Tuesday, August 16, 2011

Video Pemeriksaan JAIS Di Gereja DUMC


Kami akan dedahkan satu persatu usaha pihak tertentu yang cuba Murtadkan Orang Islam di Gereja DUMC...
Kalau Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim nak tangguh dan sorok perkara ini daripada rakyat maka lebih baik beliau meletak jawatan sebab tidak layak lagi memegang jawatan Menteri Besar!

Info: SCREWKUAT


Di bawah antara beberapa pendedahan yang telah disiarkan melalui blog ini.... fikir-fikirkanlah apa yang berlaku di Gereja DUMC pada malam tersebut.. dan kenapa MB Selangor minta semua media tutup mulut...... ?

Diantara Gambar Suspek Murtad Dalam Gereja DUMC Tampil Beri Keterangan Di JAIS

3 Gambar Adik Beradik Di Majlis Murtad DUMC Di Dedahkan

Pendedahan Terbaru: Laporan Jais Siap.. Ada Puak Nik Aziz Di Majlis Gereja DUMC

Lagi Gambar Penganjur Majlis Di Gereja DUMC Di Percayai EJen Murtad Di Dedahkan

SMS MBPJ Operasi Sita Bangunan DUMC!

DUMC Muslim Murtad Diberi Ganjaran RM60,000

Gambar Sophia Penganjur Majlis Di Gereja Methodist Damansara Utama DUMC Di Dedahkan

Gejala Murtad Dan 12 Nama Individu Yang Menerima Kitab Bible Versi Melayu Di Gereja DUMC

[artikel disertakan bukti] Cerita Sebenar Yang Berlaku Ketika Pemeriksaan JAIS Di Gereja DUMC

Sidang Akhbar 45 NGO Islam Seluruh Selangor Di Bilik Mesyuarat Utama Masjid Negeri Shah Alam

JAIS Serbu Gereja DUMC : Pengakuan Saksi Diberi Bible Versi Melayu

JOM Ramadhan: KJ Jelajah 1 Malaysia Sepanjang Ramadhan

KJ memasang papan tanda baru untuk Madrasahtulus-Salihin Bakar Batu, 
Melaka Program JOM Ramadan 2011

Riuh rendah ramai di muara, orang berdagang berselang seli, Ramadhan Mubarak disambut semua, padatkan amal pada Ilahi...

Di bulan Ramdahan yang mulia ini, Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin menganjurkan program Jelajah 1Malaysia (JOM) Ramadhan bagi baikpulih masjid, surau secara gotong royong di setiap negeri serta menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan antaranya fakir miskin, anak-anak yatim dan juga warga emas di seluruh Malaysia.



Program ini adalah sebagai salah satu kaedah mengeratkan hubungan silaturahim dan juga merapatkan jurang hubungan diantara pemimpin UMNO dengan masyarakat setempat terutamanya golongan muda.

Setakat ini negeri yang telah di kunjunggi oleh KJ sepanjang bulan ramadhan ini ialah, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Perak, dan seterusnya akan ke Negeri Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan KL, Pulau Pinang dan lain-lain negeri lagi...

Naib Ketua Pemuda Malaysia - Dato Razali Ibrahim 
turut melancarkan Jelajah 1Malaysia (JOM) Ramadhan

Diharap setiap bahagian UMNO mengikuti langkah yang ditunjukkan oleh KJ ini, jika perlu UMNO pusat keluarkan arahan agar setiap bahagian melakukan aktiviti seperti mana Pemuda UMNO pusat lakukan.

Pemimpin berjiwa rakyat
KJ meneruskan tradisinya berbuka puasa bersama rakyat di kawasannya Parlimen Rembau

Politik Harian/Bro Jinggo

Rumah Terbengkalai: Khalid Ibrahim Tipu Rakyat Selangor




Apabila kerajaan Selangor mengumumkan projek perumahan terbengkalai sebagai 6 fokus utamanya pada 2009, ribuan pembeli rumah malang di seluruh negeri itu menarik nafas lega. Masalah mereka kononnya mendapat harapan baru. Rupa-rupanya kena tipu lagi.

Namun janji hanya tinggal janji, apabila peruntukan RM 5 billion belum menampakkan hasil. Tiang rumah masih tinggal tiang, belukar semakin tebal dan bank masih mengejar pembeli, menjadikan mereka rimas. Sekurang-kurangnya terdapat 50,000 unit rumah terbengkalai membabitkan 141 projek perumahan di Selangor.

Sekaligus 50,000 keluarga yang merana angkara projek perumahan yang tidak siap walaupun bayaran balik pinjaman bank sudah bermula. Lebih terbeban, mereka terpaksa membayar rumah sewa yang sedang didiami.

Pengumuman Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad mengenai perancangan kerajaan negeri untuk membaik pulih projek terbengkalai pada awalnya membangkitkan harapan. Namun sejak ia diumumkan pada 2009 lalu, janji hanya tinggal janji. Baca lagi disini...