Thursday, December 22, 2011

5 Ariff Alfian Perjuangkan Hak Lelaki Gay Sebagai Orang Islam!


Tak terkata dibuatnya berita kehilangan Ariff Alfian Rosli sebelum ini , ibubapanya mencarinya lebih 3 tahun. 8 kali turun naik kapal terbang tak jumpa-jumpa anaknya. Tup-tup, keluar berita yang asalnya datang daripada sebuah laman web dari luar negara yang memaparkan edisi perkahwinan melibatkan Ariff Alfian Rosli dengan pasangan juga seorang lelaki.

"Saya tidak menganut agama lain seperti yang dilaporkan. Saya dilahirkan sebagai Islam, saya masih seorang Islam dan akan kekal Islam sehingga saya meninggal dunia.

Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya walaupun saya gay dan berkahwin dengan pasangan sejenis".. Kata Ariff Alfian..


Na'udzubillahi min dzalik....

Kaum Nabi Lot sudah bertambah ramai di zaman jahiliyya akhir zaman. Kaum songsang ini yang sekarang dikenali sebagai LGBTI ini termasuk golongan gay yang tidak diterima Nabi sebagai umat.

Binatang pun tahu membezakan yang mana jantan dan betina...

Bekas pelajar perubatan University College Dublin (UCD) Ariff Alfian Rosli (Gay melayu yang berkahwin sesama jantina) yang dilaporkan hilang baru-baru ini, memberitahu, dia selamat dan kini menetap di Dublin.

Menurut Ariff Alfian, dia juga masih beragama Islam dan tidak hilang sebagaimana dilaporkan.

‘‘Saya tidak menganut agama lain seperti yang dilaporkan. Saya dilahirkan sebagai Islam, saya masih seorang Islam dan akan kekal Islam sehingga saya meninggal dunia.

‘‘Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya yang dipetik dalam portal berita http://www.irishtimes.com semalam.

Pada 12 Disember lalu, bapanya, Rosli Haron telah melaporkan kehilangan Ariff Alfian kepada Utusan Malaysia selepas gagal menghubungi anaknya itu sejak tiga tahun lalu.

Bekas pelajar UCD itu memberitahu, dia telah bermastautin di Ireland ketika mula menyambung pengajian dalam bidang perubatan sejak lapan tahun lalu.

“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal di negara ini secara sah.

‘‘Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar yang saya tinggal secara sah di sini sejak beberapa tahun lalu,” ujarnya.

Ariff Alfian mengakui dia sudah beberapa tahun tidak bercakap atau menghubungi bapanya di Malaysia, ekoran satu perselisihan faham antara mereka.

‘‘Saya ada sedikit salah faham dengan ayah pada tahun 2009 dan sehinggalah saya dilaporkan hilang.

‘‘Saya masih tidak berhubung dengannya, tetapi sering berhubung dengan ahli keluarga yang lain,” katanya lagi.

Ariff Alfian menjelaskan, tindakannya itu secara tidak langsung telah menarik perhatian masyarakat.

Menurutnya, dia tidak berniat mencetus kontroversi, apatah lagi perkara tersebut melibatkan keluarganya.

5 comments:

Anonymous said...

Ariff Alfian... Ya memang betul kamu tu Islam, tetapi sebagai orang Islam sila tunjukkan sikap sebagai seorang Islam. Jangan Islam sekadar pada nama sahaja. Jangan memalukan agama Islam. Sesungguhnya Islam itu sempurna. Semoga Allah membuka pintu hatimu supaya bertaubat kepada-Nya.

Servant of God said...

Astaghfirullahalazim...

Anonymous said...

semua itu adalah dugaan allah bagi ibubapa ariff, redhalah apa yang berlaku kerana semua itu adalah ketentuan tuhan.
buatlah sembahyang hajat dan mohon kepada allah semoga anaknya kembali ke pangkal jalan.
walaupun anaknya seorg gay tapi jagalah maruah islam dan bangsa orang melayu jangan ikut cara barat. Perbuatan kawin sejenis tidak ada dalam ajaran islam ataupun mana-mana agama kerana apabila dikatakan berkawin itu mestilah lelaki dengan perempuan.

lelaki melayu said...

salam.....ariff alfian sudah kawin ngn sesama sejenis dan dia redho dgn perbuatan yang sumbang itu dan dia juga tahu perbuatan itu dalah haram maka secara automatik dia telah menjadi murtad kerana dia menghalalkan benda yang haram...jika dia mati sekarang pasti dan pasti akan masuk neraka selama2nya....mari la kita berdoa supaya dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan...amin..

Anonymous said...

Islam mane ade gay, ko kawen mana satu jantan mana satu betina? Kawen pon ade ade wali tau, ko kawen katne? Gereja?

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates