Thursday, December 29, 2011

Siapa Tipu Siapa? Hasan Ali Atau Nik Aziz?

Siapa tipu siapa sebenarnya ni? Kalau tak kencing pembaca memang bukan Harakah namannya...

Semalam Nik Aziz mengesahkan beliau berjumpa dengan Hasan Ali memohon maaf, serta menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS...

Hari ini dalam satu keyataan media Hasan Ali menafikan kenyataan tersebut. Apa kesss....

Jelas Harakahdaily di gunakan oleh pemimpin tertentu dalam PAS untuk mengaibkan pemimpin politik...

Sedangkan pemimpin PAS sendiri pun diselewengkan faktanya inikan pula pemimpin UMNO yang sering difitnah menerusi Harakahdaily... Memang lawak betul Harakah kah kah kah...


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.

Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya.

"Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hassan," kata Nik Aziz kepada wartawan di sini. Harakahdaily



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Dr Hasan Mohamed Ali hari ini menafikan laporan media rasmi PAS, Harakahdaily berkenaan laporan dia pergi berjumpa Mursyidul Am untuk meminta maaf di Kelantan kelmarin.

Sebaliknya, menurut bekas Pesuruhjaya PAS berkenaan, tujuan dia ke Kelantan adalah untuk menghadiri majlis mahabbah melibatkan dirinya dan Nasharudin Mat Isa, bersama-sama pemimpin tertinggi PAS.

“Sebenarnya saya dijemput untuk menghadiri satu majlis mahabbah melibatkan saya dan Nasharudin Mat Isa bersama-sama dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din di kediaman rasmi Tuan Guru Mursyidul Am di JKR 10 Kota Bharu.

“Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.

“Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Laporan Harakahdaily semalam menyebut Hasan Ali (gambar) dan Nasharuddin berjumpa Nik Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar tersebut untuk meminta maaf terhadap beberapa isu sebelum ini dan menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti.

Kenyataan itu turut disahkan oleh Nik Aziz sendiri, malah beliau turut bercadang untuk membuat kenduri kecil-kecilan bagi meraikan perkara tersebut.

Tambah Nik Aziz, pertemuan tersebut dianjurkan oleh PAS Pusat dan menurutnya, “sekiranya PAS Pusat tidak mengatur pertemuan itu sekalipun, saya akan panggil dia.”

“Saya berharap PAS Pusat dapat menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan rancangan berkenaan,” katanya.

Malah, beliau yakin, perkara itu tidak lagi akan dijadikan isu oleh Umno ekoran ruang mereka untuk tujuan itu sudah tertutup rapat.

Sementara itu, menurut Hasan, majlis mahabbah tersebut berlangsung dengan penuh kemesraan, keakraban dan keikhlasan dan antara perkara yang disentuh termasuklah halatuju parti, persediaan PRU 13, dan perjalanan Harakah sebagai lidah rasmi parti.

“Kami telah memberikan penjelasan, pandangan dan input untuk diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti demi mengukuhkan perjalanan parti dan sokongan rakyat terhadapnya,” kata Hasan lagi.

Sehubungan itu, Hasan turut menzahirkan rasa terharu terhadap penghargaan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan terhadapnya dalam meneruskan perjuangan untuk memartabatkan Islam di negara ini.

Adam Adli Takut Kena Tumbuk... Batalkan Program Pidato Di Padang Kota


Mamat luncai Adam Adli dan SMM hari ini membatalkan hasrat mereka untuk meneruskan jelajah serahan memorandum dan sudut pidato Kebebasan Akademik di Padang Kota Penang.

Program tersebut ialah anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bersama Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) yang akan mengadakan jelajah ke semenanjung Malaysia untuk menyampaikan mesej serta tuntutan mereka.

Nah.... baru nak mulakan perjuangan dah terkincit di tengah jalan.... Piraaahhh mabuk...

Jangan main-main dengan otai penang bro... selanjutnya baca disini...

Kor Ming Terkincit Dengan Blogger Sekupangduas... Tidak Muncul Serahkan Surat Saman

Mantop abang brader aku... 

Kisah Sekupangduas menerjah kes salah guna kuasa Nga kor Ming kini hangat di media arus perdana mahupun alternatif... Kor Ming menggunakan beberapa taktik untuk mengertak Sekupangduas... Antaranya ialah mahu menyaman blogger Sekupangduas supaya tutup mulut... dan yang terbaru dengan menggunakan taktik lapok menghantar peluru yang kononnya dihantar untuk mengancam nyawa Kor Ming...

Utusan - Penulis blog Sekupangduas, Ahmad Sofian Yahya hari ini mengotakan kata-katanya dengan hadir di pejabat DAP negeri untuk menerima sendiri surat saman daripada Setiausaha Agung DAP Perak, Nga Kor Ming berhubung dakwaan salah laku pemimpin itu.

Bagaimanapun, hasrat Ahmad Sofian, 47, yang tiba kira-kira pukul 10 pagi untuk bersemuka dengan Kor Ming tidak kesampaian apabila Ahli Parlimen Taiping itu tidak muncul.

Sebaliknya, hanya Naib Setiausaha Eksekutif DAP, Siew Lee Wah yang hadir untuk mendapatkan butiran diri Ahmad Sofian sambil memberitahu, Kor Ming tidak berada di bandar raya itu buat sementara waktu.

Lee Wah bagaimanapun mengesahkan, Kor Ming mengetahui mengenai hasrat Ahmad Sofian untuk datang bersemuka dengannya hari ini selepas membaca entri terbaru penulis blog itu semalam.

Ahmad Sofian yang ditemui pemberita mendakwa, tindakan Kor Ming untuk memfailkan saman hanya bertujuan menakut-nakutkannya daripada mendedahkan dakwaan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan pemimpin DAP itu.

''Ini hanya satu taktik untuk menakut-nakutkan saya, tapi saya akan teruskan sehingga rakyat mengetahui kebenarannya," katanya sambil menyatakan kesediaan untuk membantu pihak berkuasa bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupangduas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit sut ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.

Dokumen itu mendedahkan, Ethan dan Elton, syarikat yang isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.

Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 sut rasmi yang pada asalnya ditawarkan kepada syarikat Goodman Tailor pada 3 April 2008, kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas 'dicadangkan' kerajaan negeri ketika itu.

Pendedahan itu mencetuskan kemelut dalam kepimpinan DAP apabila Naib Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran mahu Kor Ming memberi penjelasan terperinci berhubung dakwaan tersebut kerana ia boleh menjejaskan imej parti.

Ditanya mengenai cakap-cakap bahawa pendedahan itu melibatkan pejabat Menteri Besar Perak, Ahmad Sofian menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

''Saya sedar banyak spekulasi akan timbul apabila saya mendedahkan apa yang sepatutnya rakyat tahu, tetapi saya ingin tegaskan tiada siapa yang berada di belakang saya," katanya.

Anwar Dikata Imam Mahdi, Melebihi Batasan - Dr Asri


INI kes serius dan sudah melampau ... sebab itu bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin dalam akuan twitternya guna istilah 'pemujaan' bila rujuk video ceramah pemimpin PKR Dr Badrul Amin Bahrom yang isytihar Datuk Seri Anwar Ibrahim 'pemimpin yang ditunggu' untuk membebaskan Masjid Aqsa.

Kisahnya bila video bertajuk lebih empat minit bertajuk ANWAR IBRAHIM IALAH IMAM MAHDI? tersebar di laman youtube.

Yang tukang sebar blog pro pembangkang juga, mungkinbaru sedar karut-marut yang pemimpin PKR sumbat pada ahli-ahlinya.

Dalam ucapannya Badrul Amin tidak pulak sebut Anwar itu Imam Mahdi... Tidak ada sama sekali.

Tapi dia membayangkan bahawa Anwar merupakan pemimpin dari Timur yang ditunggu-tunggu untuk menyatukan umat Islam dan negara-negara Arab.

Bagi yang biasa dengan pengajian Islam, memang ada hadis yang sebut pemimpin yang adil dan menyatukan umat Islam di akihir zaman adalah pemimpin dari Timur.

Pemimpin tersebut juga akan membebaskan Masjid Aqsa yang kini dikuasai oleh Israel.

Ekoran penyebaran video ceramahnya ,Badrul Amin memberitahu demikian dalam laman facebooknya:

"Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang tersebar dalam beberapa laman web kononnya saya menamakan Anwar Ibrahim sbg Imam Mahdi. Saya tidak pernah sekalipun menyebut nama Imam Mahdi dalam ceramah-ceramah saya. Saya hanya menyebut potensi Anwar sebagai pemimpin dari Timur yang mampu menyatukan Dunia Arab sekaligus membebaskan Al-Aqsa."

Menurut Dr Asri, dulu pemimpin Al Arqam, Ashaari Muhamad pun pernah dakwa dia pemimpin yang dijanjikan tuhan menyebabkan fanatik dan merosakkan pengikut.

"Elakkan dakwaan seperti itu, banyak kesannya," kata beliau dalam akuan twitternya @realdrmaza.

Asri sebelum itu mengulas dakwaan Badrul Amin, katanya "Saya rasa pemujaan Dr Badrul Amin terhadap DSAI melebihi batas yang patut. Ia sudah ke peringkat yang bahaya.Harap dibetulkan," tulisnya sambil tweet url video tersebut.

Kita tunggu apa pulak reaksi JAKIM selepas ini. Apapun bagi yang waras, kalau nak bodek pun dan nak puja sakan Anwar menjelang keputusan kes liwat 9 Januari ini...padan patutlah... -Agendadaily

Video tersebut boleh ditonton di sini

Retak Sudah Terbarai... Azmin Ali Dedahkan Skandal Nurul Izzah !


Semakin dekat pada tarikh hukum kes liwat Anwar Ibrahim... di lihat semakin berderai-derai parti puak Keldai ni... Nampaknya masing-masing cuba untuk menguasai parti tersebut sekiranya Anwar Ibrahim check in di Hotel Besi Sungai Buluh nanti... 

Memang pada awal lagi aku sudah menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku, berdasarkan pada percaturan yang dilakukan oleh Nurul Izzah untuk pancung kedudukan Azmin Ali.

Azmin Ali menaruh harapan kepada parti agar beliau di beri kepercayaan untuk meneraju parti tersebut, seperti yang telah di janjikan oleh Anwar Ibrahim sebelum ini... Namun ianya tidak di restui oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah di atas sebab-sebab tertentu....

Sila rujuk di sini :


Jadi tidak hairan lah kenapa Azmin Ali membuat serangan kepada Nurul Izzah.....

SURAT TERBUKA KEPADA PARA REFORMIS DAN ANGGOTA PARTI KEADILAN RAKYAT

Tuan-tuan dan puan-puan anggota PKR yang dihormati,

JANGAN BENARKAN NURUL IZZAH BAWA ZAID IBRAHIM SERTAI PKR SEMULA!

Telah menjadi rahsia umum bahawa Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mempunyai hubungan akrab dengan Presiden Parti KITA Zaid Ibrahim. Dalam sesi pemilihan PKR 2010 yang lalu, Nurul Izzah dan Zaid dilihat telah mengatur beberapa gerak kerja dalam PKR khususnya untuk kempen politik mereka. Namun, hanya Izzah yang berjaya menduduki kerusi Naib Presiden sementara Zaid kalah kepada musuh ketat politik beliau, Azmin Ali.

Hubungan rapat Nurul Izzah dan Zaid tetap berlanjutan hingga ke hari ini biarpun selesai pemilihan 2010 dan Zaid dengan penuh dendam telah bertindak mengkhianati PKR dan menubuhkan parti KITA. Penubuhan KITA tidak dilihat sebagai masalah kepada Nurul Izzah yang masih terus dan kerap mengadakan pertemuan dengan Zaid. Hubungan politik mereka diaturkan oleh Setiausaha Politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil yang merupakan bekas hos rancangan Fairly Current Show di bawah produksi Ezra Zaid iaitu anak Zaid Ibrahim. Fahmi dan Ezra adalah kawan baik yang menjadi agen dalam mencatur agenda politik Nurul Izzah dan Zaid.

Maka tidak mengejutkan menjelang pilihanraya umum akan datang, Zaid yang sebelum ini galak menyerang PKR, kini dilihat kembali berlembut dengan PKR sehingga tanpa segan silu berani menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan yang kini dipegang oleh YB Hee Loy San. Menurut beberapa sumber dalaman dari Parti KITA, Nurul Izzah dan beberapa orang pimpinan PKR yang lain telah bersetuju melobi Zaid untuk bertanding menggunakan tiket PKR atau PAS. Hal ini menyebabkan Zaid telah mengeluarkan kenyataan bahawa KITA tidak akan bertanding di mana-mana kawasan sekiranya menjejaskan peluang Pakatan Rakyat.

Pastinya Zaid yakin dengan kemampuan Nurul Izzah untuk mengaturkan peluang bagi dirinya bertanding menggunakan tiket PKR dan platform Pakatan Rakyat. Sebagai Naib Presiden paling kanan dalam PKR dan anak kepada Anwar Ibrahim, Nurul Izzah pastinya mampu memanipulasi ayahnya dan setidak-tidaknya dapat membuka ruang buat Zaid menyertai PKR dan Pakatan Rakyat semula.

Saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan anggota dan pendukung PKR seluruhnya supaya mengambil perhatian serius berhubung perkembangan ini. Ingatlah siapa Zaid Ibrahim, yang dahulunya pernah mencaci dan menghina kepimpinan PKR termasuk mengaibkan Anwar Ibrahim sebagai “pemimpin yang bermasalah dan tidak layak menjadi Perdana Menteri” dan juga pernah melabel mantan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali sebagai “si tua nyanyuk”.

Perlu diingatkan bahawa ketika mana parti sedang berdepan dengan kemungkinan akan kehilangan Anwar Ibrahim, pastinya ada anasir jahat dari luar yang tidak akan berhenti dari memecahbelahkan parti. Jangan kita benarkan seorang lagi ‘Hasan Ali’ muncul di dalam PKR. Nurul Izzah perlu sedar bahawa status beliau sebagai anak kepada Anwar Ibrahim tidak semestinya akan merestui semua tindakan politiknya. Keutuhan parti perlu dipertahankan. Jangan benarkan Nurul Izzah membawa Zaid Ibrahim kembali ke dalam PKR!

REFORMASI!!!

Wednesday, December 28, 2011

Identiti Penuh Blogger Pembangkang Ameno World Dibongkarkan... @AmenoWorld


Kah... kah... kah... kah.... tembelang sudah pecah! adeeehhhh! tak tahan sakit perut dol....sekarang semua orang dah tahu siapakah gerangan bohsia Anwar ni! 

Pendedahan Eksklusif dari MyMassa membongkar siapa sebenarnya blogger di sebalik nama pena AMENO WORLD. 

AMENO WORLD menonjolkan dirinya sebagai seorang blogger wanita yang bernama Siti Norashikin. Mungkin jiwa dia lebih kepada wanita tu pasal dia suka cari jantan... 

Korek punya korek last-last dapat maklumat... sebenarnya Ameno ini adalah seorang lelaki dan merupakan blogger upahan kepada Anwar Ibrahim.... Maklumat ini sudah lama di ketahui oleh blogger Pro-Umno cuma tunggu masa yang sesuai saja nak londeh kan dia ni... 

Perghhh stok kunyit rupanya...

Inilah wajah sebenarnya blogger haramjadah yang menyamar jadi bohsia kepada blogger puak pakatan haram....


Selain daripada itu, blogger Ameno atau nama sebenarnya Ahmad Sahimi juga berselindung sebagai sebagai seorang blogger pro PAS bagi mengelak indentitinya di kesan...  Dia juga mempunyai agenda tersendiri dimana  tugasan utamanya untuk memburukkan nama PAS... 

Lihat sajalah cara penulisanya di blog, twitter dan FB... Pakai tudung konon baik sopan santun tapi bawa konsep politik lucah dengan caci maki sumpah seranah semua ada... 

Sepandai-pandai tupai melompat... akhirnya jatuh ke tanah juga.... Mampus sape yang pernah kena ngurat dengan Ameno ni.... sah tak boleh tido malam hari ni....


Maklumat penuh mamat ni...

710715085XXX
AHMAD SAHIMI BIN SHAARI
65 KG SURIA JAYA
DI TAMAN SURIA JAYA
JALAN CHERAS
017-5848188

Maklumat dari laman web SPR



Fail MS Excel di Google

Seterusnya baca pendedahan penuh di sini... dan di sini...

Nga Kor Ming Terima Peluru Hidup Dan Ancaman Maut!!


Setiausaha DAP negeri Perak, Nga Kor Ming hari ini menerima ancaman kematian dan peluru dalam sampul surat yang dialamatkan kepadanya dan diposkan kepada kedua ibu bapanya.

Nga, berkata bahawa ibunya Tan Chan Bee, 64, mendapati nota dan peluru dalam peti surat di rumah mereka di Ayer Tawar.

"Ibu bapa saya terkejut melihat peluru dan ancaman kematian dalam hidup saya. Ia adalah suatu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan kejam, "kata Nga.

Nota dalam Bahasa berbunyi: 'Cina kurang ajar Yeop, bagi tiga pilihan: 1 mampus cepat dengan Peluru 2   Mampus perlahan-lahan dengan asid yang disimbah muka  3 mampus  Mampus perlahan-lahan dilanggar dengan sebuah kereta. Gunakan kerusi roda. -  Ini adalah amaran dari orang Melayu jangan kurang ajar. '

Power siuuuuttttttt! Nampak sangat ini hanya satu lakonan terhebat dari puak DAP! macam cerita Hollywood pulak dah! tak habis-habis hantar peluru untuk lari dari masaalah mereka!

Weh Kor Ming jangan cuba nak alih perhatian la.... Kata nak saman sekupangduas.... tup.. tup.. keluar cerita dapat peluru pulak! Apa kes?? Jangan lari Kor Ming!!! Jangan buat hal.... Jangan nak cetuskan peristiwa berdarah 13 Mei!!!!

Jelas dilihat... Nga Kor Ming seolah-olah cuba mahu mempersalahkan blogger Sekupangduas! Kor Ming jangan rasis sangat! jangan cabar orang melayu!!!

Berita terdahulu Ahmad Sofian, 47, menyahut cabaran Kor Ming yang menuduhnya mengada-adakan bahan bukti dalam sebuah artikel yang disiarkan di portal berita propembangkang sebelum ini.

Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupang-duas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit kot ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.

Dokumen itu mendedahkan Ethan and Elton, syarikat yang mana isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai salah seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.

Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 kot rasmi yang pada asalnya ditawarkan kepada Goodman Tailor pada 3 April 2008 kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas disyorkan oleh kerajaan negeri pada ketika itu.

Baca juga di sini.. TEMAN DAH TUNGGU, NGA TAK PERLU KECOH LAGI

Kawan Rapat Mat Sabu Ditangkap Khalwat



Kes Mat Sabu di tangkap khalwat di bilik 121, kini berulang kembali... Tapi kali ni yang kantoi ialah kawan rapat Mat Sabu... Mungkin Mat Sabu dah turunkan ilmunya untuk memikat hati isteri orang...

Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu.

Menurut sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips), ahli politik berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga, ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam kereta Proton Wira, berhampiran semak-samun.

Menurutnya, kelibat pasangan itu pada awalnya disedari sekumpulan ahli SRS Kampung Sungai Baru, Sungai Batu Pahat sebelum imam kampung dipanggil untuk menyoal siasat pasangan berkenaan.

“Mereka kemudian ditahan selepas gagal menunjuk-kan dokumen sebagai bukti hubungan mahram atau suami isteri sebelum diserahkan kepada Jaips untuk tindakan selanjutnya.

“Laporan ke atas kedua-dua pasangan itu turut dibuat di Balai Polis Kangar sebelum dijamin oleh keluarga masing-masing,” katanya di pejabat Jaips, semalam.

Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan dan pasangannya hadir ke pejabat Jaips semalam, untuk memberikan keterangan selama sejam.

“Keterangan tertuduh mula diambil oleh pegawai Jaips pada 9.45 pagi dan berakhir 10.45 pagi, dimulakan dengan tertuduh lelaki diikuti dengan pasangannya.

“Buat masa ini, Jaips memutuskan 18 Januari 2012 sebagai tarikh permohonan agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, memandangkan kami masih menunggu keterangan saksi yang menahan pasangan itu termasuk imam masjid,” katanya.

Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis, 1991 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Apa kejadahnya trend orang PAS ni suka main dengan bini orang? Adeeehhh rosak-rosak!

Ronnie Liu Gangstar Besar Di Klang


Ikuti pendedahan dari Sel13.com yang mendedahkan kegiatan Ronie Liew Ronnie Liu yang semakin bermaharajalela di Klang... Perlukah rakyat menyokong seorang gengstar besar untuk menjadi wakil rakyat?? Ingat... PRU ke 13 nanti, jangan buat silap lagi....


Seperti yang kita semua maklum Ronnie Liu adalah seorang gangstar yang banyak terlibat dengan kerja-kerja underground sebelum menjadi wakil rakyat lagi. Dia pernah terlibat dengan sindiket pelacuran dan pelbagai kegiatan gelap lagi.

Selepas menjadi wakil rakyat dan diangkat sebagai exco kerajaan tempatan Selangor, maka dia telah pun menjadi taikun besar. Segala kegiatan-kegiatan haram di Selangor semuanya dikawal olehnya maklumlah dia yang berkuasa keatas agensi kerajaan tempatan.

Ronnie pernah menunjukkan kuasa ‘abang besar’ nya terhadap kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam apabila meminta mereka memulangkan arak-arak yang dirampas.

Ronnie juga pernah terlibat dengan pengeluaran surat-surat palsu untuk untuk projek-projek Majlis Perbandaran Klang yang bernilai jutaan ringgit .

Selain itu dia juga bersekongkol dengan taikun-taikun cina yang terlibat dengan pencurian pasir di Selangor.

Jika hendak disenaraikan , kegiatan-kegiatan haram Ronnie memang terlalu banyak. Blog Unspinners ada menulis tentang kegiatan haram Ronnie di sini dan banyak lagi ada di sini.

Walaupun pendedahan demi pendedahan yang dilakukan , tetapi Ronnie tetap tidak dialihkan dari kerusinya oleh Khalid Ibrahim dan DAP kerana bagi mereka Ronnie telah menjalankan ‘tugasnya’ dengan baik bagi mencari dana-dana haram untuk mereka. Bagi mereka Ronnie adalah pakar dalam hal kegiatan-kegiatan gelap dan hanya orang yang pakar sahaja yang boleh berurusan dengan gangstar serta kumpulan mafia.

Terbaru adalah berkenaan dengan perlantikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang. Jawatan tersebut kosong sejak beberapa bulan yang lepas, tetapi tidak diisi sehingga kini kerana calon-calon yang ditemuduga tidak kena dengan selera Ronnie selaku exco PBT.

Klang adalah lubuk kepada segala kegiatan haram samseng-samseng cina. Apabila tidak ada YDP maka sudah tentulah si samseng-samseng bermarajalela dengan perniagaan-perniagaan haram mereka. Ronnie sengaja membiarkan jawatan berkenaan kosong dalam tempoh yang lama kerana ibarat kapal tanpa kapten maka sudah tentulah pelayaran yang dikawal oleh anak-anak buah tidak sempurna.

MB Selangor pula tidak boleh bercakap banyak kerana Klang adalah lubuk DAP dan membiarkan DAP terus bermarajalela disana.Selagi tidak ada calon yang boleh dicucuk hidung oleh Ronnie untuk mengisi jawatan YDP MPK , maka selagi itulah jawatan berkenaan akan dibiarkan kosong oleh mereka.

Sumber Sel13.com

Chegu Bard Dakwa Ada Sabotaj Dalam PKR

Semalam beberapa NGO membuat laporan polis ke atas sebuah akaun twitter yang menggunakan nama 'AMK Rembau', kerana menghina DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Kemudian pihak polis membuat siasatan kepada beberapa ahli AMK Rembau termasuklah Chegu Bard.

So... mamat ni pun tak puas hati... macam-macam lah dia merapu dalam twitter semalam....



Chegu Bard kata ada pihak dalam PKR dengki khianat kepada beliau... sapa kah gerangan orang yang di tuduh oleh Bard? adakah Sam ketot atau Rafizi lembu?

Timeline Cik Bard meroyan dalam twitter... 

chegubard che'GuBard
1. Baru lepas (jaminan polis) krn Umno buat laporan polis di Ampang atas satu twitter atas nama amk rembau konon hina raja. (Samb..)

chegubard che'GuBard
2. Spt biasa krn laporan dr Umno maka polis tindak tegas tangkap saya dan kini sedang dlm perjalanan tangkap ketua amk rembau&bekas ketua

chegubard che'GuBard
3. W/pun saya brtegas akaun twitter 'amk rembau' xada kena mngena dgn kami namun polis rampas BB& cuba cari laptop saya trmasuk milik cabang

chegubard che'GuBard
3.Akaun'amk rembau'ni wujud sejak pmilihn lepas dbuat olh pihak yg ingin memburukkn saya.Ini strategi politik jahat yg brlaku dlm PKR sndiri

chegubard che'GuBard
4.Akaun palsu twitter, FB dll memang merupakan taktik jahat menjatuhkan saya.Kerana byk masalah pemilihan yg tak selesai maka..

chegubard che'GuBard
5.Maka strategi menggunakan akaun palsu termasuk twitter 'amk rembau' ini tetap berterusan..saya yakin ini dibuat oleh musuh dlm PKR sendiri

chegubard che'GuBard
6.Mereka sngaja mbuat tweet yg mlampau utk mmerangkap&kemudian Umno sambut,kesempatan ini diguna oleh polis utk memasuki ruang rahsia gerakn

chegubard che'GuBard
7.Seharusnya dlm pd masa skarang ni mereka yg menang pmilihan tumpu g/kerja perkasa parti dan mobilisasi membela Anwar ttp malang sebaliknya

chegubard che'GuBard
8.Saya tak punya masa utk layan mereka yg sibuk main politik dalaman kotor& jahat ini. Saya sendiri tak cukup masa..

chegubard che'GuBard
9. Dan kmampuan utk grak kempen nasional spt ABU dan perkukuh SAMM dll. SAMM baru saja selesai edar percuma dvd kesedaran 30ribu keping..

chegubard che'GuBard
10....Edar 35ribu risalh isucincin & prbagai lagi tanpa 1sen sumbangn dana besar yg dterima.SAMM sudahmula siri latihn utk kader sluruh negara

chegubard che'GuBard
11.Kami tak pernak komplen tanpa jawatan atau bantuan kami terus bina kekuatan muda tumbang Umno ttp..

chegubard che'GuBard
12.... Ttp ada yg sdg nikmati perbagai 'kemewahan' terus nikmati keselesaan utk buat kerja pancung dan bermain politik dalaman semata-mata

zainolanol Zainol Abidin
by chegubard@
@chegubard kelompok itulah yg akan mula2 lompat keluar drpd parti jika Anwar dipenjarakan atau parti mengalami kesusahan !!

chegubard che'GuBard
@anarqiyellow saya telah guna semua cara termasuk aduan dalaman dsb...

chegubard che'GuBard
Wah hebat 'kesayangan bos'... Dh cipta masalah terus lari ke Indonesia...

chegubard che'GuBard
Lepas sahaja dr siasatan Pdrm terus ke melaka utk taklimat umum..penggerak dsana maklumkn usaha ada pihak yg cuba gagalkn prog...Sedih...

chegubard che'GuBard
Saya ditahan krn permainan jahat politik dalaman yg diambil kesempatan oleh regim klik kenyataan @diosanisamm bit.ly/vUpgEq"

chegubard che'GuBard
@AidilSAMM ada gunting dlm lipatan..

Jelas disini... perjuangan Chegu Bard dalam PKR adalah semata-mata untuk kepentingan Anwar Ibrahim bukan membela nasib rakyat... fikir-fikirkan lah.. Jangan jadi alat kepada Anwar Ibrahim...

Sendiri yang buat bila kantoi tuduh orang lain pulak!