Friday, April 27, 2012

1 Bersih 3.0: Dataran Merdeka Ditutup!


Polis Diraja Malaysia (PDRM) difahamkan telah memperoleh perintah mahkamah bagi menghalang penganjur Bersih 3.0 dan orang awam daripada memasuki Dataran Merdeka di ibu negara, yang ditutup mulai 6 pagi tadi.

Perintah tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret semalam.

Sehubungan itu, PDRM dijangka akan mengadakan satu sidang media berhubung perkara tersebut kira-kira jam 3 petang ini.

Sekitar 12 tengah hari tadi mendapati kawasan Dataran Merdeka kini didtutup sepenuhnya kepada orang awam bagi mengelak sebarang kejadian tidak diigini berlaku.

Pita kuning dipasang sekelililing kawasan tapak perkhemahan aktivis Occupy Dataran dan Solidariti Mahasiwa Malaysia (SMM) menandakan kawasan tersebut adalah kawasan larangan untuk orang ramai.

Sementara itu kira-kira lebih 100 orang anggota penguat kuasa PDRM dan DBKL bersama beberapa buah trak berada di sekitar dataran bagi memantau dan mengawal keadaan.

Masih terdapat beberapa pengikut Occupy Dataran termasuk Fahmi Reza, yang ditahan baru-baru ini, masih berada di sekitar Dataran Merdeka.

Sebelum ini mereka bertekad mahu kekal berada di Dataran Merdeka sehingga esok iaitu hari Bersih 3.0 mahu mengadakan perhimpunan Duduk Bantah.

Semalam, DBKL mengumumkan bahawa pihaknya akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuat kuasa 6 pagi ini sehingga 6 pagi Ahad ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan berkata, penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut Seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.

DBKL sebelum ini menolak permohonan untuk mengadakan protes Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka esok kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.

Ia telah menawarkan Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.

Sumber-SH

1 comments:

sudinn said...

oleh kerana DM ditutup, maka saya tak jadi pi laa bersih 3, 28hb nak pi mengail jee laa kat pasar seni. tiket dah amek, bus 11pm 27 hb. ABU

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates