Thursday, January 21, 2021

Sejak Bila Ada SOP Pakai Glove? Menteri Pun Kata Tak Ada!


Gloves not required, Ismail Sabri says after online video of police fining shop worker


Malaysians are not required to wear gloves under the National Security Council’s standard operating procedures for the movement control orders, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob clarified today.


The senior defence minister said this when responding to a Twitter post, which carried a video that appeared to show police personnel issuing compounds to a shop worker as part of their SOP compliance checks.


“There is no SOP for gloves!” Ismail Sabri said.


In the video, a policeman could be seen asking the store worker why she had not worn rubber gloves.

Wednesday, January 20, 2021

Menghina Islam - Nur Sajat Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Berpakaian Wanita!


Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, lebih dikenali sebagai Nur Sajat sudah didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, atas tuduhan berpakaian seperti wanita, sehingga menyebabkan Islam dipandang hina.

Lelaki Ragut Guru Taska Dicekup Dalam Tempoh 8 Jam


Seorang lelaki ditahan polis selepas terlibat dalam kejadian ragut bersenjata terhadap seorang wanita di kawasan rumah kedai di Eco Sanctuary, Telok Panglima Garang, awal pagi Selasa.


Menurut Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, lelaki berkenaan ditahan tidak sampai 24 jam selepas kejadian menerusi maklumat orang awam dan rakaman litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.

Tuesday, January 19, 2021

Pengakuan Penunggang Motosikal, "P0L1S Tak T3ndang Motor Kami"!


Sah, motosikal ditunggang dua lelaki yang terbabit kemalangan di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong kelmarin , sehingga mencetuskan provokasi terhadap anggota keselamatan tidak ditendang anggota polis.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, maklumat itu diperoleh hasil rakaman kenyataan direkodkan membabitkan seorang daripada dua lelaki yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.


Misteri Kapal Big Horn River Terdampar Di Pantai Beserah


Kapal Big Horn River tersadai di pantai beserah . Kapal ni dah ada di perairan beserah sudah beberapa minggu sebelum tersadai di tepi pantai Beserah . Ramai penduduk sekitar datang untuk melihat sendiri kapal ini .

7 DITAHAN BUAT PROVOKASI KEPONG DAN MAKI ANGGOTA POLIS!


Polis tahan 7 lelaki yang membuat prov0kasi terhadap anggota yang membabitkan kemalangan membabitkan dua remaja menunggang motosikal di Jalan Sri Tanjung Pinang, Tanjong Tokong.

SERI TANJUNG PINANG Tegang! Dakwaan Polis Tendang Motosikal Hingga Kemalangan Cetus Kemarahan Ramai!



Pihak Polis telah menerima laporan daripada pemandu kereta berhubung kemalangan membabitkan dua remaja menunggang motosikal di Jalan Sri Tanjung Pinang, Tanjong Tokong, semalam.


Bukan ditendang, tapi pecut lari hingga langgar kereta!

Monday, January 18, 2021

DATUK JAMAL YUNOS BUAT HAL DI LOKAP!


Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua tuduhan memuat naik video yang mengandungi kenyataan jelik melalui Facebooknya, tahun lalu.

Terkini: Bangunan Hospital Tanah Merah Terbakar!


Bangunan hospital Tanah Merah, Kelantan yang sedang dalam pembinaan terbakar pada jam  8.30 malam. 


Usaha pemadaman api giat dilakukan bomba Kelantan


Punca kebakaran dan nilai kerugian belum dapat dipastikan. 

Sunday, January 17, 2021

Biadap! Minum Arak Di Pusat Kuarantin


Tindakan tegas individu minum bir di pusat kuarantin Covid-19


Kota Kinabalu: Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap sekumpulan individu yang meminum bir di sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di negeri ini yang tular dalam media sosial semalam.


Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat berkata, tindakan itu tidak menghormati pengorbanan petugas barisan hadapan kerana secara jelas melakukan kesalahan di kawasan digunakan sebagai kemudahan kesihatan merawat pesakit Covid-19.

Cik B House Tour Rumah RM20 Juta Datuk Vida Buat Ramai Tergamam!


Usahawan muda yang juga seorang penyanyi Cik B menuruti permintaan pengikutnya untuk melakukan jelajah rumah atau house tour yang didiami bersama keluarga.


Menerusi laman sosial Instagram, Cik B berkongsi ruangan-ruangan peribadi dan kawasan sekitar rumah yang dimiliki oleh ibunya, Datuk Seri Vida (DSV) untuk tatapan umum.

Geng Dadah Terbesar Tumpas! Ayob Khan Bongkar Stor Penyimpan Dadah | Rampasan RM210.52 Juta!


Polis Johor merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM201.8 juta yang juga terbesar dalam sejarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), hasil serbuan di sekitar bandar raya ini pada Khamis dan Jumaat lalu.


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata dadah yang boleh menampung permintaan kira-kira 11.3 juta penagih itu dirampas selepas polis berjaya membongkar tiga stor penyimpanan dalam serbuan terbabit.


Barang Rare Koleksi Zul Yahya Untuk Dijual, Kalau Berminat Serbu Cepat!


Zul Yahya nak jual barang koleksi antik milik beliau, jika berminat boleh datang ke kedai beliau di Ipoh.

Friday, January 15, 2021

Mengejutkan! Pemuda UMNO Asak Zahid Hamidi Letak Jawatan Presiden UMNO!


Selepas Ketua Pemuda UMNO Pontian, Mohd. Helmi Buang meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berehat daripada memimpin itu semalam, perkara yang sama disuarakan oleh Ketua Pemuda Seremban, Zool Amali Hussin.

Sedih Melihat Adik Ini Kehilangan Ayah dan Kuarantin Seorang Diri di MAEPS!


Kehilangan ahli keluarga akibat wabak Covid-19 merupakan detik yang paling sedih dan amat memilukan kerana tidak dapat menatap wajah dan memeluk mereka buat kali terakhir.


Terbaru, seorang pengguna Twitter bernama @KhairulFBI telah berkongsi satu video sedih memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang menjalani kuarantin di pusat kuarantin Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.


Kehilangan ayahnya semasa sedang kuarantin di MAEPS, Serdang. Ibunya pula dirawat di Hospital Sungai Buloh..

Kecoh Mamu Judin Tak Puas Hati Perlaksanaan PKP 2.0


Keluhan dan luahan perasaan Mamu Judin berkenaan perlaksanaan PKP 2.0

Thursday, January 14, 2021

Akhirnya Ibu Neelofa Mengaku Silap, Noor Kartini Batạlkan Permohonan Trademark ‘Harimau Menangis’!


Ibu pengacara dan pelakon popular, Neelofa, Datin Noor Kartini nekad menarik balik permohonan penjenaman Harimau Menangis daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).


Noor Kartini berkata, dia memohon maaf dan sedar akan kekhilafan yang telah dilakukan serta berharap keputusan itu dapat meredakan isu yang tular sehingga sohor kini di media sosial.

DiKecam Teruk, Ibu Neelofa, Noor Kartini Tampil Mohon Maaf! | Harimau Menangis


Ibu kepada selebriti terkenal Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed tampil memohon maaf atas kata-kata dalam kandungan video mengenai daging Harimau Menangis yang telah tular.


Berikutan itu, Noor Kartini memuat naik satu video di laman Instagram miliknya bagi menjelaskan isu hangat tersebut namun video berkenaan telah dipadam beberapa minit selepas dikongsi.


Selanjutnya permohonan maaf berkenaan dibuat menerusi perkongsian di Instagram Aunty Tini Kitchen.


Wednesday, January 13, 2021

Harimau Menangis : Ibu Neelofa Dikritik Netizen!


Dah ramai guna daging ‘Harimau Menangis’, kenapa nak ambil jadi hak sendiri?


KEWUJUDAN nama daging Harimau Menangis bukanlan sesuatu yang baharu cuma sejak kebelakangan ini, nama tersebut menjadi sebutan selepas ramai yang berniaga makanan tersebut dalam pek segera.


Malah, kalau kita lihat di media sosial, terlalu banyak jenama yang menjual daging ‘Harimau Menangis’ di pasaran dan satu daripadanya ialah milik ibu Neelofa di bawah jenama Aunty Tini Kitchen.


Namun, tindakan ibu Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed yang cuba mengambil nama ‘Harimau Menangis’ sebagai haknya mendapat kritikan di laman sosial.

Hotel Terkemuka Andaman Langkawi Musnah Terbakar!


Hotel Andaman Langkawi musnah selepas 2 kali terbakar.


Dalam kejadian pertama petang semalam, salah satu bangunan hotel terbakar dan berjaya dipadam.


Sekitar 1 pagi tadi, hotel itu terbakar semula akibat angin kencang dan struktur bangunan dari kayu hingga musnahkan semuanya.

Sharnaaz Ahmad ‘Sound’ Ahmad Maslan! | PKP 2.0


"Dah tua pun bod0!" Pelakon Shanaaz Ahmad menyela4r tindakan ahli politik Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Maslan yang mendesak kerajaan agar melaksanakan PRU dalam masa terdekat ketika negara dilanda pandemik koronavirus dan banjir!.

Ini Respon Caprice Pada Sajat ‘BERTAUBATLAH’! | ISU JAIS G4RI SAJAT


Selepas mengambil keputusan untuk berdiam diri mengenai video yang tular di media sosial baru-baru ini, usahawan kosmetik Sajat tampil membuat pendedahan ditahan JAIS!

Tuesday, January 12, 2021

Parlimen Digantung, Tiada PRU Dalam Tempoh Darurat! - Muhyiddin


Parlimen tidak akan bersidang dan tiada pilih raya umum akan diadakan semasa tempoh darurat, kata perdana menteri. Bagaimanapun, badan kehakiman akan terus berfungsi seperti biasa. Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang cuba ganggu urusan kerajaan tangani COVID-19 dan urus ekonomi negara Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara itu dalam pengumuman khasnya sebentar tadi.

Saturday, January 9, 2021

Friday, January 8, 2021

Tular Video Anggota Trafik Lempang Rider Motor Dikecam Netizen!


Kejadian baru jadi dekat federal rider motor kena pelempang dengan polis trafik


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya sahkan video viral ini, berlaku melibatkan anggota trafik IPD PJ.


Anggota sudah buat laporan , penunggang pula belum tampil lapor kejadian.


KPD jamin siasatan telus walaupun babit anggota sendiri.


Toyota Hilux Tenggelam Hanyut Dibawa Arus Banjir!


Pahang Kejadian petang semalam sebuah 4x4 Toyota Hilux hanyut dibawa arus air banjir di Kuala Krau.


#Banjir2021 

Thursday, January 7, 2021

YDP Agong ‘Humble’ Naik Motosikal Dengan Orang Kampung Beri Bantuan Mangsa Banjir


KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN ZIARAH RAKYAT DI LIPIS MENAIKI MOTOSIKAL


LIPIS, 7 JANUARI 2021: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan menaiki motosikal menyantuni rakyat jelata di Kampung Binjai, Lipis dalam ziarah Baginda Tuanku ke daerah itu, hari ini.


KDYMM Tuanku menyantuni sebuah keluarga dan mengurniakan sumbangan kepada mereka.


Daulat Tuanku.


Tular Video Sajat Menangis Digari Dan Ditahan!


Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular video di aplikasi TikTok memaparkan usahawan kosmetik popular, Sajat Kamaruzzaman dipercayai telah digari tanpa diketahui sebab yang sebenar.


Menerusi video tersebut, Sajat dipercayai sedang melakukan Instagram ‘Live’ dalam keadaan menangis teresak-esak dengan tangan bergari.

Wednesday, January 6, 2021

Gempar! Annuar Musa Dedah Rundingan Zahid Hamidi, Anwar Ibrahim Jatuhkan Muhyiddin!


Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan surat sokongan yang ditandatangani oleh pemimpin tertinggi UMNO kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut Annuar, ini merupakan pertama kali surat bertarikh 11 Oktober itu didedahkan kerana beliau tidak bersetuju dengan pendirian menyokong Presiden PKR itu.


Beliau juga menjelaskan antara isi kandungan surat sokongan yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong itu ialah untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN)

Ustaz Ebit Lew Agih Ribuan Bantuan Kepada Mangsa Banjir di Pahang


Syukur alhamdulillah Ustaz Ebit Liew berhati mulia tidak pernah berasa penat menghulurkan segala bentuk bantuan tanpa mengira kaum dan apa keadaan sekali pun, semoga Allah permudahkan segala urusan dan kesihatan yang baik pada beliau.


Tuesday, January 5, 2021

Agong Pandu 4x4 Redah Banjir Hantar Bantuan!


YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memandu sendiri meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) untuk menghantar bantuan kepada mangsa di Pahang.


Turut mengiringi baginda adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah.


#Banjir 

Gempar Khary Jamaluddin Akur Jika Perlu Letak Jawatan Menteri!


Menteri sains, teknologi dan inovasi berkata, beliau terikat kepada sebarang keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang akan bermesyuarat esok.


"Saya akur jika diminta letak jawatan" - Khairy Jamaluddin.

Gempar Annuar Musa Dipecat Ganti Ahmad Maslan!


Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).


Sumber BN yang dihubungi sebentar tadi mengesahkan perkara itu, serta memaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan akan mengambil alih tugas Annuar selepas ini.


"Pecat jawatan (Setiausaha Agung BN) saja," katanya ringkas ketika dihubungi sebentar tadi.


Difahamkan, keputusan itu dibuat Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu mesyuarat di ibu pejabat UMNO, hari ini.


Ahmad Zahid pada hari ini juga, mengadakan pertemuan bersama ketua-ketua UMNO bahagian bagi mendapatkan penjelasan berhubung usul UMNO bahagian menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.


Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini dikritik hebat akar umbi UMNO yang mengaitkan beliau kononnya membawa suara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam BN.

Banjir Buruk Tenggelamkam Satu Taman Perumahan. Rumah TMJ Hanya Tinggal Bumbung!


MARAN: Taman Maran Jaya (TMJ) antara kawasan paling teruk dilanda banjir apabila hanya tinggal bahagian bumbung sebilangan besar rumah di situ tidak dinaiki air.


Difahamkan, kali terakhir kawasan perumahan ber­kenaan dilanda banjir buruk adalah pada 2017, itu pun air hanya pada paras dada.

Monday, January 4, 2021

BOT KARAM Ketika Bawa Mangsa Banjir


Bot karam ketika membawa mangsa banjir, smog dipermudahkan segala urusan mereka...

ISU ROBOH KEDAI : NGO DAN PENIAGA PUCHONG PERMAI MENGAM0K DENGAN YB PAN, ADUN SERI SERDANG


Perjumpaan Kecoh, NGO dan Peniaga ‘Serang’ ADUN Seri Serdang. 


Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Datuk Mohd Ridzuan Abdullah dan peniaga Puchong Permai meluahkan rasa tidak puas hati kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Dr. Siti Mariah Mahmud mengenai isu roboh tapak gerai ketika hadir membuat perjumpaan di Dataran Puchong Permai, Selangor.



Wednesday, December 30, 2020

MBSJ Am0k Roboh Gerai Makanan! Menteri Besar Selangor Pekak, Buta ke?


Badan Perhubungan UMNO Selangor mempersoalkan tindakan kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) merobohkan gerai makan milik sekumpulan 43 penjaja di Puchong Permai ketika rakyat sedang bergelut dengan Covid-19.


Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar melahirkan rasa kesal dengan tindakan terburu-buru itu sambil menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai buta, tuli dan pekak kepada masalah rakyat.

Syed Saddiq Mohon Maaf Selepas TMJ Sound!



Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjunjung kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) atas sumbangan Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada penduduk Muar.


Dalam satu kenyataan di akauan media sosialnya, TMJ mengumumkan sumbangan sebanyak RM300,000 kepada anak-anak Muar.


“Patik menjunjung kasih kepada Tunku kerana sudi menyumbangkan RM300,000 kepada anak-anak Muar. Patik dan orang Muar terhutang budi pada jasa baik Tunku.


“Patik percaya, yang kita perlu sentiasa membuat baik dan berlumba-lumba untuk membuat perkara yang baik," jelas Syed Saddiq.


Dalam masa sama, Syed Saddiq memohon maaf kepada Tunku Ismail di atas kesilapannya yang dilihat cuba untuk meminta simpati daripada rakyat supaya menghulurkan bantuan kepadanya.


“Sebagai manusia biasa, patik tidak terlepas daripada membuat kesilapan, patik mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun, sekiranya ada tersinggung perasaan Tunku dan keluarga.


“Sebagai anak jati kelahiran Johor, yang membesar di Johor dan sekolah di Johor, patik dan seluruh keluarga amat terhutang budi kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor, Tunku dan seluruh keluarga selaku pemerintah kerajaan negeri Johor.


"Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan melindungi Tunku dan keluarga,” kata Syed Saddiq lagi.


Terdahulu, Syed Saddiq menyatakan kempen tersebut adalah untuk mengutip dana bagi membeli sebuah komputer riba buat 100 orang pelajar dalam kawasan Parlimen yang diwakilinya.


Bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga sebelum ini melancarkan kempen #1keluarga1laptop tersebut dengan matlamat setiap keluarga di Parlimen Muar akan memiliki sebuah komputer riba untuk kegunaan anak-anak mereka.


Tuesday, December 29, 2020

Daging Kartel Haram: NGO BUAT LAPORAN P0L1S | Daging Import Diragui Stat...


Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung isu kartel penyeludupan serta pengedaran daging import diragui status halalnya, hari ini.


Presiden Persatuan Pengimport Daging Halal Muslim Malaysia Datuk Dr Mohd Noor Ali Akbar berkata, beliau bersama NGO lain menggesa kerajaan mengambil tindakan pantas, menjawab keraguan orang ramai berhubung isu berkenaan.


“Bagaimana pengendalian kemasukan daging ini perlu diteliti serta disemak semula, kerana orang ramai perlu mengetahuinya secara jelas. Pekara ini memerlukan penjelasan menyeluruh kerana ia membabitkan kepentingan orang ramai.


“Kami selaku pengimport daging setuju supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan, bagi menyiasat sama ada prosedur operasi standard (SOP) sedia ada sudah memadai atau perlu ditambah,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini. 


Sementara itu, Presiden Majlis Jalinan Muhibbah Malaysia Abdul Rani Kulup menggesa pelbagai pihak termasuk Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa lain bekerjasama memastikan kilang dipercayai berlindung di sebalik kegiatan penyeludupan serta pengedaran daging import diragui statusnya itu, ditutup.


Media sebelum ini melaporkan mengenai kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal di sebuah gudang di Senai, Johor.

Dua Kumpulan Samseng Merusuh Berebut Kawasan !


15 ditahan bergaduh berebut kawasan


Ampang Jaya: Polis menahan 15 lelaki kerana terbabit dalam pergaduhan dipercayai berebut kawasan di sebuah restoran di Pandan Indah semalam.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku pada jam 10.30 malam apabila sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah terserempak dengan sekumpulan lelaki dalam keadaan mencurigakan.


"Semua lelaki terbabit dipercayai terbabit dalam pergaduhan. Polis terus membuat tangkapan 15 lelaki yang berusia lingkungan 17 hingga 35 tahun.


"Semua individu yang ditahan adalah warga tempatan, empat daripadanya mempunyai rekod lampau kes curi dan merusuh serta seorang lagi suspek juga pernah ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati dua kumpulan itu terbabit dalam pergaduhan yang bermula di kawasan Lembah Jaya dan terus membawa ke sebuah restoran di Pandan Indah.


"Punca kejadian dipercayai perebutan kawasan. Usaha mengesan dan menangkap suspek yang masih bebas masih dijalankan.


"Terdapat lima suspek mengalami kecederaan di kepala dan luka di badan. Mereka mendapat rawatan pesakit luar manakala seorang lagi suspek ditahan wad di Hospital Ampang untuk rawatan lanjut," katanya.


Katanya, kumpulan terbabit menggunakan kayu dan topi keledar ketika pergaduhan.


"Semua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 1 Januari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh," katanya.

Ini Respon KJ - Jangan Sebabkan Saya Menteri, Baru Nak Ambil Berat

 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menjelaskan tujuan beliau memuat naik insiden beliau terjatuh ketika berbasikal menerusi Twitter adalah untuk memberi peringatan kepada pengguna jalan lain. 

Namun, Ahli Parlimen Rembau itu tidak menyangka perkongsian ciapan Twitter beliau itu mendapat perhatian Jabatan Kerja Raya (JKR).

Monday, December 28, 2020

Cik B Akui Susah Jadi Datuk Seri Vida!


Cik B akui susah jadi Datuk Seri Vida, mujur dapat tiru gaya tangan dan cakap Kelantan - “Saya tak gedik, mama gedik!”


#MuzikalLawakSupertar2 #CikB


Isu Kartel Daging Haram - Dedahkan Nama Orang Kenamaan Yang Terlibat!


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak kerajaan mendedahkan senarai pemegang permit import (AP) daging sejuk beku yang disyaki terlibat dalam sindiket kartel daging haram ke negara ini. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya tidak mahu kerajaan melindungi mana-mana pihak termasuk orang kenamaan yang menjadi dalang sindiket ini yang beroeprasi sejak 40 tahun lalu.

Neelofa Tak Pakai Cincin Tunang, Buat Ramai Tertanya Tanya...


Semalam Neelofa telah menjawab segala dakwaan dan tuduhan dari orang ramai tentang hubungannya dengan PU Rizz. 


Neelofa telah memuatnaik video penjelasan dan kini telah mendapat lebih 2 Juta tontonan.


Menerusi video dan kenyataan rasmi yang diedarkan kepada media, Neelofa menafikan sudah berkahwin dengan Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail di Kelantan seperti yang tersebar.


Dalam masa sama, Neelofa turut menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah duit yang banyak kepada pendakwah muda itu.


Soal hubungan mereka, Neelofa berkata, kedua belah keluarga dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian.


Sementara itu, dari mata tajam netizen, ada yang mula menyedari apabila melihat Neelofa tidak memakai cincin ketika memuat naik video di Instagram, semalam.


Terdahulu, Neelofa dilaporkan sudah dirisik oleh Riz pada 1 November lalu di kediaman keluarga Neelofa



Tidak kisah sama ada Neelofa pakai atau tidak cincin di jari, harap, peminat di luar di sana tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. 


Neelofa pun ada menegaskan, kedua belah keluarga dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian.

Sunday, December 27, 2020

Akhirnya Neelofa Jawab Segala Spekulasi Status Hubunganya Bersama PU Riz!


Dakwaan kononnya dia terkena buatan minyak pengasih seperti yang tular di media sosial merupakan tuduhan yang amat berat.


Bahkan, usahawan dan selebriti yang disegani ramai, Neelofa berkata, ketika ini dia berada dalam keadaan yang baik.


“Cerita itu (terkena minyak pengasih) adalah tidak benar sama sekali dan sejujurnya, ia merupakan satu tuduhan yang amat berat.


“Alhamdulillah, seperti yang anda lihat sekarang saya berada dalam keadaan baik, dan kesihatan yang terbaik. Saya berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan saya,” kata Neelofa.


Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, berkata demikian dalam kenyataan yang diedarkan kepada media.


Bekas pengacara program MeleTOP itu juga mengeluarkan kenyataan sama dalam hantaran di Instagramnya.


Kenyataan itu dikeluarkan oleh Neelofa susulan spekulasi mengenai hubungan dia dengan tunangnya, PU Rizz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, sudah berakhir yang rancak didebatkan di media sosial.

Netizen Dedah Neelofa, PU Riz Nikah Senyap-Senyap di Kelantan


Sejak semalam, nama PU Riz dan Neelofa telah trending di media sosial disebabkan beberapa spekulasi yang menyatakan seolah-olah pasangan tersebut sedang dilanda masalah.


Lebih menjadi teka-teki adalah posting daripada ibu dan adik-beradik Neelofa yang menyertakan status hampir sama sehingga membuatkan netizen mulai tertanya-tanya.


Gambar-gambar semasa pertunangan mereka juga sudah dipadam dari Instagram ibu Neelofa dan adik-beradiknya yang lain.


Namun, apa yang paling mengejutkan adalah khabar angin mengatakan Neelofa dan Pu Riz atau nama sebenarnya Haris bin Ismail telah bernikah tanpa pengetahuan keluarga.


Penggunaan minyak pengasih dan sudah bernikah antara topik hangat yang menjadi perbualan netizen dalam media sosial berhubung isu hubungan Neelofa dan PU Riz yang dikatakan bergolara sejak semalam.


Di Twitter, terdapat penyebaran beberapa tangkap layar paparan perbualan WhatsApp antara dua individu yang mendakwa Neelofa sudah bernikah secara senyap-senyap bersama PU Riz di Kelantan baru-baru ini.


Dalam perbualan berkenaan turut mendakwa Neelofa telah bernikah di Kelantan berwalikan bapa kandungnya sendiri iaitu Mohd. Noor.


Lebih menghangatkan perdebatan , individu tersebut juga mendakwa Neelofa kini sedang berubat kerana dikatakan sudah terkena ubat pengasih.


Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan balas daripada pihak keluarga mahu pun Neelofa bagi menafikan dakwaan berkenaan.


Di ruangan komen, di facebook pula netlzen dilihat memberikan komen dan pendapat masing-masing,  ada yang memberi pendapat, kena dgr dua2 belah pihak ..


Jgn pulak dgr 1 pihak.. Whatsapp tersebar pun belum tentu betul.. sepatutnya adik beradik perlu duduk bincang secara personal..


Jadikan pengajaran seperti kisah nabila dulu.. bila ada masalah semua adik beradik perli dalam IG.. Dulu sharnaz ahmad semua hentam perli dalam ig termasuk Neelofa.. Jdi lebih baik duduk bincang sesama keluarga..


Dalam Twitter, kebanyakan netizen berdebar-debar menantikan jawapan daripada empunya badan tentang kesahihan khabar angin berkenaan.


Bagaimanapun, rata-rata netizen mendoakan hubungan Neelofa dan Haris atau PU Riz kembali pulih dan mendapat restu keluarga.


Mengejutkan Neelofa dan PU Rizz Putus Tunang?!!


Spekulasi mengenai hubungan pasangan terkenal, Neelofa dan PU Rizz kini menjadi perbualan di media sosial.


Netizen mula berkongsi pelbagai pandangan berhubung dakwaan kononnya ikatan pertunangan antara kedua-dua mereka sedang melalui ujian.


Pelbagai versi mengenai status hubungan Neelofa dengan PU Rizz hangat diperkatakan.


Menurut beberapa sumber, dakwaan yang mengatakan pertunangan Neelofa dengan PU Rizz sudah berakhir amat sukar untuk disahkan buat masa sekarang.


Ini kerana, kata sumber itu, belum ada sebarang kenyataan yang keluar dari mulut keluarga Neelofa berhubung isu tersebut.


Namun begitu, sumber memaklumkan, berdasarkan perbualan antara ahli keluarga Neelofa memberi bayangan bahawa hubungan Neelofa dan PU Rizz ‘sudah berakhir’.


“Bayangan yang diberikan sepertinya ‘tiada jodoh’ antara Neelofa dan PU Rizz,” kata sumber.


Seorang lagi sumber yang dekat dengan Neelofa pula berkata, kemelut yang dilalui Neelofa dan PU Rizz ketika ini agak rumit untuk dijelaskan kepada peminat-peminat mereka.


"Ini adalah dugaan mereka dalam melalui alam pertunangan. Doakan yang baik-baik buat mereka," kata sumber itu lagi.


Di akaun Instagram ahli keluarga Neelofa khususnya ibu artis berkenaan, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, foto-foto ketika majlis merisik anak kesayangannya pada 1 November lalu juga dipadam.


Bahkan, Ibu Neelofa itu juga sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram PU Rizz.


Apa yang mencetus perdebatan dalam kalangan netizen ialah, perkongsian Instagram Stories (IG Story) adik-beradik Neelofa iaitu Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan juga bagaikan memberi bayangan bahawa ada ‘sesuatu yang tidak kena’.


Bahkan, foto-foto semasa majlis merisik juga sudah tidak lagi kelihatan di laman Instagram mereka.


Saturday, December 26, 2020

Scha Elinnea Tayang Tatu di Badan!


Nama pelakon baru, Scha Elinnea sentiasa menjadi buah mulut wargamaya kerana sering memuat naik gambar seksi yang menjolok mata di laman Instagram miliknya.


Seakan-akan lali dengan kecaman, pemilik nama Natasha Mohamed Mubeen itu sekali lagi berkongsi gambar memaparkan tatu yang terdapat di bahagian tubuhnya.


Bagaimanapun memetik laporan Harian Metro, pelakon berusia 21 tahun itu hanya menampal tatu yang dibeli di Shopee dan tidak mencacah tatu dibadannya.


“Memandangkan saya sedang bercuti dan tidak terbabit dengan pengambaraan, jadi saya saja beli tatu palsu di Shopee. 


Apabila sampai saya terus lekat. Saya bukan mencacah tatu pun,” katanya.


Tambah pelakon drama Rumah Siti Khadijah itu, dia melakukan perkara tersebut hanya suka-suka dan mengisi masa lapang ketika berada di rumah.


“Ia hanya sekadar suka-suka. Saya pun ada balas komen mereka di Instagram. 


Jadi, saya harap mereka faham dan jelas. Lagi pula tidak pernah lagi terlintas untuk perkara itu,” ujarnya.


Sehingga kini, posting tersebut menerima hampir 35 ribu tanda like dan ratusan komen netizen yang memuji kecantikan pelakon kelahiran Sungai Petani, Kedah itu.

Ustaz Ebit Lew Bantu Keluarga Tinggal Dalam Kereta!


Keperitan hidup seorang pengawal keselamatan bersama keluarganya yang terpaksa tinggal di dalam kereta sejak lapan bulan lalu berakhir apabila nasib mereka mendapat perhatian penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew.


ustaz Ebit menerusi hantaran di Facebooknya berkata, beliau amat sedih selepas membaca kisah S Ganesh bersama isteri dan tiga anak mereka yang tinggal di dalam kereta selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran.


Dalam hantaran itu juga, Ustaz Ebit berkongsi beberapa keping gambar, beliau membawa keluarga itu membeli barangan keperluan selain rumah baharu yang disewa untuk mereka.


Pada Khamis lalu, media melaporkan kehidupan Ganesh bersama isteri dan tiga anak mereka terpaksa tinggal di dalam kereta Proton Iswara selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran pada awal April lalu.


Ganesh berkata, setiap hari dia akan membawa kereta tersebut dengan anak dan isteri mencari tempat redup untuk berhenti dan berteduh sementara di sekitar bandar dan menggunakan tandas-tandas awam untuk mandi dan sebagainya.


Sementara itu, Parameswary yang bersalin lapan bulan lalu terpaksa menjalani kehidupan berpantang dengan anak ketiganya di dalam kereta tersebut kerana tiada tempat tinggal.


Dia hanya mengharapkan pendapatan suami yang bergaji kecil dan bayinya hanya minum susu badan bercampur susu botol.


Semoga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki Ustaz Ebit Liew. Satu dalam sejuta. Menolong tak kira bangsa dan agama.