Friday, September 30, 2011
DS Najib: Kerajaan Tidak Mansuhkan Kuota Bumiputera
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa kerajaan akan memansuhkan kuota untuk bumiputera dengan menegaskan bahawa apa yang dinyatakan ketika berucap pada Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu adalah sebaliknya.
“Saya kata jangan terlalu bersandarkan kuota. Tenaga bumiputera mesti lebih berdikari dan sanggup berusaha dengan orang lain supaya ia akan jadikan kita lebih dihormati. Saya tak sebut sama sekali kuota dimansuhkan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, petang ini.
Najib yang juga Presiden UMNO turut memaklumkan bahawa anggota MT sebulat suara menyokong keputusan kerajaan untuk memansuhkan dua undang-undang baru dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
“Berhubung dengan cadangan kerajaan untuk memansuhkan beberapa enakmen termasuk ISA, MT menyokong sepenuhnya langkah yang akan diambil dan berpendapat bahawa ini adalah pelengkap kepada proses transformasi yang telah bermula dengan Transformasi Kerajaan (GTP), ekonomi (ETP) dan sekarang transformasi politik (PTP).
“Ini menunjukkan bahawa kita mempunyai agenda yang begitu komprehensif dan menyeluruh untuk membawa negara kita menjurus kepada sebuah negara yang bukan saja maju dalam bidang ekonomi tetapi juga dapat menjadi sebuah negara yang sejajar dengan negara-negara lain dalam mengamalkan demokrasi yang dikatakan moden dan progresif”.
Dalam perutusan sempena sambutan Hari Malaysia pada 15 Sept lalu, beliau berkata kerajaan akan memansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Akta Hukuman Buang Daerah 1959 serta mengkaji semula lain-lain Akta termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
Dalam masa yang sama beliau turut mengulas berkaitan permohonan maaf Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memohon maaf kepada kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan rakyat negeri Johor kerana menyinggung perasaan baginda berhubung satu kenyataan yang didakwa memburukkan negeri Johor.
“Kita sudah ada recordingnya dan perkara ini amat sukar bagi dia nak nafikan. Saya percaya kalau dia boleh nafikan maka dia tak akan minta maaf jadi sekarang dia dah minta maaf, bererti bahawa itu satu pengakuan bahawa dia telah terlajak dari segi kata-katanya dan dia telah tarik balik kenyataannya,” katanya.
Jelasnya, banyak pihak yang telah mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang itu untuk memohon maaf dan apabila permohonan maaf telah dibuat bermakna dia telah terima bahawa dia telah melakukan kesilapan.
Turut hadir dalam sidang media tersebut, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib-naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan Datuk Seri Shafie Apdal selain Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Bendahari Datuk Seri Ahmad Husni Hanazdlah dan Ketua Pergerakan Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil serta Pemuda Khairy Jamaluddin. – MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
CAKAP BIAR TERANG DATO SERI JANGAN MAIN "PLAYSAFE", JANGAN JADI LIM GUANG ENG LIDAH BERCABANG CAM BIAWAK!!! ORANG MELAYU SEKARANG BUKAN BODOH MACAM MELAYU HAM-PAS MAIN ANGGUK2 JER.. MEREKA FAHAM HAK ORANG2 MELAYU HARUS DIPERTAHANKAN TIDAK KIRA ZAMAN SEBAB MEREKA ADALAH TERAS DI BUMI BERTUAH INI. DAN MEREKA JUGAK ADALAH PENYOKONG MELAYU MCM DATO SRI JUGAK!!! JANGAN ASIK NAK BODEK UNDI TOKEH2 CINA YANG TERANG2 SOKONG DAPig TU... INGAT DATO SERI PRU 13 HAMPIR TIBA, JANGAN CEPAT LUPA ATAU BUAT2 LUPA PULAK!!!
Betul la apa yang Pm kata tu, cube tengok balik, imbas balik kenyataan sebelum ni, kite ni mmg kalau dah xsuke macam2 yang kite andaikan dari setiap ayat yang keluar, paham pun jadi tak paham....
Post a Comment