Thursday, December 22, 2011

5 [video] Hasan Ali Tak Mampu Mengaku Bersama PAS - Soal Jawab TV3


Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata: "Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi Raja-Raja."

"Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang," katanya dalam program Soal Jawab TV3 yang dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad A Talib yang disiarkan malam tadi.

Menyentuh mengenai PAS, ADUN Gombak Setia itu berkata jawatankuasa pusat parti itu kini lebih ramai dianggotai oleh profesional iaitu sebanyak 65 peratus berbanding golongan ulama yang kini hanya 35 peratus.

Untuk itu beliau berharap anggota parti dapat meletakkan kembali kedudukan ulama sebagai barisan kepimpinan parti.

Ini adalah kerana golongan ulama dilihatnya mampu membawa PAS kembali ke landasan perjuangan berdasarkan prinsip Islam, katanya.

Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata:

"Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi Raja.

Video URL: http://youtu.be/tl0gw77gbWU

5 comments:

Anonymous said...

Puak PAS kepanasan kena jolok hasan ali! hidup hasan ali..

Anonymous said...

entah berapa juta hasan dapat dr umno nih? kalo x.. xkan senang2 dia nak lacurkan pas?

Servant of God said...

Anon 1:43...

Begitu tertutup kah pintu hati kamu kepada kebenaran?

Anonymous said...

Anon 1:43..


begitu sengal lagi bebal nye pmikiran org2 cam ko,bila org nak mempertahankan islam, kebenaran dan kedaulatn bangsa melyu ,ko kata umno pnye rancangan!!

Anonymous said...

tiba2 sahaja tv3 skrg bermurah hati utk menemuramah pemimpin dari parti PAS..? Umum tahu blm pernah lagi sejarah politik tanah air kita rancangan tv d malaysia menjemput pemimpin parti pembangkang utk sesi soal jawab sebegini..Apakah sebab belaku demikian..?sungguh memeningkan rakyat..
Ooooo...patut la pemimpin tersebut dah tak lagi berjuang utk PAS... :)
dunia2..

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates