Thursday, December 8, 2011

DAP Berjaya Hapus Hudud PAS !



DAP berjaya menjadi 'Big Brother' dalam Pakatan Rakyat, kejayaan terbesar DAP ialah menghapuskan Hudud dalam menifesto PAS sekali gus membuktikan PAS terus mengikut telunjuk DAP!

Pas tidak akan memasukkan pelaksanaan undang-undang hudud dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan demikian dengan berkata, manifesto tidak perlu disebut secara terperinci.

"Bila sebut konsep yang adil, mencegah kemungkaran, ia isu yang sudah berkait dengan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata, Islam akan menterjemah secara jelas mengenai pelaksanaannya jika pakatan pembangkang memerintah kerana ia agama yang menyeluruh.

Namun, katanya, ia harus mengikut turutan dengan mukadimahnya sambil memberi contoh untuk memulakan solat perlu mengambil wuduk terlebih dahulu.

"Kita pilih negeri-negeri yang kita (Pas) ada kuasa sepenuhnya dan kita menerima pendapat supaya orang bukan Islam tidak dipaksa.

"Biar mereka melihat terlebih dahulu, sekiranya mereka melihat, mereka boleh terima," ujar beliau.

Ditanya kemungkinan Pas tidak mampu mencorak hala tuju yang diperjuangkan parti itu, beliau berkata, semua parti telah menerima Islam dan Melayu sebagai teras kepimpinan negara.

Terdahulu semasa sesi perbahasan, penyokong kerajaan Alias Abdullah (BN-Alor Limbat) menempelak Pas kerana pendekatan parti itu lebih memberi peluang kepada DAP untuk menggantikan tempatnya.

PAS is DEAD!

3 comments:

Anonymous said...

itu gambo sang laki lakinya ...
knapa tak intai yang muslimah muslimahnya ...???

aku ada satu kenalan ..muslimah pas yang cukup dihormati dan dikagumi ..di kalangan kengkawan ...

yang membuat aku malu dengan perangai nya ..ialah apabila berkata kata ...
mencarut dan carutan sahaja yang keluar ....
bila terlatah ...
lucah dan kelucahan saje yang di
dengar ...

bila berpakaian antara kami ....
longkang tetek pon bole nampakkkk ...

ini bukan kes satu dalam 1000...
ada ramai lagi ...

Anonymous said...

PAS walaupun menafikan bahawa mereka mengikut telunjuk DAP tetapi segala perilaku dan langkah yang diambil mereka menampakkan mereka hanyalah menjadi pengikut kepada DAP dan sanggup mengenepikan ideologi mereka sendiri dan hanya bertindak sebagai "fixed deposit" undi kepada DAP

Anonymous said...

Pas take beeerrrrr....