Monday, January 23, 2012

2 Pemuda Umno - Buang Masa Serang Program ABU


Pemuda Umno Selangor menyangkal dakwaan ahli pergerakan itu terlibat kekecohan melibatkan program ceramah Asal Bukan Umno (ABU) anjuran Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), semalam.

Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, Pemuda Umno tidak diberikan tugas untuk mendengar dan memantau sebarang program yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat (PR) di Negeri Selangor.

Menurutnya, tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada Pemuda Umno adalah untuk memastikan program parti berjalan lancar termasuk, program bantuan kepada rakyat dan menggerakkan jentera pilihan raya.

“Buang masa sahaja, untuk kami pergi ke ceramah mereka, malah saya sendiri pun tidak tahu ceramah ABU ini diadakan.

“Kami masih lagi mempunyai tugas yang banyak untuk diselesaikan daripada datang ke program pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa Umno terlibat dalam kekecohan di program ceramah yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, kelmarin.

Ungku berkata, walaupun wujud ceramah yang dianjurkan PR menyentuh isu tentang Umno, namun pihaknya tidak mahu melakukan sebarang tindakan.

“Sebaliknya, kami perlu terus memfokuskan terhadap tugasan yang telah diberikan terutama dalam program mendekati rakyat,” katanya.

Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 9 malam, apabila lebih kurang 20 lelaki yang menunggang motosikal dengan bersenjatakan kayu menyerang orang ramai yang berada di dalam dewan tersebut.

2 comments:

Anonymous said...

Kalau dianalisis perkara ini telah dirancang.Mereka yg terlibat mungkin diupah utk menimbul kekacauan dan UMNO akan dituduh sebagai dalang.Takkan bodoh sangat Umno nak bertindak demikian......

shahrizan said...

x lama lg tahulah saper yg punya angkara psl muka sorang2 yg buat kacau tu telah diupload dlm internet. laporan polis pn dh dibuat.. tggu dn lihat penafian yg dibuat itu betul atau tidak..

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates