Wednesday, July 27, 2011

DAP Bakal Terima Kejutan Jumaat Ini


Menurut sumber dari rakan blogger blogger Penang, Khalifah Umar Lim Guang Eng bakal dikejutkan pada hari Jumaat ini... Bersedialah LGE untuk menghadapinya....



Hari Jumaat sentiasa menjadi hari ingauan ngeri kepada Guan Eng dan kerajaan DAP. Dari himpunan Sedaq, hadiah keranda, kek hitam, himpunan bantah kezaliman DAP hingga lah yang terbaru hadiah dari brader Ghani Jiman pada Jumaat minggu ini .

Ini gara-gara kerajaan merompak barangan gerainya pada Mac lalu dan sehingga hari ini tidak dikembalikan . Kita tunggu apa yang akan dihadiahkan oleh brader Ghani kepada Ketua regim DAP PP Guan Eng dan Adun Tong Gas Ng Wei Aik. Baca lagi...

Nik Aziz Sokong Sistem Biometrik...


Semalam, Nik Abdul Aziz berkata, beliau menyokong sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang jika terbukti tiada penyelewengan dalam pelaksanaannya.

Tidak sampai 24 jam Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan persetujuannya menyokong sistem biometrik, Jawatakuasa Pas Pusat yang diketuai golongan PAS PIS PUS menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perkara tersebut.

Bukan sahaja bersetuju, malah, Nik Abdul Aziz turut menyatakan pendirian bahawa Pas sedia mendengar penjelasan daripada SPR berhubung sistem itu, tetapi belum pun sempat perjumpaan diadakan, Jawatakuasa Pas Pusat telah pun membuat keputusan menolaknya.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, penolakan itu berdasarkan kepada dua hujah iaitu sistem biometrik tidak akan dapat menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihan raya negara sejak sekian lama.

Beliau berkata, Pas sebaliknya, tetap dengan pendirian menuntut penggunaan dakwat kekal.

Harap Pas akan berpendirian tetap selepas dikecam hebat oleh rakyat berhubung pendirian Pas dalam isu semasa!

Ambiga Kantoi! "Ya... Agong Titah Batalkan Demonstrasi"


Ambiga pada Selasa mengaku bahawa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan agar pihaknya tidak meneruskan perhimpunan jalanan seperti yang berlaku pada 9 Julai lalu.

Beliau turut mengaku bahawa baginda bertitah demikian empat hari sebelum perhimpunan haram berkenaan diteruskan ketika majlis menghadap di Istana Negara pada 5 Julai lalu.

"Perhimpunan jalanan? Ya, Agong bertitah demikian (tidak adakan perhimpunan jalanan).

"Malah ia turut terkandung dalam titah khas Tuanku sebelum itu... semua orang pun tahu mengenainya," katanya pada majlis Wacana Sinar Harian, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Exco Pergerakan Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail berhubung sama ada Yang di-Pertuan Agong pernah memberi peringatan kepadanya secara peribadi agar tidak meneruskan perhimpunan jalanan Bersih 2.0.

Bagaimanapun Ambiga berdegil dengan tetap menganjurkan demonstrasi jalanan berkenaan shingga menimbulkan huhu-hara di ibu kota.

ISAkan Ambiga Dengan Kadar Segera!

Pas Kuno Ortodoks!

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pas berfikiran kuno kerana menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih.

Timbalan Perdana Menteri berkata cadangan yang dikemukakan oleh SPR itu adalah untuk menambah baik sistem pendaftaran pemilih dan mengelak pelbagai salah faham yang berbangkit sebelum ini seperti yang sering didakwa oleh pembangkang sendiri seolah-olah Daftar Pemilih tidak bersih.

"Pas jangan terlalu terburu-buru membuat penolakan sebaliknya memberi peluang kepada SPR untuk mengemukakan cadangan mereka dan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan pihak terbabit sebelum sistem itu betul-betul dilaksanakan.

Dia punya cara pemikiran itu terlalu ortodoks. Cadangan yang dikemukakan oleh SPR adalah untuk menambah baik sistem pendaftaran pemilih dan hendak mengelakkan pelbagai salah faham yang berbangkit sebelum ini.

Pas hari ini menolak cadangan SPR untuk menggunakan kaedah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih kerana menyatakan ia bukan penyelesaian yang sebenar.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sistem itu juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.

-Hahaha! Puak PAS sememangnya Kuno Ortodoks...

Kecoh! Penyokong Ambiga Gagal Kawal Emosi


Selepas kekecohan di ibu negara pada 9 Julai lalu, penyokong Bersih masih gagal mengawal emosi termasuk sewaktu menghadiri diskusi ilmiah mengenai hala tuju gabungan berkenaan pada Selasa.

Selain mencetuskan suasana bising hingga menggangu kelancaran majlis, terdapat juga sebahagian penyokong kumpulan berkenan hampir bertindak kasar kepada salah seorang penonton apabila mengemukakan soalan yang tidak disenangi mereka.

Kekecohan yang berlarutan hampir sepuluh minit itu terpaksa diredakan oleh moderator wacana anjuran akhbar Sinar Harian tersebut, Wan Saiful Wan Jan dengan dibantu oleh petugas unit keselamatan penganjur.

Ketegangan berkenaan berlaku pada sesi soal jawab bersama penonton apabila seorang peguam, Kamaruddin Ahmad mengemukakan soalan kepada Ambiga.

Beliau yang mahu mendapatkan penjelasan bekas Presiden Majlis Peguam itu sama ada Bersih mahu meneruskan beberapa siri perhimpunan haram lain yang menurutnya tidak mengikut undang-undang dan mencabul Perlembagaan Persekutuan akhirnya di jerit oleh majoriti penyokong Bersih yang hadir.

Bukan sahaja dikecam kerana mengemukakan soalan sedemikian, malah beberapa penonton yang hadir bangun dari tempat masing-masing dan menyerbu ke arah Kamaruddin.

Malah, Wan Saiful yang juga Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), turut beberapa kali menegur penonton yang hadir agar bertindak profesional serta menghormati majlis ilmu berkenaan.

Teguran berkenaan dibuat selepas penyokong Bersih secara kerap 'mengganggu' Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengemukakan pandangan.

"Saya hampir kecewa dengan gelagat saudara sekalian, tolong hormati majlis ilmu ini...kalau anda berterusan membuat bising, kita terpaksa hentikan perbincangan hari ini," katanya.

Selain itu, Wan Ahmad ketika menjawab soalan turut melahirkan kekecewaan apabila penonton yang hadir tidak terbuka menerima pandangan yang dikemukakan.

Menurutnya sikap berkenaan mencerminkan bahawa penyokong Bersih yang hadir itu sememangnya tidak berminat mendengar pandangan yang bertentangan dengan pendirian mereka melainkan jika berpihak kepada matlamat Bersih.

"Anda tidak terbuka mendengar penjelasan, saya sendiri sanggup hadir kerana mahu berhadapan dengan Bersih...saya ingin beri penjelasan tentang lapan tuntutan Bersih.

"Tapi tindakan anda tidak mencerminkan kematangan terutamanya ketika menghadiri majlis ilmu," katanya.

Tuesday, July 26, 2011

Update: Wacana Sinar 'Apa Selepas 9 Julai' Kecoh!


Program diskusi ini dilihat agak tidak mencapai matlamat memandangkan sikap hampir kesemua hadirin (penyokong bersih) yang ada di dalam mahu pun di luar dewan tidak menunjukkan satu sikap yang matang. Pendek kata mereka ini bertindak persis monyet.

Tindakan penyokong Bersih yang tidak mahu mendengar perjelasan daripada Datuk Wan Ahmad amat menjijikkan. Setiap kali Datuk Wan Ahmad memberkan perjelasan penyokong BerSHIT ini menjerit dengan laungan provokasi antaranya "penipu" malah mereka juga bertindak "boo" setiap kali jawapan wakil SPR itu. Laporan penuh baca disini...