Wednesday, October 12, 2011

Hot News: Rakyat Johor Halau Guan Eng di Segamat!


Beratus penduduk Segamat yang berkumpul sejak petang tadi melakukan demo aman dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah , Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng yang dijangka akan mengadakan ceramah malam ini.

Pada lewat petang tadi dilaporkan juga kekecohan tercetus antara para penduduk Segamat dan juga unit Amal PAS yang turut dibantu AMK dan juga ahli DAP Segamat dan Muar dalam menghalang pendemo dari memasuki perkarangan lokasi ceramah.





Pihak Polis turut menghantar FRU bagi mengawal keadaan dan sehingga ke jam ini keadaan masih lagi terkawal walaupun terdapat beberapa insiden membaling batu diantara kedua dua pihak.

Setakat ini Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng dilaporkan masih lagi belum sampai ke lokasi ceramah yang dijadualkan bermula pada jam 8.30 malam.



Menurut pendemo yang berada dilokasi demo aman yang diadakan ini adalah bagi membantah kunjungan Lim Guang Eng dari menjejakkan kaki ke negeri Johor ekoran penghinaan yang dilakukan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang tersebar baru baru ini dalam memburuk burukkan negeri Johor dihadapan diplomat asing di Singapura.

Sumber : KL POS


Stay in touch with Bro Jinggo

Elaun Ahli Parlimen: Naik Tak Boleh Kaya, Tak Naik Boleh Kayap....


Sebagai bekas Ahli Parlimen selama dua penggal, saya dapat memahami perasaan rakan-rakan yang kini masih berkhidmat. Tentuny frust menonggeng apabila dengar pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa cadangan nak naikkan elaun semua Ahli Parlimen DITARIK BALIK.

Sayang sikit ' Chief '- itu gelaran padanya oleh semua rakan-rakan Ahli Parlimen termasuk pembangkang - terikat tangan, tak boleh buat apa-apa nak bantu mereka.

Ini gara-gara bos-bos pakatan pembangkang nak tunjuk terror tak kena tempat menolak cadangan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk naikkan elaun mereka yang sekarang ini ciput.

Kita bukan tak tau ini bukan apa sangat cuma sandiwara mereka nak tunjuk kononnya pembangkang sanggup ikat perut untuk berkhidmat.

Apa yang saya dapat tahu di sebalik ini banyak Ahli Parlimen pembangkang merungut diam-diam apabila bos-bos mereka buat keputusan itu tanpa bincang dulu dengan mereka.

Satu dunia tahu elaun Ahli Parlimen Malaysia RM6,500 sebulan cukup rendah, malah kalah kalau nak dibanding dengan apa yang Ahli Parlimen Singapura dapat yakni RM33,000 sebulan.Thailand pula RM12,000 manakala Indonesia RM18,111.

Perdana Menteri berniat baik untuk naikkan elaun dengan syarat semua sekali Ahli Parlimen termasuk pembangkang setuju.

Sebab itu beliau masukkan cadangan yang dibuat oleh Nazri dalam bajet 2012 yang dibentangkan pada 7 Oktober.

Kita faham mengapa Najib terpaksa bagi syarat semua kena setuju.Kalau tidak nanti pembangkang tuduh bukan-bukan.

Kalau mahu semua kena mahu.Tak aci kalau MALU TAPI MAHU.

Nak buat macam mana kalau bos-bos pembangkang bersikap biasa mereka - bangkang asal nak bangkang.

Dalam sidang akhbarnya untuk menerangkan keputusan kerajaan menarik balik usul bagi menyemak elaun ahli-ahli Parlimen, Nazri berkata tujuan menaikkan elaun tersebut tidak membolehkan seseorang menjadi kaya.

Sebaliknya, kenaikan tersebut adalah untuk menampung keperluan bagi perbagaiperbelanjaan ketika menjalankan tugas untuk rakyat.

Katanya, cadangan itu terpaksa ditarik balik daripada urusan mesyuarat yang sedang berlangsung kerana empat pemimpin utama parti pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar menolak cadangan tersebut.

Alahai..terlajak perayu bolehlah berundur,terlajak kata... nak buat camno..?

Sepanjang ucapan pembentangan Belanjawan 2012 yang memakan masa selama dua jam itu, acapkali dewan persidangan mendapat tepukan apabila Perdana Menteri mengumumkan pelbagai faedah dan ganjaran yang meliputipelbagai macam masyarakat. Bagaimanapun, tepukan meja paling gemuruh adalah ketika Najib dengan senyuman meleret mengumumkan kesediaan kerajaan untuk menimbang kenaikan elaun berkenaan.

Malah, ucapan Perdana Menteri tersekat-sekat beberapa kali lantaran tepukan dan keterujaan ahli-ahli dewan. Kemuncak kepada kegembiraan ahli-ahli dewan itu tiba-tiba bertukar menjadi derai apabila beliau memberitahu pertimbangan akan hanya menjadi kenyataan sekiranya semua
ahli yang berhormat termasuk pembangkang dan bebas setuju dengan cadangan tersebut.

Anwar selaku Ketua Pembangkang tak tunggu lama.Dengan segera selepas pembentangan itu menegaskan tidak setuju. Begitu juga dengan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Orang nombor dua PKR, Azmin Ali dan panglima perang PAS,
Salehudin Ayup turut membantah.

Ini memang lawak bin kartun.Betulkah semua ahli Parlimen pembangkang membantah.Ini kerana dalam jawatankusa yang membuat kajian mengenai kenaikan itu yang turut dianggotai Ahli Parlimen parti pembangkang mengesyorkan agar elaun dinaikkan.

Tapi atas nama politik, nampaknya mereka terpaksa berkorban pasal nak jaga hati bos.

Siapa sebenarnya yang tidak mahu? Kata, Nazri, Anwar Ibrahim dan Azmin Ali memanglah tidak hairan langsung mengenai kenaikan itu kerana mereka kaya raya.

Kesemuanya ada 222 orang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat sekarang. Siapa di kalangan mereka yang mahu dan siapa pula yang tidak mahu! Khabarnya kerajaan dah sediakan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk kenaikan tersebut yang merupakan 0.02 peratus daripada perbelanjaan
keseluruhan belanjawan tahun hadapan.

Sayangnya, kerana ingin mengambil hati pengundi kononnya, mereka sanggup 'control maco' dengan menolak kesediaan ikhlas kerajaan itu.

Berapa sebenarnya elaun ahli-ahli Parlimen kita.. Tak perlu tanya seorang demi seorang. Merekapun malu dan segan nak beritahu berapa yang mereka dapat. Biarlah saya sahaja yang berkongsi mengenainya.

Berdasarkan pencen yang saya diperolehi RM3,250 sebulan, bermakna, elaun penuh seorang YB kini adalah RM6,500. Mungkin ada yang tak mahu atau tak boleh percaya dengan kenyataan ini. Memang benar, itulah elaun mereka.

Semasa mula-mula menjadi MP pada tahun 1995, elaun bulanan hanyalah RM4,890. Tambahannya hanyalah RM300 untuk saraan pemandu. Mana ada pemandu nak kerja dengan gaji RM300 sebulan pada tahun 1990-an? Pada sekitar tahun 2000 elaun ini ditingkatkan sedikit, elaun pemandu juga
dinaikkan ke RM600 (kalau tak silap) di samping elaun telefon RM500.

Elaun penyelenggaraan pejabat juga diperkenalkan iaitu RM1,200 sebulan yang dikreditkan setahun sekali.

Seorang wartawan yang berkelulusan SPM dan baru berkhidmat kira-kira 15 tahun terkejut dengan jumlah itu kerana beliau sendiri dibayar RM4,400 sebulan. Saya katakan kepadanya, ada rakan yang sama-sama saya dahulu, juga berkelulusan SPM, kini membawa pulang RM7,500 sebulan.
Itu baru berkelulusan SPM dan wartawan biasa. Belum lagi yang memegang jawatan kanan!

Apakah yang YB boleh lakukan dengan RM6,500 sebulan...? Kakitangan pejabat kurang-kurang ada tiga orang. Jika dihitung RM800 seorang, bertiga dah terbang RM2,400.Telefon pejabat, bil api dan air pejabat dah berapa pula. Peruntukan RM1,200 sebulan mungkin cukup untuk bayar
sewa premis.

Hari Sabtu, Ahad dan cuti umum adalah 'hari gugur' bagi para wakil rakyat. Pada hari-hari berkenaan, selain daripada ada pelbagai acara yang memerlukan kehadiran mereka seperti merasmikan mesyuarat agung, sukaneka, pertandingan sukan dan memancing serta acara pertemuan
dengan rakyat, ada pula jemputan ke majlis-majlis perkahwinan.

Nak 'huloq' pun kena tengok siapa pula yang jemput. Kalau ketua pemuda atau ketua puteri yang kahwin, sampulnya tak sama dengan anak ketua cawangan atau ahli jawatankuasa bahagian. Macam ada hiraki pula. Nak hulur sebarangan tak boleh sebab tuan rumah akan letak sampul daripada
YB di poket baju melayu yang sebelah atas. Yang lain bercampur sahaja kerana dimasukkan dalam poket bawah dan apabila dah penuh disalinkan ke beg lain. Itu biasa...!

Apabila minum pagi dan petang, bagi YB-YB di kampung memilih di gerai sahaja kerana di sanalah senang menemui pengundi atau rakan-rakan. Mulu-mula semeja, kemudian datang lagi dan dalam zaman telekomunikasi canggih kini, jumlah meja boleh bersambung menjadi empat atau lima.
Dulu-dulu, sayapun berani 'open table' minum pagi atau petang sahaja.Makan malam...oooops tak larat bang...

Di pejabat banyak juga yang tiris. Ada yang datang bawa anak-anak kecil dengan cerita dah lima enam hari minum teh kosong sahaja dan makan roti canai dua keping berkongsi lima orang. Sanggup dan laratkah YB berpeluk tubuh sahaja tanpa membuka dompet? Kena tujuh
lapan kali sebulan, akhirnya dompet tak tak boleh dibuka lagi sebab tak tak ada isi.

Saya melalui pengalaman-pengalaman seperti ini. Nak mengadu pada siapa? Saya agak bernasib baik punyai cikgu semasa di kelas malam dahulu yang akhirnya sama-sama menjadi Ahli Parlimen. Nama cikgu itu, Ahmad Zahid Hamidi, ahli Parlimen Bagan Datoh yang kini Menteri Pertahanan. Ketika itu beliau adalah Ketua Pemuda UMNO.

Dengan tebal muka saya pinjam duit daripadanya. Pinjam RM2,000 bayar balik RM1,000 je.. Kena dua tiga kali tak apalah. Dia kata, "Bad.. kau kalau tak ada duit..tapi payah bayarlah " Saya senyum dan ucapkan terima kasih. Selepas tu,nak pinjam lagi dah malu tetapi dia seorang guru yang amat mengenali anak didiknya.

Pengalaman sebegini bukanlah asing, cuma jarang-jarang diceritakan kepada umum kerana 'air muka'. Di Dewan Rakyat ketika itu, selain saya ada beberapa lagi YB yang dikategorikan sebagai "YB marhain" Kami tidak ada pohon rendang untuk berteduh. Kami tetap bertuah kerana
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) ketika itu, Datuk Dr. Jamaluddin Jarjis (sekarang Duta ke Amerika) pemurah orangnya.

Tidak ramai yang tahu hal sebegini kerana umum menyangka YB-YB adalah Yang Berduit sedangkan sebenarnya YB bagi kami adalah Yang Broke atau Yang Bocor.

Ada orang sangka peruntukan yang diberi oleh kerajaan boleh digunakan. Oleh kerana kebanyakan YB berkereta Mercedes Benz, ada juga yang bertanya kepada saya bila nak dapat kereta mewah itu. Pada jangkaan mereka, kereta disediakan oleh kerajaan. Nak merasa guna Mercedes
Benz, saya beli juga sebuah tetapi model 300D bekas kereta sewa di Melaka Beli 300D kerana cukai jalan percuma. Kalau ada 500D mungkin saya beli juga sebab semakin tinggi ccnya, semakin murah sebab cukai jalan (bagi orang awam) sangat mahal.

Semasa memandu Mazda Bongo dan Pajero, beberapa kali saya tidak dibenarkan masuk ke kawasan letak kereta kerana yang jaga parkir tak percaya YB datang menaiki kenderaan sedemikian. Apabila Datuk Seri Rafidah Aziz yang ketika itu Menteri Perdagangan Antarbangsa dan
Industri beri AP (Permit Import) saya beli juga Mercedes besar dari United Kingdom dengan kos keseluruhannya hanyalah RM45,000.

Jadi dengan elaun RM6,500 sebulan, berapakah baki yang YB bawa pulang. Mungkin RM1,000 atau mungkin juga -RM1,500. Kalau jumlahnya negatif... maka terpaksalah cari sumber-sumber lain.

Maka haraplah elaun dinaikkan. Khabarnya, nak dinaikkan sehingga RM20,000 sebulan. Itu pun belum dapat lawan elaun Ahli Parlimen di Singapura.

Malangnya kerana beberapa karenah bos-bos pembangkang, yang lain termasuk anak-anak buah mereka terpaksa gigit jari. Betullah kata Nazri...ala naik elaunpun bukan boleh jadi kaya, tetapi yang pasti kalau terus tak naik, boleh jadi kayap..- OLEH DATUK BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ,BEKAS AHLI PARLIMEN HULU LANGAT

Sumber: Agendadaily


Stay in touch with Bro Jinggo

You Tube : KJ Balun Lelaki Y


Sebarkan... Seronok aku tengok Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin membelasah Ketua Umum Pakatanis yang juga MP Permatang Pauh, Anwar Ibrahim @ Lelaki Y.... Apa yang pasti Lelaki Y terus meninggalkan Dewan... mungkin panas telinga dan juga sakit pinggang kot hohohoho..... 

Terdahulu Video Dewan Rakyat ini menjadi salah satu top post dalam blog ini: Video Dewan Rakyat: Rembau vs Permatang Pauh

Tah perlu cerita panjang la... tonton video dibawah!

 

DUMC - KRISTIAN : Sudah Diberi Betis Nak Paha



Oleh Helen Ang – Meskipun kekalutan cuba dileraikan dengan cara berhemah, namun golongan Kristian masih lagi merajuk dan meronta-ronta tidak puas hati.
Perihal isu pemeriksaan Jais pada majlis makan malam Thanksgiving di gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Ogos lalu:
Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, berdasarkan kepada siasatan Jais, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam tetapi bukti yang diperoleh tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang. – mStar
Mengikut satu rencana Malaysiakini, Bishop Katholik, Paul Tan Chee Ing telah berkata bahawa titah baginda sultan ibarat “dipped in the ambiguity that would make wanton accusations against Christians no more difficult in the future than it is now.”
(Ketaksaan jalan penyelesaian yang diputuskan ini akan membolehkan tuduhan dilemparkan terhadap orang Kristian kelak dengan sewenang-wenangnya dan begitu senang sekali).
Tambah Bishop Paul Tan:
“Begging the Tuanku’s pardon, how is it possible to assert that there were attempts to deviate the faith of Muslim attendees at the dinner function at the DUMC but there is, then, not sufficient evidence to prefer charges. If there is not enough evidence, there ought to be no imputation of wrongdoing – it’s as simple as that!”
(Dia mengajukan bahawa sekiranya bukti tidak mencukupi maka tidak seharusnya DUMC dibayangkan sebagai terbabit salah laku.)
Bishop Paul, yang juga presiden Persidangan Bishop-Bishop Katholik Malaysia, menegaskan bahawa titah sultan menggambarkan yang penganjur beragama Kristian majlis makan malam tersebut mungkin nampaknya sudah dibebaskan tetapi nama mereka belum dibersihkan daripada tanggapan cuba memurtadkan orang Islam.
Katanya: “I would have much preferred no statement at all to one that is neither here nor there.” (Lebih baik jika tidak dikeluarkan apa-apapun kenyataan rasmi daripada yang ini yang samar-samar.)
“Christians have waited patiently for exoneration from false accusations by people whose intent is to grandstand on behalf of their losing causes.”
(Orang Kristian telahpun menunggu dengan sabarnya untuk dilepaskan daripada tuduhan-tuduhan palsu ini yang dibuat oleh satu kelompok yang sedang bermain sandiwara dengan hasrat menambah saham kerana mereka semakin kehilangan modal.)
Bishop Paul mengakhiri temuramah dengan pesanan:

Terjemahan: Baik juga pilihanraya umum dijangka diadakan dalam masa terdekat ini kerana nampaknya kempen jelek yang mensasarkan orang Kristian, di mana [masyarakat kami] disindir serta diburuk-burukkan melalui serangan bertubi-tubi, tidak akan tamat. Satu-satunya usaha untuk kami mengelak daripada penganiayaan berunsurkan fitnah keji ialah dengan mengunakan kuasa undi yang dipegang di tangan.
[Untuk mengenali siapakah Bishop Paul Tan, baca sini.]
Para penganut Kristian yang lain pula tidak segan silu untuk meninggalkan komen-komen yang lagi keras dan kesat.
Mereka tidak ada kesedaran bahawa penyelesaian yang baik ini hanya dimungkinkan dengan ihsan baginda Sultan serta hati lembut Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim yang mahu menjaga ketenteraman awam.



Stay in touch with Bro Jinggo

Nik Nazmi Dan Khalid Samad Pengedar Arak Terbesar Di Klang?






Usaha membendung penjualan arak melibatkan umat Islam tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana kurangnya kerjasama daripada wakil rakyat Pakatanis di negeri Kerajaan Selangor.

Lihatlah apa yang sudah terjadi di Selangor hari ini! Laporan penuh sila klik di sini...


Stay in touch with Bro Jinggo

Semakin Biadap! Blogger Pembangkang Menghina Sultan Selangor!

Aku panggil dia chiaa je... sebab ada sejarahnya...

Inilah contoh terbaik blogger Pakatanis, mereka di ajar supaya membenci Raja-Raja Melayu... Meraka mahu hapuskan kuasa Di Raja!

Kemarahan yang diluahkan oleh blogger sahabat CTS:

Bangsat dan kurang ajar. Itulah perkataan yang boleh diberikan kepada blogger perempuan yang dikenali sebagai Ameno World. Cubaan beliau untuk menghina dan memburukkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, terserlah apabila menyiarkan posting di dalam Facebook, berunsur sindiran ke atas titah Tuanku Sultan mengenai isu gereja DUMC. Sebelum ini barua Pakatan Haram, Prof Kangkung Aziz Bari, yang disebut-sebut sebagai calon Pakatan Haram di dalam PRU13, pernah mempertikaikan keputusan DYMM Sultan Selangor mengenai isu yang sama.


Apa yang tidak kena dengan gambar berkenaan. Apakah Tuanku Sultan harus menolak pelawaan Rakyat jelata dan tetamu asing untuk bergambar hanya kerana mereka berpakaian seksi. Perlaksanaan undang-undang Negara semakin hari semakin menipis, senipis kulit bawang. Semua pihak bebas menghina dan mengkritik Tuanku Sultan, yang menjadi teras Raja berpelembagaan, di dalam negara Malaysia yang berdaulat.

Biadap! Memperlekehkan Istana Di Raja


Terdahulu betina ni mempersoalkan kos membangunkan semula Istana negara, dengan secara sinis juga betina pembangang ini membidas dan mempersendakan Raja-Raja melayu. Baca di sini...

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan tegas terhadap blogger pembangang berhubung kes menghina Sultan ini... Ini kerana bukan sekali dua, malah sudah beberapa kali dia menghina Sultan dan Raja-Raja Melayu...


Stay in touch with Bro Jinggo

Pegawai Imigresen Maut Terjatuh Dari Kondominium


Anggota pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memeriksa mayat untuk siasatan.


MAUT... Anggota pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memeriksa mayat Pegawai Imigresen, Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, untuk di hantar ke Hospital Selayang bagi tujuan bedah siasat.

Seorang pegawai imigresen maut selepas terjatuh dari tingkat 12 kondominium Magnaville di Selayang dekat sini Selasa. Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, dikatakan terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 dalam insiden kira-kira 5.30 petang itu ketika tiga lelaki datang ke rumah tersebut untuk mencarinya.

Isteri mangsa, Suhaidah Suhardi, 35, berkata suaminya enggan bertemu dengan lelaki berkenaan apabila beliau memaklumkan kedatangan mereka kepadanya.

"Saya bagi tahu suami ada orang datang hendak berjumpa, tapi dia tak mahu jumpa, dia kata abang keluar, panjat tingkap lalu ikut tangga sahaja," katanya.


Suridah Suhardi, 35, isteri kepada Pegawai Imigresen Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, yang ditemui mati dipercayai terjatuh dari kediamannya dari tingkat 12, kondominium Magnaville Selayang.


Rakan terdekat mententeramkan Suridah Suhardi, 35, isteri kepada Pegawai Imigresen Mohd Irwan Mohd Ishak, 29.

Suhaidah berkata beliau telah menghalang suaminya daripada keluar melalui tingkap sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di bawah rumah mereka.

"Saya tergamam dan terkejut lihat suami dah jatuh ke bawah," kata surirumah sepenuh masa itu ketika ditemui di tempat kejadian.

Mangsa merupakan Pegawai Penguatkuasa Imigresen di Damansara dan mempunyai dua anak berumur dua dan tujuh tahun serta sedang bercuti tanpa gaji sejak Ramadan lepas. Jiran Suhaidah membuat laporan polis kira-kira pukul 7 petang dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Info: Bernama


Stay in touch with Bro Jinggo

Isu DUMC : Kerajaan Selangor Perlu Minta Maaf Terburu-buru Salahkan JAIS


“Apa yang penting dalam isu DUMC (Damansara Utama Methodist Church) ini, mereka membawa dan menyebarkan fitnah bahawa ianya satu serbuan yang tidak patut dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor terhadap sebuah gereja yang menjalankan aktiviti kegerejaan. Itulah gambaran yang diberikan kepada rakyat,” ujar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin.

Tambahnya, gambaran yang diberikan kepada rakyat ini menyebabkan Menteri Besar Selangor tanpa sebab, tanpa usul periksa, tanpa menunggu laporan penuh terus melutut minta maaf kepada pihak gereja dan menyalahkan pihak JAIS.

“Itu gambaran yang diberi dahulu. Sekarang jelas, daripada titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, bahawa apa yang didakyahkan itu tidak betul, sebenarnya memang wujud cubaan untuk mendakyah ajaran Kristian kepada sebahagian umat Islam sebagai aktiviti gereja tersebut dan apa yang dilakukan JAIS ialah untuk menyiasat, tiada langsung elemen serbu.

“Titah Tuanku mengesahkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor betul mengikut undang-undang dan yang paling penting, ianya benar dari segi adanya dakyah untuk memurtadkan orang Islam,” ujarnya kepada UMNO-Online di Lobi Parlimen di sini, hari ini.

Tegasnya, melalui titah tersebut jelas bahawa tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri Selangor termasuk Menteri Besar Selangor adalah terburu-buru, dalam nak melutut dan minta maaf kepada pihak gereja sebelum mendapat laporan penuh daripada JAIS sendiri.

Sehubungan dengan itu, beliau mendesak kerajaan Selangor dan Menteri Besar Selangor untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan Selangor kerana memperkecilkan satu institusi yang duduk di bawah naungan Tuanku.

“Kedua, Menteri Besar dan Kerajaan Selangor harus minta maaf kepada JAIS kerana memperlekehkan dan menidakkan fungsi JAIS dalam memartabat dan menobatkan serta membela akidah umat Islam.

“Ketiga, golongan dan mereka-mereka yang memaki hamun Datuk Hassan Ali dan JAIS wajar minta maaf kerana mengambil tindakan terburu-buru menfitnah Datuk Hassan Ali yang menjadi tanggungjawab dia sebagai Exco Agama dalam mempertahankan tindakan JAIS, yang ternyata sekarang ini betul,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut mendesak supaya kerajaan Selangor segera mengambil tindakan terhadap gereja ini kerana terbukti, ada kegiatan dakyah agama lain terhadap umat Islam, serta terbukti bahawa gereja ini beroperasi tanpa permit, ianya gereja haram, mengapa tidak ada sebarang tindakan sehingga sekarang?

Beliau juga mendesak institusi Islam di Selangor dimartabatkan dan diberi kuasa yang sewajarnya untuk mengambil tindakan dengan peruntukan yang cukup agar agama Islam boleh dipelihara dan dipertahan dalam negeri Selangor.

“Rumusannya pada saya, titah Sultan Selangor ini bukti bahawa kerajaan Selangor bertindak terburu-buru. Mereka sepatutnya mengambil sikap berhemah sebagaimaan Tuanku Sultan Selangor yang menunggu dulu laporan penuh dari JAIS, barulah baginda bertindak.

“Tindakan yang diambil Sultan Selangor sekarang ini, bukan bermakna baginda memihak kepada mana-mana pihak, jangan disalah tafsir apatah lagi diputar belit kononnya Tuanku hanya mengambil tindakan sekarang, sebenarnya kalau kita tengok sejarah kesultanan Selangor ini, pernah Tuanku Almarhum Sultan Salahuddin menegur kerajaan Selangor di bawah pemerintahan BN, banyak kali Tuanku tegur secara terbuka,” tambahnya.

Ini membuktikan Tuanku Sultan Sharafuddin sekarang ini merupakan kesinambungan warisan di Raja Selangor yang sentiasa meletakkan kepentingan kebajikan rakyat terdahulu tanpa mengira siapapun yang memerintah dan ini adalah tradisi yang sepatutnya dihormati dan kita sepatutnya membantu Tuanku dalam memperkukuh serta memantapkan lagi institusi Di Raja dan juga pentadbiran kerajaan. -MediaUMNO

Tuesday, October 11, 2011

Chegu Bard Disarankan Jaga Anaknya Yang Sakit, Sudah Sudah la...


Sudah-sudah la Bard, orang lain politik, politik juga tapi kebajikan anak harus dijaga... Bapa ke macam nie, anak dalam hospital di tinggalkan.


Kerana politik, Bard sanggup abaikan anaknya yang sentiasa dahagakan kasih sayang dari seorang bapa!


Dalam keadaan macam ni pun masih sempat cerita pasal politik lagi... Aku sarankan Bard (PKR) berehat dari politik untuk seketika waktu sehingga anaknya pulih sepenuhnya! Jangan menzalimi serta menggadaikan masa depan anak-anak sendiri. Fikirkanlah.

Info: Raja Laut

Twitter: Stay in touch with Bro Jinggo

Wajah Terkini Khalid Ibrahim Yang Bakal Dipecat!


Serabut ke bro..... Inilah wajah terkini MB Selangor selepas kantoi kes murtad di gereja DUMC. Bertambah serabut lagi sebab nak fikir belanjawan Selangor, payah sangat nak buat belanjawan ni sebab otak Khalid lembap sikit...

Paling Khalid serabut, isu murtad Khalid di gesa pohon maaf kepada JAIS... Malu brooooo!

Baru-baru ini berlaku pergaduhan di Mesyuarat PKR Cabang Kuala Selangor. Apa nak jadilah parti PKR ni? Gaduh, seks, liwat dah sebati dengan parti ni...

Terbaru dengar cerita Khalid bakal di tendang dari kerusi MB Selangor (rancangan jahat Azmin Ali).

Mau tak serabut Khalid gagagap ni...

Azmin Akui Wujud Gerakan Singkirkan Khalid

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mendedahkan kontroversi berhubung gesaan untuk menyingkir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebenarnya muncul di kalangan ahli peringkat bawahan parti itu.

Bagaimanapun menurutnya, pandangan ahli parti agar kepimpinan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar digantikan telah pun ditolak oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR.

“Mana-mana pihak yang kemukakan (pandangan) sama ada dalam memorandum atau luar memorandum kita bincang secara terbuka dalam kepimpinan parti di peringkat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat.

“Jadi soal pandangan yang diberikan oleh anggota parti harus kita raikan, tapi kita telah bincang dan muafakat bahawa Tan Sri Abdul Khalid akan teruskan sebagai Menteri Besar,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan sebuah blog berhubung wujudnya memorandum yang diserahkan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar memecat Abdul Khalid sebagai Menteri Besar baru-baru ini.

Mohamed Azmin yang juga Ahli Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa sebelum ini sering dikaitkan dengan dakwaan terlibat dalam komplot untuk menggulingkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Malah Mohamed Azmin turut dikaitkan terlibat dalam dakwaan pakatan 15 ahli Parlimen untuk menggulingkan Abdul Khalid pada pertengahan 2010.

Mengulas lanjut Mohamed Azmin berkata, kepimpinan tertinggi PKR juga menyedari wujudnya gesaan berkenaan namun Majlis Pimpinan Pusat berpendirian untuk mengekalkan kepimpinan Abdul Khalid.
Ditanya mengenai kesahihan memorandum gesaan berkenaan, Mohamed Azmin berkata beliau tidak mengetahui mengenainya.

“Saya tidak tahu, saya tidak pernah melihat memorandum tersebut. Namun perkara ini telah dibincangkan di peringkat tertinggi parti dan kita mengambil keputusan secara kolektif supaya beliau (Abdul Khalid) teruskan.
“Perkara itu telahpun dibincang dan kita muafakat untuk mempertahankan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar,” katanya.

Dalam pada itu Mohamed Azmin turut memuji pentadbiran Abdul Khalid yang disifatkan efisyen terutamanya dalam menangani masalah rakyat.

“Beliau telah meletakkan satu asas yang cukup kuat dan kukuh di Selangor dalam pelaksanaan dasar-dasar yang peduli masalah rakyat dan diterima baik masyarakat dan rakyat keseluruhannya,” katanya – Mstar

Anwar Akui Wujud Usaha Singkir MB Selangor

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengakui wujud usaha di peringkat dalaman parti itu untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut Anwar, kepimpinan tegas Abdul Khalid mentadbir Selangor selepas pilihan raya umum 2008 menjadi punca kepada perasaan tidakpuas hati di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR.

“Yang dibangkitkan tentang cara pengurusan Menteri Besar yang agak tegas.

“Ini pandangan yang dikemukakan, dan ia telah pun kita selesaikan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Anwar mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang dipetik daripada laman blog berhubung wujudnya memorandum yang diserahkan kepada beliau untuk memecat Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata, sistem demokrasi yang diamalkan PKR membolehkan semua pihak memberi pandangan serta menegur mengenai kepimpinan parti di semua peringkat.

“Kita ambil satu pendekatan yang demokratik, ahli boleh bantah atau kemuka cadangan minta ganti sama ada ketua umum, presiden ataupun Menteri Besar.

“Tapi perkara ini telah diselesaikan dengan baik… sekarang ini kita bagi mandat penuh kepada Tan Sri Khalid sebagai MB,” katanya – Mstar


Hadoooiiiii Pecah perut aku tengok muka Khalid Kah! Kah! Kah!

Stay in touch with Bro Jinggo

Pelantar Tingkat 1 KL Sentral Runtuh

Pihak polis meninjau keadaan pelantar tingkat 1 setinggi empat meter runtuh sebuah pusat membeli-belah 11 tingkat yang dalam pembinaan pada kira-kira 11 pagi tadi di Brickfields di sini hari ini.




Keadaan pelantar tingkat 1 setinggi empat meter yang runtuh semasa pembinaan sebuah pusat membeli-belah 11 tingkat pada kira-kira 11 pagi tadi di Brickfields di sini hari ini.

Bangunan milik MRCB dalam kawasan KL Sentral itu dibina sejak dua tahun lepas akan dikenali sebagai "Nu Sentral" mempunyai lebih 500 pekerja untuk menyiapkan pembinaan.

Seorang pekerja binaan cedera ringan apabila struktur binaan bangunan berhampiran KL Sentral di Kuala Lumpur ini runtuh.


Stay in touch with Bro Jinggo

Pengarah Klip 3gp Enggan Ulas Rakaman Adegan Jalang Mimi - One Nation Emcee


Bangang betul artis sekarang ni.... kalau nak cari rezki jangan lah sampai memalukan diri sendiri...

Pengarah cuma tau nak makan untung tanpa fikir kesan. Bila ditanya, surely akan bagi jawapan “ Untuk memberi kesedaran”. Kesedaran tekorak dia. Bila dah jadi kes klip video yang tersebar ni. Memang padan muka la . Memang dia buat pon aksi ghairah tu. So jangan nak salahkan sapa sapa bila tersebar. Sendiri cari pasal. Sendiri la tanggung.


Pengarah filem berjudul 3GP, Aidil Fitri Mohamed Yunos tidak menafikan ada pihak tidak bertanggungjawab merakamkan adegan ghairah pelakon filem itu, Mimi sehingga ia disebarkan melalui Internet minggu lalu.

Menurut Aidil, rakaman adegan ghairah membabitkan Mimi dan Fikhree Bakar dalam filem terbitan Grand Brilliance itu bukan berdasarkan adegan yang diarahkannya tetapi ia versi yang ditokok tambah pihak tidak bertanggungjawab.

“Sebenarnya adegan ghairah yang dirakamkan itu bukan sewaktu penggambaran yang saya arahkan tetapi ia diambil menerusi telefon bimbit berdasarkan gambarnya yang kasar dan seperti belum digredkan dalam kualiti yang profesional.

“Adegan ghairah itu juga ditokok tambah di mana ia berbeza dengan adegan dalam 3GP seperti yang saya arahkan itu.

Versi yang tersebar di Internet itu juga tidak sama dengan 3GP yang akan ditayangkan mulai Khamis ini,” ujarnya.

Pada masa sama, Aidil tidak menafikan perkara itu dilakukan oleh pihak-pihak tertentu tetapi dia enggan mengulas lanjut individu mana yang melakukannya dan terpulanglah kepada Grand Brilliance untuk menyiasatnya sendiri.

Minggu lalu heboh di Internet apabila sebuah adegan yang dikatakan menghairahkan antara Mimi yang juga anggota kumpulan One Nation Emcees itu dan Fikhree yang berlakon dalam 3GP telah menjadi bualan ramai.

3GP yang merupakan filem pertama arahan Aidil Fitri itu antara lain mengisahkan tentang beberapa kisah yang dijadikan sub-plot yang antara lain memaparkan kesan rakaman video adegan-adegan ghairah yang disebarkan di Internet.

Stay in touch with Bro Jinggo

Apa Kecoh Kecoh Nurul Izzah Ni?


Apa kecoh-kecoh anak Papa ni?

“Bazaar Pantai Dalam saiz ruang niaganya kecil dan tiada kemudahan.” Komen Nurul Izzah.

Betul ke kecik sangat DBKL buat Bazar di Pantai Dalam tu? Kalau nak kritik tu agak-agak la kak.... Biar kena pada tempatnya...

Mari kita terjah!


OK lah Nurul, jom tengok dua gambar ni. Gambar pertama tu gambar gerai di Bazaria Pantai. Ada kecik macam jamban tak? Taaaaak!!! Malahan, saiznya lebih besar dari saiz gerai standard DBKL.


Sekarang tengok gambar ni pulak. Cuba teka gambar ni kat mana? Ni lah gambar Bazar Tok Guru di Kelantan. Besaaaaaaaarnyaaaaaaaaa…. Orang nak lalu berselisih pun tak muat kak Nurul oooooiiiii….

Kalau gerai macam ni memang aku sokong kalau ko bantai, Nurul. Tapi kalau besar macam gerai di Bazaria Pantai tu, aku pun heran jugak bila ko kata kecil. Kecil tu ko banding dengan apa Nurul? Banding dengan restoran? Banding dengan rumah kedai? Baca lagi...

Stay in touch with Bro Jinggo

Bob Lokman Ditahan JAIS


Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi, kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Bob dikatakan ditahan ketika menyampaikan tazkirah di sebuah surau di Hulu Langat dan dibawa ke balai polis berdekatan.

Sementara itu, seorang pemimpin Pas, Bob, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan dan nazir surau berkenaan juga diminta memberi keterangan kepada JAIS sebagai saksi pada jam 10 pagi tadi.

Difahamkan Bob memberi ceramah agama dikatakan menyeleweng jauh kerana tidak ada latarbelakang agama cuma pengetahuan 'ikut-ikut' kepada hadirin surau itu malam tadi.

Kebanyakan ceramah yang disampaikan oleh Bob berunsur politik dan mengutuk kerajaan serta menghasut jemaah agar membenci kerajaan.


Ramai hadirin yang tidak senang hati kemudian mereka melaporkan kepada pihak berkuasa JAIS. JAIS sudah lama mengikuti jejak Bob Lokman di Selangor cuma menunggu masa sahaja untuk dicekup.

Apa celop Bob!

Stay in touch with BroJinggo