pencerobohan berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Selain itu, agensi risikan itu dilaporkan Mingguan Malaysia hari ini turut mengesahkan seorang pemimpin pembangkang Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan terlibat dalam mengadakan pertemuan dengan Sultan Muidzullail T. Kiram iaitu salah seorang pemerintah Kesultanan Sulu juga beberapa bulan sebelum kejadian pencerobohan berlaku.

Jeffrey Kitingan adalah bekas Naib Presiden PKR yang kini menjadi Presiden Parti Reformasi Sabah (STAR) dan pengerusi United Borneo Front (UBF), parti pembangkang untuk Sabah dan Sarawak.

Pendedahan ini mengukuhkan lagi dakwaan pihak perisikan tentera Filipina sebelum ini yang secara terbuka mengaitkan nama pemimpin pembangkang sebagai dalang dalam insiden tersebut.

Menurut sumber perisikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pertemuan antara Anwar dan Jeffrey dengan Nur Misuari dan pihak MNLF serta wakil Kesultanan Sulu dipercayai ada kaitan dengan janji-janji tertentu sehingga mendorong kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu menceroboh Sabah.

Nur Misuari dinamakan oleh media Filipina, Inquirer News, sebagai salah satu pihak yang telah berkonspirasi dengan pemimpin politik pembangkang dari Malaysia untuk menghasut Sultan Sulu menuntut hak mereka.

Inquirer News mendedahkan, seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan terbabit di Sabah.

Memetik sumber perisikan Filipina, Inquirer News melaporkan, pertemuan itu berlaku November tahun lalu, menyebabkan Sultan Sulu, Jamalul Kiram III mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo bagi menuntut Sabah dari Malaysia.

AIDC

Lahad Datu: Tian Chua Menyerang Sebelum Diserang!


Sudah kerap jika ada kes babitkan kematian yang cetuskan kontroversi,pembangkang tak tunggu lama untuk jadikannya modal politik mereka.Lihat sajalah mereka mengeksploitasi kematian pembantu Exco Selangor,Teoh Beng Hock, pegawai Kastam Ahmad Sarbaini Mohamad dengan menyalahkan SPRM dan beberapa kes lain babitkan polis.

Senang cakap, hal mati pun pembangkang akan politikkan asal dapat mereka tuduh kerajaan bersalah dan tidak bertanggungjawab.

Terbaru dalam kes pencerobohan rakyat asing di Lahad Datu, Sabah hingga cetuskan kematian pihak keselamatan negara pada Jumaat, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu tunggu lama untuk kecam kerajaan.

Walaupun ucap takziah pada keluarga dua anggota komando yang terkorban, Anwar menyalahkan kerajaan kerana gagal memastikan kawalan keselamatan di perairan negara.

Naib Presiden PKR, Tian Chua pula membuat fitnah dan tuduhan liar kononnya UMNO jadi dalang konspirasi terancang bagi ambil alih perhatian dan menakutkan rakyat.

"Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing," katanya.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob pula ketika rakyat turut bersedih dengan insiden itu yang belum dapat diselesaikan lagi, sibuk mahu Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak panggil sidang khas Parlimen.

Untuk apa Anwar, Tian Chua dan Salahuddin buat semua itu ketika kerajaan dan pihak keselamatan sedang berusaha memastikan insiden itu berakhir tanpa pertumpahan darah demi menjaga nama baik negara?

Sebab itu ramai yang mengecam tindakan pemimpin pembangkang itu terutama dakwaan Tian Chua.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri menyifatkan kenyataan ahli parlimen Batu itu hanyalah untuk mengaut keuntungan politik dengan mengeksploitasi insiden di Lahad Datu.

Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata kenyataan Tian Chua itu adalah skrip standard dari DAP yang langsung tidak peka dan tidak sensitif kepada isu keselamatan negara.

"Dengan membuat kenyataan seumpama ini, dia boleh dianggap sebagai manusia yang mempunyai martabat paling rendah. Ini adalah satu kenyataan melulu yang tidak kita harapkan daripada seorang manusia yang sopan, katanya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menyifatkan kenyataan Tian Chua itu sebagai "jahat dan jahil" .

"Umno bukan macam pembangkang dalam beberapa peristiwa yang lepas telah mengkhianati negara ini," katanya.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang menggelar Tian Chua sebagai "pembawa cerita bohong bersiri" yang sentiasa mencari kesalahan UMNO dan kerajaan walaupun dalam situasi genting.

"Dia adalah ekstremis dan saya tidak terkejut dengan kenyataannya itu.Memang tugas dia memburukkan Umno tanpa bukti, tapi secara spontan...Ini membabitkan isu keselamatan, dan bukan (masa untuk) political mileage," tegasnya meminta Tian Chua mengemukakan bukti dakwaannya itu.

Bagaimanapun, ada juga tertanya-tanya kenapa Tian Chua cuba mengheret UMNO dalam isu pencerobohan di Lahad Datu.

Apakah kerana sebelum ini nama Anwar dikaitkan dengan kumpulan yang melakukan pencerobohan itu?

Atau ianya juga mungkin kerana permintaan penceroboh terbabit untuk bertemu personaliti tertentu ketika mereka berunding dengan pihak keselamatan sebelum ini.

Dan antara paling ramai pemimpin pembangkang terutama dalam PKR, kenapa Tian Chua ke depan membuat tuduhan itu?

Mungkin ramai tahu selain bijak mengeksploitasi sesuatu isu, pembangkang khususnya dalam isu yang berkait dengan Anwar, mereka akan mempertahankannya terlebih dahulu sebelum isu itu jadi bahan umum.

Sebagai contoh lihat bagaimana Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mempertahankan Anwar dalam isu kad pengenalan kepada rakyat asing di Sabah dengan mengatakan Anwar akan dikaitkan dalam projek IC ketika siasatan RCI.

Justeru itu, melihat tindakan Tian Chua cuba mengaitkan UMNO dalam insiden di Lahad Datu, tentu ada boleh menduga tujuannya.

Jelaslah Tian Chua ‘menyerang’ sebelum ‘diserang.

Tindakan sama dilakukan Azmin dalam mempertahankan Anwar berhubung projek IC di Sabah.

Dengan memfitnah UMNO, Tian Chua mungkin berharap dakwaan beberapa media Filipina bahawa Anwar dipercayai terbabit disebalik pencerobohan kumpulan bersenjata yang menggelar diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu dapat dikaburi.

Walaupun, Anwar sudah menafikan apa dilaporkan media negara jiran itu tetapi Ketua Pembangkang itu turut menuding jari kearah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang disifatkan sebagai lambat bertindak ke atas pencerobohan kumpulan bersenjata itu sejak dua minggu lalu.

Itu hak Anwar untyuk menafikannya tetapi portal berita Filipina 'Inquirer News' sebelum ini mendedahkan, seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Ketua Umum PKR itu
membuat pertemuan bersama pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan itu di Sabah.

Menurut portal itu lagi yang memetik sumber perisikan Filipina dilaporkan sebagai berkata, pertemuan itu berlaku November tahun lalu menyebabkan Sultan Sulu, Jamalul Kiram II mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo bagi menuntut sebahagian dari Sabah.

"Ahli politik ini merupakan salah seorang yang mengadakan pertemuan dengan Jamalul Kiram. Beliau menawarkan sokongan pembangkang Malaysia ke atas tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah," kata sumber perisikan itu sebagaimana dipetik daripada Inquirer News.

Selain Inquirer News, pada 14 Februari lalu, agensi antarabangsa, The Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina mendakwa, pencerobohan kumpulan bersenjata itu berlaku ke atas
jemputan pembangkang di negara ini.

Lapor Reuters, kumpulan 150 orang diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzumudie itu mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah ekoran jemputan daripada pemimpin pembangkang negara ini.

Selain Reuters, akhbar dalam talian, The Manila Times menerusi koresponden mereka, Al Jacinto juga mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.

Apakah Anwar boleh menafikan semua dakwaan dalam laporan ini dan menuduh semuanya akhbar UMNO?

-Agendadaily

Pertempuran Di Lahad Datu: Lagi Polis Mati Ditembak


Laporan Utusan:  Ancaman tentera Kesultanan Sulu ke atas keselamatan negara semakin memuncak apabila kumpulan bersenjata tersebut melancarkan dua serangan terancang di Kampung Simunul, kira-kira tiga kilometer dari bandar Semporna.

Keadaan terkini pada malam ini tegang apabila pertempuran tercetus mengakibatkan dua anggota polis terbunuh dan dua cedera parah.

Sekumpulan lagi anggota dari Unit Cawangan Khas yang sedang melakukan intipan di kampung itu dikepung kumpulan bersenjata tersebut selepas berlaku pertempuran.

Dalam serangan pertama pada pukul 7.30 malam dua anggota polis yang sedang meronda di kawasan berdekatan Balai Polis Kampung Simunul diserang secara hendap menyebabkan seorang maut dan seorang lagi cedera.

Laporan lain yang diterima dari rakan anggota di Sabah -



Berita Terdahulu: Seorang Anggota Keselamatan Terkorban Pertempuran Di Semporna

Sama-samalah kita doakan agar anggota keselamatan yang bertugas di Lahad Datu di lindunggi Allah s.w.t

Seorang Anggota Keselamatan Terkorban Pertempuran Di Semporna


Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu Sabtu malam.

Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.

Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.

Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.

Pada Jumaat, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.

Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh.

Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46.

-Bernama

Mulut Longkang... Azwan Ali Ada Hati Nak Jadi YB!


SIAPA tak kenal personaliti mulut longkang, Azwan Ali? Namanya sering kali dikaitkan dengan kisah kontroversi dan sikap buruknya dalam berbicara.

Amboi... Amboi... Amboi.... Ada hati nak jadi YB ye....

Azwan Ali menyatakan hasratnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) atas kapasiti bebas.

Azwan berkata, hasrat itu semakin membuak-buak setelah mendapat sokongan daripada para peminatnya.

"Ya... saya ada menulis beberapa kali di Twitter tentang hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang. Alhamdulillah maklum balas sangat menggalakkan.

"Buat masa ini saya tidak mahu bercakap apa-apa dahulu, kita lihat apabila tiba masanya nanti," katanya.

Azwan yang juga adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, beliau tidak akan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sepertimana yang diperkatakan oleh ramai pihak dalam laman sosial.

Beliau juga tidak berhasrat untuk mewakili mana-mana parti sekiranya ada tawaran.

"Saya memang berhasrat untuk bertanding tapi bukanlah di Pekan sepertimana yang diperkatakan dan jauh sekali untuk mencabar Perdana Menteri," katanya lagi.

Jelas Azwan, hasratnya untuk bertanding itu dibuat selepas melihat semakin ramai golongan selebriti mula menyertai parti politik.

"Saya rasa saya ada pengikut saya sendiri. Jika kita lihat, ada juga calon Bebas yang kita tidak kenal langsung pun cuba untuk bertanding. Saya yakin saya ada pengaruh,” katanya.

Jelas Azwan, jika perkara itu menjadi kenyataan dia mahu memperjuangkan nasib individu sepertinya selain bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin parti politik yang unik.

pisssttt... Tak payah lah nak perasan lebih-lebih...

Saturday, March 2, 2013

Simbol Salib & Reka Bentuk Buku Manifesto Pakatan Terus Jadi Kontroversi


Wujudnya satu logo berbentuk salib yang beridentiti agama Kristian dalam muka depan buku manifesto Pakatan pembangkang bertajuk “Manifesto Rakyat, Pakatan Harapan Rakyat” terus jadi kontoversi kerana menggambarkan satu percubaan terancang untuk meletakkan kesamarataan dalam beragama di Malaysia.

Menurut wikipedia agama di Malaysia, Islam adalah agama Persekutuan dengan bilangan penganutnya 61.4 peratus, diikuti dengan Budhha, 17.8 peratus dan Kristian berada di tempat ketiga dengan 9.2 peratus.

Selain itu, penganut Hindu, 6.3 peratus; Confucianism, Taoism dan lain-lain agama tradisi Cina, 1.2 peratus dan tidak beragama 0.7 peratus.

“Nampaknya penekanan diberi untuk Islam dan Kristus (yang mahu) disamatarafkan,” komen Gabriel Al Iman yang mengulas simbol-simbol dalam buku manifesto Pakatan itu.



Seorang lagi pengomen, Zapata mempertikaikan kenapakah simbol agama Islam tidak diterjemahkan dengan jelas berbanding dengan simbol salib, Kristian.

“Kubah sahaja tidak melambangkan Islam. Kita (kena) tengok balik asal usul kubah itu. Kubah terdapat dalam seni bina pelbagai masyarakat dunia, tidak kepada orang Islam sahaja.

“Apa yang pasti beza kubah masjid orang Islam adalah pada bulan sabitnya yang mempunyai bentuk yang spesifik berbanding dengan kubah rumah ibadat agama-agama lain.

“Soalannya di sini ada tak unsur agama Islam yangg jelas di dalam manifesto itu? Di manakah martabat agama Islam di dalam perjuangan PR?,”soalnya.

Zakir mempersoal tentang simbol ‘tapak tangan terbuka’ yang diulangi dua kali yang sering dikaitkan dengan kebebasan hak asasi manusia dan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

“Sebagaimana yang semua orang tahu, simbol tangan dikembangkan adalah sinonim dengan simbol hak asasi manusia atau kebebasan termasuk dalam urusan seks (baca LGBT).

“Justeru, adakah simbol sama yang disertakan dalam imej manifesto pakatan memungkinkan LGBT akan diiktiraf jika pakatan ditakdir memerintah Malaysia sekaligus mengetepikan sentimen agama dan sosiobudaya tanahair?, soalnya.

Selain itu, Zakir turut hairan dengan reka bentuk susunan simbol-simbol itu.

“Yang paling menimbulkan tandanya, apakah maksud kotak-kotak yang disusun secara menyenget berselang seli di antara warna jingga dan putih? Kenapa bentuk kotak-kotak, bukannya bulat?

“Untuk pengetahuan semua, corak kotak-kotak yang disusun secara berselang seli (hitam-putih) pada kedudukan menyenget (bentuk diamond) adalah corak lantai rumah Grand Lodge tempat pengikut-pengikut Freemason berkumpul.

“Justeru, mungkinkah fikrah Yahudi lahnatullah melalui pergerakan Freemasonry bakal dikembangkan jika ditakdirkan pakatan memerintah Malaysia?

“Terlalu banyak persoalan-persoalan yang memerlukan penjelasan di sebalik imej manifesto Pakatan. Dan siapakah yang sebenarnya yang menjadi dalang menjelmakan imej terbaru ini yang banyak menimbulkan misteri dan keanehan,”katanya lagi


Pengomen senior laman ini, Angela mengulas persamaan latar belakang reka bentuk buku manisfesto Pakatan yang berpetak-petak warna hitam-putih dengan reka bentuk mosaic, simbol lantai Temple Raja Salomo, lambang kehidupan manusia, berkotak-kotak baik dan jahat.

“Simbolik tahap tertinggi. Pertama perlambangan berkotak-kotak hitam dan putih (checkered) dengan simbol pertubuhan rahsia masonic yang juga boleh membentuk dataran set dan kompas.

“Kedua latar belakang (reka bentuk itu) adalah sejenis simbol rectangle Kristian,”katanya dengan memberi tiga pautan laman sebagai rujukan.

Tiga laman pautan Angela adalah ‘diagonal-fence-seamless-cross-from-circles-elements-background‘, ‘das.cross.tripod.com/swastika.12‘ dan
‘geometrica.20.tripod.com/SWASTIKA.’

Manifesto Pakatan Simbol Kristian ?

AIDC

Pertempuran Lahad Datu: Pemberontak Kibar Bendera Putih, Pura-Pura Serah Diri Sebelum Lepas Tembakan - PM


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan penceroboh bersenjata telah menggunakan taktik mengibarkan bendera putih (sebagai tanda menyerah diri) untuk memerangkap anggota polis komando VAT 69 dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, semalam.

Perdana Menteri berkata perkara itu disahkan oleh salah seorang anggota VAT 69 yang terbabit dalam pertempuran di kubu kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari selatan Filipina.

Najib berkata beliau dimaklumkan bahawa dua anggota polis yang terbunuh, Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud telah melihat bendera putih dikibarkan sebelum rakan kumpulan penceroboh itu memerhati gerakan anggota polis itu sebelum melepaskan tembakan.

“Saya tidak menolak kemungkinan itu satu perangkap oleh kumpulan itu dan ianya adalah satu taktik pengecut,” katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota itu di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, dekat sini, hari ini.

-Bernama

143 Ahli PKR Isytihar Keluar Parti, Sokong BN


Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Batu Hampar, Parlimen Bukit Katil di sini dibubarkan selepas 143 anggotanya bertindak keluar parti kerana tidak lagi yakin dengan perjuangan parti itu.

Mereka kemudian berikrar di hadapan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, mereka tidak menyertai BN sebaliknya mengumumkan penubuhan sebuah badan bukan kerajaan dikenali Persatuan Usahawan Anak Melayu (PUAM).

Bekas Ketua PKR ranting itu, Tuah Shah Abdul Rahman berkata keputusan untuk keluar PKR dibuat kerana parti itu dilihat tidak membela nasib rakyat.

"Kami beramai-ramai keluar parti sebab sudah sedar PKR bukan sebuah parti yang membela rakyat sebaliknya Umno dan BN memperjuangkan hak rakyat untuk hidup lebih selesa dan terjamin," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian PUAM di sini, malam tadi.

Beliau berkata walaupun kesemua mereka tidak menyertai Umno dan BN tetapi akan membantu BN merampas kembali kerusi dimenangi pembangkang di dalam Parlimen Bukit Katil iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh dan Bachang pada PRU-13.

Sementara itu, Mohd Ali yang juga Pengerusi BN negeri berkata keputusan diambil kesemua 143 anggota PKR itu merupakan satu tindakan yang wajar dan tepat kerana parti pembangkang tersebut tidak memberikan sebarang manfaat kepada rakyat.

Justeru beliau meminta lebih ramai anggota dan penyokong PKR keluar dari parti itu dan bersama-sama Umno dan BN memajukan lagi negara khususnya negeri Melaka.

"Umno negeri Melaka bersedia menerima mereka pada bila-bila masa," katanya.

Penyokong DAP Gelar Anggota Terkorban Sebagai 'Anjing'


Jika semalam Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dilapor mengaitkan insiden tembakan di Lahad Datu, Sabah semalam dengan konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakutkan rakyat.

Hari ini sekali kita dikejutkan dengan satu lagi tindakan yang tidak bertanggungjawab dan keterlaluan yang dibuat oleh lelaki cina bernama Jonathan Lim yang berasal dari Melaka dan menetap di Singapura.

Apa dosa pejuang-pejuang kita yang bermati-matian menentang penceroboh ini dilabelkan sebagai anjing? Bangsat punya manusia sanggup mengeluarkan perkataan yang keji kepada perwira negara!

Tindakan sewajarnya harus diambil terhadap bangsat-bangsat ini terutamanya Tian Chua dan mana-mana pihak yang dilihat menghasut rakyat supaya tidak mengulangi perbuatan sama.


Dalang Pencerobohan Lahad Datu: Anwar Hanya Berani Nafi Tapi Takut Untuk Saman!


Siapa yang tak kenal dengan Anwar - Raja Saman, pantang orang petik atau ada sebut nama dia sikit, dia akan saman... haa.. apa lagi, kenapa Anwar tak berani nak saman laman-laman portal antarabangsa yang telah mendedahkan Anwar sebagai dalang penceronohan di Lahad Datu?

Samanlah RM100 Juta... nak nafikan apa lagi... nak tunggu apa lagi? kata lawan tetap lawan!

Sebenarnya Anwar takut nak saman sebab bimbang lagi banyak rahsianya akan didedahkan... Itu lah dia kalau dah dasar pembohong tu, pembohong lah jugak....

Penafian Anwar

Anwar Ibrahim menafikan pakatan pembangkang sebagai dalang disebalik pencerobohan kumpulan bersenjata yang menggelar diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Beliau berkata demikian merujuk kepada dakwaan terbaru pihak perisikan Filipina yang secara terbuka mengaitkan nama beliau dalam kejadian yang berakhir dengan tragedi apabila dua anggota komando polis terkorban dan tiga cedera dari pasukan VAT69 semalam.

Anwar walau bagaimanapun menuding jari kearah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang disifatkan sebagai lambat bertindak ke atas pencerobohan kumpulan bersenjata itu sejak dua minggu lalu.

Justeru Anwar menolak sebarang fitnah yang dilontarkan kepada pembangkang sehingga menjejaskan imej parti itu.

Pendedahan Rahsia Anwar 

Portal berita Filipina 'Inquirer News' sebelum ini mendedahkan, seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Ketua Umum PKR itu membuat pertemuan bersama pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan itu di Sabah.

Menurut portal itu lagi yang memetik sumber perisikan Filipina dilaporkan sebagai berkata, pertemuan itu berlaku November tahun lalu menyebabkan Sultan Sulu, Jamalul Kiram II mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo bagi menuntut sebahagian dari Sabah.

"Ahli politik ini merupakan salah seorang yang mengadakan pertemuan dengan Jamalul Kiram. Beliau menawarkan sokongan pembangkang Malaysia ke atas tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah," kata sumber perisikan itu sebagaimana dipetik daripada Inquirer News.

Selain Inquirer News, pada 14 Februari lalu, agensi antarabangsa, The Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina mendakwa, pencerobohan kumpulan bersenjata itu berlaku ke atas jemputan pembangkang di negara ini.

Lapor Reuters, kumpulan 150 orang diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzumudie itu mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah ekoran jemputan daripada pemimpin pembangkang negara ini tetapi segera dinafikan Anwar dan mendakwa kenyataan itu dibuat Umno.

Selain Reuters, akhbar dalam talian, The Manila Times menerusi koresponden mereka, Al Jacinto juga mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.

Namun pada jam 10 pagi semalam, pasukan keselamatan negara terpaksa bertindak mempertahankan kedaulatan negara selepas penceroboh yang diketuai oleh adik bongsu Sultan Jamalul Kiram III enggan memberi kerjasama, mahupun menyerah diri.

Dua anggota VAT 69 yang terkorban ialah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud manakala mangsa yang cedera pula ialah Koperal Mohd. Tarmizi Hashim (tangan dan kaki), Koperal Azman Ampong (paha dan punggung) serta Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli (bahu kanan dan kedua-dua belah kaki).

Kejadian berbalas tembakan itu berlaku selama setengah jam dan membunuh 12 anggota kumpulan Tenteran Diraja Kesultanan Sulu, seorang cedera dan 10 lagi menyerah diri.

Jelajah Treler PAS Di Putrajaya Tiada Sambutan!







Sedih dan memalukan aku nak tulis berita ni bila melihat jelajah treler PAS di Putrajaya, yang hanya dikunjunggi oleh kanak-kanak kecil.

Bertempat di hadapan Mydin Presint 14 treler jelajah Pas telah masuk ke parking yang dikhaskan untuk kereta dan pelanggan Mydin.

Kononnya jelajah ini mahu menghimpunkan beribu pengunjung dari Putrajaya tapi biarlah gambar menceritakan betapa hambarnya sambutan penduduk Putrajaya kepada treler jelajah Pas ni.

Ini bukti jelas penduduk Putrajaya tak hairan pun malah tidak memberi sambutan terhadap treler jelajah Pas selain dari mengganggu pelanggan Mydin membeli-belah.

Menurut orang PAS, harga treler tersebut tersangat murah dan sangat sukar diperolehi di mana-mana tempat jualan kenderaan sekalipun, kecuali kalau dibeli oleh orang PAS.

Bagaimanapun berdasarkan kepada harga keseluruhan treler tersebut, ianya tidaklah semurah sebagaimana yang dikatakan oleh Mat Sabu.

Sebabnya, harga ‘kosong’ adalah lebih kurang RM150,000 dicampur pula dengan kos pengubahsuaian dan cat berjumlah RM150,000 menjadikan harga kenderaan tersebut kepada RM300,000.

Harga RM300,000 adalah harga biasa bagi sebuah treler dan tidak ada murahnya pun!

Treler PAS itu mampu menampung berat sebanyak 40 tan dan dilengkapi dengan wi-fi, PA system dan janakuasa elektrik yang tersendiri. Juga terdapat sebuah pentas berukuran 40 kaki x 9 kaki pada treler berkenaan.

PAS hanya pandai membazir duit rakyat dengan membuat kerja yang sia-sia... Buang karen je....

Foto: Kulaan Nering

DS Najib Iringgi Jenazah Perwira Negara


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya memberikan penghormatan terakhir.

Jenazah anggota polis komando Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabaruddin Daud, 46, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini pada pukul 12.30 tengah hari, Sabtu.

Jenazah kedua-dua Allahyarham diberi penghormatan terakhir semasa ketibaan.





Jenazah Perwira Negara Selamat Tiba Di Pangkalan TUDM Subang




Pesawat tentera TUDM yang membawa jenazah dua perwira negara tiba di pangkalan TUDM Subang.



Terdahulu Suasana pilu menyelubungi pangkalan TUDM ketika orang ramai menunggu ketibaan jenazah dua anggota polis Komando itu dari Tawau.

Isteri Inspektor Zulkifli Mamat, Noraziah Noor yang dibawa menggunakan kerusi roda kelihatan sayu dikelilingi oleh ahli keluarga manakala isteri Koperal Sabaruddin Daud, Noranisa Abu Bakar terdiam sebaik saja polis dan media mula berkumpul di Pangkalan TUDM.

Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya turut memberikan penghormatan terakhir.

Amat Memalukan, Hanya 60 Orang Dengar Ceramah Pembangkang



ALOR SETAR, Pembangkang di Kedah kelihatan semakin ditinggalkan penyokongnya apabila sambutan untuk majlis-majlis ceramah mereka menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin dingin, termasuk ceramah yang diadakan di Taman Saga, dekat sini malam tadi.

Kehadiran lima penceramah termasuk Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri, Datuk Dr. Ismail Salleh ternyata masih belum mampu menarik minat orang ramai apabila hanya kira-kira 60 orang sahaja menghadiri ceramah tersebut.

Dalam ceramah hampir tiga jam itu, mereka cuba menggambarkan bahawa Barisan Nasional (BN) adalah seburuk-buruk kerajaan termasuk tuduhan rasuah dan amalan kronisne yang kononnya tidak berlaku dalam kalangan pemimpin pakatan pembangkang.

Dr. Ismail umpamanya, mendakwa negeri di bawah pakatan pembangkang lebih cekap diurus tadbir berbanding semasa di bawah kerajaan BN.

Namun beliau yang juga Exco kerajaan negeri tidak pula menggunakan pentas ceramah itu untuk menjelaskan isu status kewangan Kedah yang didakwa menanggung beban hutang mencecah RM3 bilion iaitu tertinggi sejak pakatan pembangkang menerajui negeri ini.

Utusan