Sunday, November 20, 2011

Air Di Kelantan Disahkan Terancam Bakteria Merbahaya!

Tengkorak PAS! Nak bunuh rakyat Kelantan ke?!!

MASALAH kegagalan penyediaan bekalan air bersih dan dirawat kepada keseluruhan penduduk Kelantan seolah-olah tidak diberi perhatian, tiada penyelesaian dan dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Keadaan ini sangat berbahaya buat kira-kira 1.54 juta penduduk negeri itu. Ini kerana penggunaan air mentah dan tidak dirawat dalam kehidupan seharian bakal mengundang risiko kepada kesihatan.

Sepanjang dua bulan ini, Mingguan Malaysia telah melakukan pemerhatian dan siasatan secara klinikal di Kelantan malah mengambil sampel air dari semua jajahan untuk diuji kaji kualitinya di makmal bertauliah.

Hasilnya memeranjatkan. Selain bahaya air mentah yang tidak bersih dan tidak dirawat, ujian mendapati air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) juga kurang berkualiti.

Malah air dibekalkan oleh AKSB itu khususnya di Bachok mengandungi logam arsenik dan besi yang boleh menyebabkan kanser dan juga komplikasi kepada hati serta jantung.


Data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 mengenai bekalan air bersih di seluruh negara mendapati Kelantan menduduki tempat paling bawah, sehingga dilabelkan sebagai negeri yang memiliki air kurang selamat dan berisiko.

Fakta ini sudah pasti mengejutkan kira-kira 1.54 juta penduduk Kelantan. Selama ini sebahagiannya terpaksa bergantung kepada air perigi dan sungai disebabkan kegagalan pembekalan air terawat oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Kementerian Kesihatan menerusi uji kaji berasingan bagi tempoh 2008-2010, juga mendapati air di negeri itu mengandungi arsenik, merkuri, mangan dan plumbum, iaitu logam-logam yang kesemuanya boleh memudaratkan kesihatan termasuk mengakibatkan kanser.

Bertitik tolak daripada data saintifik itu, Mingguan Malaysia baru-baru ini menjalankan penyiasatan hampir dua bulan di negeri tersebut bagi mencari jawapan kepada persoalan yang tercetus daripada isu berkenaan.

Di samping menemu ramah penduduk, menyelami dan menyaksikan sendiri kesengsaraan mereka mendapatkan bekalan air bersih, wartawan akhbar ini turut memperoleh laporan penyelidikan saintifik Kementerian Kesihatan.

Tidak cukup dengan itu, Mingguan Malaysia mengambil masing-masing 10 sampel daripada punca air paip, air perigi dan air telaga tiub dari setiap jajahan di Kelantan.

Sampel air itu kemudian dihantar untuk diuji kaji di sebuah makmal bertauliah yang memiliki pengiktirafan MS ISO/IEC 17025 di Selangor, bagi mengetahui sejauh mana kualiti air di negeri tersebut.

Ujian makmal itu, memfokus kepada kandungan beberapa logam berat antaranya merkuri; arsenik; kadmium; kromium; perak; zink; sodium; sianida; kuprum; dan magnesium.

Rumusan laporan sembilan muka surat makmal tersebut mengesahkan bahawa kualiti air yang digunakan penduduk dalam kehidupan seharian di Kelantan sangat rendah malah berisiko tinggi kepada kesihatan.

Ancaman paling besar kepada kesihatan penduduk Kelantan adalah penemuan logam arsenik, mangan serta besi yang kandungannya melebihi kadar dibenarkan oleh Standard Kualiti Air Minuman 2009, Kementerian Kesihatan.

Paling memeranjatkan, air terawat yang dibekalkan oleh AKSB ke rumah-rumah juga tercemar. Sampel dari Bachok didapati mengandungi logam arsenik dan besi, masing-masing 0.025mg/l dan 2.15 mg/l. Kadar selamat dan dibenarkan untuk arsenik ialah 0.01mg/l manakala besi, 0.3mg/l.

Selain terdedah kepada penyakit kanser, kehadiran arsenik dalam kuantiti berlebihan itu secara berpanjangan pula meningkatkan risiko kanser pada kulit, paru-paru, pundi kencing serta hati.

Tidak cukup dengan risiko berkenaan, pendedahan kepada kandungan besi secara berlebihan boleh mendatangkan penyakit hati serta serangan jantung kepada penduduk negeri Kelantan.

PAS is DEAD!

2 comments:

Anonymous said...

tahniah rakyat kelantan, sila pilih lagi utk pru13 nanti ye... selamat minum air e-coli...

pemerhati said...

Dalam keghairahan Pakatan menyerang dan menuduh KR1M menjual susu yang tidak berkualiti,selepas hampir 17 tahun ,kerajaan PAS kelantan masih gagal menyediakan air yang berkualiti lagi bersih kepada rakyatnya.Amat menyedihkan