POLITIK HARIAN: Setiausaha Politik Nik Nazmi Gelar Chegu Bard Bodoh! Malunya...

Monday, September 26, 2011

Setiausaha Politik Nik Nazmi Gelar Chegu Bard Bodoh! Malunya...


Panas! Tak dapat nak disorokan lagi apabila puak Nik Nazmi bertikam lidah dengan Puak Chegu Bard... Macam filem KL Gengster la pulak!

Yang powernya tu si Saifullah Zulkifli, Setiausaha Politik kepada ADUN Seri Setia di Pejabat Dewan Undangan Negeri Selangor bersungguh-sungguh melemparkan cemuhan dan hinaan kepada Chegu Bard dengan menggelar sesebagai ahli politik bodoh. Hahaha! Apa sudah jadi bro?



Dalam twitternya, Saifullah berkata "Mahasiswa jangan jadi balaci, terutama kepada ahli politik seperti Chegu Bard"! sorry la nama DS Najib aku potong sebab DS Najib tak bodoh seperti yang didakwa, jauh panggang dari api...

Saifullah kata Chegubard menggunakan mahasiswa ini sebagai balacinya. Apabila Chegubard menyeru supaya revolusi perlu didesak, beliau sarankan supaya mahasiswa gunakan akal dan jangan jadi balaci kepada politik individu.

Lebih hebat beliau turut menyindir SAMM ini berangan-angan dan ada hati hendak mengajak golongan mahasiswa ini berevolusi.

Saifullah juga menganggap Chegu Bard sebagai pengacau di dalam PKR dan kini pengacau kepada golongan mahasiswa.

Dia juga bertanyakan buku apa yang Chegubard baca sehingga terlalu sibuk hendak 'berevolusi' saja.

(Bak kata Lingam Correct, Correct, Correct)

Lepas tu apa lagi Chegu Bard pun mengarahkan budak-budak bloggernya yang ada 2-3 kerat untuk menyerang Saifullah di twitter dan blog!

Tak perlu nak dinafikan kedangkalan Chegu Bard memang terserlah dimana beliau sanggup dibodohkan oleh Anwar yang menjanjikan bermacam-macam ganjaran untuknya... Akhirnya Sam (Ketua AMK) yang dapat segala kasih sayang dari Anwar.

SAMM yang ditubuhkan oleh Chegu Bard adalah satu pertubuhan syok sendiri dan ianya dipinggirkan oleh orang PKR sendiri... bila lah Bard ni nak pandai sikit agaknya?

Buruk betul rupa bila budak PKR ni bercakaran! macam dot dot dot. Salah satu blog budak Chegu Bard yang hentam Saifullah baca di sini...

2 comments:

Anonymous said...

sebenarnya dua2 bodoh!

Anonymous said...

lagi malu bila sokong orang yg gelar pemimpin nombor 1 sendiri BODOH !