Friday, January 25, 2013

Harun Taib - Pas Tidak Ikut Anwar Ibrahim!


Bunyi macam tegas tapi, dalam hati ada taman....

PAS tak ikut Anwar... So tunggu apa lagi? Keluar sajalah dari Pakatan Haram... jangan peralatkan Agama untuk kepentingan politik!


Utusan - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib percaya pemimpin Pas tidak akan 'terikut-ikut' dengan pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tetap membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Tegas Harun, beliau sendiri tidak akan berganjak daripada pendirian menyokong keputusan Majlis Syura Ulama yang dibuat pada 13 Januari lalu bahawa kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam.

Menurut beliau, terpulang kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sama ada menerima atau menentang keputusan Majlis Syura Ulama berhubung perkara itu.

"Ikut suka dialah (Anwar). Kalau dia tak setuju atau sokong keputusan Majlis Syura Ulama, itu dia punya pasal. Tapi saya tetap dengan pendirian bersama-sama Majlis Syura Ulama yang memutuskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam.

No comments: