Friday, December 23, 2011

0 Hasan Ali Dipelawa Sertai PERKASA!


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) secara terbuka mempelawa Anggota Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali menyertai pertubuhan itu jika beliau benar-benar ingin meneruskan perjuangannya menegakkan agama Islam dan orang Melayu.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata sudah sampai masanya Hasan membuat keputusan menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jika merasakan perjuangannya dalam Pas tidak mampu memenuhi hasrat dan cita-citanya itu.

"Beliau kini sudah dipinggirkan oleh Pas," kata Ibrahim kepada pemberita ketika ditemui pada mesyuarat agung Majlis Tindakan Rakyat Kelantan di sini hari ini.

Ibrahim, yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas, berkata beliau telahpun menyatakan hasratnya itu kepada Hasan sebelum ini tetapi setakat ini belum menerima apa-apa jawapan.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, dilaporkan berkata parti itu telah menyimpang daripada perjuangan asalnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam dengan mengubah pendirian untuk membentuk sebuah "negara berkebajikan".

Kenyataan beliau itu mendapatkan kritikan bebarapa pemimpin atasan Pas.-Bernama

PAS is Dead!

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates