Monday, July 25, 2011

Bersih 2.0: Ambiga Ingkar Titah Yang Dipertuan Agong

Daulat Tuanku..


Kita dapat maklumat bahawa Baginda menitahkan 3 perkara kepada Ambiga :

1 - Jangan berhimpun.

2- Jika hendak berhimpun hendaklah dilakukan di dalam stadium, dan mestilah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak Polis.

3 - Jangan gunakan Stadium Merdeka.

Benarkah 3 perkara ini dititahkan oleh DYMM Yang di Pertuan Agong kepada kamu wahai Ambiga?

Patutlah sampai sekarang Ambiga tidak membuat kenyataan mengenai apa yang disampaikan oleh Tuanku Yang di Pertuan Agong kepada beliau. Rupanya ada perkara yang disorok dari pengetahuan rakyat Malaysia.

Kalau perkara ini benar, nampaknya Ambiga telah bertindak ingkar dengan titah Tuanku dalam masa yang sama Ambiga juga telah menipu semua penyokong BERSIH. Baca lagi disini...

Ini pula cadangan aku: ISAkan Ambiga Dengan Kadar Segera!

Khalid Selangor Gagap Ku Ku... Tiada Rumah Kos Rendah Untuk Rakyat Selangor

Khalid dan Eli wong, "Teman Tapi Mesra"


Sepanjang tiga tahun kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memerintah sehingga kini gagal membina rumah kos rendah di negeri itu... sedangkan di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan sahaja, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membina lebih 6,000 unit rumah kos rendah sepanjang 10 tahun lalu.


Khalid: "Inilah membuktinya, Selangor Aku ku.. ku.. yang Punya"! Lagi pendedahan kerakusan Khalid Ibrahim. Klik pada tajuk :Khalid Selangor Ku Atau Selangor Gagap Ku... Ku...


Contoh kerajaan prihatin bantu golongan muda, hasil dari Makmal Pemuda Barisan Nasional (BN). Nilaikanlah yang mana baik untuk masa hadapan anda...

Tiada Lagi Keraguan: Kerajaan Setuju SPR Laksana Sistem Biometrik

Sistem tercanggih digunakan masa PRU Akan datang.. Kalau Bersih nak protes lagi, mesti ada something wrong kan?

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bersetuju beri peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk wujudkan sistem biometrik bagi tentukan pengundi sah pada pilihan raya.

Menurut Perdana Menteri, ia adalah salah satu usaha untuk pastikan pilihan raya di negara ini telus dan adil.

“Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat atasi dakwaan wujudnya pengundi hantu,” katanya.

Berikutan kenyataan beliau, sistem biometrik dijangka digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Bagaimanapun, ia bergantung kepada keputusan SPR.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata BN komited kepada pilihan raya bersih serta adil dan tidak perlukan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk pastikan tindakan itu.

“Kalau nak buat penambahbaikan buat yang terbaik (guna biometrik bagi memastikan pilihan raya adil dan bersih) walaupun negara-negara maju pun tak buat,” katanya.

Beliau berkata, tidak perlu untuk adakan perhimpunan kerana kerajaan akan sentiasa membaiki sistem pilihan raya dari semasa ke semasa.

“Kita (BN) ada masa dapat undi banyak, ada masa sikit, tapi majoriti masih di tangan kita. Kalau boleh jamin kita menang, tak adalah menteri kalah dan ada negeri kalah,” katanya.

Menurutnya, selepas PRU 2008, pembangkang tidak bangkitkan mengenai pilihan raya tidak adil, tetapi sejak dua tahun lalu apabila BN banyak menang pilihan raya kecil, timbul cerita pilihan raya di negara ini tidak betul.

Najib berkata, pembangkang, apabila kalah, jangan anggap pilihan raya tidak adil.

“Di Kelantan, dari 2004 hingga 2008, pada pertengahan penggal Dewan Undangan Negeri (DUN), Kerajaan Negeri hanya berdiri atas majoriti satu DUN (kawasan Kemuning) dan DUN itu hanya menang dua undi. Kalau boleh manipulasi, tak susah cari tiga undi.

“Bagaimanapun, kita tak ganggu-gugat Kerajaan Negeri dan tak buat demonstrasi. Kita hormati suara rakyat dan prinsip demokrasi. Jadi janganlah gembar-gemburkan kita boleh manipulasi keputusan pilihan raya. Kalau boleh manipulasi, Kerajaan Pas Kelantan dah tumbang, tetapi apa yang berlaku Kelantan 21 tahun Pas pegang,” katanya.

Perdana Menteri berkata, Malaysia adalah negara contoh kepada banyak negara dan kerana itu, rakyat tidak sepatutnya merasa terpesong dan gusar sekiranya ada pihak yang cuba membangkitkan pelbagai isu seolah-olah berlaku kepincangan dalam pentadbiran di negara ini.

“Mereka menyerang institusi kita seperti kehakiman, polis dan institusi lain. Hakikatnya kita tak mungkin dianggap negara contoh jika tidak ditadbir dengan tekun dan adil,” katanya.


Dakwat Kekal vs Biometrik Mana Pilihan Anda? baca disini...