Tuesday, January 17, 2012

Bakar Poster Menteri Besar Perak, Perbuatan Khianat Yang Semakin Terdesak...


Papan iklan yang memaparkan sentuhan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang didirikan di Masjid Tinggi, Bagan Serai dicemburui oleh pihak tertentu sehingga ada yang bertindak membakar poster tersebut.

Poster tersebut dipasang sempena lawatan Perdana Menteri ke Daerah Kerian, dua hari lalu.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung poster wajahnya, dibakar pihak tidak bertanggungjawab pagi semalam.

Beliau berkata tindakan pihak tersebut kemungkinan disebabkan kemarahan mereka terhadap perjuangannya untuk membela serta memperjuangkan nasib rakyat supaya sayang dan kasih kepada Barisan Nasional (BN).

"Mungkin pihak itu geram tengok poster yang tertera gambar saya bersama orang tua dan di situ ada tulisan "Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir". Bagaimanapun saya tidak menuduh sesiapa sebab kita tak tahu siapa yang buat.

"Saya serahkan kepada polis untuk siasatan...dia (pihak) yang buat macam itu, orang ramai dapat menilai sikap dan cara kita, jadi orang tahu siapa sebenarnya yang buat perangai macam ini. Saya serah kepada polis untuk siasat," katanya.

Sementara itu, ketika bertemu Ketua Pemuda Umno Bagan Serai Sharudin Ahmad pada majlis itu, beliau berkata laporan polis berhubung perkara itu akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Kerian kira-kira pukul 3 petang semalam.

Ugutan Pelajar USM Serius, Motif Hasut! Bom Helikopter DS Najib


Penuntut tahun empat Universiti Sains Malaysia (USM) yang ditahan kerana menulis kenyataan berbaur ugutan di laman sosial ‘Facebook’, disiasat secara menyeluruh membabitkan setiap aspek.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, siasatan dilakukan kerana polis beranggapan kenyataan penuntut itu adalah serius berikutan mengandungi motif menghasut serta menimbulkan kemarahan pihak lain.

“Pelajar tahun empat pengajian kejuruteraan universiti itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) semalam (Ahad).

"Siasatan dilakukan seluruh aspek memandangkan pengetahuan kejuruteraan serta rangkaian hubungan pelajar itu perlu dinilai bagi memastikan keseriusan motif kenyataan itu dilakukan," katanya kepada media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang semalam.

Menurutnya, walaupun penuntut itu mengakui tindakan mengemas kini status di laman Facebook miliknya itu hanya gurauan, namun polis tidak boleh mengambil mudah isu berkenaan kerana ia melibatkan pemimpin negara, yang sekali gus mampu boleh menyebabkan suasana porak peranda.

Bagaimanapun dia dibebaskan dengan jaminan polis bagi membolehkannya mengambil peperiksaan akhir semester yang sedang berlangsung.

“Kita menyiasat kes ini di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu untuk mengenal pasti tujuan pelajar terbabit berbuat demikian, sama ada benar gurauan ataupun tidak.

"Kes ini akan disiasat di bawah seksyen ini sehingga kita dapat penemuan hasil siasatan. Jadi setakat ini kita benarkan dia menghadiri peperiksaan pada hari ini (semalam) dengan jaminan polis. Kita juga tidak mahu mengganggu dia mengambil peperiksaan,” katanya.

Ayub berkata, penuntut itu akan disiasat jika diperlukan selepas tempoh satu bulan dan akan dipanggil untuk membantu siasatan pada bila-bila masa jika polis memerlukannya.

Beliau turut mengesahkan tiga laporan polis dibuat terhadap penuntut itu berkaitan kenyataannya itu.

“Pengguna laman sesawang dan sosial dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya mengemas kini dengan maklumat berbaur ugutan atas alasan bergurau kerana ia boleh mengakibatkan tindakan diambil mengikut peruntukan undang-undang sekiranya didapati mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

Penuntut USM kampus kejuruteraan di Nibong Tebal ditahan polis semalam untuk diambil keterangan berhubung tindakannya membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman sosial Facebook.

Dalam statusnya itu, penuntut berusia 24 tahun mengajak pihak lain meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke kampus itu minggu depan.

Antara yang ditulis penuntut itu ialah "Najib datang ke kampus... mari bom helikopter beliau."

Sementara itu, Naib Canselor USM, Datuk Dr Omar Osman dalam kenyataannya berkata, USM memandang serius kes pelajar yang meletakkan kenyataan tidak sewajarnya yang boleh mengancam keselamatan dalam media sosialnya.

“USM menghargai tindakan pihak berkuasa dan akan bekerjasama serta menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang negara. USM tidak akan berkompromi dengan perbuatan seperti ini.

“Pelajar, warga universiti dan semua pihak dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati serta sedar implikasi terhadap apa yang diletakkan di dalam media sosial apatah lagi apabila ia boleh mengancam keselamatan individu, masyarakat dan negara walau atas apa alasan sekali pun,” katanya.-Sinar Harian

Jaim Serbu Lubuk Pondan... Azwan Nok Lari Tak Cukup Tanah...


ALOR GAJAH - Taktik seorang pondan mengangkat kain hingga ke paras peha untuk menggoda anggota penguat kuasa sebelum melarikan diri gagal apabila dia akhirnya berjaya ditangkap tidak jauh dari lokasi serbuan di Kampung Telok Gong, Kuala Sungai Baru, dekat sini, awal pagi semalam.

Tangkapan itu dilakukan susulan tinjauan dan rondaan yang dijalankan anggota penguat kuasaan Majlis Perban­daran Alor Gajah (MPAG) bermula jam 10.30 malam, kelmarin bersama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) sebelum menemui suspek dalam sebuah bilik kecil kira-kira 2.15 pagi, semalam.

Operasi yang diketuai Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaim, Zurul Iman Zakaria bersama 16 anggotanya dibantu sepasukan­ anggota bahagian penguat kuasa MPAG diketuai Setiausaha MPAG, Shadan Othman mendapati lokasi terbabit menjadi ‘port’ golongan pondan dan lelaki normal dari luar melampiaskan nafsu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, semasa operasi, suspek yang berada dalam bilik itu seorang diri sedang berbaring di atas sebuah tilam nipis tidak menyahut panggilan anggota yang mengetuk pintu bilik berkenaan.

Menurutnya, kemudian pihaknya cuba meninjau dari tingkap jaring di tepi bilik kecil itu dan mendapati suspek sedang berbaring dengan hanya berpakaian kain batik serta baju singlet wanita.

“Ketika itu, dia hanya berdiam diri walaupun sedar kehadiran kami, namun enggan memberi kerjasama.

“Kira-kira 15 minit selepas itu, anggota meminta suspek keluar, namun enggan hingga memaksa kami memecahkan pintu bilik yang dibina daripada papan nipis,” katanya. Baca lagi di sini...

Apa-apa pun aku nak ucapkan sekalung tahniah kepada Azwan Nok yang telah mendapat penghargaan dari blogger tanah air, yang menobatkan Azwan Nok sebagai Bapok Tua :D Tahniah nok... semoga bahagia hingga ke......... ehh ada ke anak cucu?

Monday, January 16, 2012

Tutup Mulut, Semua Kena Ikut Nasihat Nik Aziz


Panas giliran Nik Aziz pula kena... Kenyataan Hasan Ali hari ini membayangkan pemimpin PAS sekarang jadi "tukang angguk-angguk geleng-geleng", siapa lawan Anwar atau DAP... buruk padahnya...

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hormati nasihat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memintanya supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu pemecatannya.

Namun, Hasan juga menegaskan, nasihat tersebut perlu diikuti oleh semua pihak termasuk pimpinan tertinggi Pas.

Beliau dipecat sebagai ahli Pas Ahad lalu.

Hasan berkata, walaupun keahliannya dipecat serta-merta, namun beliau masih lagi menganggap Menteri Besar Kelantan itu sebagai guru beliau.

Menurutnya, segala nasihat yang diberikan oleh Nik Aziz akan menjadi panduan utama dalam perjuangan beliau pada masa hadapan.

"Saya hormati Nik Aziz sebagai tok guru, beliau suruh tutup mulut, semua orang perlu tutup mulut, termasuk orang yang bercakap itu sendiri," katanya pada sidang media di kediamannya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan Nik Aziz agar beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengkritik dasar parti.

Kelmarin, Nik Aziz menegaskan tindakan Hasan terus membuka mulut dan bercakap secara terbuka, menunjukkan seolah-oleh beliau tidak cerdik dalam membuat keputusan.

Salahuddin Ayub @ Din Pudu Raya Di Sebut Sebagai Parasit PAS!


Siapa Parasit dalam PAS?

Ini soalan yang berlegar-legar dalam blogsfera ketika ini. Isu ini meletup apabila PAS mengamalkan ideologi kuku besi dengan memecat Hassan Ali tanpa usul periksa dan hanya bersandarkan kepada bisikan syaitan.

Tetapi semacam boleh dijangka bahawa parasit yang dikatakan oleh Hassan Ali ialah Khalid Samad. Ya..! dalam PAS Selangor semua pucuk pimpinan Kawasan dan Cawangan sedar akan pertembungan 2 figura ini. Kedua-duanya sama hebat dan sama berpengaruh.

Khalid Samad dilihat lebih berpengaruh dalam PAS Pusat tetapi standi Hassan Ali lebih konfiden dalam memupuk perpaduan semasa ahli. Hassan Ali lebih berpengaruh dalam PAS Selangor. Pendak kata, Hassan Ali lebih disenangi dalam gugusan akar umbi.

Banyak cakap-cakap menilai Hassan Ali berideologi pemerintah kerana asalnya Hassan Ali adalah Pegawai Kerajaan yang setia dalam mengurus agensi kerajaan BTN [sila betulkan jika saya tersilap]

Bagaimanapun, polemik pertembungan ini memuncak apabila isu penyaluran maklumat parti dalam isu Kerajaan Perpaduan telah mengakibatkan Khalid Samad telah digantung keahlian selama 6 bulan oleh PAS Pusat dan dendam ini cukup membara bila Hassan Ali hanya dikenakan amaran bertulis.

Dalam PAS Selangor terdapat 2 figura yang memusuhi Hassan Ali selain daripada Khalid Samad. Saari Sungip, walaupun langkah politiknya amat berhati-hati namun cita-cita besarnya dalam PAS Selangor telah membuatkan dia hilang pertimbangan. Sikap tamak haloba dalam menaiki hierarki parti menjadi punca dia antara seteru bergandingan dengan Khalid Samad untuk menumbangkan Hassan Ali.

Tetapi siapakah parasit yang dimaksudkan Hassan Ali mempunyai kedudukan dalam kepimpinan tertinggi PAS sehingga menyebabkan bisikan syaitan menjadi pengubat terhadap segala dendam kesumat?

Jangan kita tunding jari kepada Mahfuz Omar kerana tahap intelektualnya masih rendah dan cuma menjadi batu api dalam pertimbangan Datuk Mustafa Ali untuk membuat keputusan akhir memecat Hassan Ali.

Mengikut maklumat, figura yang paling lantang menghasut PAS untuk memecat Hassan Ali ialah Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS. Inilah individu yang beriya-iya mahu Hassan Ali dipecat memandangkan pernah kedengaran suara sumbang mahu penjelasan Salahuddin Ayub dalam kisah 'Puduraya' yang pernah mengegarkan mesyuarat PAS.

Salahuddin Ayub @ Din Puduraya yang membawa agenda mesyuarat penting untuk memecat Hassan Ali. Inilah parasit itu

Kini Salahuddin Ayub diam seribu bahasa.

Info tepat dari : g a R a m a N i s

200 Bekas Anggota PKR, DAP Nyatakan Sokong BN

Hampir 200 bekas anggota PKR dan DAP hari ini menyatakan ikrar menyokong Barisan Nasional (BN) dan sedia membantu parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Majlis melafazkan ikrar itu diketuai bekas Ketua Cabang PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda, yang kini menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak (Wawasan) di hadapan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Khusairi Talib yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Pada majlis Minum Petang Ikrar Sokong BN Bersama Menteri Besar itu di sini, Khusairi berkata beliau kagum dengan semangat yang ditunjukkan mereka dan akan menyampaikan ikrar itu kepada Zambry.

Sementara itu, dalam ucapannya Fauzi berkata beliau merupakan antara pengasas PKR di Perak pada 1999 dan mengambil keputusan keluar parti itu kira-kira 10 tahun lepas.

Keputusannya itu dibuat memandangkan kepincangan yang berlaku dalam pakatan pembangkang ekoran tiada parti teras serta perbezaan ideologi yang amat jelas, katanya.

Kaedah yang diguna pakai BN selama ini ternyata lebih berkesan dalampengurusan politik kerana Umno diakui menjadi parti teras oleh semua parti komponen lain, katanya.

Beliau berkata ia amat berbeza dengan pakatan pembangkang PAS-DAP-PKRsehingga menyebabkan berlaku perebutan kuasa sesama mereka serta jurang perbezaan pendapat sangat luas.