Tuesday, August 2, 2011

Anwar Mengamuk Sakan PAS Tikam Belakang!

Nik Aziz: "Kan ambo doh royak "Lawak Jenaka" 
Keh! Keh! Keh!"

Anwar: "Mu jangan nak buat lawak bodoh Jis...."

Azmin: "Macam mana ni bos? 
barang banyak yang dah tergadai ni"

Nurul Izzah: "Papa Jahat!"

Shamsul Iskandar: "Kih Kih Kih! 
Kau tak layak Min :)"

"Sebernarnya aku yg racun Pok Nik keh keh keh!
padan muka ko Min"

Anwar Ibrahim dipercayai telah memberi mandat sepenuhnya kepada Azmin Ali, bagi menggagalkan usaha pemimpin tertentu dalam Pas untuk membawa Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam pakatan pembangkang, bagi mengambil alih kedudukannya selaku Ketua Pembangkang.

Seperti yang sudah diketahui, Anwar sudah mengarahkan Azmin supaya menyerang seorang pemimpin kanan Pas yang berasal dari Kelantan, kerana dialah yang menjadi perancang utama di sebalik usaha untuk menabalkan Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang jika Anwar dihukum penjara atas kesalahan meliwat.

Anwar dikatakan kecewa kerana usaha sulit ini tidak ubah seperti perbuatan 'tikam belakang'. Apatah lagi dia sendiri tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai usaha ini sehinggalah pertemuan antara dua pemimpin kanan Pas dengan Tengku Razaleigh terbongkar. Maklumat penuh baca disini...

Anwar sedar bahawa dia SUDAH TIDAK RELEVAN lagi. Jadi menyerang musuh "tikam belakang" adalah perkara yang terbaik buat... Anwar Tikam Belakang Tak pe... PAS tikam belakang, Anwar marah.. dimana keadilannya?

Dewan Ulama PAS Tolak Anwar Sokong Ku Li Sebagai Ketua Pembangkang

Jelas pelawaan pihak pembangkang kepada Tengku Razaleigh untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) disabit kesalahan dalam kes liwatnya adalah benar.

Malahan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tidak menafikan kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah bakal memegang jawatan Ketua Pembangkang, menggantikan Anwar Ibrahim.

Menurut kata Datuk Harun "Kita akan tengok dulu daripada segi prestasi beliau Ku Li, kalau beliau ada pengikut yang ramai atau sokongan majoriti dalam kalangan parti pembangkang, kemungkinan besar beliau akan jadi Ketua Pembangkang.

"Begitu juga dengan Anwar, beliau boleh berunding dan kalau tak dapat majoriti penyokong, mungkin beliau (Anwar) tak akan duduk di situ lagi (menyandang jawatan Ketua Pembangkang),"


Mungkin juga Dewan Ulama PAS sudah hilang kepercayaan terhadap Anwar berhubing kes liwat dan video seks Anwar, justeru itu Dewan Ulama Pas membuat kenyataan secara terbuka dan mahu Anwar berundur dengan segera.

"Setiap pemimpin termasuk Anwar tidak semestinya menyandang sesuatu jawatan itu dalam tempoh yang lama, sebaliknya perlu memberi laluan kepada orang lain".

"Beliau tak akan selama-lamanya jadi Ketua Pembangkang, jika orang lain yang mendapat sokongan majoriti dalam pembangkang, maka dia pula yang akan jadi ketua," kata Datuk Harun.

Adakah ini satu "Lawak Jenaka" yang dikatakan oleh Nik Aziz? Baca disini...

Di bulan Ramadhan yang mulia ini eloklah Dewan Ulama PAS membuat cadagan agar cuti sementara waktu diberikan kepada Nik Aziz, berilah peluang kepada beliau untuk menghabiskan masanya bersama anak cucunya... Berehatlah Tuan Guru Nik Aziz...

Suhardi Mati Hidup Semula… Semakin Kurang Siuman



Suhardi boleh tipu orang dalam satu-satu masa tapi dia tidak boleh tipu semua orang sepanjang masa... Sempena dengan bulan Ramadhan ini ada baiknya jika Suhardi bertaubat diatas lakonanya dan pembohongannya itu...

Lelaki yang dikatakan berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia semasa perhimpunan haram 9 Julai lalu, Suhardi Mat Isa, hari ini tampil dan menafikan dia berlakon, bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis.


Bagaimanapun, ketika tampil pada sidang media yang dianjurkan Persatuan Usahawan, Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (UrusKop) hari ini, Suhardi sebagai Setiausaha Agungnya memberi pelbagai kenyataan berbelit setiap kali diasak dengan soalan-soalan 'panas' oleh pemberita.

Malah, pada satu ketika, dia mengakui hilang akal selama tujuh hari yang dakwanya, akibat kesan sampingan daripada gas pemedih mata digunakan pihak berkuasa, tetapi apabila diminta pengesahan doktor mengenai perkara itu, Suhardi gagal memberi sebarang bukti.


Sementara itu Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Suhardi telah menghubungi pihak polis untuk memberi kerjasama dalam kes tersebut.

Untuk itu pihaknya akan memanggil Suhardi untuk memberi keterangan dalam masa terdekat di Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.

Khalid berkata Suhardi sepatutnya datang berjumpa dengan pihaknya untuk memberi penjelasan apabila video mengenai lakonannya itu tersebar luas.