Tuesday, January 22, 2013

Gambar DS Najib Tiba di Gaza, PM Malaysia Pertama Lawat Palestin @NajibRazak

PERDANA Menteri, Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor diiringi Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh pada Majlis Sambutan Perdana Menteri di Rafah di Gaza, Palestin hari ini. Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin setelah melakukan lawatan kemanusiaan ke Gaza hari ini.








GAZA 22 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan ke Gaza hari ini.

Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40petang waktu Malaysia).

Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan sempadan.

Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan Palestin berkumandang selepas itu.

Najib juga memeriksa kawalan kehormat Pasukan Polis Palestin.

Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan sejauh 55km dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah.

Selepas memeriksa kawalan kehormat, Perdana Menteri dan Ismail mengadakan perbincangan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Rafah.

Di Gaza, Najib dijadual melawat sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah, sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baharu untuk Ismail. Pejabat lama Ismail musnah semasa serangan Israel pada November tahun lepas.

Kemudian, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.

Selepas itu, Najib akan berlepas ke Kaherah dan mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Mesir Mohamed Morsi.

Perdana Menteri, yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir, dan isteri, tiba di Kaherah 9 malam tadi, waktu tempatan. - Bernama

5 comments:

Anonymous said...

Tadi nampak gambar ustaz Nasha pun ada sekali....meroyan pula puak-puak tu....

Anonymous said...

kemah......

Anonymous said...

syabas dn tahniah yb Nasharuddin...macam PM Najib anda jga merupakan pemimpin yg berani masuk ke zon perang yg masih dlm bahaya di Gaza...hidup Najib...hidup Nasharuddin luv u!

Anonymous said...

inilah pemimpin2 yg kita nak cari...berani dan utamakan nilai keselamatan diri dn politik ...takde salahnya Ustaz Nasha ikut rombongan PM Najib melawat rakyat Islam yg ditindas Zionis keparat tu...yang duk meroyan tu apasal!

Anonymous said...

maaf ralat Anon 11.33PM di atas..."berani dan tidak mementingkan nilai keselamatan diri dn politik"