Wednesday, December 7, 2011

Ugut Robohkan Penjara, Polis Siasat Azmin !


Gara-gara mahu "merobohkan tembok penjara" sekiranya Punasihat PKR Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes liwatnya, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali telah diminta hadir memberi keterangannya kepada polis.

Azmin berkata mahu merobohkan tembok penjara, sewaktu beliau memberi ucapan tersebut pada kongres kebangsaan parti itu di Johor pada akhir bulan lalu.

Pegawai khas Azmin Hilman Idham mengesahkan bahawa seorang anggota polis yang dipercayai dari ibu pejabat polis kintigen Johor menghubungi ahli parlimen Gombak itu melalui telefon pada jam 2:20 petang tadi.

Ketika itu, Azmin berada di lapangan terbang, dalam perjalanan ke Sarawak untuk menyelia persiapan untuk jentera pilihan raya PKR di negeri itu dan menghadiri inkuiri awam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung reformasi pilihan raya.

Hilman berkata belum ada tarikh baru yang ditetapkan untuk Azmin memberi keterangannya kepada polis di Johor tetapi sekiranya, pihak berkuasa mahu melaksanakan tugas itu dengan segera, mereka mesti menemubual beliau di Kuala Lumpur.

Walaupun tidak disebut ucapan mana oleh Azmin yang menimbulkan masalah dengan pihak polis, namun dipercayai ia adalah berkaitan dengan ucapan kontroversinya bahawa PKR akan "merobohkan tembok penjara" jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.


Sendiri bikin... sendiri tanggung la broz... Jangan nak salahkan polis yang menjalankan tugas!

Nurul Izzah Kecewa Gagal Sabotaj KR1M !


Jelas terpancar kekecewaan di raut wajah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah pada waktu ini... mahunya taknya... Dalam kerancakan pihaknya, mensabotaj produk jualan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), KR1M terus mendapat sambutan hangat dan jualanya meningkat 15 peratus kebelakangan ini.

Nampaknya usaha jahat Izzah bersama teman tapi mesranya Tony Pua untuk menghakis keyakinan rakyat kepada KR1M nampaknya 'tak jadi'.

Menurut kata, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob... Jualan di KR1M terus meningkat, mungkin kerana KR1M mendapat publisti hari-hari - merujuk kepada kempen pembangkang hentamnya.

Ismail Sabri berkata rakyat masih percaya kepada KR1M sungguhpun isu penarikan balik 13 produk dari kedai itu cuba dipolitikkan parti pembangkang. Berita penuh di sini...



Lagi Izzah sakit hati... KR1M akan mula beroperasi di Pahang

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mula beroperasi di Pahang dengan pembukaan premis pertamanya di bangunan Majlis Ugama Islam Pahang, Jalan Bukit Ubi, Rabu.

Premis itu yang merupakan rangkaian KR1M ke-18 di Malaysia menjual barangan pada harga yang mampu dibeli pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata peniaga runcit dan pasar raya terutama di negeri ini tidak harus berasa bimbang kewujudan KR1M itu akan menjejaskan perniagaan mereka.

"Di Malaysia, masyarakat dah bertambah, kita ada 28 juta penduduk, peluang perniagaan ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kedai itu yang mempunyai 250 produk merangkumi makanan, barangan harian, keperluan dapur, rempah ratus dan sejuk beku.

Adnan berkata KR1M yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mewujudkan persaingan sihat antara peniaga yang akhirnya memberikan keuntungan kepada rakyat.

Note: Kami masih memerlukan Izzah sebagai model KR1M... terima kasih kerana membantu kerajaan promosi KR1M... Video URL: http://youtu.be/nThqzj9q7yg

PRU Ke-13: Husam Tersingkir Ke Parlimen ?


Husam, tersingkir ke Parlimen dengan alasan dia diperlukan sebagai Menteri di Pusat?

Nik Aziz akan kekal bertanding di DUN Chempaka manakala anaknya, Nik Mohd Abduh akan bertanding kerusi Parlimen Pengkalan Chepa.

Menantu Nik Aziz pula, Abdul Ariffahmi Ab Rahman di katakan akan dicalonkan bertanding salah satu kerusi DUN di bawah Parlimen Machang.

Usaha keras Nik Abduh dan Ariffahmi dikatakan mula menampakkan hasil setelah berjaya meletakkan orang-orang mereka dalam hieraki Perhubungan Negeri setelah Muktamar PAS Jun 2011 lalu. Baca lagi di sini...

P/S: Ingatkan Anwar Ibrahim saja yang ada China dolls... Husam pun ada jugak la bro....

Cerita Banyak Tak De... Zahid Bawa Guan Eng Menyelam Bersama KD Tun Razak


Cakap banyak tak de bro... Jom bawa puak yang selalu cakap banyak... bagi dia orang rasa dan lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana kapal selam KD Tun Razak menyelam dan menenggelamkan kebongkakan Pakatan haram jadah ni..

Kerajaan Barisan Nasional bukan lidah bercabang macam Guan Eng la... 

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menaiki kapal selam KD Tun Razak Jumaat ini bagi membuktikan bahawa dakwaan pembangkang yang kapal selam negara tidak boleh menyelam adalah tidak betul.

Ahmad Zahid berkata beliau dan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP akan menaiki kapal selam itu di pusat pameran maritim sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA '11) di Awana Porto Malai pada pukul 3 petang.

Beliau berkata ini merupakan pendekatan Kementerian Pertahanan untuk memperlihatkan aset itu yang dikatakan tidak boleh menyelam.

"Guan Eng ada telefon saya semalam untuk datang ke sini. Walaupun kapal selam itu untuk LIMA kali ini hanya membuat pertunjukan statik tetapi saya akan minta kapal selam itu menyelam untuk membawa Guan Eng," katanya pada sidang akhbar di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini Rabu.

Ahmad Zahid berkata beliau turut menghantar surat jemputan kepada semua Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Negara termasuk daripada parti pembangkang untuk menaiki dan menyelam bersama kapal selam negara.

"(Selain Lim) Pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain, hanya Nurul Izzah Anwar (Anggota Parlimen Lembah Pantai) yang memberi respons tak boleh datang. Yang lain cakap je banyak tetapi tak berani menyelam (dengan kapal selam)," katanya.

Mengenai LIMA '11, Ahmad Zahid berkata sehingga kini, tujuh kontrak telah dimeterai dan beliau menjangkakan keseluruhannya 15 kontrak akan dimeterai selepas berakhirnya LIMA '11 Sabtu ini. -Bernama

P/S: Izzah tak nak join sekali ke?

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Cabar KJ Debat Isu NFC!


Menurut info terkini... Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Akin akan menghantar surat undangan rasmi kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk pelawaan debat berhubung dakwaan skandal projek lembu NFC.

Beliau turut mencadangkan agar debat tersebut diadakan bila-bila masa sahaja namun perkara lain seperti tempat dan format debat dipersetujui bersama setelah tarikh debat dimuktamad.

Ini bermakna sudah ada dua tawaran debat dari PKR yang mensasarkan Ketua Pemuda UMNO sebagai lawan mereka...

Ini baru betul... Ketua AMK VS Ketua Pemuda UMNO...

Rafizi Ramli tu sapa bro? Tak silap dulu dia bertanding rebut jawatan dalam PKR pun tak lepas... Bertanding sekerat jalan lepas tu, tarik diri. Lembik betul jambu Anwar ni... Layak ke dia debat dengan KJ?

Kalau ya pun Rafizi nak cipta nama... hormat la sikit dengan Ketua AMK... Tau la dia ketot, takkan nak main langkah je...

Harap Shamsul tak terkencing dalam seluar kali ni... 

Sementara itu pihak Ketua Pemuda UMNO sudah pun menghantar surat maklum balas kepada Rafizi Ramli bagi membincangkan tajuk serta perkara-perkara berkaitan debat tersebut mengikut tarikh dan masa yang di tetapkan bersama....

Nurul Izzah Berangan Nak Jadi Detective Conan


Pada sidang akhbar di pusat khidmat PKR di Lembah Pantai semalam, Nurul Izzah berkata, antara penemuan yang dianggap pelik ialah nama seorang pengundi yang didaftarkan sebagai "Balai Polis Kerinchi" dalam daftar pemilih induk.


‘Balai Polis Kerinchi’ yang lahir pada 1983 menggunakan kad pengenalan polis RF161872 mengundi di lokaliti Balai Polis Travers dalam Daerah Mengundi Bangsar Baru.

Katanya, nombor kad pengenalan, RF161872, pada pangkalan data SPR menunjukkan ia milik Yusop Mohd Faizul Mohd .

“Tak ada jaminan perkara ini dapat dibersihkan. Mana satu yang final (muktamad), (versi) online atau daftar pemilih?” soalnya sambil menunjukkan puluhan maklumat bercanggah antara versi dalam talian dengan versi cakera padat yang dikeluarkan SPR.

"Kita tidak tahu jika ia Balai bin Polis Kerinchi atau Balai Polis bin Kerinchi," sindir Nurul Izzah.

---
Emmm... SPR buat kerja salah, tak buat kerja salah... yang mana satu telusnya... Kadang-kadang posman pun tersalah hantar surat kerumah orang lain...

Yang ni baru betul-betul pelik dan menjadi persoalan! ... Kenapa perkara ni sering berlaku di kawasan Lembah Pantai saja? Bukan sekali dua isu seperti ini di timbulkan oleh Izzah... Macam ada sesuatu yang tak kena jer... Mungkin Izzah merancang untuk sabotaj SPR kot? sapa tahukan...

Aku cadangkan ada baik sekiranya Detective Conan ni siasat... "Balai Polis bin Kerinchi" tu anak siapa? Bukan apa... aku takut tu adik bongsu Izzah yang terbaru... Anak kepada Anwar bin Ibrahim kot? hahaha!

Cabar DS Najib Keluar "Sijil Mati" 1Malaysia: Bukti Guan Eng Sakit Hati Dengan Gagasan 1Malaysia!


Apa pula yang disawankan oleh Lim Guan Eng ni? mahu cabar Dato' Seri Najib keluarkan 'sijil mati' 1Malaysia? Sebenarnya Guan Eng sakit hati apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dapat menyatukan Rakyat melalui Konsep Satu Malaysia. Melalui slogan 'Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan'.

Tidak kurang ilham yang disuarakan oleh Perdana Menteri ini ditafsir dengan cara yang salah, asal bercakap soal hak untuk kaum sendiri tentu akan dilabelkan sebagai bersikap perkauman dan rasis. Walhal kita hanya berbicara perkara yang sudah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Baca lagi di sini...

Angkat Nik Aziz Sebagai Nabi : Nik Aziz Di Minta Jangan Lari Dari Tangunggjawab!


Pok Nik Oh... Pok Nik! Macam ni ke tingkah laku seorang pemimpin tertinggi Parti Islam Semalaysia? Bila kena kat orang lain di cakap haram! cilako! tak masuk syurgoo... Tapi bila kena kat batang hidung sendiri... lantak pieee laaa. bukan urusan aku, orang lain boleh sattlekan, katanya... Mashallah....

---
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat diminta bertanggungjawab dan tidak 'lepas tangan' dalam isu membabitkan penceramah parti itu, Shamsul Zaman Sukri atau 'Ustaz Budak' yang menyamakan beliau dengan nabi.

Menteri Besar itu diminta memberi nasihat dan teguran kepada penyokong Pas supaya tidak terlalu mendewa-dewakan pemimpin parti kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kekeliruan.

Presiden Majlis Intelektual Muda Darulnaim (Minda), Kamaruddin Mohd. Kassim berkata, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya menambah lagi kekeliruan masyarakat apabila cuba 'lepas tangan' bersabit tindakan Shamsul Zaman itu.

Sebaliknya, kata beliau, teguran atau nasihat daripada seorang tokoh seperti Nik Aziz amat penting bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada masa depan.

"Isu menyamakan Nik Aziz sebagai nabi lebih kepada ketaksuban orang yang bercakap kerana apabila taksub, batu pun dianggap sebagai Tuhan.

"Tetapi Nik Aziz tidak marah kepada orang kata dia nabi, bahkan cuba pusing cerita kaitkan orang Islam tolak Islam sebagai kufur sedangkan isu sekarang beliau disamakan dengan nabi.

"Saya berasakan memang sifat beliau suka tunjuk kepada orang dan suka dirinya dipuja. Sebagai contoh, Nik Aziz pernah tegur dan marah rakyat Kelantan gantung gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad di pintu rumah sebab dia risau membawa kepada pemujaan, tetapi sekarang gambarnya digantung sebesar dinding di rumah di Kelantan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Nik Aziz yang dikatakan tidak mahu bertanggungjawab terhadap tindakan Shamsul Zaman itu.

Kelmarin, sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Nik Aziz dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran serta meminta Mursyidul Am parti itu bertanggungjawab.

Naib Presiden Angkatan Generasi Muda Kelantan (Agenda), Dr. Ariff Hakimi Zulkifli turut kecewa dengan sikap Nik Abdul Aziz yang cuba lepas tangan dalam isu tersebut.

"Kami generasi muda menghormatinya sebagai alim ulama dan beliau seharusnya memberi teguran dan nasihat berdasarkan hukum agama serta meletakkan politik ke tepi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

"Mufti boleh memberi nasihat, kenapa beliau tidak boleh melakukan perkara sama. Kalau ini berlaku, kami mula tertanya-tanya apakah penyokong atau pemimpin Pas tidak boleh dinasihat dan ditegur kerana mereka parti Islam?" soalnya.

Tuesday, December 6, 2011

DAP = Democratic Arrogant Prostitute ( Pelacur )



Oleh : Shen Yee Aun

Rakyat mengundi untuk perubahan untuk DAP semasa MAC 2008 tetapi rakyat tidak pernah sesekali mengundi untuk perubahan kepada satu entiti yang berharga diri yang kini menjual harga diri seperti pelacur.

DAP bukan lagi parti sebelum MAC 2008. Demi kuasa mereka sanggup melacur diri demi kepentingan peribadi. Mereka sanggup mengadakan hubungan zina iaitu satu hubungan dalam pakatan rakyat dengan PAS yang tidak berdaftar perkahwinan mereka.

Jika suatu ketika dahulu terdapatnya pemimpin DAP yang bangkit mengatakan perlu melangkah mayatnya terlebih dahulu sebelum undang – undang hudud boleh dilaksanakan tetapi hari ini pemimpin DAP yang diam tidak terkata.

Kalau ada pun hanya kata - kata seperti Hudud bukan dasar Pakatan dan kita sudah bersetuju untuk tidak bersetuju dalam isu hudud. Dahulu main hardcore tetapi kini bermain softcore seolah – olah menjalani pembedahan trankseksual dari lelaki kepada pondan setelah MCA 2008.

Dahulu lantang mencabar orang untuk berdebat tetapi kini dicabar beberapa kali tidak berani menyahut cabaran.

Dahulu meminta orang lain meminta maaf tetapi kini Nga Kor Ming seorang pemidato DAP handalan pula akhirnnya memohan maaf kepada MB Perak.

Peliknya dahulu dalam buku Lim Kit Siang mengatakan orang bukan Melayu juga boleh menjadi Perdana Menteri tetapi setelah Ketua Pemuda PKR mencabar UMNO supaya meminda perlembagaan hanya orang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Pelacur DAP bukan sahaja diam bahkan Setiausaha Agung mereka sanggup keluar mengatakan kita perlu menerima reality hanya orang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri. Bapa kata lain anak pula kata lain.


Begitu juga dalam soal PPSMI. Bapa kata perlu dalam BI tetapi anak pula kata perlu dalam BM. Adakah mereka sanggup menjual perjuangan parti selama berdekad dekad lamanya demi memastikan kelansungan kuasa di Pulau Pinang?

DAP demi merebut supaya pelabur memilih Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan mereka sanggup mencemarkan nama Malaysia di mata dunia apabila membuat tohmahan kepada Johor iaitu negeri kelahiran beliau sendiri. Sanggup menjadi pengkhianat kepada tanah kelahirannya sendiri.

Jika dahulu DEB 30% kepada Melayu DAP selama bertahun – tahun menentang dan kata dasar itu merupakan satu dasar yang membelakangi kaum bukan Melayu tetapi dengan megahnya Ketua Menteri Pulau Pinang sanggup memaparkan 70% kontrak di negeri tersebut diberikan kepada Melayu. Mereka sanggup menjadi begitu hiprokrit apabila 30% mereka menentang tetapi mereka sendiri secara diam – diam dari belakang menambah angka ini kepada 70%.

Ketika mahjung diharamkan di Kedah. Ketika PAS mengatakan hendak menutup operasi di Genting. Ketika Tokong Jin Shan dimusnahkan. Ketika kedai urut kaki dihapuskan di kedah. Ketika hari kekasih dimansuhkan di Kelantan. Ketika arak dimansuhkan di kubang pasu. Di manakah kamu DAP? Mengapa sudah diam? Apakah setelah pembedahan trankseksual setelah MCA 2008 kini alat sulit sudah tidak dapat menegang?

DAP sanggup melacur diri kepada PAS dan PKR tetapi sering menuduh MCA sebagai anjing. Kalau MCA anjing pun sekurang – kurangnya MCA anjing dari awal. Anjing yang setia tidak akan mengkhinat. Anjing yang setia tidak akan sesekali menjual diri.

DAP sanggup menjadi pelacur murahan dan gila kuasa sehingga sanggup mengatakan Tuhan Hindu boleh dirasuah.

Mereka juga sanggup menjadi pelacur kepada demokrasi yang diperjuangkan oleh mereka kerana setelah lantang bersuara sejak parti itu ditubuhkan kini pula ada perintah gag order. Bukankah DAP merupakan pejuang demokrasi ? bukankah DAP merupakan pejuang kebebasan bersuara? bukankah DAP merupakan pejuang kebebasan media? bukankah DAP pejuang pengzahiran emosi dan pandangan? Tindakan mereka seolah – olah satu perbuatan meliwat dari belakang kerana membelakangi perjuangan mereka setelah sekian lama.

Democratic ? Arrogant Prostitute !

Apakah DAP sudah menjadi musang dan pelacur kepada Anwar , PKR dan PAS ?

Mungkin apakah ini yang dimaksudkan oleh DAP iaitu VOTE FOR CHANGE?

Komunis Mat Sabu Buktikan Dia Bersalah! #Marxsabu


Tahniah... Hari ini dalam sejarah... Timbalan Presiden Ahlul PAS buktikan dirinya seorang yang tak betul! Tak pernah dibuat dek orang brozz...!

Utusan tunggu apa lagi? Saman balas balik si ahlul Mat Sabu ni... Sila saman berjuta-juta! biar dia muflis, hilang terus kelayakan untuk bertanding!! Pengkhianat negara ni mesti diajar sikit!!

---
Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menolak saman yang dibawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terhadap Utusan Melayu (Malaysia)Berhad berhubung penerbitan satu artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong.

Hakim Datuk John Louis O'Hara memutuskan saman yang difailkan plaintif (Mohamad) merupakan kes biasa dan jelas untuk ditolak, tanpa adanya kenyataan sokongan yang mencukupi mengenai butiran penerbitan dalam saman itu.

Oleh itu, katanya, saman itu menyakitkan hati, tidak serius, melampau dan menyalahguna proses mahkamah.

Katanya, plaintif (Mohamad) perlu mengesahkannya dengan butiran penerbitan yang mencukupi dalam samannya, yang diperlukan di bawah undang-undang.

Hakim O'Hara menolak saman itu dengan kos RM5,000.

Beliau membuat keputusan mengenai permohonan untuk menolak saman itu yang difailkan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu. Pada 14 September lepas, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, 57, memfailkan saman itu dan mendakwa bahawa kedua-dua defendan dengan berniat jahat menerbitkan satu artikel pada 27 Ogos dan dua lagi artikel hari berikutnya, yang dikatakannya mengandungi elemen fitnah.

Beliau mendakwa ketiga-tiga artikel itu berkaitan dengan isu serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong di Johor.

Mohamad mendakwa penerbitan artikel-artikel itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa dia merupakan penyokong komunis, telah menyimpang daripada ajaran Islam dan hilang keyakinan dan mengiktiraf Muhammad Indera sebagai seorang pengganas komunis.

Berikutan penerbitan artikel-artikel itu, Mohamad berkata dia berasa malu dan maruah, kredibiliti serta reputasinya juga terjejas.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk dan juga perintah mahkamah kepada defendan supaya memohon maaf dan menarik balik artikel yang didakwa memfitnah. - Bernama

Kor Ming Hina Perak Sebagai "Perak Darul Kartun"


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendakwa Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming telah menghina kedaulatan Perak dan institusi diraja kerana mengeluarkan kenyataan “Perak Darul Kartun”.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Taiping itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana sebagai seorang pemimpin beliau perlu menunjukkan keperibadian yang baik kepada rakyat.

"Dengan sikap Kor Ming ini, rakyat boleh menilai sendiri pemimpin macam ini ke yang perlu diikut? Kata-katanya menggelar “Perak Darul Kartun” ini telah menghina Perak,” katanya hari ini.

Beliau diminta mengulas lanjut tindakan Kor Ming yang mengeluarkan kata-kata seperti itu termasuk menghina Zambry pada majlis ceramah 9 September lepas.

Setelah dibidas pelbagai pihak termasuk ahli politik dan badan-badan bukan kerajaan, Kor Ming baru-baru ini telah memohon maaf kepada Zambry kerana menggelarkannya “hitam metalik”.

Kor Ming jangan ulanggi kesilapan yang membawa padah hingga berlakunya sekali lagi Tragedi Berdarah 13 Mei!!

Kes Liwat: Peguam Anwar Minta Tangguh Sampai Lebam !

CCTV merakamkan Anwar masuk kondo di tempat kejadian!

Hujah penggulungan akhir pihak pembela yang sepatutnya dijalankan pada 8 Disember ini, ditangguhkan lagi, apabila pihak peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon kebenaran hakim untuk penangguhan hari ini.

Peguam bela Karpal Singh dan Sankara Nair menemui Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpu, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersama Timbalan Pendakwa Raya Wong Chiang Kiat di kamar hakim pada jam 3 petang tadi untuk tujuan penangguhan itu.

“Pihak pembelaan memerlukan lebih banyak masa untuk menyiapkan transkrip nota prosiding, khususnya dari saksi pakar. Kami juga menghadapi masalah berhubung istilah perubatan. Justeru, kami perlukan lebih masa.

“Namun, pihak pendakwa membantah keras permohonan kami dan mendakwa ia bukan alasan yang kukuh. Berikutan itu, Hakim Zabidin membenarkan penangguhan kes sehingga Isnin ini”, kata Karpal seperti dilaporkan Malaysiakini

Menurut peguam Anwar itu, hakim telah bersetuju untuk membenarkan pihak pembela mengemukakan hujah penggulungan pada 12 dan 13 Disember ini.

Ini merupakan percubaan kedua, pihak Anwar memohon penangguhan penggulungan kes, setelah mahkamah menetapkan tarikh tersebut pada 23 dan 24 November lalu.

Permohonan pertama dilakukan oleh Sankara Nair dan Datuk Param Cumaraswamy pada 10 Nov lalu dengan alasan pihaknya memerlukan lebih banyak masa untuk menyelesaikan transkrip nota prosiding kes tersebut.

Dengan persetujuan pihak pembela dan pendakwa, hakim menetapkan 8 hingga 9 Disember sebagai tarikh baru penggulungan kes.

Namun, hari ini, sekali lagi penguam Anwar diwakili Sankara dan Karpal Singh memohon penangguhan di atas alasan yang sama dan mahkamah menetapkan 12 hingga 13 Disember sebagai tarikh baru penggulungan kes.

Pihak pembelaan pada 17 Oktober lalu menutup kesnya dengan memanggil tujuh saksi termasuk Anwar yang memberi keterangan dari kandang tertuduh dan tiga saksi dari luar negara, namun sehingga kini pihak pembela masih gagal untuk membuat rumusan hujah penggulungan.

Kes ini telah memakan masa lebih tiga tahun selepas Anwar didakwa di mahkamah pada 7 Ogos 2008.-AIDC

Tanda-tanda Awal Kejatuhan Pakatan Haram Di Selangor !


Papan iklan ini memberi pertanda kejatuhan kuasa Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Hassan Ali di Selangor... 
Sayonara bro!

Gambar ini aku rakam masa aku keluar mengeteh (minum teh) bersama rakan-rakan aku malam tadi... Nak pecah perut kita orang ketawa apabila melihat papan iklan menifesto PKR ni runtuh! dalam hati aku berkata... inilah petanda kejatuhan Pakatan haram di Selangor!

15 July yang lalu aku ada membuat posting berhubung isu papan iklan ni... pada artikel bertajuk : 5 Penampar Tapak Tangan Untuk Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Hassan Ali. Baca di sini...

15 July sampai sekarang bulan Dec dah masuk 5 bulan bro... itu belum masuk 2 tahun papan iklan ni tersadai di Pinggiran Gombak, turut mencemarkan keindahan kawasan tersebut...


Muka pun dah tak nampak!

Agaknya Ahli Parlimen Gombak buat apa masa ni? aduuuiiihhh... apa kerja si Azmin Ali rrr... Duduk mengangkang kat rumah je ker?

Apa kah benar janji-janji Pakatan Pembangkang dilaksanakan selepas PRU12? Haram !! Janji tinggal janji beb!

Pakatan Haram lebih mementingkan merebut kuasa politik berbanding dengan pertumbuhan ekonomi negara yang mampu menjamin kesejahteraan yang berterusan kepada keseluruhan rakyat Malaysia.

Masa depan Malaysia dan generasi akan datang adalah terletak ditangan rakyat. Rakyat kini bijak dan berkuasa menentukan masa depan mereka dan negara.

Jadi fikir-fikirkan lah...

Video Eksklusif KJ : Transformasi Politik DS Najib Seiring Dengan Hala Tuju Generasi Muda... #PAUMNO



Pergerakan Pemuda UMNO menyambut baik transformasi politik Datuk Seri Najib Razak yang dilihat seiring dengan hala tuju generasi muda.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mengulas ucapan dasar yang disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2011.

Selanjutnya... dengar sendiri, video URL: http://youtu.be/jUVQ9phD4AE

BN Pilihan Orang Muda!

Nik Aziz Nyanyuk Terlampau + Sewel !


Nampaknya, Nik Aziz ni dah sewel agaknya... Nik Aziz kata beliau tidak berasa duka cita dengan tindakan penceramah Pas yang mengangkat dirinya sebagai nabi!

Nik Aziz juga tidak akan menasihatkan penyokong PAS supaya jangan taksub kepadanya. Adakah ini bermakna "assukut alamaturridho" - diam tanda setuju!

Sabda Nabi وَإِنَّهُ لاَ نَبِيَّ بَعْدِي، وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ yang bermaksud ” Sesungguhnya tiada Nabi lagi selepasku, yang ada selepas ini adalah Khalifah-Khalifah “.

Ianya jelas dan perkara ini umum mengetahuinya, tetapi bilamana ada kesamaran hujah yang disampaikan sedikit sebanyak ia akan mengelirukan umat Islam.

Sesungguhnya pintu untuk bertaubat masa terbuka kepada puak PAS....

---

Nik Aziz tidak akan bertanggungjawab

KOTA BHARU 5 Dis. - Walaupun menegaskan nabi dan ulama tidak boleh disamakan, namun Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan, beliau tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakan seorang penceramah, Shamsul Zaman Sukri atau 'Ustaz Budak' menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan tersebut berkata, beliau tidak berasa duka cita dengan tindakan penceramah Pas terbabit walaupun ia menyentuh soal akidah.

Berdasarkan pendirian itu, katanya, beliau berpendapat tidak perlu memberi nasihat kepada penyokong Pas supaya tidak terlalu taksub dengan pemimpin.

"Saya tidak tahu hujung pangkal 'budak' itu (Shamsul Zaman), jadi saya tak mahu jawab yang itu. Saya tidak bertanggungjawab, dia kena tanggungjawab, saya tidak hubungi budak itu, pihak lainlah yang menghubungi budak itu.

"Saya hendak jawab begini, kalau orang menyamakan saya dengan nabi adalah kufur, maka orang Islam tolak Islam juga kufur, sama ada tolak Islam berganti dengan demokrasi atau kebangsaan juga boleh membawa kepada kufur serupa jugalah. Saya tidak ada apa (dukacita), dia kata," katanya pada sidang akhbar di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Nik Aziz dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.

Mereka turut berpendapat bahawa ikon Pas tersebut perlu bertanggungjawab kerana beliau yang membuatkan penyokong parti tersebut taksub kepada pemimpin.

Ia ekoran pendedahan rakaman video ceramah Shamsul Zaman yang menyamakan Nik Aziz dengan nabi dengan bersandarkan hujah 'ulama adalah pewaris nabi' oleh sebuah portal, detikperubahan.com. -Utusan