Monday, December 5, 2011

Video Ucapan Penggulungan Ketua Pemuda "Kerjasama Erat Calon, Jentera Wujudkan Wining Party" - KJ



Kemenangan besar UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan ditentukan oleh jentera parti bekerjasama erat dengan calon boleh menang, dan seterusnya mewujudkan parti yang menang pada pilihan raya umum ke-13, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, faktor calon boleh menang semata-mata belum tentu menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka tidak mendapat sokongan dan bantuan daripada jentera pilihan raya parti di kawasan masing-masing.

"Peringatan kepada kita semua, calon boleh menang itu seorang sahaja bagi setiap kawasan, setiap kerusi... kalau nak harapkan calon boleh menang bawa diri sendiri, bawa badan dia sahaja, dia tidak boleh menang.

"Kalau sekiranya calon boleh menang itu hanya atas kertas, seorang diri hebat, (dia) tidak akan menang kalau tidak mendapat sokongan jentera-jentera UMNO, orang UMNO yang tidak bernama, yang tidak ada jawatan, yang bertungkus lumus kempen siang malam membantu beliau, dia akan jadi calon kalah," katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno di sini, hari ini.

Beliau berkata, UMNO kini telah mempunyai formula winning Prime Minister (Perdana Menteri yang menang) dan "winning candidate" (calon yang menang) serta perlu diperkasakan dengan tekad dan perpaduan ampuh anggota UMNO di setiap peringkat untuk mewujudkan winning party parti yang menang.

Video URL: http://youtu.be/R_Uq5vuvDQ0

1 comment:

Anonymous said...

We salute You sir KJ!!