Thursday, December 8, 2011

3 UMNO, BN Tak De Hal SPR Guna Dakwat Kekal... Tak Kecoh Macam Puak Pakatan Haram!


UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhasrat memperkenalkan sistem biometrik, penggunaan dakwat kekal ataupun mengekalkan sistem sedia ada pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata kaedah dakwat kekal yang ingin digunakan tidak mendatangkan sebarang kebimbangan kepada UMNO dan BN kerana mereka tidak pernah menyalahgunakan sistem pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.

Beliau berkata perkara itu boleh dibuktikan pada pilihan raya umum 2004 di Kelantan yang menyaksikan UMNO hanya mengalami kekalahanan satu kerusi dan PAS berjaya membentuk kerajaan negeri dengan dua undi majoriti di Dewan Undangan Negeri Kemuning dan Machang.

"SPR juga telah laksanakan pilihan raya dengan adil hinggakan pembangkang boleh menang lima negeri pada pilihan raya umum ke-12," katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Beliau bagaimanapun mahu penggunaan dakwat kekal memenuhi tiga syarat, iaitu dipersetujui oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, tidak boleh dibuang dengan apa jua jenis peluntur hingga tempoh tertentu dan tiada pihak yang cuba menyeludup masuk untuk tujuan penyalahgunaan pada masa pilihan raya umum.

"Telah nyata juga sebelum ini bahawa tiada bukti wujud pengundi hantu dalam mana-mana petisyen mahkamah pilihan raya umum dan pilihan raya kecil yang dibawa oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya," katanya.

Beliau berkata dakwat kekal yang ingin digunakan boleh dijadikan asas tambahan bagi membuktikan bahawa proses pilihan raya di negara ini adalah telus dan adil.

Beliau menambah kemenangan Umno dan BN tidak pernah bergantung kepada manipulasi keputusan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil untuk memerintah negara sejak dahulu lagi.

"Kemenangan kami adalah bermaruah dan benar. Selama ini kami menyerahkan kemenangan kepada kebijaksanaan pengundi membuat keputusan yang tepat setelah segala yang baik telah disediakan kerajaan," katanya.-Agendadaily

3 comments:

Anonymous said...

nak muntah lak aku baca...dah ada pengundi hantu beratus ribu, sure dah x risau da...

Anak Lenggong said...

Pengundi hantu kepala hotak ko laa anum 3.40pm..yang kumpulan ko memang 4 negeri tu guna pengundi antu ke ..ngape tak kecuh..woii mangkok ko pernah pegi ngundi ke tak..kalau pernah bermakna pak lobai ko yang dok buat semakan profile pengundi didalam bilik pengundi tu bangang laa membiarkan hantu jadi pengundi ..kah kah kah...anum 3:40 bangang ni kencing pun belum lurus lagi..terlalu bodoh berkenaan dengan proses mengundi pilihanraya..woii anum pegi panggil nuar/tony pua/nurul izah u pegi naik kapal selam kat langkawai tu free ooo...

Anonymous said...

isu pengundi hantu adalah sesuatu yang amat tidak relevan memandangkan pembangkang menang di 5 negeri.Ironinya,mereka masih mahu penggunaan dakwat kekal yang ternyata tidak efisien malahan tambahan 5 juta diperlukan bagi membeli dakwat yang status keberkesananya diragui

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates