Tuesday, January 22, 2013

4 Anwar Tension Bila Ditanya Pendirian Kalimah Allah


Anwar Ibrahim mengelak ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mahu Majlis Syura Pas mengkaji semula pendiriannya mengenai kalimah ALLAH.

Anwar tidak mahu menjawab soalan tersebut... Ingatkan, Ketua Pembangkang itu semakin faham erti kebebasan media setelah acap kali ‘angin’ pada wartawan yang bertanya soalan-soalan demikian yang beliau anggap ada kaitan dengan UMNO.



“You (kamu) mana punya? Ini media UMNO... UMNO ini dia pusing. Pasal lain saya jawab. Ini media UMNO. Kita jawab apa pun, dia pusing,” katanya ketika ditemui selepas ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Damansara Damai dekat kuala Lumpur malam Isnin.

Karpal Singh meminta Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang supaya mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu dan harap agar  pendirian PAS agar tidak bercanggah dengan keputusan dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu.

Malam Isnin lalu Majlis Syura Ulama yang dianggotai 15 orang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, semua pihak termasuk pemimpin PR harus menerima keputusan Majlis Syura.

Itulah cara Ketua Pembangkang tersebut jika enggan jawab soalan-soalan ‘cepumas’ – medialah jadi sasaran lepas geram.

Mungkin dengan cara beliau boleh mengelak diri dari menjawab.

Siapa tahu beliau gabra nak suarakan pendirian kerana bimbang DAP dan PAS 'angin' padanya.

Dalam kontek politik... ini boleh bikin rosak program.

Jangan lupa Karpal Singh ialah chief peguam dalam kes liwatnya.

Haji Hadi pula sudah backing beliau sakan dalam isu video seks dengan mengeluarkan ' fatwa' video besi tidak boleh dijadikan bukti.

Lagipun, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sudah menyatakan pihaknya berpegang kepada pendirian Haji Hadi pada mesyurat Majlis Pimpinan PR itu.

Haji Hadi ketika itu mengatakan PAS berpendirian bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam dengan syarat tidak disalah guna.

Apabila Majlis Syura buat ketetapan, Azmin menyatakan itu hanya pendirian Masjlis Syura – entiti lain dalam PAS bukannya parti PAS yang sedang bersama-sama dengan DAP dan PKR.

Sebab itu juga tidak pelik apabila Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi mencabar Anwar menyatakan pendiriannya terhadap pemimpin PAS yang tidak berganjak daripada keputusan Majlis Syura dalam isu penggunaan kalimah tersebut.

"Saya nak tanya, apa pendirian dia sekarang, nak berlakon lagi dengan menyatakan kami (pakatan pembangkang) ini bersatu padu, mantap dan sebagainya.

"Saya nak tanya dia, tolong jawab apa pendiriannya dengan keputusan terbaru pemimpin PAS iaitu bahawa mereka akan ikut (keputusan Majlis) Syura (Ulama).

"Jangan membohongi rakyat kerana rakyat nampak semua ini, rakyat nampak mereka ini berlakon dan jangan cari alasan lain dan sebagainya," katanya di Ipoh pada Isnin.

Anwar boleh terus berdiam atau cakap macam-macam kepada wartawan yang menjalankan tugas mahu melaporkan apa sepatutnya.

Ini semua hanya mendedahkan kepada umum siapa Anwar dan apa pendiriannya dalam isu Kalimah Allah.

4 comments:

Anonymous said...

Inilah anwar yg sebenarnya......

Anonymous said...

kenapa tak tanya mahathir kan dia mufti umno haprak...tanya lah mufti sykt arak san maguel tu halal ke???..blogger ni pun satu bebal juga,kau dapat upah umno bangssssat bagi ke utk politik kan isu ini,,,babun betul!!!

Anonymous said...

Betul nyer marah kapiaq sorng nie..hahaaa..sian"". HIDUP UMNO!! MAMPUIH PAS PKR DAPig..hehee

Anonymous said...

Xyah tanya mufti2 segala..nik ajis kata Halal joh" buleh asa dok minu banyok..apo2 muu undi PAS, masok syurga gok"

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates