Saturday, December 31, 2011

6 Biadap! Lima Kepala Babi Di Pintu Masjid Johor


Kalau nak sabotaj negeri Johor sekali pun agak-agak la... Siapa yang buat kerja ni, memang bangsat betul? Islam adalah agama rasmi negara kita so... jangan nak mainkan hal ini untuk kepentingan politik! Harap polis berjaya menangkap manusia biadap tersebut.

Lima kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pagi semalam.

Kepala babi itu, dalam satu bungkusan, disedari seorang penjaga masjid berkenaan.


Tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang, juga ditemui dekat situ, tetapi polis kemudiannya mengesahkan ia mengandungi batu.

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis menubuhkan sebuah pasukan siasatan yang diketuai timbalannya, Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.

Ketua Polis Johor , Datuk Mokhtar Mohd Shariff (kanan dalam gambar) berkata, satu pasukan khas yang diketuai timbalannya, Ismail Yatim, ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Mokhtar juga mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ini ekoran satu lagi kejadian di mana dua bungkusan yang disyaki mengandungi tulang, ditemui pada jam 5.30 petang kemarin di masjid yang sama.


Sementara itu, kira-kira 100 orang, termasuk daripada badan bukan kerajaan, mengadakan perhimpunan aman di depan masjid berkenaan bagi membantah perbuatan tersebut.

6 comments:

Anonymous said...

Kat Johor?
Kepala Babi?
Oi, nk start 18 Mei balik ka?... Dah lama hidup?

Anonymous said...

18 mei ape pulak? 13 mei la.. sejak pakatan menang, macam-macam hal yang mengganggu gugat agama islam berlaku.. keamanan semakin tergugat.. inilah padahnyer apabila ada pihak sanggup menerima syaitan sebagai teman, konon nak tegakkan hukum, tapi 'anu' je yang tegak..

Anonymous said...

Macam kerja khawarij PAS je.. modus operandi pun sama.

Best Of The Best Article From Papa Gomo In 2011 - No 3 Konspirasi Video Porno PAS

Anonymous said...

Janganlah bimbang.. DAP akan hanya jadi picisan selepas PRU13 nanti. PAS & KEADILAN pula selepas PRU13 kenalah cari makan kat negara seberang tambak mungkin: kerana taraf pemikiran mereka hanya melayakkan diri mereka menjadi budak suruhan dinegara sana. Kepada DAP, bawalah parti and kesana- kita tengok anda 'laku' tak disana sebagai orang asing dinegara orang. Mungkin mereka boleh considerkan punyai 2 PM di satu negara kot.. haha

Anonymous said...

Macam kerja khawarij PAS je.. modus operandi pun sama.

http://www.papagomo.com/2011/12/best-of-best-article-from-papa-gomo-in.html

Adi said...

saper plak ni yg buat kecoh, betul tak menghormati agama org lain

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates