Sunday, September 25, 2011

Hudud: Pemuda PAS Kelantan Sokong Khairy

Dewan Pemuda PAS Kelantan menyokong gesaan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin agar kerajaan pusat meminda perlembagaan bagi membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hudud.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, ketua penerangannya Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata kenyataan Khairy tersebut mempamerkan sikap seorang jauh terbuka dan berani sebagai pemimpin yang berada di dalam Umno.

"Kita menyambut baik dan menyifatkan kenyataan Khairy itu mewakili suara Pergerakan Pemuda Umno Malaysia keseluruhannya yang mahukan agar Kelantan diberikan peluang untuk melaksanakan hudud seperti yang telah dibentangkan hampir 20 tahun yang lampau," katanya.

Kenyataan Khairy tersebut dilaporkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia, hari ini 25 September 2011 di halaman 11.

Selain pusat, mereka juga mahu cadangan Khairy itu disambut baik oleh pemuda dan Umno Kelantan demi melihat undang-undang yang berteraskan syariah ini dapat dilaksanakan.

4 comments:

Unknown said...

- BENARKAN PAS INGIN LAKSANAKAN HUDUD? ITU PERSOALANNYA ATAU SANDIWAWA UNTUK MENUTUP KEBAIKAN YANG KERAJAAN PUSAT BUAT TAMBAHAN PULA RATING PERDANA MENTERI HARI INI DILIHAT BERADA PADA TAHAP YANG BOLEH DIKIRA AGAK MEMUASKAN???

ANTI JUMUD

Anonymous said...

Wayang semua tu !

Anonymous said...

tu ampu...bukan sokong

Shahira said...

dah dinyatakan bahawa hukum hudud tidak boleh dipinda. ape yg dinyatakan dlm Al-Quran itu lah yg perlu di laksanakan. kalau kerajaan negeri kelantan dah bersedia nk laksanakan hukum hudud give them a chance. tgk mcm mana perlaksanaan mereka dan penerimaan masyarakat. tp kan utk rakyat kelantan yg buat salah di negeri lain mcm mane pulak kes die? jgn nnt kat negeri sendiri pijak semut x mati tapi kat negeri org jadi hantu pulak... Waulahuallam..