Sunday, September 25, 2011

Video Seks Terbaru Anwar: Karpal Singh Jangan Terus Membisu - Razali Ibrahim


Dalam kesibukan melayan polimek isu hukum hudud , Karpal Singh tidak harus lupa pada pendedahan dakwaan skandal video seks melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya CCTV terbaru masuk keluar lif di apartmen di Jalan Ampang,Kuala Lumpur.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim mahu Pengerusi DAP itu turut memberi pendapatnya sebagai seorang peguam.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata jika Karpal Singh terus membisu, beliau sebagai seorang ahli politik dan peguam tidak akan berupaya menghormatinya sebagai seorang insan.

"Ini juga akan membuka mata masyarakat tentang kredibiliti, kepakaran dan keikhlasan seorang peguam serta ahli politik veteran bernama Karpal Singh," katanya.

Razali menyatakan demikian kepada wartawan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kuala Lumpur Sabtu.

Baginya ini merupakan masa paling sesuai buat Karpal Singh tampil memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai pendirian dan pendapatnya dalam hal video itu berdasarkan kepakaran dalam undang-undang.

“Dalam budaya kita, diam tanda setuju,”katanya.

CCTV itu memaparkan dua lelaki yang seiras Datuk Sharzly Eskay Abdullah dan Anwar masuk dan keluar lif apartmen itu yang didakwa lokasi adegan video seks dirakam.

Ia dalam bentuk warna.

Pendedahan CCTV itu dan trailer satu babak lain yang dikatakan dirakam di Thailand telah menghangatkan balik isu video seks.

Anwar yang diminta ulas mengenainya bagi alasan beliau enggan layan.-Agendadaily

No comments: