Wednesday, January 23, 2013

Kenapa PAS Gelabah Semacam? PM Bukan Janji Undi BN Masuk Syurga...


Pakatan pembangkang cukup sinonim dengan janji tidak ditepati. Kalau tidak mana mungkin orang Selangor naik angin kena kelentong dengan manifesto pilihanraya umum 2008.

Kalau di Pulau Pinang bos mereka,Datuk Seri Anwar Ibrahim tentu tak berani bunyi pasal Kampong Buah Pala. Macam nak rak punya janji nak selesaikan masalah penduduk situ. Akhirnya habuk pun tarak.


Buku Jingga menjanjikan ibarat lampu Aladin...macam-macam boleh beres dalam tempoh 100 hari pakatan pembangkang langkah masuk ke Putrajaya.

Ramai pakar ekonomi kata mengarut janji-janji itu...tapi para pembesar pakatan boleh buat muka sardin sedangkan terbantang depan mata banyak janji PRU12 tak ditunai.

Singgah di Kelantan pula macam-macam rungutan boleh dengar.

Kata orang kalau tak gabra dan tak kisah apa nak riuh.

Datuk Seri Najib Tun Razak turun ke Kelantan hari Ahad lalu bukan membawa janji undi BN boleh masuk syurga.

Makanya hairan juga tengok kalangan pemimpin PAS kini tak ubah macam cacing kepanasan gara-gara janji Perdana Menteri untuk laksanakan tujuh projek mega di Kelantan bagi memajukan negeri itu jika kerajaan BN mendapat mandat pada PRU13.

Macam-macam mereka kata pada Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya tidak ikhlas, rasuah politik, gula-gula pilihanraya termasuk dakwaan janji
itu meniru program dirancang kerajaan Kelantan.

Najib dalam lawatannya Ahad  mengumumkan tujuh projek besar merangkumi pembinaan Lebih Raya Kuala Krai-KB, pembinaan stadium baru, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan membabitkan 3,000 unit.

Projek lain, adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara dan menjanjikan untuk menyelesaikan masalah air.

Antara yang panas telinga dan tidak senang duduk macam cacing kepanasan adalah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa, naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayob.

Turut memperkecilkan pengumuman itu adalah Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dan ahli parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli.

Malangnya, pemimpin-pemimpin PAS terbabit lupa bahawa merekalah yang janji macam-macam pada rakyat Kelantan dan juga orang luar termasuk janji syurga jika menyokong PAS.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am parti itu tentu masih ingat tentang kontroversi pasal itu sehingga beliau menafikan pernah janji demikian.

Husam yang juga Naib Presiden PAS kena ingat macam-macam janji pernah dibuatnya sebagai anggota Exco tetapi gagal dilaksanakan.

Malah ada blogger minta beliau jawab 22 janji yang kerajaan PAS Kelantan gagal tunaikan.

Jadi kerana mereka berjanji dan tak mampu tunaikan maka mereka fikir Najib juga tak mampu berbuat demikian.

Sebenarnya, sudah 23 tahun Kelantan di bawah pemerintahan PAS dan kalau mereka nak tunaikan janji termasuk bina lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai, mereka sudah buat!.

Sudah 23 tahun juga Kelantan di bawah PAS dan kalau mereka nak tunaikan janji beri air bersih pada rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang itu, mereka sudah buat!.

Sudah 23 tahun juga Kelantan di bawah PAS yang ,mendapat jolokan Serambi Mekah dan kalau mereka nak bina masjid terbesar di negeri itu, mereka sudah buat!.

Tetapi usahkan masjid terbesar, malah khabarnya hanya sebuah masjid dibina dalam tempoh itu.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali turut menyelar kegagalan PAS Kelantan menyediakan kemudahan kepada rakyat di negeri itu sebaliknya pemimpin parti itu menuduh macam-macam kepada Najib yang ingin membawa kemajuan di negeri itu.

Kata Presiden JATI itu, dalam masa 23 tahun , kalau kerajaan PAS Kelantan bina 50 kilometer lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai setahun, sudah lama siap.

“Kalau nak selesai masalah airpun sudah lama boleh kerana Kelantan banyak punca air termasuk bukit dan gunung sebagai tempat tadahan air untuk disalur kepada rakyat.

“Tetapi itu tidak berlaku. Sampai sekarang air macam teh tarik, kopi susu dan sebagainya. Ini saya rasa tak kena dan mesti ada penyelamatnya,” katanya kepada Agendadaily.

Menurut bekas Exco dan kini Adun Bebas Gombak Setia, jika 23 tahun mereka gagal laksanakan, jika diberikan lima tahun lagi tentunya gagal juga.

“Apabila Perdana Menteri janji tujuh perkara dan jika pemimpin PAS kata itu rasuah politik, rakyat kelantan kena terimanya dengan dada terbuka. Rakyat Kelantan kena bezakan.pimpinan PAS yang ada dengan tawaran Perdana Menteri itu,” ujarnya.

Katanya, kalau rakyat Kelantan merasakan pimpinaan PAS yang ada boleh gerakkan kelantan selepas 23 tahun yang tidak nampak hasilnya, saya serahkan kepada rakyat kelantan.

“Tetapi saya yang pernah terbabit soal pembangunan kecil dan besar dalam sejarah profesional, menyeru rakyat Kelantan terima tawaran Perdana Menteri,” katanya.

Bagi Dr Hasan senang saja kerana kerajaan PAS Kelantan tidak dapat cari sumber untuk buat semua itu walaupun masih banyak sumber bagi menjana ekonomi negeri itu.

Katanya, kerajaan PAS Kelantan semakin kalut dan kedatangan Najib adalah untuk keluarkan rakyat negeri itu daripada kemelut tersebut.

Kesimpulannya pemimpin PAS Kelantan dan Pusat semakin fobia dengan kebangkitan BN selepas tsunami 2008.

Apatah lagi dengan tema Janji di Tepati – mereka tentu bimbang dan kecut perut jika rakyat Kelantan beralih sokongan kepada BN dalam PRU 13. -Agendadaily

1 comment:

Anonymous said...

Bkn gelabah tp pelik pasal 118 janji yg dahulu tak di tunai kn dtang lg 7 janji.