Wednesday, August 10, 2011

Lim Guan Eng Perlu Jawab Tiga Soalan Berkenaan Penipuan Pembinaan Rumah Kos Rendah Di Pulau Pinang


Tiga persoalan yang harus dijawab oleh Guan Eng:

1. Adakah rumah kos rendah sederhana itu dibina oleh kerajaan negeri atau kerajaan pusat?
2. Di manakah ianya dibina?
3. Siapa pembelinya?

Perkara inilah yang perlu Guan Eng dedahkan. Bukan hanya mengaku sudah membina tetapi tidak memaklumkan di mana ianya dibina.

Guan Eng mendakwa telah membina 11,596 rumah berharga kos rendah dan sederhana berharga antara RM42 ribu hingga ke RM72 ribu dan daripada jumlah tersebut, 3,421 buah rumah telah dibina oleh kerajaan dan selebihnya oleh pihak swasta.

Sekiranya benar kerajaan negeri ada membina rumah kos rendah dan sederhana seperti yang didakwa, war-warkan di manakah tempat perumahan tersebut dibina dan agensi kerajaan manakah yang bertanggungjawab membina perumahan tersebut.

Terangkan kepada rakyat, mengenai tiga persoalan tersebut kerana apa yang dilihat, Kerajaan Pulau Pinang hanya taksub membina rumah mewah dan menyebabkan mereka yang tidak mampu terutamanya orang Melayu berhijrah ke negeri lain.

Tindakan tersebut menyebabkan orang Melayu semakin 'pupus' dari Pulau Pinang. Adakah ini antara agenda DAP untuk menghalau orang Melayu keluar dari Pulau Pinang?

Pemuda UMNO, PAS Pertahankan JAIS, AMK Masih Terkencing Dalam Seluar!


Setelah diasak bertubi-tubi, kritikan dari pemimpin dan NGO akhirnya Dewan Pemuda PAS pusat mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Datuk Dr Hasan Ali berhubung kontroversi serbuan ke atas sebuah gereja minggu lalu sambil menyifatkan terdapat “bukti” adanya usaha mahu memurtadkan umat Islam.

“Kami berpuas hati dengan penjelasan yang diberi Datuk Hasan. Tindakan Jais juga kami sokong dan wajar memandangkan pendekatan yang diambil adalah untuk mempertahankan Islam dan wajar disokong oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang keraguan.

“Jais ambil kesempatan dalam setiap tindakan dan penguatkuasaan iaitu menepati kaedah atau prosedur untuk difahami dan patuhi segala peraturan yang ada,” kata Ketuanya Nasrudin Hassan.


KJ: Isu itu menyakitkan bagi kedua-dua orang Islam dan Kristian

Khairy Jamaluddin menyelar Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dilihat tidak amanah dan bertanggungjawab apabila gagal mengeluarkan sebarang kenyataan khusus mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya minggu lalu.

Sementara itu, Khairy juga menafikan dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Barisan Nasional (BN) cuba membangkitkan isu untuk mengalihkan perhatian orang ramai di atas permintaan untuk pilihan raya yang adil dan bersih. Baca lagi disini...

Jelas disini tindakan yang diambil oleh Ketua Pemuda PAS tersebut membuktikan parti PAS sering menabur fitnah dan suka memburukkan UMNO/BN.


No komen
Ketua AMK dilihat menikus didalam Isu gereja ini, tidak berani mengeluarkan sebarang kenyataan... Ini lah wajah sebenar pemimpin PKR... Sentiasa lepas tangan, yang menjadi mangsa ialah rakyat! Saya masih tidak faham apakah perjuangan sebenarnya Ketua AMK ini?

Angkatan Muda Keadilan Hanya Berani Buat Kecoh Dalam Masjid, Rumah Allah!


Politik Harian/Bro Jinggo

Laporan Polis Nor Erlene Tan Nafi Dia Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

Menurut Erlene kumpulan Gaysec telah menuduh beliau menghina agama Islam melalui internet, walaupun beliau tidak pernah menghina dan mencaci agama Islam secara menulis atau bertutur. Gaysec mengesyaki beliau adalah "Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara" yang mempunyai blog http://makcikhajjahsittalwuzara1001.wordpress.com

Sekumpulan hacker yang menggelarkan dirinya sebagai Gaysec juga telah menyebarkan maklumat penuh Identiti Nor Erlene di internet dan beliau bimbang akan keselamatan beliau akan terancam.

Selain daripada itu Nor Erlene berkata beliau turut menerima ugutan bunuh dan sumpah seranah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Justeru itu Nor Erlena memohon maklumat ini dikongsi kepada semua blogger-blogger Islam.

Penafian Nor Erlene menerusi laman blog beliau http://purplepearl.wordpress.com/

PUBLIC STATEMENT: I AM WRONGLY ACCUSSED

I am saddened by this situation as this is really a sick act by a bunch of people who love to simply accuse without any proof. For the record, I am absolutely not Sitt Wuzura and I have never known this person before. I was not even aware about this issue until 3 days ago where I got an alert by some facebook friends that I was being wrongfully accused. The first time I ever read her blog was also 2 days ago when I had to show evidence to the police. For your information, I have made a police report against Gaysec and anyone else for the wrongful accusation, for posting my personal details in public, and for encouraging the public to harrass me, including making death threats at me. Dear friends, please let us spread the truth during this holy month where it is not merely avoiding from eating and drinking, but most importantly avoiding from spreading lies and fitna, as well as seeking truth and enlightenment.

Memandangkan perkara ini amat serius saya memohon mana-mana pihak berkuasa, SKMM perlu mengambil tindakan segera, perbetulkan segala kekeliruan sebelum berlaku perkara buruk yang tidak diingini.

Politik Harian/Bro Jinggo

Berita terdahulu: Identiti Penuh, Gambar Hajjah Sitt Al-Wuzara Hina Islam Di Dedahkan

Seorang Pelajar Malaysia Tajaan MARA Cedera Dalam Rusuhan London


Laporan penuh seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London tercedera ringan dalam rusuhan di kota tersebut.

Pelajar, Asyraf Hazlan, 20-an, tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.

Pelajar tersebut tidak terlibat dalam rusuhan, tetapi beliau diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London.

Beliau kemudian dipukul dan dirompak, tetapi telahpun dibawa ke hospital untuk rawatan, di mana beliau perlu menjalani pembedahan untuk merawat kecederaannya itu.

Keluarga mangsa, yang berasal dari Selangor, telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Rakam You Tube pelajar Malaysia dipukul klik disini...

Tuesday, August 9, 2011

[video inside] Pelajar Malaysia Cedera Dan Di Rompak, London Riots In Pictures - Part 3


Rusuhan di London semakin teruk dan sudah masuk hari ketiga. Ia bermula di kota London dan mula merebak ke Birmigham, Bristol dan Liverpool. Keadaan semakin lama seolah-olah semakin tidak terkawal. Perhimpunan AMAN asalnya semakin menjadi HURU-HARA.

Salah seorang yang cedera adalah pelajar Malaysia yang menuntut di sana seperti di laporkan berita di TV3 malam tadi dimana pelajar Malaysia ini cedera di mulut ketika rusuhan yang mungkin disebabkan ditumbuk dan terduduk di kaki lima jalan. Malang menimpa lagi pelajar itu. Di sangkakan orang ramai ingin membantu tetapi rupanya dia dirompak dan tidak mampu melakukan apa2, saksikan video tersebut :

 

Pelajar terbabit di jangka menjalani pembedahan di bahgian mulutnya dan aku tak pasti apa harta benda mereka dia yang hilang. Semoga rakyat Malaysia kita di sana selamat hendaknya. Inikah yang kita mahukan?











Gambar-gambar ini bukan sekadar hiasan di dalam blog aku! Ini sebagai ingatan kepada pendemo perhimpunan BERSIH! Agenda pembangkang di negara ini dalam mengadakan perhimpunan adalah untuk melakukan provokasi terhadap polis dengan niat untuk menunjukkan keburukan pihak berkuasa jika polis bertindak balas. Sudah jelas bahawa mereka mempunyai motif politik yang buruk!

London Riots In Pictures - Part 2

London Riots In Pictures - Part 1

More video of London riots: Cars, shops on fire in Lewisham, Hackney

 

INILAH HASIL RUSUHAN.. KEPADA PENYOKONG BERSIH TEMPOH HARI, TENGOK GAMBAR TU BETUL-BETUL