Wednesday, February 6, 2013

Penyakit Gila Nizar Semakin Parah...


Semakin meroyan nampaknya Datuk Seri Nizar Jamaluddin apabila meramalkan pembangkang dapat 145 kerusi Parlimen berbanding hanya 77 untuk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Macamlah BN kokak sangat dan hanya dapat kerusi sebanyak itu dan terlepas Putrajaya.

Ramalan bekas Menteri Besar Perak itu sekaligus menunjukkan pakatan PKR,DAP dan PAS semakin kecut perut dan terpaksa reka apa juga cerita nak sedapkan hati sendiri kerana sudah tahu mereka akan putih mata pada PRU nanti.

Nizar macam bercakap pada batu apabila menyenaraikan kebarangkalian keputusan PRU13 di dalam Twitternya tiga hari lalu apabila menyenaraikan hampir kesemua negeri di Semenjung akan dikuasai oleh
pembangkang kecuali Johor, Perlis, Pahang, Melaka dan hanya kerusi Parlimen Putrajaya kekal milik BN di Wilayah Persekutuan..

Bagi kawasan Malaysia Timur, Sarawak akan menjadi milik Pakatan dengan jumlah kerusi dimenangi sebanyak 16 berbanding 15 milik BN manakala Sabah kekal diterajui BN dengan perbezaan satu kerusi daripada 25 kerusi yang dipertandingkan selain Labuan.

Dalam kenyataan di Twitternya, Nizar menjelaskan kebarangkalian kemenangan itu dikaitkan dengan beberapa faktor seperti keangkuhan dan ketuannan Melayu yang dipercayai merujuk kepada UMNO dan BN.

“Apabila kemarahan rakyat terhadapnya telah memuncak maka kejatuhannya tidak dapat dipertahankan lagi. Buatlah apa sekalipun,” katanya.


Kasihan timbalan pesuruhjaya PAS Perak itu kerana imejnya semakin merosot selepas ‘kecundang’ dalam penipuan berhubung tuntutan wang pampasan RM207 bilion milik waris buruh paksa landasan keretapi Siam-Burma.

Tembelang Nizar yang mendakwa kerajaan Jepun sudah membayar pampasan itu ‘kantoi’ malah negara Matahari Terbit itu menafikannya.

Malu sungguh Nizar bila surat atau memo Kementerian Kewangan yang dijaja ke hulu ke hilir berkaitan pembayaran itu adalah palsu.

Sebab itu, untuk tutup malu besarnya, Nizar sengaja tweet kata pembangkang boleh menang 145 kerusi parlimen untuk control malu.

Mungkin Nizar buat-buat lupa atau tak tahu sebenarnya ada beberapa pemimpin besar PKR dan PAS sejak dulu lagi hanya berani sebut angka 70 kerusi pakatan pembangkang boleh menang.

Itu angka tahun lalu ketika belum banyak ‘kerosakkan dan kepincangan’ dalam DAP dan PAS yang diuar-uar dapat lebih banyak kerusi berbanding PKR.

Kalau sekarang angka itu mungkin berubah. Silap-silap mungkin kurang dan kalau bertambah mungkin tak sampai 80 kerusi parlimen yang boleh dimenangi pembangkang.

Inilah buat Nizar terus meroyan dan buat jangkaan dapat 145 kerusi sedangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri tak pernah cakap pembangkang boleh capai majoriti dua pertiga.

Tidak mengapalah kalau Nizar nak syok sendiri kerana selama ini beliau pun masih anggap dirinya masih Menteri Besar Perak.

-Agendadaily

388 Keluar PAS, PKR Sertai UMNO


BESUT – Parti pembangkang terus dirundung malang tatkala Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) semakin hampir apabila berbondong-bondong ahli mereka membuat keputusan untuk keluar dari parti itu bagi menyertai UMNO.

Terbaru seramai 388 ahli PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat keputusan keluar parti bagi menyertai dan membantu UMNO memenangi PRU13 apabila melihat PAS telah menyimpang dari perjuangan sebenar.

Mereka membuat pengumuman menyertai UMNO pada Perhimpunan Program Selamat Tinggal Pembangkang (STP) anjuran UMNO Bahagian Besut di Kampung Pengkalan Nyireh di sini semalam.

Kehadiran mereka dalam UMNO disambut meriah oleh Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh dan turut diraikan oleh 2,000 penduduk yang menyokong kepimpinan UMNO selama ini.

Seramai 250 daripada ahli PAS dan PKR terbabit dari kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Putera, DUN Kuala Besut (83), 34 orang dari DUN Jerteh (34) dan DUN Hulu Besut seramai 21 orang.

Salah seorang ahli pembangkang yang menyerahkan borang keahlian UMNO, Ibrahim Mamat, 56, berkata, beliau sudah 20 tahun bersama PAS dan rela meninggalkan parti itu kerana PAS terpesong jauh daripada perjuangan asal.

DVD Lucah Dijual Berhampiran Masjid P.Pinang


Semenjak "Khalifah" Lim Guan Eng memerintah, semakin banyak gejala buruk menimpa negeri tersebut, yang amat menyedihkan kes jenayah dan maksiat semakin menjadi-jadi di negeri tersebut...

Adakah Guan Eng mahu jadikan Pulau Pinang sebagai negeri bebas seks?

GEORGETOWN - Beberapa pengguna Lebuh Acheh di sini tidak berpuas hati gara-gara adanya cakera padat digital (DVD) lucah dijual secara terbuka di situ.

Pereka grafik, Saifudin Ali berkata, tindakan peniaga berkenaan dianggap kurang sopan dan tidak bermoral kerana masjid terletak kira-kira 200 meter sahaja.

“Bagi saya dan kawan-kawan ini adalah sesuatu yang tidak patut kerana lokasi mereka berniaga pun di hadapan Muzium Kesenian Islam Pulau Pinang, agak kurang sopan.

“Daripada yang kami lihat jika tidak silap, peniaganya orang Melayu, jadi saya berharap supaya ada tindakan daripada pihak yang bertanggungjawab,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan pada 22 Januari lalu mengenai lokasi yang sama.

Dalam laporan berkenaan, penduduk di sekitar Lebuh Acheh memohon Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memantau sebuah pasar misteri yang terletak di situ.

Hal ini kerana ada penduduk yang mendakwa lokasi berkenaan dijadikan sebagai tempat kepada individu yang tidak bertanggungjawab untuk membuat tilikan atau ramalan kepada umat Islam.

Perkara tersebut sememangnya berlaku memandangkan ada antara penduduk yang terserempak dengan ‘bomoh’ berkenaan.

Pengadu yang hanya mahu dikenali dengan nama Mat berkata, dia sendiri hairan bagaimana sebuah tempat perniagaan menjadi tumpuan orang ramai ketika pertama kali datang ke lokasi pasar tidak berlesen itu.

Menurutnya, rupa-rupanya seorang lelaki mengaku dirinya bomoh sedang membuat ‘tilikan’ dan bacaan doa.

Difahamkan pasar berkenaan diadakan pada setiap petang Ahad dan dipenuhi dengan pelbagai barangan yang agak mencurigakan.

Pissstttt mamat tu jual DVD lucah Anwar Ibrahim kot hehe...

Nasharudin: DAP Cabar Dasar Pas... Anwar Campur Tangan Urusan Dalaman Pas


Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, DAP sudah jelas mencabuli dasar hormat-menghormati yang dijalin melalui 'tahaluf siyasi' apabila ia secara terang mencabar beberapa asas dan dasar perjuangan Pas.

Tahaluf siyasi bermaksud kerjasama badan Islam dengan pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam dalam perjuangannya, bagi mencapai matlamat sama.

Beliau berpendapat tindakan itu adalah satu sikap yang tidak menghormati semangat kesepakatan antara parti yang sekaligus menandakan mereka tidak ikhlas dalam bertahaluf dengan Pas.

"Tahaluf siyasi yang disepakati oleh Pas pada peringkat awal tertubuhnya pakatan pembangkang bersetuju untuk menghormati dasar parti masing-masing," katanya dalam lintas langsung eksklusif melalui BH Online bertajuk 'Mengupas Kemelut Dalaman Pas' hari ini.

"Tetapi kelihatan mutakhir ini, dasar hormat-menghormati ini sudah tercabar dengan DAP secara khususnya secara terang mencabar beberapa asas dan dasar perjuangan Pas," katanya.

Menjawab pertanyaan faktor yang menyebabkan Pas telah keluar dari landasan perjuangannya, Nasharudin berkata, mungkin keadaan itu berlaku kerana tuntutan politik semasa yang kelihatan begitu mendesak bagi Pas meraikan tuntutan berkenaan.

"Akibatnya, kelihatan beberapa pendirian dan dasar Pas terpaksa diolah mengikut kehendak itu yang mengakibatkan persepsi yang timbul adalah Pas lari daripada landasan perjuangannya," katanya yang sedang menerima rawatan fisioterapi sakit belakang dan berkaitan saraf di sebuah pusat perubatan swasta, di sini.

Ditanya sama ada majoriti undi orang Islam akan berubah kepada Pas apabila parti itu bersendirian, beliau berkata, kekuatan Pas terletak kepada agenda perjuangan Islamnya yang menjadi sebab penubuhan Pas.

"Jadi, saya melihat kalau sekiranya Pas itu bersendiri, Pas akan lebih bebas untuk melaksanakan agenda terbabit," katanya sambil menambah sudah ada banyak suara yang merasakan Pas akan lebih terserlah jika bersendirian.

Berhubung laporan mengenai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang seolah-olah marah kepada beliau, Nasharudin berkata, memang ada timbul tanda tanya pada dirinya tentang sikap Mursyidul Am itu terhadap beliau.

"Sejak daripada isu kerajaan perpaduan yang timbul satu ketika dulu, sehinggalah hari ini. Saya tidak tahu apa puncanya, namun saya masih menghormati beliau sebagai pimpinan tertinggi parti," katanya sambil memberitahu sehingga saat ini masih belum menerima sebarang hitam putih mengenai pemecatan beliau.

Ditanya sama ada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pernah campur tangan dalam urusan dalaman Pas, beliau berkata, mungkin ada, dan itu tidak sepatutnya berlaku.

Mengenai pandangan beliau terhadap Anwar dan perjuangan yang dibawa olehnya, beliau berkata, berbangkit beberapa isu berkaitan Anwar yang menimbulkan keraguan.

"Saya berpandangan sebagai ahli Pas, sudah tentu kepimpinan tertinggi parti saya sebagai calon terbaik untuk memimpin," katanya.

Mengenai gambar beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah Ogos lepas, Nasharudin berkata, beliau menyertai banyak rombongan rasmi sebagai anggota Parlimen ke luar negara, termasuk secara kebetulan bersama perdana menteri.

Katanya, menyertai rombongan ke luar negara adalah tugas sebagai Ahli Parlimen untuk mewakili negara ke beberapa persidangan dan program.

"Saya pernah keluar negara dengan menteri, dengan speaker Parlimen dengan anggota Parlimen dan secara kebetulan, mutakhir ini dengan perdana menteri," katanya.

Kehadiran Nasharudin yang dilihat bersama Najib semasa pertemuan dengan beberapa ulama selepas sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menimbulkan pelbagai tanggapan pihak tertentu dalam Pas berhubung pendirian beliau.

Ditanya sama ada akan menerima pelawaan Umno untuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang sekiranya Pas memecat beliau, Nasharudin berkata, beliau tidak pernah dan belum pernah menerima sebarang pelawaan daripada Umno
untuk menjadi calon PRU13.

Sementara itu, Nasharudin berpendapat isu kalimah ALLAH yang dimainkan oleh pimpinan DAP adalah sekadar untuk meraih undi daripada mereka yang beragama Kristian.

"Pada pandangan saya, yang mereka mahukan sekadar meraih undi daripada rakan-rakan kita yang beragama Kristian. Karpal Singh yang kuat bersuara pun pada hemat saya, bukan beragama Kristian. Jadi, apa perlunya Karpal Singh bersuara dalam isu ini sedangkan dia sendiri tidak beriman dengan Kristian," katanya.

Beliau berkata, isu kalimah ALLAH harus dipertahankan daripada digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat Islam.

"Bagi saya, ia adalah isu akidah yang menjadi tanggungjawab kita semua," katanya yang mahu keputusan Majlis Syura Ulama ditaati dengan sepenuhnya oleh semua anggota dan pemimpin Pas.


-Bernama

Pengundi Muda Pilih BN Bikin Anwar Ibrahim Gelabah Tahap Gaban


Jika pembangkang sering mendabik dada bahawa mereka mendapat sokongan padu pengundi muda terutama daripada golongan mahasiswa, mungkin fantasi ini perlu dilihat semula berdasarkan realiti semasa dan fakta.

Fantasi dan impian adalah sesuatu yang enak dinikmati hanya sewaktu berada dalam alam mimpi sahaja!

Beberapa kajian menunjukkan Barisan Nasional akan kembali dipilih sebagai Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak dan Datuk Seri Najib Tun Razak akan tetap menerajui pentadbiran negara sebagai Perdana Menteri.

Terkini kajian berkaitan pandangan politik mahasiswa di tiga universiti awam meletakkan Datuk Seri Najib lebih popular berbanding Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim serta pemimpin Pakatan Rakyat lain.

Kajian yang dilakukan oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES) ke atas 3,015 responden antara 9 hingga 12 Disember tahun lalu, mendapati 67.4 peratus siswa menyokong Perdana Menteri berbanding 52.2 peratus kepada Anwar.

Presiden Pas Abdul Hadi Awang pula mendapat 33.1 peratus, manakala Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang tercorot dengan hanya 15 peratus.

Kajian tersebut membabitkan pelajar dari Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Jika hasil bancian dipecahkan pula antara negeri di bawah BN dan Pakatan Rakyat, nyata sekali Datuk Seri Najib amat popular sekali di kalangan siswa Kelantan dengan 60.8 peratus, diikuti Pulau Pinang (55 peratus), Kedah (68.3 peratus), Selangor (54 peratus), Sabah (54 peratus) dan Sarawak (61.6 peratus).

Angka yang diperolehi memberi bayangan jelas kemungkinan besar BN akan menawan semula Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah sementara Sabah serta Sarawak tetap berdiri teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri.

Maka unjuran pembangkang bahawa mereka akan berarak ke Putrajaya nampaknya hanya satu mainan fatamorgana yang menipu diri mereka sendiri.

Mahasiswa memilih Datuk Seri Najib disebabkan beliau menepati ciri-ciri seorang pemimpin yang berjaya seperti mana yang digariskan di kajian tersebut.

Ini termasuk kualiti kemampuan mentadbir negara, keadilan dan kesaksamaan, bersih dan bebas dari sebarang isu, menepati janji, kebolehupayaan dan mendampingi rakyat.

Perbezaan sifat-sifat ini antara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang adalah seperti langit dan bumi.

Melihat kepada karektor dan peribadi kedua individu ini pun sudah cukup menyakinkan rakyat siapa sebenarnya pilihan mereka.

Datuk Seri Najib adalah seorang yang bersifat lemah lembut sama seperti ayahanda beliau, Allahyarham Tun Abdul Razak Datuk Hussein.

Sesiapa sahaja yang pernah bekerja atau bersama Perdana Menteri akan mendapati watak keperibadian beliau yang amat mudah bergaul dengan semua lapisan masyarakat - dari golongan bangsawan hinggalah kumpulan marhaen.

Dengan lirik wajah yang sentiasa tersenyum dan merendah diri, Datuk Seri Najib adalah idola di hati rakyat.

Bagaimana pula dengan Anwar? Sesiapa juga yang pernah berdamping atau berkerja dengan beliau akan mendapati dua watak yang berbeza antara kehidupan peribadi dan politik.

Di luar dan di depan rakyat, Anwar menonjolkan sifat-sifat Islamik dan warak berlatarbelakangkan sejarahnya sebagai bekas Presiden ABIM.

Ceramah-ceramahnya juga tidak kering dengan selitan ayat-ayat suci Al-Quran dan petikan mutiara hadis.

Beliau juga gemar dilihat sebagai intelektual Islam berfikiran liberal yang memetik kata-kata enak pujangga dari karya-karya agung penulis Barat.

Namun disisi peribadinya, lain pula ceritanya.

Anwar adalah seorang yang bengis, pemarah, suka mengherdik apatah lagi seorang yang pendendam.

Lihat bagaimana beliau melayan wartawan dari media arus perdana yang mengajukan soalan-soalan panas dan reaksi Anwar terhadapnya.

Petugas media seringkali dilabel malah dimaki hamun sebagai anjing BN, alat UMNO, budak suruhan kerajaan dan sebagainya - hamburan kata-kata kesat penuh dengan kehinaan yang tidak akan keluar daripada mulut seorang pemimpin yang berjiwa besar dan berakhlak mulia.

Peribadi Anwar juga sering dikaitkan dengan pelbagai skandal seks jijik daripada yang melibat pelacur Cina hinggalah kepada lelaki jambu!

Sebab itulah mahasiswa dari kalangan kalangan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat seperti Kelantan dan Pulau Pinang memilih Datuk Seri Najib kerana mereka sedar dan mampu membuat analisis siapa Perdana Menteri dan siapa pula Ketua Pembangkang.

Dalam erti kata yang lain pengundi muda sudahpun membuat pilihan mereka antara yang mana satu permata manikam dan yang mana satu kaca murahan.